Pukul berapa ni woi? Oh, mentang-mentang esok masuk kerja pukul 1 tengah hari. Malam ni dengan senang-lenang dan gumbira tahap ikan melompat, aku pergi layan movie. Haha. Aku baru download movie lama, tahun 2005 bertajuk *A Lot Like Love*.
Sepanjang tengok cerita ni aku senyum je. Senyum. Sebab cerita dia sangat sweet! Suddenly I missed someone. Sebab cerita ni mengisahkan hubungan dua orang yang boleh dikatakan sebagai *kawan baik* dan *ada sedikit sayang* antara dua sahabat. Well, siapa kata perkataan *kawan* tak boleh berakhir dengan *kahwin*?
Cerita ni berkisar tentang dua orang yang terserempak kat lapangan terbang yang akhirnya menjadi kawan baik. Lepas tu mereka bertemu beberapa kali selang beberapa tahun dan setiap pertemuan meninggalkan *saat manis* buat mereka. Tapi sayangnya mereka ambil masa hampir 7 tahun baru dapat luahkan yang mereka suka antara satu sama lain. Aku tak nak review cerita ni panjang-panjang. Boleh baca kat sini.
*Yup, Ashton Kutcher used to love older woman, so what?*
Apa yang sangat best ialah bila tengok relationship mereka yang tak terikat, lantas membuatkan mereka bebas untuk menjadi diri masing-masing. Aku sangat suka hubungan macam tu! Serius suka! Tiba-tiba aku rasa aku dapat jadi macam tu hanya dengan seorang. Namun dia dah takde kat muka bumi ni. =(
It's really good to have a *guy best friend*. But it's also good if you can have your *guy* (husband of course) as best friend. I'm not saying that the guy with me now is not my best friend but I still think that he is more like *future husband* that shares many secret, story and love. But... Not sharing myself fully.
Ok. Tak tahu apa aku merapek malam ni. Saja share apa yang ada kat kepala otak. Oh, just a reminder, this is a personal blog. Haha. So, let me write what's on my mind and what I want to write ok. Bla bla bla... (Sila tidur!)
*Aku rindu kau. Betul. Tarikh semalam, 20 haribulan tahun lepas adalah tarikh kali terakhir kita jumpa. Aku masih terbayang bila kau ikut kereta aku dari belakang sampai depan rumah aku. Aku tak nampak itu petandanya. Semoga Allah s.w.t. jaga kau kat sana. Al-Fatihah. I'll pray for you. Always.*