Monday, May 25, 2009

kawan yang baik...

Kawan yang baik....
ialah kawan yang akan membacakan Yasin setelah kita tiada...
Bukan yang mengumpat kita sentiasa...
Kawan yang baik...
ialah kawan yang mengungkit kebaikan kita untuknya...
Bukan yang mengungkit kebaikannya untuk kita...
Kawan yang baik....
ialah kawan yang memberi nasihat,
bukan yang ajak mengumpat!
Kawan yang baik....
ialah kawan yang membuat kita senyum,
bukan yang mengejek kita senyum tak cantik!
Kawan yang baik....
ialah kawan yang menyokong kita dari depan,
bukan yang menolak kita dari belakang.
Kawan yang baik....
sanggup berkorban bila-bila masa,
bukan yang mengorbankan kita bila tiba masa.
Kawan yang baik....
bercakap benar dengan kita,
bukan yang membenarkan kata-kata kita sentiasa.
Kawan yang baik....
menerima kita seadanya,
bukan yang mengutuk setiap kelemahan kita, malah dengki dengan setiap kelebihan kita.
Kawan yang baik....
bukan yang memberi bunga di depan,
melempar najis di belakang.
Kawan yang baik....
bukan yang kerjanya memfitnah,
tapi yang menutup aib kita dari punah.
Kawan yang baik....
bukan mulutnya mengeluarkan perkataan yang sia-sia, mencarut dan mengarut,
tetapi yang baik bicaranya hingga ungkapnya tak terdengar dek telinga,
sedangkan hatinya berdoa untuk kebahagiaan kita...

Buat semua kenalan-terima kasih kerana sudi berjabat tangan.
Buat semua teman-terima kasih kerana sudi berjalan seiringan.
Buat semua kawan-terima kasih kerana banyak memberi sokongan.
Buat semua sahabat-terima kasih kerana menjadi sahabat yang terhebat!

Ditujukan khas kepada semua kawan2 di UIA (6 thn terindah mengenali smua), studiomates AAD (4 thn terhebat mengenali semua) dan semua kawan2 terbaik yang aku pernah ada....
Terima kasih...maaf atas segala salah silap...sayang semua..^_^

1 comment:

  1. Amboi ez..sejak bekerja ni, lama tak update blog ye? hehe~
    sama la kite. u pon smlm bos takde, smpat buat 2 post. 1 cerpen(mahligai yang kurang). pendek aje... jgn lupe komen!

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!