Thursday, June 8, 2017

Tips Rekaan Kabinet TV / TV Cabinet Design Tips



Kabinet TV adalah salah satu keperluan dalam setiap rumah terutama jika anda sekeluarga gemar menonton TV bersama keluarga di rumah. Anda boleh menikmati rancangan di televisyen tanpa gangguan bila anda mempunyai rak atau kabinet TV yang sesuai di ruang tamu atau ruang keluarga di rumah anda.




Selama beberapa tahun dalam industri rekaan dalaman, Ilusi Hafiezd Design telah menghasilkan banyak rekaan Kabinet TV atau TV cabinet untuk rumah pelanggan-pelanggan kami. Kebanyakan rekaan yang kami hasilkan sesuai dengan susun atur dalam ruang dan mengikut citarasa pelanggan itu sendiri.




Selain berfungsi sebagai tempat meletakkan televisyen atau TV, kabinet TV juga mempunyai dua fungsi lain iaitu untuk menyimpan barang dan sebagai rak untuk meletakkan barangan perhiasan. Sebab itulah, kabinet TV ini perlu nampak cantik, kemas dan berfungsi dengan baik. Lagi-lagi bila kabinet TV ini diletakkan di ruang tamu yang mana menjadi ruang utama bagi setiap rumah.




Jadi apa kriteria penting untuk anda memilih rekaan Kabinet TV? Mari kita lihat tips-tips ini:


1. Ukur Ruang atau Dinding Kabinet TV 

Adalah sangat penting supaya anda mengukur dahulu ruang atau dinding untuk anda meletakkan Kabinet TV tersebut. Semakin besar ruang tersebut, semakin fleksibel kabinet TV anda. Jangan lupa ukur saiz TV anda supaya bersesuaian dengan kabinet TV. Jika ruang anda kecil atau sempit, kabinet TV anda hanya perlu ada barang-barang penting seperti dekoder TV, DVD player, game console atau speaker.



Selain itu, bila anda mempunyai ukuran dinding atau ruang untuk meletakkan kabinet TV, anda boleh memilih sama ada ingin membuat kabinet TV pasang siap atau beli sahaja konsol TV di kedai perabot sedia ada. Berdasarkan ukuran tersebut, anda boleh dapatkan harga Kabinet TV yang anda mahu dengan warna atau material yang sesuai dengan bajet anda.



2. Cat atau pasang Kertas Dinding di belakang Kabinet TV


Jika anda mahu jadikan kabinet TV anda sebagai titik tumpu atau focal point dalam rumah anda, anda boleh jadikan dinding anda sebagai latar belakang kabinet TV anda. Anda boleh pilih seleksi warna cat yang berwarna-warni atau pasang kertas dinding yang bercorak minimal asalkan kabinet TV anda menjadi titik tumpu yang menarik.



3. Material Kabinet TV

Kebanyakan material kabinet TV ialah papan lapis atau plywood kerana materialnya yang kuat dan sesuai untuk membuat kabinet rekaan moden dan kontemporari. Selain menggunakan material plywood sebagai rangka, anda juga boleh memilih material melamine yang jauh lebih murah daripada plywood. Untuk menampakkan rekaan kabinet TV yang moden, material lain yang menjadi pilihan sebagai pintu kabinet TV ialah kaca, acrylic dan besi.



4. Rekaan Kabinet TV

Bagaimana mendapatkan rekaan kabinet yang fleksibel dan berfungsi dengan baik? Selalunya kabinet TV mempunyai rangka penstoran di bahagian bawah, tepi atau atas TV. Namun jika anda mahu meletakkan rak di atas TV, pastikan rak tersebut kuat dan tidak diletakkan dengan barang terlalu berat. Selain itu, pastikan rak tambahan tidak menganggu kedudukan TV anda.



5. Warna Kabinet & Rak TV
Kebanyakan warna Kabinet TV yang menjadi kegemaran orang ramai ialah hitam, putih dan coklat. Namun anda mungkin mahu menambahkan seri kabinet TV anda dengan warna-warna yang terang dan menarik seperti merah jambu, biru langit atau ungu violet. Semestinya seleksi warna yang berbeza mampu membuatkan mood anda gembira ketika menikmati rancangan di TV.


6. Kabinet TV yang kemas dan ringkas


Elakkan daripada meletakkan terlalu banyak barang di kabinet TV. Pastikan kabinet TV nampak kemas dan teratur. Penting untuk anda sorokkan wayar di belakang panel kabinet TV dengan menyediakan lubang di belakang atau atas konsol kabinet TV tersebut. Satu lagi cara untuk menjadikan wayar TV tidak berselirat ialah dengan mengikatnya dengan kemas



7. Sistem Eubiq

Kebanyakan pelanggan kami selalu mengalami masalah tidak cukup plug elektrik di belakang TV Kabinet. Sebab itu, kami cadangkan pelanggan membeli set sistem Eubiq ini. Selain rekaannya yang eksklusif, sistem Eubiq ini juga boleh mengurangkan kos penambahan plug elektrik apabila anda hanya perlu membeli plug mudah alihnya jika mahu menambah plug elektrik.




Berminat untuk ada Kabinet TV di ruang dalam rumah anda?


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:
ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:

LIKES 
Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

1 comment:

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!