Wednesday, May 17, 2017

Rekaan Bilik Almari Pakaian / Walk-in Wardrobe Design


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang menyinggah ke blog saya ini. Blog ni akan selalu di-update untuk menunjukkan kerja-kerja seorang Pereka Dalaman macam saya ni yang *kononnya* sibuk sangat. Huhu.

Ada masa tengah sibuk buat design, selalunya saya akan godak-godak folder dalam komputer, tengok gambar-gambar projek yang kami dah berjaya siapkan. Tiba-tiba tengok Ya Allah, banyaknya almari pakaian atau wardrobe yang saya dah buatkan untuk client!

Ruang almari pakaian ni sangat penting terutama kepada orang perempuan. Heh. Sebabnya, tanpa tempat simpanan pakaian yang banyak, pakaian akan bersepah dan tidak terurus. Kami sentiasa peka dengan keperluan client kami dengan mencadangkan mereka buat built-in wardrobe tinggi hingga ke siling supaya ruang dalam rumah dapat digunakan semaksima yang boleh.

Jadi hari ni saya nak kongsikan beberapa design Bilik Almari Pakaian atau Walk-In Wardrobe yang saya dah pernah buat untuk clients Ilusi Hafiezd Design.


Rekaan almari pakaian untuk rumah yang pertama ini adalah untuk sepasang suami isteri di Sunway Cheras. Ruang almari pakaian ini terletak di tingkat dua dan bersambung dengan bilik tidur utama.

Konsep ruang almari pakaian ini ialah Inggeris Moden atau Modern English. Material yang digunakan untuk Walk-in Wardrobe ini juga ialah kayu yang dicat putih (White Spray Paint) untuk bingkai pintu dan kaca hitam atau black glass.

*Meja Solek dilengkapi Cermin*

Apa yang menarik tentang ruang ini ialah selain ada almari pakaian, kami juga sediakan ruang penyimpanan beg tangan atau Handbag Display dan meja solek atau Dressing Table. Di dalam almari pakaian juga ada aksesori almari yang praktikal untuk menggantung dan menyimpan pakaian.

*Handbag Display with Lights*


 
*Wardrobe Accessories*


Rumah kedua yang ada Walk-in Wardrobe ialah di TTDI Grove, Kajang. Rumah teres corner lot ini mempunyai ruang almari pakaian yang kecil. Sebab itu, kami gunakan material cermin atau mirror as sliding door manakala untuk swing door material yang digunakan ialah Melamine Board.


Walaupun ruang almari sempit namun kami turut menyediakan ruang meja solek dan tempat menyimpan beg tangan. Lebih menarik, ruangan meja solek turut diserikan dengan cahaya lampu terang atau vanity dressing table with mirror. Laci meja solek juga disertakan dengan aksesori penyimpanan barang-barang kecil seperti barang kemas, brooch tudung, etc. Cantik kan?

 *Aksesori Laci Meja Solek*


*Almari Beg Tangan*

Seterusnya ialah rekaan bilik almari baju terbaru oleh Ilusi Hafiezd Design di Alam Impian, Shah Alam. Kami baru siap pemasangan almari ini bulan lepas. Disebabkan rumah ini ada empat buah bilik, client kami telah menggunakan salah satu bilik di rumah teres tersebut sebagai walk-in wardrobe nya. 

*Aksesori Almari pakaian*

 *Almari Beg Tangan*

*Almari Beg Tangan*

Istimewanya walk-in wardrobe ini ialah selain ada aksesori dalam almari dan vanity lighting dressing table, ruang ini juga ada kabinet pulau atau island cabinet di tengah-tengah bilik! Best kan?

*Kabinet Pulau*

*Wardrobe Island with Bench*

Material yang digunakan untuk ruang almari pakaian ini ialah melamine dan glass. Untuk island cabinet, kami tambahkan fabrik di tempat duduknya. Memang best kalau ada bilik begini sebab kalau nak bersolek beramai-ramai boleh tumpang duduk sekali. Huhu.


Jika anda berminat untuk dapatkan ruang almari pakaian ala-ala designer begini jangan segan-segan email ke ilusihafiezd@gmail.com ok. Kami tak dapat buat hanya wardrobe saja kerana kami Interior Designer. Kami buat project design & built, perlu buat design & drawings & kami ada charge design fee.

Jika nak buat wardrobe saja dengan kos kurang daripada RM5000, bolehlah cari cabinet  atau wardrobe specialist. Mereka boleh bagi harga ikut bajet anda. 

Terima kasih singgah! Wassalam

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#WalkInWardrobe

16 comments:

  1. Brapa ya budget utk bilik wardrobe y Ada island cabinet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budget untuk bilik almari pakaian ini lebih kurang 15K Cik. Harga bergantung kepada material dan size. Jika berminat boleh hubungi kami. 0122496649

      Delete
  2. Nk tny kalu design yg simple utk bilik almari pakaian brp ye? bole send quatition kat email sy x najiy_adi@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga Swing Door Wardrobe dengan material melamine basic ialah RM4000. Boleh email ke ilusihafiezd@gmail.com untuk set appointment. Terima kasih

      Delete
    2. as.salam.blh bg design swing door material melamine basic yg hrga 4k?

      Delete
  3. Sangat menepati citarasa. Tak sabar tunggu rumah baru siap. Dan dapatkan idea dri pihak tuan.

    ReplyDelete
  4. Utk L-shape abt 10"(5+5) melamine basic brp tn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya Tuan. Kami Interior Designer buat design satu ruang. Tak dapat buat hanya satu almari saja. Boleh cari cabinet specialist untuk buat almari begitu

      Delete
  5. boleh emelkan, kalau bajet dalam 3k-4k, macam mana ye.. szmzanariah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf ya Puan, bajet minimum kami nak buat wardrobe ialah 5K

      Delete
    2. Boleh tak emelkan untuk yang bajet 5K tu? atun_dhia92@yahoo.com

      Delete
    3. Minta maaf kalau Puan sekadar nak buat kabinet / almari boleh contact cabinet / Wardrobe specialist ya. Kami Interior Designer ada charge design fee & buat design & built satu ruang. Tak buat kabinet saja

      Delete
  6. Boleh bg quo harga untuk wardrobe 12x9

    ReplyDelete
  7. Kalau sy dah ada wardrobe tp nak minta bukakan dan pasang boleh ke? Sy juga nak buat kabinet yg lain. Wasup sy 0176262006

    ReplyDelete
  8. Mcmn jika saya berminat nak dptkan details? Sy tgh mencari org yg blh buat utk blk ke 3 kami..please respon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cik / encik nak buat wardrobe saja, boleh cari wardrobe / cabinet specialist. Tapi kalau nak buat yang cantik, ada design baru contact kami. As Interior Designer, kami ada charge design fee. Do contact us through FB page: ILUSI HAFIEZD DESIGN

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!