Thursday, March 10, 2011

Gabungan Meja Belajar & Meja Solek


Minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Kerja banyak. Hari-hari ada client nak design rumah. (Bajet ramai client, padahal baru tunjuk harga dah cancel. Haha). Hari ni nak kongsi design meja belajar dan meja solek untuk client aku kat Damansara.


Design yang aku buat ni sangat simple kot. Sebab area agak kecil dalam Bilik Tidur Utama (Master Bedroom.) Material yang digunakan pun cuma gabungan acrylic dan melamine board.


Disebabkan ruangan agak sempit, maka warna lembut dan cerah dipilih untuk material dan cat. Aku saja letak warna purple kat situ. Tak tahulah tuan rumah rajin ke tak nak ada cat. Lagipun design belum proceed lagi ni. Doakanlah dapat ya. ^_^


Sekian saja entri ringkas aku pada hari ini. Ada kerja urgent untuk rumah Datin mana entah kena buat. Hari ni ada pekerja baru masuk opis aku. Harapannya, dia dapat meringankan beban kerja kat opis ni. Boleh aku buli dia nanti.. Haha.

Selamat bekerja semua! Salam.

Saturday, March 5, 2011

Sebelum Saya Mati...



Tajuk entri macam nak tinggalkan wasiat terakhir je kan? Huhu. Tapi siapalah yang boleh ramal kematian. 3 benda yang Tuhan dah tentukan, JODOH (dah jumpa ke?) REZEKI (Insya-Allah ada) dan MATI. Tahu tak bila?

Apa-apa pun sebelum mati, setiap orang akan ada impian masing-masing. Orang yang tiada impian atau matlamat umpamanya tiada hala tuju yang jelas. Impian yang kita citakan itu boleh jadi mustahil atau akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Malah, setiap impian kita itu boleh jadi dapat membantu orang lain atau hanya diri kita sendiri



Sebab tu aku suka cara Candy Chang, seorang perancang bandar dan designer yang mengambil inisiatif untuk mengetahui impian penduduk di sekitar New Orleans. Beliau mengetahui kehendak dan impian mereka dengan mendirikan sebuah papan tulis di atas sebuah dinding rumah yang terbiar. Setiap penduduk boleh mengekspresikan kehendak itu dengan menyambung ayat *Before I die I want to* atau Sebelum aku mati aku mahu dan setiap impian mereka itu dapat dibaca oleh mereka yang melalui di jalan tersebut.




Usaha beliau itu ternyata memberi respon yang baik daripada penduduk di situ. Setiap patah kata yang tercatit di atas dinding hitam menggunakan kapur memaparkan impian orang ramai yang semestinya tidak mustahil untuk direalisasikan di muka bumi ini.


Adanya dinding sebegini, suara setiap orang dapat diluahkan dengan lebih abstrak dan kadangkala menyentuh hati nurani setiap orang yang membacanya. Niat baik manusia yang punya impian contohnya "Sebelum saya mati, saya mahu menyelamatkan hidup orang lain" menunjukkan masih ramai orang yang baik hati di dunia ini.




Tuesday, March 1, 2011

Bercinta Dengan Buku: Tiga Kali Seminggu


Bulan lepas aku berjaya membeli lima buah buku. Empat buah buku Bahasa Inggeris dan satu buku Melayu karya penulis kegemaranku, Faisal Tehrani. Buku bertajuk Tiga Kali Seminggu ini merupakan buku keempat tulisan beliau yang aku baca selepas novel Manikam Kalbu, 1515 dan 1511H Kombat.


Sebelum aku ulas lebih panjang tentang buku Tiga Kali Seminggu, ingin aku kisahkan mengapa aku begitu menggemari karya Pemenang Hadiah Sastera ini. Cerpen pertama beliau yang aku baca dalam buku teks Sastera suatu masa dulu, Kerana Manisnya Epal merupakan rujukan utama ku untuk menyusun ayat-ayat indah dalam penulisan ku. Seterusnya buku 1515 yang aku pinjam dari perpustakaan UIA tambah menguatkan minat ku terhadap hasil karyanya. Watak srikandi Tun Nyemah Mulya dalam buku tersebut begitu mempengaruhi aku sehingga aku pernah mencari kebenaran sama ada watak tersebut wujud atau tidak semasa zaman Portugis menjajah Melaka. 1511H Kombat juga aku pinjam dari perpustakaan namun jalan ceritanya aku sedikit lupa. Novel Manikam Kalbu pula adalah novel pertama yang aku beli berkisar tentang sisipan sejarah asal-usul baju kurung dan pakaian tradisional Melayu.


Berbalik kepada buku Tiga Kali Seminggu, buku yang menghimpunkan 15 cerpen karya Faisal Tehrani ini baru diterbitkan tahun lepas namun nukilannya adalah kesinambungan hasil karya beliau dari zaman awal penulisan beliau hingga kini. Cerpen Tiga Kali Seminggu yang diangkat menjadi tajuk buku merupakan ocehan beliau tentang seorang ustaz bernama *Ustaz Agil* yang menjadi rebutan di sebuah kampung. Kisahnya bersangkutan pula dengan janda bernama *Zaheeda* yang kesunyian setelah diceraikan suami. Cerpen ini ditulis dengan niat memberikan kisah sensasi dalam bentuk hiburan kerana nama watak utama hampir mirip kisah seorang ustaz atau *celebriti* di negara ini yang akhirnya berkahwin dengan seorang penyanyi bertudung. (Rasanya semua orang sudah dapat menangkap siapa mereka.)

Sunday, February 27, 2011

Bestfriend Saya Dah Kahwin!



Tahun 2011 ni ramai sahabat aku yang akan melangsungkan perkahwinan. Bestnya orang lain murah rezeki nak kahwin, aku ni duit simpanan nak kahwin pun tak tahu tahun bila baru cukup. Huhu.

Perkahwinan sahabat aku tahun ni dirasmikan oleh bestfriend aku sejak zaman sekolah rendah, Suhaida. Lama dah aku kawan dengan dia, sejak kami Darjah 1 Delima kat SK Convent Bukit Nanas 1 (CBN). Seingat aku hanya masa darjah dua kami lain kelas, yang lainnya semua belajar di kelas yang sama.


Aku rapat dengan Suhaida atau Su sebab utamanya sebab dia banyak cakap. Haha. kalau sapa kata dia pendiam memang tak kenal diala. Tapi kami paling rapat sebab kami naik bas sekolah yang sama masa aku darjah 5 dan 6 kerana kebetulan rumah kami sama-sama di area Ampang ni. Pukul 6 pagi dah kena naik bas sekolah untuk ke sekolah bawah Menara KL tu.

Banyak sangat kenangan masa sekolah rendah yang kami kongsi bersama. Biasalah, budak-budak. Main batu seremban, main getah, main baling kasut, dan semua permainan yang budak sekolah perempuan akan main. Haha. Paling kelakar masa darjah 6 kami pernah ada satu group *Sailormoon* yang selalu study sama-sama habis kelas tambahan. (Sebenarnya banyak *study sing* daripada study group kot.) Dalam group ni Su jadi Sailor Mars, aku jadi Sailor Venus. Haha. Gile kanak-kanak masa tu.


*Sailor Venus & Sailor Mars yang masih bekerja. Mungkin yang lain dah bersara kot. Haha*

Friday, February 25, 2011

Muhasabah Cinta - edCoustic


Assalammualaikum dan Selamat Menyambut Hari Jumaat- Penghulu segala hari. Hari ni aku nak kongsi lagu yang menyentuh hati bertajuk Muhasabah Cinta, nyanyian edCoustic.



Tajuk Nasyid : Muhasabah Cinta
Artis : EdCoustic
Album : Sepotong Episode


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff:

Video klip ni adalah gabungan dua filem iaitu filem Syukur 21 dari Malaysia dan Ayat-ayat Cinta dari Indonesia. Dua-dua lagu ni memaparkan keinsafan manusia yang ketika ditimpa kesakitan mereka rasa *dekat* dengan Allah.

Kebetulan malam tadi aku demam dan selsema. Aku tidur tak ingat punya sebab hidung tak selesa. Dalam keadaan sakit tu aku memang ada mengeluh sikit, tapi aku muhasabah diri aku dan ingat, sakit yang Allah beri itu mungkin sebab Allah nak ampunkan dosaku.

Kita sebagai manusia, selalulah muhasabah diri kita. Jangan ingat kesakitan itu saja ujian, tapi kesenangan dan kesihatan kita juga sebenarnya adalah ujian buat kita. Allah tu nak uji, masa senang dan sihat, kita ingat kat DIA tak? Masa kita sihat, kita beribadat untuk dia ke tak? Jadi bila masa sihat tu, jangan lupa buat *amalan extra* untuk DIA, untung-untung DIA ampunkan dosa-dosa kita yang lepas sebab DIA Maha Pemurah, lagi Maha Mengampuni.

Marilah kita *Muhasabah Cinta* kita buat DIA juga. Baiki hati kita yang kadang-kadang alpa dengan kesenangan dunia ni. Cinta milikNYA tiada tandingan, ingat kepadaNYA tiada bandingan dan perlindunganNYA penuh dengan rasa kasihan. Semoga Allah s.w.t. ada dengan kita setiap masa. Insya-Allah.