Friday, June 24, 2011

Sahabat Wanita


Assalammualaikum... Salam Jumaat buat sahabat-sahabat sekalian. Hari ni nak kongsi kisah yang pernah dikongsikan buat aku daripada seorang sahabat masa kecil aku- Faradilla.

~@~


Pada suatu hari.....

Seorang wanita muda yang baru saja menikah mengunjungi ibunya. Mereka duduk di sebuah sofa dan menikmati segelas air teh yang dingin. Ketika mereka sedang berbual-bual soal kehidupan, alam rumah tangga, tanggungjawab hidup serta kewajipan, si ibu dengan perlahan meletakkan seketul ais ke dalam gelasnya sambil menatap wajah anak perempuannya.

“Jangan dilupakan sahabat-sahabat wanitamu.” nasihatnya, sambil mengacau teh di bawah gelasnya. 

“Mereka akan menjadi antara orang yang terpenting bagimu ketika usiamu semakin tua. Tidak kira seberapa dalam kamu mencintai suamimu, seberapa banyak anak yang kamu miliki, kamu masih tetap perlu memiliki sahabat-sahabat wanita. Ingatlah, teruskan berjalan-jalan bersama mereka, lakukan hal-hal yg baik bersama-sama dengan mereka. Dan ingat, mereka bukan hanya sekadar sahabat wanitamu, tetapi mereka juga bisa menjadi saudara, anak dan yang lainnya bagimu. Kamu pasti akan memerlukan mereka. Wanita selalunya begitu.”

“Nasihat yg sungguh aneh,” gumam si wanita muda di dalam hati. 

“Bukankah aku baru saja menikah? Bukankah aku baru saja bergabung dalam dunia pasangan-pasangan muda? Sekarang ini aku adalah seorang isteri, seorang wanita dewasa, bukannya seorang anak perempuan kecil yang memerlukan teman perempuannya utk bermain! Tentu saja keluarga baru yang akan kami bina ini dapat membuat hidupku lebih bererti.”



Tetapi, si wanita muda itu tetap mendengarkan nasihat ibunya; dia terus berhubungan dengan sahabat-sahabat wanitanya, menyemai ukhuwah dan bertemu dengan semakin banyak sahabat setiap tahun. Ketika tahun demi tahun berlalu, ia mula merasakan betapa benar nasihat yang diberikan ibunya. Ketika waktu dan keadaan mengubah keberadaan mereka sebagai wanita dengan segala misterinya, sahabat-sahabat wanitanya tetap berada dekat di sisi kehidupannya.



Setelah hidupnya mencecah usia 50 tahun, wanita itu kembali memikirkan nasihat arwah ibunya. Dan inilah fakta-fakta yang beliau dapati dari memiliki sahabat wanita:


  • Sahabat wanita akan menjaga rahsiamu seumur hidupnya.
  • Sahabat wanita akan memberikan nasihat ketika kamu memerlukannya.
  • Sahabat wanita tidak selalu mengatakan apa yang kamu lakukan itu benar, tetapi mereka berkata benar dan bersikap jujur.
  • Sahabat wanita akan terus mengasihimu, meskipun berlakunya perbezaan pendapat.
  • Sahabat wanita akan tertawa bersama-sama denganmu. Sungguhpun apa yg diperkatakan mu itu jenaka biasa.
  • Sahabat wanita akan menolongmu keluar dari hubungan-hubungan yang buruk.
  • Sahabat wanita akan menolongmu mencarikan tempat tinggal yang baru, membantu kamu mengemas barang lalu berpindah.
  • Sahabat wanita akan sentiasa bersedia membantumu membuat sebarang pesta hatta kenduri sekalipun.
  • Sahabat wanita akan selalu berada disampingmu, dalam suka mahupun duka.




  • Sahabat wanita akan memimpin tanganmu menempuhi badai, taufan, panas, dan kegelapan untuk mengeluarkan kamu dari rasa berputus asa.
  • Sahabat wanita akan menadah telinga mendengar keluh kesahmu ketika kamu kehilangan pekerjaan atau seorang kawan.
  • Sahabat wanita akan mendengarkanmu ketika anak-anakmu mengecewakanmu. Sahabat wanita akan menangis bersamamu ketika orang yang dikasihimu meninggal.
  • Sahabat wanita pasti akan menghiburkanmu ketika kamu rasa kecewa dgn kehidupanmu.
  • Sahabat wanita pasti akan memelukmu, menenangkanmu serta memberikanmu semangat untuk bangkit semula ketika kekasih yg kamu cintai pergi meninggalkanmu.
  • Sahabat wanita senang ketika melihat dirimu bahagia, dan bersedia mencari dan melempar jauh apa-apa yang bisa membuatkanmu tidak bahagia. 

Kehidupan berjalan. Waktu berlalu. Jarak memisahkan. Anak-anak menginjak dewasa. Cinta hilang dan pergi. Hati menjadi hancur kerana talak. Karier berakhir. Pekerjaan berganti. Orang tua meninggal. Rakan-rakan melupakan kebaikan. TETAPI, sahabat-sahabat wanita akan terus mendampingimu, meskipun waktu dan jarak yang terpisah itu sangat jauh. Ini kerana sahabat-sahabat wanita tidak akan lebih jauh dari orang-orang yang memerlukannya.

~@~



Kita sering berkata, kita sibuk bekerja. Kita sunyi. Kita tidak dihargai. Tapi tahukah kita, dalam ramai-ramai insan di dunia, kita akan ada sekurang-kurangnya seorang sahabat yang akan setia dengan kita?

Apa guna mengejar dunia, kalau akhirat kita tiada apa-apa. Tiada kenangan dengan orang tersayang, tiada budi ditaburkan, tiada kegembiraan dan kesedihan yang dikongsi bersama, tiada doa yang dikirimkan oleh orang yang pernah hidup bersama...

Pesanan ini buat semua sahabat-sahabat terutama sahabat wanita yang sudah punya kehidupan sendiri, punya suami, punya anak-anak, punya keluarga yang bahagia dan buat aku sendiri. Maafkan aku wahai kawan-kawan, andai aku lupa kamu semua di mana. Aku lupa kamu siapa. Aku lupa kenangan kita. Semoga Allah memberkati kalian semua. Amin~


16 comments:

  1. SAHABAT LELAKI PERLU JUGAK.. :)

    ReplyDelete
  2. @Fairus
    Sahabat lelaki layan tengok Bola..Glory2 Manchester United..haha ^_^

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah fikir, persahabatan dgn kawan2 mungkin tak sehebat zaman muda2 ni, bila mana salah seorang drpd kami berkahwin.
    Tapi bila baca entri ni, baru saya sedar, nanti susah senang nanti, insya-Allah mereka akan selalu ada kalau saya boleh jaga persahabatan tu sebaiknya.
    Terima kasih utk entri ni.

    ReplyDelete
  4. @Fikah
    Bila dah ramai kawan2 yang dah berkahwin,sembang2 pun dah lain.Cakap pasal suami,anak2.Tapi ceritalah apa saja dengan mereka,mereka pasti akan jadi pendengar terbaik utk kita.=)

    ReplyDelete
  5. aira, dla bc nm kwn aira tu dah kejutan letrik dah..haha..sbb errr, sama dgn nm dla..hehe..
    betul la aira, kwn perempuan ni mmg xleh dilupakan..tp rmai gak bile dah kawen trus lost contact kan..

    ReplyDelete
  6. @Dla
    eh,sama ke?now I know your real name...aah..tula..dah kawen lg ssh nak contact..nasib ada Facebook...yg jauh rasa dekat..:)

    ReplyDelete
  7. alaaa lelaki tak boleh meh? hahaha

    ReplyDelete
  8. @Naz
    Lelaki boleh kawan dengan perempuan...tapi isteri orang silalh jarak-jarakkan...huhu

    ReplyDelete
  9. ..thank u my friend...
    shbtku ezd...insyaAllah, ku akan selalu mengigati dirimu..hehehe
    menghargai dirimu....sebagai shbt wanita ku...
    walaupun udah bergelar isteri kepada lelaki yg paling dicintai...hehe
    ...smoga persahabatan kite kekal selamany...amin~


    - farah -

    ReplyDelete
  10. fatimah adi say:

    thumb up ez! 1 peringatan buat aku nnti, lepas kawen. aku pun selalu dgr & baca kwn2 nyer thread. lepas kawen 6-8bulan, akan carik balik kwn2 sebab nak ada tmpat utk borak & curah perasaan. tapi aku tau, kita pun faham. tak perlu tggu smpi 6-8 bulan. hs aku and hs ko sentiasa ON jer utk kita-kita 4 org kan? chayok2 ez! gambatte!!!

    ReplyDelete
  11. tp ezd, aku rase dah hilang ramai kawan wanita ezd.

    mungkin kene carik barukan....

    ko pun kadang2 hilang....

    ReplyDelete
  12. @Tim..
    kalau apa yang ko tulis ni tak berlaku dalam tempoh 1st year ko kawen,aku copy-paste balik ayat yang ko taip ni..haha..thnks for being my friend..^_^

    ReplyDelete
  13. @Anon Aina
    aku hilang tapi aku yang cari ko balik kan?Sekarang tinggal sebelah taman roger la bagitau bila nak kuar...lepas ni tinggal sebelah negeri pun aku paksa *suami* ikut aku jumpa ko..haha

    ReplyDelete
  14. salam kak Aira,

    saya suka entri ni. Bagi saya lelaki dan wanita sama sahaja. Cuma biasalah kalau dgn sahabat lelaki ni ada batas2 yang nak dijaga:)

    ReplyDelete
  15. @Kimmy/Amy

    Betul2.Sebab tu hargailah sahabat wanita sampai bila2.^_^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!