Saturday, February 11, 2017

3D dan Realiti - Rekabentuk Dalaman


Salah satu cara Perekabentuk Dalaman atau Interior Designer membentangkan design kepada pelanggan adalah dengan menggunakan imej 3D Visual. Kalau dahulu, Perekabentuk Dalaman menunjukkan design melalui hand sketch atau lakaran. Tapi sekarang, kebanyakan designer perlu tahu menggunakan perisian 3D atau 3D software supaya hasil perbentangan lebih jelas dan menarik.
3D visual dapat menunjukkan efek warna, material, pencahayaan dalam ruang dan yang paling penting, susun atur dalam ruang dalaman tersebut. Antara software 3D yang selalu digunakan oleh pereka dalaman atau Interior Designer ialah 3D Studio Max, SketchUp dan InteriCad.

Alhamdulillah kebanyakan 3D visual yang Ilusi Hafiezd Design hasilkan berjaya menjadi realiti. Client pun puas hati sebab apa yang mereka nampak daripada 3D visual boleh jadi 75% sama di site.
Tips menghasilkan 3D visual yang boleh menjadi realiti:

1. Perlu faham construction dan carpentry works. Kena tahu sama ada apa yang kita design itu LOGIK atau boleh tak dihasilkan oleh contractor atau carpenter. Dalam situasi ini, kita perlukan pengalaman di site semasa proses construction dan cabinet installation dijalankan.

2. Pilih material dan perabot yang betul-betul ada di pasaran dan apply ke dalam 3D. Ada banyak jenis material di Malaysia dan kita boleh dapatkan imej material (dalam JPEG), download daripada website atau minta daripada supplier material dan kemudian apply ke dalam 3D.
Untuk perabot pula, pilih model designer furniture sebagai perabot dalam 3D. Kebanyakan 3D model perabot boleh download daripada website 3D model secara percuma. Jika client mahu menggunakan perabot mereka yang sedia ada, hormat pilihan mereka dan cuba sebaik mungkin modelling semula perabot itu ke dalam 3D.


3. Perlu faham penggunaan jenis lampu dan pencahayaan dalam 3D visual. Basic lightings yang kami gunakan ialah downlight, concealed lighting dan sun light. Kalau boleh, dapatkan arah matahari sebenar di site sebelum mengaplikasikan sun light.
Untuk downlight dan concealed lighting pula, pilih ambience sama ada white, warm white atau yellow. 3 jenis ambiences ini akan menentukan effect ruang dalaman sebenar nanti.

4. Pilih contractor atau carpenter yang faham cara kerja kita dan dapat bekerjasama dengan kita. Komunikasi dengan contractor dan carpenter adalah sangat penting supaya mereka faham apa yang kita mahukan. Selain itu, dua orang penting ini juga perlu faham 3D visual dan drawings kita supaya apa yang kita visualisasikan dapat menjadi realiti.


Pengalaman dalam industri Rekabentuk Dalaman ini mengajar kami bahawa 3D Visual dan drawings sangat penting demi memastikan proses renovasi berjalan lancar. Kami sentiasa perlu meyakinkan client supaya invest sedikit untuk 3D Visual dan drawings demi mendapatkan design yang berkualiti dan boleh menepati citarasa mereka.

No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!