Friday, December 14, 2012

Perbezaan antara Interior Designer dan Interior Decorator


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang senyap bertapa selama beberapa purnama ini. Tuan punya blog macam biasa sangat sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Tambahan bila dah ada *orang baru* ni. Hihi.

Entri tentang Perbezaan antara Interior Designer dan Interior Decorator ni memang dah lama aku nak tulis. Disebabkan sekarang ni ramai yang menghubungi aku tak kira melalui email atau panggilan telefon dan SMS untuk bertanyakan tentang servis Interior Design yang aku tawarkan. Ada yang nak tanya pendapat tentang susunan perabot, design bilik kanak-kanak, material dapur dan banyak lagilah. Ada juga yang bila nak gunakan khidmat interior design consultant atau penasihat pereka dalaman mereka, cakap punyalah pung-pang-pung-pang (bunyi kompang bertalu), demand nak buat itu ini. Semua nak glamour. Bila sebut harga terus kata mahal dan ada yang *senyap membisu* terus. Macam-macam kerenah orang ramai ni. Sabar ajela. Maka di dalam blog ni aku terangkan dengan lebih jelas mengenai bidang kerjaya aku - Interior Designer atau Pereka Dalaman dan perbezaannya dengan Interior Decorator atau Penghias Dalaman.


*Perbezaan jelas Interior Designer dan Interior Decorator. Klik untuk imej lebih besar*

Sebenarnya ramai yang guna istilah Interior Designer tapi mereka tersalah faham bahawa kerja Interior Designer ni hanya menghias rumah, susun perabot dan pasu-pasu bunga, pilih cat, gantung lampu, etc. Aku tak salahkan korang sebab salah faham tentang bidang ni. Kadang-kadang puncanya ialah media massa macam rancangan TV - Deco Bersama Eric, Casa Idaman, etc. Bila tengok rancangan tu macam *senang* je kerja Interior Designer ni kan. Sampai aku pergi hospital, aku sakit dan stress sebab kerja, doktor yang rawat aku boleh tanya, "Sibuk sangat ke kerja Interior Designer ni?" Erk???

Inilah masalah masyarakat yang hanya tahu tentang kerjaya sendiri je lantas menyebabkan mereka ni macam tak hormat atau respect kerjaya orang lain. Aku tak kata semua macam tu. Ada sesetengah golongan yang bekerja dalam bidang professional memang rasa kerja merekalah yang paling hebat dan sibuk dalam dunia! (Siapa kata kerja cikgu senang? Aku pernah jadi guru ganti sebulan tau...Erk... Tiba-tiba...)

Secara jelas Rekaan Dalaman atau Interior Design adalah:


"Seni dan sains dalam memahami tingkah laku manusia untuk mewujudkan ruang yang berfungsi dalam bangunan."

*Interior Design Consultation*

Manakala Dekorasi Dalaman atau Interior Decoration adalah:

"Penyediaan perabot dan bahan-bahan atau menghiasi ruang dengan perkara-perkara yang bergaya atau cantik". 

*Interior Decorator Advice*



Baiklah, di bawah ni aku senaraikan perbezaan antara kerja Interior Designer dan Interior Decorator.


Taraf Pendidikan


Interior Designer atau Pereka Dalaman adalah bidang kerjaya yang memerlukan kami mempunyai taraf pendidikan tertentu dan latihan formal sebelum dapat masuk ke dalam bidang ini. Sebelum ini aku pernah tulis artikel tentang Belajar Bidang Seni Reka Dalaman (Interior Design). Jadi kepada sesiapa yang nak belajar bidang ni boleh rujuk di dalam artikel tersebut.

Di Malaysia, Interior Designer memerlukan sekurang-kurangnya Diploma untuk bekerja di ID firm atau Syarikat Pereka Dalaman. Hal ini disebabkan kerana kerjaya ini memerlukan kepakaran dalam space planning (susun atur dalam ruang), drawings (lukisan pelan bangunan, detail perabot, pelan siling dan lampu, etc), pemilihan material seperti fabrik dan wallpaper, rekaan perabot, construction atau pembinaan dan banyak lagi.Taraf pendidikan ini juga penting kerana semasa belajar, Interior Designer telah dilatih supaya melakukan kajian, analisis dan menggabungkannya dengan kreativiti yang mereka ada dan dilatih dengan pelbagai kemahiran sebelum boleh masuk ke dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

*Ada ilmu membaca plan dan drawing!*

Interior Designer perlu mengaplikasikan kreativiti dan penyelesaian teknikal mereka kepada pengubahsuaian struktur supaya berfungsi dengan baik, menarik, selesa dan berguna kepada orang yang mendiaminya. Rekabentuk dan ubahsuai tersebut juga perlu mematuhi undang-undang yang dikenakan terhadap pemilik bangunan atau premis (selalunya untuk projek komersial) dan bersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut.

Selain itu, kerjaya Interior Designer memerlukan kami tahan *lasak* (tahan kena marah, tahan debu, tahan mata tengok site kelam-kabut, dll) dan mempunyai banyak kemahiran untuk bertahan lama dalam bidang ini. Tambahan sekarang ini syarikat-syarikat amat mementingkan kepakaran dalam menggunakan komputer kerana banyak kerja kami mahu kami reti guna software untuk design macam 3Ds Max dan AutoCad. Terus-terang, kalau anda tak banyak skill memang susah sangat nak survive dalam bidang ni ditambah kesungguhan dan kerajinan untuk belajar sesuatu yang baru. (Contohnya - Turun ukur site, present design depan client, kenal material, dll)


Sebaliknya, Interior Decorators atau Penghias Dalaman tidak memerlukan apa-apa kursus atau latihan formal kerana Interior Decorators lebih terarah menjadikan sesebuah ruang itu nampak cantik dan *sedap mata memandang*. Namun, ada juga kursus-kursus pendek yang Penghias Dalaman boleh ambil seperti kursus pembuatan perabot dan jahitan untuk menambahkan skil mereka. 

Interior Decorators juga tidak terbabit dalam renovations atau ubahsuai ruang atau structural planning atau perancangan struktur dalam ruang bangunan. Selalunya Interior Decorators hanya boleh mula *bekerja* setelah semua kerja Interior Designer dah habis dan mereka akan mula melakukan dekorasi demi mencantikkan ruang tersebut.



Kelayakan


Di sesetengah negara, golongan professional perlu lulus dalam peperiksaan dan berdaftar dengan persatuan atau pertubuhan sebelum mereka layak bergelar professional. Begitu juga di Malaysia, golongan professional seperti doktor, jurutera, arkitek dan lain-lain perlu mengambil peperiksaan sebelum mendapat gelaran seperti Dr. , Ir. dan Ar. Setahu aku, Pereka Dalaman atau Interior Designer di Malaysia telah diangkat sebagai bidang professional sejak tahun 2006. 

Walau bagaimanapun, Pereka Dalaman atau Interior Designer yang ingin mendapat taraf professional kalau tak silap aku kena ada pengalaman lebih 10 tahun dan berdaftar dengan pertubuhan rasmi Interior Designer di Malaysia. Dua pertubuhan besar Pereka Dalaman tersebut ialah Malaysian Society of Interior Designers (MSID) yang telah bergabung dengan Institut Perekabentuk Dalaman Malaysia (IPDM) menjadi Malaysian Interior Industry Partners Association (MIID) atau Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia (PPDM).

Lain halnya dengan Interior Decorators yang langsung tidak memerlukan apa-apa kelayakan atau sijil untuk menjalankan bisnes mereka. Sayangnya kebanyakan orang masih menganggap kelayakan Interior Designer adalah sama dengan Interior Decorators tanpa memahami perbezaan ketara kedua-dua bidang ini.

Skop Bidang Kerja


Skop bidang kerja antara Interior Designer dan Interior Decorator mempunyai sedikit persamaan namun skop kerja Interior Designer beribu kali lebih luas berbanding Interior Decorators. Skop kerja Interior Designer merangkumi susun atur pelan lantai yang membantu mereka bentuk dan mengubahsuai ruang dalaman bangunan. Bermula daripada merangka pelan lantai hinggalah meletakkan susun atur bahan-bahan untuk mencantikkan ruang semuanya dilakukan oleh Interior Designer . Di sini boleh dilihat bahawa kerja Interior Designer  bukan hanya mencantikkan sesebuah ruang itu malah mereka juga menjadikan sesebuah ruang itu berfungsi dengan baik.


Sebagai contoh apabila Interior Designer mendapat sesebuah projek tak kira projek komersial (restoran, butik, hospital, dll) atau kediaman (rumah banglo, teres, pangsapuri, dll), perkara pertama yang perlu dilakukan ialah melakukan susun atur pelan lantai untuk setiap ruang dalam bangunan tersebut. Bermula daripada proses tersebut Interior Designer akan mula menyediakan 3D visual atau sketches yang merangkumi design, susun letak perabot, material yang digunakan, susunan lampu, dll. Setelah pelanggan bersetuju dengan design maka bermulalah proses *renovation* atau ubahsuai yang mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hari (Kalau buat Kabinet Dapur jela) atau beberapa tahun (ubahsuai bangunan komersial atau satu rumah banglo dan bila design asyik *tukar-tukar*!)

Akhir sekali, bila projek komersial atau kediaman dah siap diubahsuai - siling ada lampu-lampu, lantai kayu atau jubin dan siap, perabot pasang siap macam kabinet TV dan almari dah siap pasang, dan ruang bangunan selamat untuk didiami, maka habislah kerja Interior Designer! Namun malangnya setelah segalanya berakhir, bayaran akhir pula susah nak dapat. Inilah namanya "Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi." T_T

*Melawat site sambil menulis dan mengukur*

Interior Decorators pula perlu bijak menghias sesebuah ruang dan menjadikannya cantik dan teratur. Skop kerja mereka adalah membantu pelanggan membuat keputusan dalam memilih stail, warna tema, membeli perabot dan aksesori dekorasi. Khidmat Interior Decorators sering digunakan untuk menambah baik ruang sedia ada yang memerlukan pengubahsuaian kecil seperti pemasangan langsir atau susun atur barang-barang dekorasi seperti bantal kusyen dan pasu-pasu.


Kerjasama

Interior Designer sering bekerjasama dengan Arkitek, Kontraktor dan Pembekal Bahan Binaan dan Material demi memenuhi kehendak pelanggan. Disebabkan itu Interior Designer perlu pandai berinteraksi dengan mereka ini supaya projek dapat berjalan dengan lancar dan tidak timbul masalah.

Tapi realitinya masalah tetap akan datang bila tiada kerjasama antara Interior Designer dan mereka. Contohnya bila ukuran dalam plan lari, kontraktor salah pasang jubin seterusnya stok jubin daripada pembekal telah habis! Memang masalah besar. Banyak lagi masalah yang dihadapi oleh Interior Designer disebabkan salah faham dengan mereka ini hingga menyebabkan proses pengubahsuaian terbantut dan bayaran pun terhenti


Itu baru dengan Kontraktor dan Pembekal Bahan Binaan dan Material, belum lagi dengan pelanggan atau client. Macam aku cakap di atas tadi, ada pelbagai kerenah pelanggan yang terpaksa Interior Designer hadap. Contohnya pelanggan yang terlalu cerewet, nak benda yang gah, bagi bayaran susah. Jadi nasihat aku kalau nak upah Interior Designer  fikirlah masak-masak dan ikut kemampuan bila nak ubahsuai bangunan atau rumah. Jangan terlalu mementingkan perasaan nak menunjuk tu lebih sangat. Fikirkan anda ubahsuai sebab nakkan keselesaan dan ruang tersebut berfungsi dengan baik. Insya-Allah.

Berlainan dengan Interior Designer, Interior Decorator jarang bekerjasama dengan Arkitek dan Kontraktor kerana selalunya proses pengubahsuaian sudahpun selesai sebelum mereka memulakan tugas mereka. Walau bagaimanapun, mereka kadang-kadang perlu juga bekerjasama dengan pembuat perabot, tukang jahit kusyen atau langsir dan golongan professional daripada bidang lain.


Siapa yang perlu anda upah?


Siapa yang perlu anda upah bergantung kepada apa yang anda perlu. Nasihat aku, kalau ada ubahsuai di bahagian struktur bangunan atau rumah (seperti merobohkan dinding, mengubah kedudukan paip air, pertambahan tingkap dan pintu) cubalah dapatkan khidmat Interior Designer. Interior Designer mampu membantu anda memberi nasihat tentang ubahsuai struktur tersebut disamping memberikan penyelesaian terhadap masalah pengubahsuaian yang dihadapi.

Anda juga perlukan khidmat Interior Designer apabila ingin menambah perabot pasang siap, memasang kertas dinding atau wallpaper, memilih lampu dan warna cat mengikut kesesuaian ruang dan banyak lagi. Semua khidmat nasihat ini anda boleh dapat dengan lebih jelas kerana Interior Designer adalah golongan professional yang faham dengan segala keperluan dalam ruang dalam bangunan anda.


Jika tiada perubahan dalam struktur bangunan maka anda bolehlah menggunakan khidmat Interior Decorators. Anda juga boleh meminta nasihat mereka tentang stail, tema warna, bahan-bahan dan susun letak dekorasi. Mereka tahu bagaimana untuk menyatukan semua elemen tersebut dan boleh mengubahsuai ruang mengikut kehendak pelanggan tanpa melakukan sebarang kerja-kerja teknikal.


Secara ringkas, Interior Designer atau Pereka dalaman boleh menghias, tetapi Interior Decorators atau Penghias Dalaman tidak boleh mereka bentuk. Jadi aku harap selepas ini kalau korang memerlukan design untuk buat kabinet dapur atau almari, ubahsuai struktur rumah atau kedai, panggillah aku. Upah yang aku kenakan sebenarnya jauh lebih murah berbanding upah yang dikenakan oleh Interior Design Company. Secara jujur company yang aku kerja sekarang, charge untuk design satu apartment je RM8000. Belum masuk lagi kos ubahsuai atau construction. 

*Pening buat design & drawing!*

Tetapi, jika nak aku susun perabot-perabot sedia ada dalam rumah korang, pilihkan langsir atau barang-barang dekorasi, rasanya benda tu semua korang boleh tengok di Internet je kot. Ada banyak website pasal dekorasi. Cuma perlu rajin taip dan Google. Sebagai contoh, nak cari aksesori yang sesuai untuk bilik tidur. Cuma taip - *Bedroom Decoration Tips* maka keluarlah pelbagai tips dan gambar untuk anda. Tak perlu khidmat Interior Designer atau Decorators pun. 

Aku harap penerangan ini dapat membuatkan korang semua lebih memahami skop kerja Interior Designer dan perbezaannya dengan Interior Decorators. Aku minta maaf kalau terkasar bahasa atau ada yang terasa dengan artikel yang aku tulis sejak petang tadi. Sangat gigih kot. Kepada senior-senior Interior Designer yang dah berpengalaman lebih 10 tahun sebab aku baru nak masuk 4 tahun), kalau ada informasi yang salah dalam artikel ni harap diperbetulkan. Terima kasih.



Differences Between Interior Design & Decorating

91 comments:

  1. PANJANG LEBAR INFORMASI DIBERI.. SEKALI IMBAS JE BACA.. LAIN KALI SENANG DATANG JENGOK LAGGI KALAU MAHUKAN INFO NI.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa taip panjang2 Fairus sebab tak tahan bila ramai sngat suruh kita *deko* rumah diorang..walhal kerja kita ni bukan buat itu aje..

      Delete
  2. Replies
    1. Thank u anum..nanti kite singgah blog anum ye..;-)

      Delete
  3. nice info..tp klu leh bagi dlm point form ke senang sket..ahaks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah takleh bagi point dah sebab *point* banyak sangat. Sekarang boleh katakan setiap minggu org contact akak tanya buat *deko2* ke tak..aish..

      Delete
  4. thanks for the very useful info akak :)
    nak tanya, kalau antara arkitek dgn pereka dalaman, which one is better?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WELCOME.. :)

      thanks juga sudi bertanya...between arkitek dan pereka dalaman, dua2 ada keistimewaan masing2...arkitek memerlukan ketelitian dalam memahami struktur bangunan sambil kena fikir design exterior (bahagian luar).apa yang best arkitek bila dapat design & struktur boleh dibangunkan atau contruct, bangunan besar pulak tu..mmg bangga je rasanya...cth arkitek yg famous..zaha hadid..try search kerja dia...

      Pereka dalaman pula kena teliti dalam bahagian interior sambil design. bagi akak best id sebab material yang digunakan lagi menarik (warna-warni).pastu payment lagi cepat dapat berbanding arkitek.. :P

      Delete
    2. Terima kasih akak.
      Nak tanya lagi ni, hihi sorry ambil masa.

      Saya lepasan SPM, so skrg tgh nak isi borang UPU.
      Dekat borang UPU tu, dia bg UiTM ada beberapa kos lah, then ada Sarjana Muda Sains (kepujian) Senibina dgn Diploma Reka Bentuk Dalaman. Apa beza antara dua tu kak? Lepastu, dari sudut camne plak saya nak pilih kalau ikut minat? Dedua cam sama je? huhu

      Sorry kak buat essay pulak kat sini --'
      Harap akak boleh bantu saya ><

      Delete
    3. Sarjana Muda Sains (kepujian) Senibina = Architecture

      Diploma Reka Bentuk Dalaman; Interior design.

      macam akak dah jawab kat atas tu,perbezaan architecture dgn interior design.beza dua2 ni secara ringkasnya, architecture bahagian luar bangunan,interior design bahagian dalam bangunan.

      kalau adik nak info kena banyak lagi research kat internet.akak sebelum ambil course buat reseach dulu baru join.tak pun pergi hari terbuka uitm,masa tu dia ada explain pasal setiap course uitm.try research dik...all the best

      Delete
  5. hi sis , saya minat archi tapi disebabkan SPM dapat result yang kurang so amik la Interior design ..Masalahnya same ke taraf dip interior design di U dengan kolej swasta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      taraf diploma di kolej swasta mungkin tak berapa sama sgt dgn universiti awam.apa2 pun kalau adik rajin,tak main2 masa belajar dan cuba kuasai macam2 software dan skill ID bila adik grad nanti adik boleh jadi lebih success daripada budak2 U. apa yang penting attitude.. tu je nasihat akak..

      Delete
  6. salam,kak
    nak tnya , apa keistimewaan interior designer kat UITM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Minta maaf dik,akak bukan pelajar UITM. Akak belajar di UIA. Boleh pergi UITM sendiri/ tanya mana2 senior ID UITM.

      Delete
  7. Assalamualaikum..terima kasih la sbb sudi berkongsi..saya ni baru je habis spm. Saya minat dalam bidang ID ini pun cikgu saya yg bagi cadangan sbb saya pelajar landskap...tapi saya x berapa nak tau sangat apa yg perlu buat tapi lepas baca sis punya penulisan mmg hebat2 :D Berapa harga yg perlu di bayar untuk belajr ID ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumsalam.Terima kasih sudi membaca.Tapi akak minta maaf,soalan adik tak begitu jelas pasal *berapa harga yg perlu bayar untuk belajar ID?*

      Soalan adik agak samar2.Kalau adik tanya yuran pengajian adik akak rasa perlu tanya universiti atau kolej yang menawarkan kos ni. Tapi kalau adik tanya berapa banyak duit yang digunakan masa belajar ID untuk pengetahuan adik Id memang perlukan banyak duit untuk buat projek dan membeli komputer dengan high specs.

      Delete
  8. Good info!!

    Mazfarina

    ReplyDelete
  9. Salam sis.. Ur company kat melaka area mana ye? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.saya takde company lagi dan saya bekerja di company di Kuala Lumpur.

      Delete
  10. fuyo tak sangka interior designer ni satu bidang yang sangat mencabar

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,,kak apa pula mksud reka bentuk alam sekitar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam. Reka Bentuk Alam Sekitar adalah rekabentuk/ design yang meliputi keseluruhan aspek merekabentuk. Susah nak explain secara teori tapi secara praktikalnya ialah reka bentuk alam sekitar ni termasuk dalam bidang *reka bentuk landskap,senireka dalaman,rekabentuk dalam perancangan bandar,etc*

      Delete
  12. Terima kasih utk maklumat.. sangat2 membantu.. I'm glad to read this.. :)

    ReplyDelete
  13. thanks 4 the info akak~ byk membantu, tau x ape2 tentang interview kat uitm pasal coarse ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome...boleh baca pengalaman interview di ruang komen dalam entri di bwh ni...

      http://airaniezlife.blogspot.com/2011/12/belajar-bidang-seni-reka-dalaman.html

      Delete
  14. Salam,satu perkongsian ilmu yg bagus..serta menarik

    ReplyDelete
  15. salam.. hai akk.. tq utk perkongsian ilmu... utk pngetahuan akk.. sy akn menghadiri temuduga utk ijazah rekabentuk dlman... sblm ni sy dip dlm kej. awam.. jadi, sy xbyk pengtahuan dlm bidang ni... mlainkan hnyalah sdikit pngetahuan melukis (lukisan kej) dan penggunaan autoCAD .. sy amat berminat utk myambung pengajian dlm bidang ni.. utk persediaan temuduga ni... apakah perkara asas yg perlu sy tahu tntg bidang ni? dan soalan2 yg sering ditanya oleh penemuduga? trima kasih akk... (^_^)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm dik..tahniah sebab dah dipanggil interview.utk pengetahuan adik,akak dah byk jawab pasal soalan yang adik tny ni..so akak minta adik pergi ke link di bawah ni dan baca jawapan2 akak tentang interview di ruang comment. Thank you.

      http://airaniezlife.blogspot.com/2011/12/belajar-bidang-seni-reka-dalaman.html

      Delete
    2. hehe... tq akak... sgt membantu... mcm akak ckp utk masuk ke usm agak ssh sbb ramai diambil dri lpasan stpm kn? huhu...mesti rmai antra mreka yg berbakat.. berharap sgt dpt smbung pengajian dlm bidang id ni... 2 hari lg ja msa yg tggal... hrap smua berjalan dgn lancar... Aminnnn~~ #risau sbb xpenah hadiri mn2 temuduga sblm ni... (^_^)...

      Delete
    3. Semoga dipermudahkan..Aamiin..

      Delete
  16. Assalamualaikum . Hai kak :) sy Anissa . Bru je habis spm . skrg tgh tggu reslut upu . Sejak kecik sya berazam nak jdi fashion designer . Tpi dah besau2 ni tiba2 je nak thu serba serbi pasal ID . sy tgh buat research . Mujur jmpa blog akak . Syukur !

    Sy tkthu knapa sy nak sgt tahu psal ID . Sifat nak thu sy ni boleh buat sy bertahan ke dlm bidang ni ? sbb sy rsa sy ni mcm binan terjun . yelah slama ni sy minat benda lain . tiba2 je beralih arah tnpa sebab . akak boleh nasihat sy tk ? Persediaan utuk masuk bidang ID ni ke ????? *mintak keyakinan dri akak .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam... Thanks singgah blog akak..sblm akak jwb soalan adik, nak tanya adik dah singgah baca entri kat link bawah ni ke belum? Kalau dah bagusla..sbb kat entri tu akak ada cerita sikit pengalaman akak belajar ID dulu..

      http://airaniezlife.blogspot.com/2011/12/belajar-bidang-seni-reka-dalaman.html

      Pada pendapat akak,tak salah kalau kita nak tukar bidang.dulu ms sekolah pun bila cikgu tny kita nak jd apa,mcm2 cita2 kita ada...namun semua ni bergantung kpd REZEKI dik...kalau result adik ok,dapat sambung ID alhamdulillah,tp kalau tak dapat, adik kn teruskan hidup juga...

      Pastu zaman sekarang ramai yg kerja lari dr bidang masing2...so akak nak nasihatkan adik bersedia menghadapi kemungkinan ni terutama kalau rezeki adik bkn dlm bidang ni...tp kalau mmg rezeki adik,insya-ALLAH kalau adik rajin,tak putus asa,ada disiplin,betul2 minat,tak kejar duit (sbb gaji ID mmg tak byk mcm bidang professional lain),insyaALLAH adik boleh pergi jauh dlm bidang ni...

      Tu je nasihat akak..smoga apa yang adik cita2kan akan tercapai..aamiin...

      Delete
  17. Hehe . Link yang akak bagi ni awal2 lagi saya dah baca sebenarnya . tapi sya tak thu kenapa saya gatal tngan jugak nak tinggalkan coment kt blog akak ni . haha

    terima kasih ye atas nasihat akak . Kalau sy ada rezeki dlm bidang ni akak boleh ajar sy apa yg patut kan ? boleh kan ???

    btw . Selamat berkenalan ye kak :))))))

    ReplyDelete
  18. oh ye . kak sy lupa nak tanya .. sy ada pngalaman pakai adobe . klau bab2 adobe ni kita kena bnyak explore and practice kan ? sy ingat sy nak explore adobe utk interior design lah kak .. Adobe apa yang sesuai sy guna ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adobe photoshop... N kalau rajin adobe illustrator

      Delete
  19. assalamualaikum

    Akak saya nak tanya susah tak interior design??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumsalam...

      minta adik baca entri di bawah ni kalau nak tahu pengalaman akak belajar ID. Thank you..

      http://airaniezlife.blogspot.com/2011/12/belajar-bidang-seni-reka-dalaman.html

      Delete
  20. Akak gaji seorang ID nie byk eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji ID tak banyak.jadi bos pun tak kaya..huhu

      Delete
  21. thumb up..! sharing is caring..mmg ramai jgak yg ckp mcm tuh..walhal scope keje laen2 kn..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the comment.. aah,ramai yg tak faham perbezaan Interior Designer & Decorator ni... Tapi takpe,mungkin ramai tak tau jadi kena explain betul2 baru orang faham..huhu

      Delete
  22. hye. salam. slama ni rupanya sy silap faham. sy igt klu buat deko2 pn dah d pggil id huhu..rupanya itu interior decirator.now i know. huhu..cuma musykil. mcm mana nak tetapkan upah kita sbg seorg interior deco ye..mybe saudari blh kongsi sstu ttg interior deco plak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... Saya tak pernah tawarkan servis untuk Interior Deco. Mungkin kalau cik nak tawarkan servis tersebut cik boleh caj berdasarkan size ruang. Contohnya Rm50 per sqft / sqm. atau caj berdasarkan ruang. satu ruang - rm500

      Delete
  23. Salam Kak..

    Saya ni bidang multimedia(designing), tapi saya berminat dengan konsep yang dibawakan oleh ID.

    Kebetulan saya pernah buat projek berdasarkan ID seperti reka bentuk luar dalam kolej.

    Sofware yang saya gunakan adalah sketchup dan 3d render.

    adakah itu konsep sama sebagai ID?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm

      Course Multimedia dengan ID agak jauh bezanya sebab ID memerlukan detail construction dalam design. Sebaliknya, kalau Multimedia setahu akak lebih kepada Web Presentation.

      Walau bagaimana pun, mmg ada ID guna software sketchup. Tapi untuk yang lebih professional, kami gunakan software 3Ds Max + vray supaya perpektif 3D nampak lagi real.

      Delete
  24. salam,
    gaji kerja ni ok x?

    ReplyDelete
  25. baru saya faham. saya memang suka sangat dengan profesion ni tapi masa apply IPTA dulu saya dapat course QS.

    seronok tengok kawan2 ID yang jalan ke kelas sambil bawak model

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe dik..belajar apa2 pun sama je.asalkan kita apply ilmu yg kita ada tu utk kepentingan bersama. kalau adik ambil QS pun boleh join ID firm tau

      Delete
  26. assalamualaikum, akak saya harap sangat saya dapat belajar dalam bidang ni. waktu spm saya ambil kerja kursus tentang id dan dapat markah tinggi. alhamdulillah tapi saya tak cemerlang seperti orang lain. hanya kepujian dan kelulusan sahaja. seni (cemerlang). uitm dan uia saya x mungkin dapat. kat mana lagi saya kena cari tempat belajar bidang ni ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam.. boleh try apply kursus ID di kolej swasta. ada banyak kolej swasta yang menawarkan kursus ID macam Malaysian Institute of Art (MIA), PJ Cad, UCSI. Terbaru kolej Geomatika (ramai student Melayu) di Setiawangsa.

      Tak silap akak juga, ada kolej poly-tec Mara di Rembau tawarkan kursus ID. Cuba apply cuma kos pengajian lebih mahal berbanding IPTA.

      Delete
  27. Salam kak, berguna sgt perkongsian akak ni.. Sy nak tanya,

    Biasanya kalau kita nk renovate rumah lengkap dgn id sekali.. Siapa yg kita perlukan? Arkitek & id? And biasanya berapa kos lengkap smpai siap rumah tu? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam..

      Kalau nak renovate rumah, kita perlukan ID, kontraktor & tukang kayu (carpenter). arkitek hanya diperlukan bila:

      1- Bina balik rumah contohnya di atas tanah kosong atau robohkan rumah, dan bina yang baru. Lukisan & tanda tangan arkitek / pelukis pelan berdaftar diperlukan untuk kelulusan rumah baru tersebut.

      2. House extension / pembesaran rumah. Lukisan & tanda tangan arkitek / pelukis pelan berdaftar diperlukan untuk kelulusan pertambahan bahagian rumah tersebut.

      Kos renovation bergantung kepada besarnya ruang nak renovate, bahan2 / material renovation & upah pekerja. Standard paling murah 50K (Apartment), 100K (Teres), 200K (semi-D) kalau renovate keseluruhan

      Delete
  28. Anis, 18.
    Nak tanye, sabtu ni anis ada interview pasal interior designer. Nak kena buat persiapan ape jeh? Pasal autocad tu anis ada belajar tapi tak bape nak ingat cara dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Anis, akak baru baca komen awak...semoga Anis berjaya dalam interview tu...

      Delete
  29. Kalo berminat nak menyambung pengajian dalam bidang Rekabentuk Dalaman, tapi mempunyai kekakangan dari segi kewangan dan result SPM, boleh mendaftar ke Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Shah Alam atau Kolej Komuniti Miri. Mereka menawarkan kursus Sijil Rekabentuk Dalaman dengan yuran yang berpatutan, RM 200 per sem. Duration pengajian 4 semester, 16 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis for the info! Ramai yang tanya saya pasal kolej lain yang menawarkan kursus ID. Tapi saya tak sure kolej komuniti mana yang tawarkan kos ni.

      Delete
    2. Kalau ambil kursus kat kolej komuniti. Boleh saya sambung belajar di ipta tak?

      Delete
  30. salam, saya nak pasang wall shelves dan nak buat wall painting. Mana lebih sesuai yer, upah Interior Designer atau Interior Decorator yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau interior decorator, boleh ke dia dapatkan design wall shelves yang saya nak?

      Delete
    2. wslm. Boleh saya tahu jenis wall shelves macam mana yang cik/encik perlukan? kalau wall shelves yang design nya lebih kurang macam produk di IKEA, boleh terus beli daripada sana. Tapi kalau wall shelves tersebut ada design dan saiznya melebihi 3 kaki, cik/encik boleh cari carpenter / interior designer yang buat projek rumah untuk melaksanakannya. email saya airaniez62@gmail.com dan tunjukkan contoh design yang cik/encik nak.

      (Interior Decorator mungkin boleh buat, tapi kualiti mungkin tak sama sebab mereka tak belajar asas cabinetry)

      Delete
    3. kalau boleh, nak something unik sikit dan nak match dgn wall painting design... ada la survey2 design kat internet...
      so, better appoint interior designer la yer?

      Delete
    4. Kalau ada duit lebih sikit appoint la Interior Designer sbb mereka lagi professional berbanding Interior Decorator. Tapi kalau nak lagi jimat, just pick any picture from internet and then show them to someone who can made them. All the best!

      Delete
  31. assalamualaikum...sorry ganggu..kalau sy aply ijazah (interior design) kat usm,boleh tak sy sambung master dlm landskap @ ijzh landskap,sambung master id..sy dah pergi interview usm(id) bru2 ni... alhamdulillah..hrp dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam... Maaf dik, akak tak berapa sure pasal sambung Master ke bidang lain (walaupun bidang lebih kurang). Sebab Degree dan Master lain. Master punya scope bukan directly kepada *jurusan* yang kita ambil sebaliknya lebih kepada research atau kelas yang kita ambil.

      Walau bagaimanapun, akak rasa bidang Interior Design ke Landscape Architecture agak berbeza daripada segi design kerja dan technical work.

      Delete
  32. Thanks untuk entry ni...
    sedih bila tengok decorator dengan bangganya claimed "aku seorang interior designer"
    kita belajar bertahun-tahun pun, nak claim diri sebagai "junior interior designer" pun rasa tak layak..sebab tahu berat tanggungjawab tu..
    tapi nak buat macam mana kan, layman..plus media social yg bg info macam tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Thanks juga kerana menyokong ID lain. Yup, kita punya tanggungjawab as ID mmg tough tapi kita kena pertahankan kita punya career professionalism to people. Insya-Allah.. all the best to you sis!

      Delete
  33. Assalamualaikum,great info that you have shared :D cuma nak tambah sedikit info yang boleh u highlight lagi kat yang berminat pasal ID kan, 1. Lembaga Arkitek Malaysia melalui Council of Accreditation and Architectural Education(CAAEM) dah mula buat akreditasi bagi course Sarjana Muda Senibina Dalaman/Rekabentuk Dalaman kat ipta ngan ipts dalam Malaysia dan ada ipta ngan ipts yang dalam proses dan ada yang dah dapat and untuk extra pengetahuan, cuma course degree aje ada dan akan dapat akreditasi LAM.
    2. Sekarang ini untuk keahlian bagi Malaysia Institute of Interior Designers (MIID)/Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia(PPDM) adalah diwajibkan untuk semua Perekabentuk Dalaman yang ingin berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia(LAM) plus tahap keahlian akan bermula dengan Student Membership bagi pelajar-pelajar mana-mana ipta/ipts yang berdaftar dengan MIID. Untuk Graduate Member pula hanya dibuka kepada yang telah bergaduan sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dalam bidang senibina dalaman/rekabentuk dalaman. Selepas 3-5 tahun portfolio kerja, boleh apply untuk Corporate Member, maybe selepas-selapas ini akan ada interview, exam dan portfolio review bagi mendapat Corporate Membership MIID dan setelah mendapat Corporate Member boleh apply untuk Perekabentuk Dalaman berdaftar dengan LAM ;)
    3. Architect Act 1967 latest amendment yang letak Special Provision for Interior Designers dah mula terpakai dan penguatkuasaan telahpun bermula bagi menjaga kerjaya ID ni :)
    Jom ajak kawan-kawan yang dah grad dari ID UIA join MIID dan sama-sama perkukuhkan kerjaya ID ni...all ID must unite untuk penyelarasan gaji, Scale of Fees, contract form dan kerja-kerja melibatkan ID...kita sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara dan kita perlu bersama-sama bangkit untuk memberikan kesedaran public about ID :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam... So thankful for the info! Bila baca semua info ni rasa semangat nak join MIID dan ajak ID lain daftar dengan diorang.

      Cuma saya nak tanya, adakah company yang kita kerja mempengaruhi syarat untuk kita berdaftar dengan MIID? Sebab saya perasan kebanyakan ahli MIID adalah terdiri daripada mereka yang bekerja di company2 yang besar, kebanyakannya buat projek komersial berbanding perumahan / residential. Plus probably they are mostly ID consultant, tak ramai yang dtg drp Design & Built company macam saya.

      Again, thanks for the great info. All the best in your career as Interior designer! ^_^

      Delete
    2. Tak mempengaruhi manapun, cuma bila nak daftar as graduate member kena dapatkan dua referral yang dah corporate member yang registered dengan LAM. background company tak kisah as long as you do practice as an ID kat dalam Malaysia ni. ada sebab MIID upgrade membership dari just diploma to degree sebab nak claim as a professional ni, kena ada degree, same like other professional lah kan plus kan memang MIID dah ada dalam Malaysia Professional Centre listing sama cam doktor,lawyer,engineer and so on...plus nak bid project governmentpun bos ID kena ada degree dah tau...sebab tu ramai old timer yang sambung degree especially old timer from UiTM :) plus gaji ID pun dah quite okay dah sekarangni, cuma kena berani market diri dan confident bila interview sebab bangsa kita ni kurang tang komunikasi tapi lebih pada skill. Lupa nak bagitau, maybe after this company yang based Design and Built maybe have to choose either to practice as a consultant or as a contractor, sebab every each projech project ID, ID consultant yang akan diassign...apa-apapun enforcement tang tu belum start lagila, just for the sake for our field gakla sebab kita nak kukuhkan kedudukan kita sama macam architect and other professionals so langkah-langkah pewrlu diambil :) cuma berkongsi, sebab tak mahu anak bangsa kita tertinggal jauh dalam industri ni :D

      Delete
  34. Salam, maklumat tambahan, UiTM sangat-sangat mengalu-alukan mana-mana yang berminat untuk belajar dalam ID di UiTM. Peringkat Diploma Rekabentuk Dalaman di UiTM Seri Iskandar dan peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senibina Dalaman di UiTM Shah Alam. Mana-mana yang berminat tak kira daripada background apa-apapun semasa diploma, sama ada senibina, business studies, accountancy, art and design, computer science or apa-apapun boleh asalkan lepas syarat minimum kelayakan program dengan dipanggil untuk temuduga, UiTM ada dua intake, intake May dan November untuk Diploma dan intake September dan Mac bagi ijazah, dengan kelayakan daripada diploma lain, kena masuk dari semester satu, daripada diploma senibina politeknik,utm masuk dari semester dua dan daripada diploma rekabentuk dalaman UiTM terus ke semester empat. UiTM pun course ijazah empat tahun macam ID UIA cuma kami panggil Senibina Dalaman ;) cukup kot perkongsian ni... :)

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum dik.. apartment akak 1016 sq ft. X pernah buat any reno. Kalau akak budget 60K.. ckp ke utk reno 3 bedrooms, 2 bathroom, living, dining n kitchen.. tq dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam. InsyaAllah cukup bajet 60k akak tu. Tapi dgn syarat akak tak byk buat wet work. Email sy untuk maklumat lanjut. airaniez62@gmail.com

      Delete
  36. Assalamualaikum, kak.. Kalau nak jd interior decorator kena ambil course apa ek? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam... Nak jadi Interior Decorator kena ambil kursus menjahit langsir, mengecat atau pasang wallpaper

      Delete
  37. as salammualaikum.. tahniah saudari airaniez, saya baru berkesempatan melawat blog anda. pada pendapat saya anda memang seorang pereka dalaman yg profesional, dari segi susun kata anda serta hujah yang diberi. SYBAS!!! tetiba saya rasa amat berbangga keraba ada seorang pereka bentuk dalaman yg bersemangat kental untuk memperjuangkan nasib interior design di Malaysia. di luar sana terdapat byk pereka bentuk dalaman tetapi tak semua memperjuangkan hak hakiki pereka bentuk dalam. oleh sebab itu la.. pandangan awan terhadap pereka dalaman begitu rendah dan tidak dianggap sebagai satu cabang kerjaya yang memberi impact ke pada masyarakat. sekali lagi tahniah buat diri anda. semestinya para pensyarah anda berbangga mempunyai pelajar seperti anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumsalam. Thanks for the comment. Saya hargai. ^_^

      Delete
  38. Aslm akak, saya lepasan spm 2014 , saya sangat berminat dengan id .dan saya sangat bangga membaca blog akak.. byk input2 yg berguna dan membuatkan saya lebih memahami apa itu id sebenarnya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  39. As slm akak, amik ID ni bnyak ke nk kuar duit ? Brape ? Cecah beribu ? Sya minat ID tpi sye bkan org yg bnyak duitt..

    ReplyDelete
  40. Sye mmg minat gile nk jdi id ni, cume perlukan senior id untul nasihat dan rujukan,, ermm

    ReplyDelete
  41. Perlukan kontraktor yang mesra pelangan? Pengalaman dalam bidang pembinaan dan pengubahsuai dalaman dan luaran? Berpengalaman sebagai konsultan dan perunding? Memerlukan sebut harga dan spesifikasi yang terperinci? Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia? Harga yang berpatutan dan qualiti kerja yang tinggi? Kami ada kriteria tersebut.

    Perkhidmatan meliputi pengubahsuaian rumah dan pejabat, rekabentuk dalaman, pendawaian, plumbing, perabot dan penyelengaraan.

    Kawasan berperasi di Melawati, Ampang, Cheras, Ukay Perdana, Bukit Indah dan sekitar Kuala Lumpur.

    Untuk perkhidmatan yang terbaik tanpa memeningkan kepala pelangan, sila hubungi saya di talian dibawah.

    Ari - 017 8767396
    Man At Work Construction

    ReplyDelete
  42. Perlukan kontraktor yang mesra pelangan? Pengalaman dalam bidang pembinaan dan pengubahsuai dalaman dan luaran? Berpengalaman sebagai konsultan dan perunding? Memerlukan sebut harga dan spesifikasi yang terperinci? Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia? Harga yang berpatutan dan qualiti kerja yang tinggi? Kami ada kriteria tersebut.

    Perkhidmatan meliputi pengubahsuaian rumah dan pejabat, rekabentuk dalaman, pendawaian, plumbing, perabot dan penyelengaraan.

    Kawasan berperasi di Melawati, Ampang, Cheras, Ukay Perdana, Bukit Indah dan sekitar Kuala Lumpur.

    Untuk perkhidmatan yang terbaik tanpa memeningkan kepala pelangan, sila hubungi saya di talian dibawah.

    Ari - 017 8767396
    Man At Work Construction

    ReplyDelete
  43. Salam....
    Sis, terima kasih atas perkongsian. Saya ada degree dalam bidang yang jauh bezanya dengan interior design. Tapi, saya sgt berminat dgn bidang ni. Saya tak rasa berbakat, tapi saya minat nak belajar. Terapi saya bila stress, pergi jln2 dekat tempat yg ada jual deco2 rumah, sebab saya suka. Cantik je nampak. hilang stress. Jadi, saya nak cuba bidang ni. Tapi, saya tak rasa sampai tahap ijazah macam sis.

    Saya cuba google kos2 rekaan dalaman yg ditawarkan di Malaysia, ada ditawarkan dekat kolej kominiti. Tapi peringkat sijil. Saya cuba cari yg part-time, tapi saya kira tidak ditawarkan secara mode sperauh masa sebab mungkin kos ni tak sesuai ditawarkan mode yg macam tu (setiap bidang ada keistimewaan dan keunikan tersendiri).

    Soalan saya, kalau saya teruskan di kolej kominiti dgn peringkat sijil, adakah berbaloi? dan, dgn sijil, apakah prospek kerjaya yg sesuai? saya ada terfikir untuk buat part-time atau bukak 'firm' (maaf saya tak tahu term ID) sendiri untuk consultant hiasan dalaman (amboi, belum apa2). mohon sister dapat bantu saya. Sekian terima kasih :D

    ReplyDelete
  44. Salam Pagi !
    Nice to share. I find yours blog, am in blog walking. Please visited link https://nanangrusmana.wordpress.com/2015/10/10/the-organized-designer/.... thank you

    ReplyDelete
  45. Hi, juz nak membantu. Untuk practice sebagai seorang Perekabentuk Dalaman, seorang itu perlu mempunyai sekurang-kurangnya Sarjana Muda Senibina/Rekabentuk Dalaman dan berdaftar dengan Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) dan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Jadinya untuk jadi decorator bolehla tapi untuk jadi interior designer tidak dibenarkan kerana kerjaya Interior Designer dilindungi Akta Arkitek. Tidak ada part time course di peringkat ijazah dan diploma yang ditawarkan untuk kursus Senibina/Rekabentuk Dalaman seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia. Jika ada ambil kursus di Kolej Komuniti, prospek kerjaya sebagai pelukis pelan dan pembantu teknikal. Untuk memegang title Interior Designer adalah tanggungjawab yang besar kerana setiap rekabentuk adalah berisiko, bukan seperti hiasan yang anda boleh lihat di IKEA contohnya. Kerana apa yang seorang arkitek buat, sama seperti apa yang seorang Interior Designer buat. Tak semudah yang disangka.

    ReplyDelete
  46. hai kak. great sharring . nak tanya ni kak. nak jadi ID kan, subjek apa yg kena kuat? thanks xD .

    ReplyDelete
  47. Maksudnya, yang Deko Bersama Eric semua tu, kerja diorang interior decorator lah

    ReplyDelete
  48. salam kak. sy berminat sgt nk sambung belajar dlm kos id. tp fmily sy selalu ckp. klw amik id ni, nnti kejenk jd ape? ade lg ke org nk upah id zaman ekonomi mcm ni? berapa kerat je org nk upah id. org lg pk nk jimat kn duit dr upah org. slalu sgt org keliling sy tnye n ckp cm tu kt sy. hrmm. selain kerja renovate ohias uma, bangunan etc.. ape lg perkerjaan lain id bole buat? ape pekerjaan yg mengeluarkan idea? sy mmg nk sgt belajar id.

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!