Friday, June 3, 2016

7 tahun - Pereka Hiasan Dalaman / Interior Design


Alhamdulillah, 1 Jun 2016, genaplah 7 tahun saya menjadi Pereka Hiasan Dalaman / Interior Designer. Setelah bekerja lebih daripada 5 buah syarikat, saya mampu menyempurnakan beberapa buah projek Hiasan Dalaman daripada mula hingga siap.


Tahun lepas dan tahun ini saja di bawah company Ilusi HafiEzd Design kami berjaya menyiapkan 3 buah projek di TTDI Groove Kajang, D'pines Condo Ampang dan rumah mak tersayang di Seksyen 32, Shah Alam, dan beberapa lagi design 3D untuk beberapa buah rumah yang masih dalam design stages.

*Dapur di TTDI Groove Kajang*

*Ruang Tamu, Ruang makan & Dapur di D'pines, Ampang*


*Rumah Mak di Seksyen 32, Shah Alam*

Selain itu kami juga berjaya menyiapkan dua projek dekorasi bekerjasama dengan Piilo&decor dan insya-Allah akan ada lagi projek dekorasi pada masa akan datang.

*Projek Dekorasi di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras*

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama 7 tahun ini terutama encik suami - Mohd Hafizsham Xyro yang tolong support dari belakang, jaga anak masa tengah kalut nak siapkan design, jaga site dan handle client, teman order barang, etc. Thanks to my sifu or mentor Levin Koh for making my 3D to become reality with superb carpentry works by AVL Interior Industries . Tak lupa buat Dekna yang sama-sama menjayakan kolaborasi projek dekorasi tahun lepas. 

Terima kasih juga buat semua client kami yang percaya dengan design kami, yang selalu faham bila kami bawa anak ke site, yang ok dengan harga kami (tak minta diskaun, heh) dan yang paling penting menerima segala kekurangan kami.

Maka bersempena ulangtahun ke-7 ini, saya kongsikan hasil kerja saya sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Terima kasih kepada semua sahabat di Facebook kerana rajin Like gambar-gambar design dan di alam maya ini, teruskan menyokong Ilusi HafiEzd Design











9 comments:

  1. saya ade baca entri akak masa buat part time kt uia. macammana nak apply ye? sy freshgrad kaed juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dapat kerja part time sebab ada link dengan lecturer AAD. Tapi akak jadi part time lepas lebih 5 tahun kerja & based on experience. Kalau nak jadi part time kena kerja dulu / ada master sebenarnya

      Delete
    2. alhamdulilah, saya dah 1 tahun berkerja lepas graduate.Tp waktu sy berkerja ni sy interested nak sambung master juga. akak ade sambung master tak?

      Delete
    3. Akak tak sambung master pun. Better ada Master dalam field ID ni (kerja lama + banyak company + kutip pengalaman) supaya senang nak ajar student ID

      Delete
  2. Slm sjhtera sis. Saya baru habis dlm diploma in civil eng. Bolehka pasni saya nak smbung degree on ID terus?

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum . Sis , saya tertarik dengan kerjaya sis . Boleh saya berkawan dengan sis ?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam sis. Saya berminat nak masuk interior design. Saya student diploma industrial design. Boleh ke saya tukar masuk bidang ID?

    ReplyDelete
  6. This is a smart blog. I mean it. You have so much knowledge about this issue, and so much passion. You also know how to make people rally behind it, obviously from the responses. Aluminum Doors Toronto

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!