Sunday, July 3, 2011

ARCHIDEX 2011



ARCHIDEX 2011 ialah sebuah pameran Senibina (Architecture), Hiasan Dalaman (Interior Design) dan industri pembinaan (building industries) yang mengumpulkan Arkitek, Pereka Dalaman dan mereka yang terlibat dalam industri pembinaan tak kira dari Malaysia atau luar negara. Seperti tahun-tahun yang sudah, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, aku pergi ke pameran tersebut dengan Hafiz untuk melihat sendiri produk-produk terbaru yang ada di sana.


*Special view aku ambil dari atas tempat salah satu exhibition booth.*

Untuk pengetahuan korang, Archidex yang diadakan pada tahun ini merupakan pameran yang ke-12 dan boleh dikatakan aku jarang miss pameran ni setiap tahun semata-mata nak tengok produk-produk interior design dan architecture yang terbaru. Aku juga beruntung sebab Hafiz kerja dalam bidang yang lebih kurang sama dengan aku dan setiap tahun dialah yang jadi *bodyguard* (merangkap tukang angkat barang) aku bila pergi sana. Haha.


*Glass with steel railing - Hafiz suruh ambil gambar benda ni.Huhu.*

*Designer door - Besar pintu ni. Uiks.*

*Wall Panelling - Cantik untuk Feature Wall*

Apa yang best tentang pameran ini ialah kita dapat tengok macam-macam benda yang berkait rapat dengan dunia architecture dan interior design. Selain boleh mengetahui material dan produk-produk terbaru industri pembinaan, ada juga forum atau talk yang diadakan untuk memberi informasi tentang design yang ada di muka bumi ni dan segala yang berkaitan dengan dunia pembinaan. (Tapi aku tak pergilah talk ni sebab mahal kot.)


*Rasin Glass Panelling - Cantik untuk Penghadang Dua Ruang (Divider)*

*Glass Mosaic Tiles - Sesuai untuk Kitchen Backing.*


Aku memang suka pergi Archidex ni untuk ambil gambar, kumpul katalog-katalog material dan berkenalan dengan supplier material supaya lepas ni taklah aku susah nak search kat internet material yang aku nak gunakan dalam design aku. Kalau dulu time student aku pergi ke pameran ini untuk tengok pameran hasil kerja mereka yang professional dalam bidang architecture dan tengok projek pelajar-pelajar architecture. Oh, sebab lain aku suka pergi Archidex ialah untuk beli majalah design dengan harga yang sungguh murah (RM10 boleh dapat 3 majalah!) dan kumpul beg-beg pameran yang berwarna-warni! Haha.


*Wood Veneer - Material kegemaran Isteri bos aku! Sesuai untuk feature wallbed head dan TV Backing.*


*Marble, Granite dan adik-beradik batuan tiruan yang lain.*

Pameran Archidex ni mungkin tak berapa sesuai untuk orang luar sebab kebanyakan produk yang dipamerkan lebih kepada mereka yang bekerja dalam bidang architecture dan interior design. Oleh sebab tu, aku cadangkan korang pergi ke pameran Homedec yang lebih kepada pameran untuk end user atau pelanggan yang mahu ubahsuai rumah dan mendapatkan khidmat pengubahsuaian dengan harga yang lebih murah pada hari pameran. Homedec juga diadakan dua kali setahun di Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain. (Hari tu bulan Mei dah ada dah. Selepas ni akan ada pada bulan Oktober. Sila pergi ke website Homedec untuk tahu info lebih lanjut.) 

*Artificial Stone - Sesuai untuk outdoor feature wall atau water feature*

*Porcelain Tiles - Cute sangat material ni! Suka!*

*Model WC dan Porcelain Tiles - Cute gak. Hehe. ^_^*

Bila pergi ke pameran sebegini buatkan aku tambah bersemangat untuk terus berada dalam bidang design ni. Seronok tengok pesaing-pesaing aku (Interior Designer dan Architect) yang rata-ratanya aku tengok macam hebat je daripada aku. Uiks. Pastu rasa best je dilayan baik sangat oleh suppliers sebab pakai tag yang tertulis *Interior Designer* dengan nama company (padahal company kecik je kot) kat pameran tu.


*Sesi meringankan beg exhibition.*


Aku harap tahun-tahun depan aku diberi peluang lagi untuk datang ke pameran Archidex ni. Oh, dan semestinya aku tak pergi seorang! Aku nak pergi dengan Mr. Future Architect ni:


^________^

6 comments:

  1. mana aciiiii..pegi x ajk dla pun..besnye kalo ade kat cni..mesti dla xnak blk..hehe

    ReplyDelete
  2. @Fairus
    Menarikla untuk sesetengah orang.Tapi sometimes ada gak benda yang membosankan kat sana.Letih jalan.

    ReplyDelete
  3. @Dla
    aduhai..thn dpn kalau nak g datangla KL Dla.leh g sama2..kita ajak Sophie skali..^_~

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!