Wednesday, February 22, 2017

Melawat Kilang Pembuatan Kabinet Melamine


Demi menghasilkan kabinet dengan kualiti yang baik dan bermutu tinggi, sebagai ID, kami perlu pilih carpenter yang berpengalaman dalam pembuatan perabot. Jadi untuk kabinet dengan kayu melamin atau melamine board, kami memang stick dengan carpenter yang merangkap ex-boss ku Levin Koh di mana kilangnya terletak di Balakong. (area Jade Hills)



Masa mula-mula jadi Interior designer, tak pernah terfikir pun akan datang tempat macam ni. Tak pernah terfikir nak tengok pintu kabinet buat macam mana, ada handle ke takde, edging pintu macam mana, siapa carpenter dan siapa installer, etc.
Tapi bila dah ada dalam industri ni dan ada bisnes ID sendiri, kena *paksa* diri supaya ambil tahu semua detail ni. Kalau asyik fikir design dan drawing, tak ada inisiatif untuk bergerak dan tak berani tanggung risiko, sudah tentu sekarang masih kerja hadap PC duduk di bawah aircond office. Huhu.




Tak salah bekerja dengan orang dan berkuli untuk menuntut ilmu. Tak salah juga perlahan-lahan kayuh bina nama dalam industri. Tak perlu tamak ambil projek banyak-banyak dan nak buat semua kerja (padahal boleh pass kerja kepada orang lain yang lebih arif). Bisnes yang baik ialah bisnes yang menolong orang lain kaya bersama-sama. Haha. 😂😂
Congratulations to my sifu Levin Koh for opening his own factory in Balakong. May 2017 bring more project & productions to us. 👏🎉🎊
P/s: *I help you, you help me.*Haha.


#ilusihafiezddesign
#kilangkabinet

1 comment:

  1. boleh saya tahu tak encik boleh tak terima tempahan untuk buat vanitymirror dan dressing table ? material kayu solid wood block board , jenis kayu tahan air & tidak mereput . saya nak buat dalam kuantiti yang banyak . encik boleh contact saya di no 018 2701249

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!