Thursday, November 11, 2010

Ros Ungu @<~~ ~~>@ Purple rose

Dalam hidup ni, dua benda yang paling dan sangat aku suka tengok ialah warna UNGU atau VIOLET atau PURPLE atau LAVENDER dan lagi satu ialah BUNGA ROS atau MAWAR. Kalau tengok dua benda ni mesti aku akan ceria, gembira dan bahagia sebab benda-benda ni macam *terapi mata* untuk aku.

So, kerana mata aku ni sekarang letih tengok garis-garis CAD, nombor-nombor kat Quotation, dan objek-objek 3D, aku sempat kumpul gambar-gambar PURPLE ROSE untuk tatapan mata aku dan pembaca blog ni. Di bawahnya juga aku selitkan maksud ros berwarna ungu untuk pengetahuan semua. Enjoy!

AMARAN: Orang yang anti *purple* sila jangan scroll ke bawah. Huhu.



@<~~ Untuk menzahirkan perasaan yang lain dari yang lain ~~>@



@<~~ Mempesonakan & Mudah tertawan ~~>@



@<~~ Kekayaan & Kemegahan ~~>@




@<~~ Cinta Pandang Pertama ~~>@




@<~~ Misteri Sebuah Kecantikan ~~>@



@<~~ Persoalan & Kemungkinan ~~>@


@<~~ Ucapan *Tahniah* pada Hari Perkahwinan ~~>@


@<~~ Perasaan yang Mendalam ~~>@


@<~~ Hormat & Respek ~~>@


@<~~ Cinta yang Abadi ~~>@



@<~~ Keselamatan & Perlindungan ~~>@


Sumber / Sources:


http://www.squidoo.com/purpleroses
http://www.streetdirectory.com/florist/singapore/flower_guide/flowerguide/roses/1263/significance_of_purple_roses
http://www.rosetypesonline.com/What_Is_The_Meaning_Of_Purple_Roses.html
http://www.wisegeek.com/what-do-different-colors-of-roses-mean.htm
http://www.rose-works.com/purple-roses.html
http://www.flower-dictionary.com/color2.html

Sunday, November 7, 2010

Orang Jauh~





Apakah aku merindui orang yang jauh?
Yang aku tak nampak tatkala dia ada jadi teduh...
Yang aku abaikan kadangkala tanpa sentuh...
Yang aku hanya ingat bila saat aku jatuh?


Apakah aku merindui orang yang tiada?
Dalam dunia jasad tiada kenangan lama...
Aku bingkai kisah kita agar tidak aku lupa...
Aku gamit bingkisan rindu bila kamu tiada di depan mata...


Apakah aku mampu lupakan dirimu?
Saat aku kongsi masa bahagia dengan kamu
Detik persahabatan kita terjalin dan bertemu
Minit bual yang kita habiskan berbicara tanpa jemu...


Apakah bisa kita bertemu di syurga sana?
Akan kukhabarkan kau sahabat buatku gembira...
Gusar aku jika syurga bukan tempatnya...
Untuk aku lihat kau tersenyum kerna kau pergi dengan lega...


Apakah doaku sampai buatmu di sana?
Aku doakan DIA menjagamu untukku sebaik-baiknya...
Meletakkanmu dalam golongan mana itu kuasaNYA...
Namun doaku buatmu sahabat, kau sentiasa Dalam lindunganNYA...


8 NOVEMBER 2010.
Sepatutnya usianya menjangkau 25 tahun.
Tapi dia pergi dulu bertemu Yang Maha Esa.
Al-Fatihah buat sahabat yang sangat kusayangi..
Ruzaini Azrin.


Memories: 

Hilangnya Seorang Sahabat Sejati...

Suka N, Sayang R & Cinta M

my Boyfriend VS my Best-boyfriends