Thursday, January 18, 2018

Jenama Barangan Elektrik / Electrical Appliances Brand


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni akak kongsikan brand barangan elektrik yang terbaik berdasarkan research atau review yang kami buat dan pelanggan Ilusi HafiEzd Design selalu pilih. Apa yang kami kongsikan ini berdasarkan pengalaman hampir 9 tahun kami dalam bidang Interior Design dimana kami membantu client membeli semua barangan elektrik ni, sama ada teman beli di kedai atau exhibition.


Penghawa Dingin / Air Cond
1. Daikin.
2. York.
3. Panasonic


- Brand Daikin pernah berada dalam company York sekejap, tapi lepas tu mereka keluar balik. Jadi jangan confius kalau orang kata York dan Daikin tu sama.
- Berdasarkan pakar aircond, gunakan Air cond yang ada Inverter untuk ruang yang menggunakannya lebih daripada 8 jam sahaja. Contohnya bilik tidur. Ruang tamu kalau jarang guna boleh guna air cond non-inverter.



*Air Cond panasonic kami cover dengan kayu jadi tak berapa sejuk sangat.*



Kipas / Fan
1. Deka
2. Alpha / Arvio
3. Panasonic
4. KDK


- Bagi kami harga kipas DEKA lagi affordable dan certain design is not bad. Tambahan, saiz bilah kipas DEKA ada pelbagai dan lebih banyak berbanding yang lain.
- Brand Alpha & Arvio pula supplier di bawah satu syarikat. Arvio harganya premium sikit dan design cantik. Saiz bilah Alpha juga ada banyak berbanding Arvio.
- Kipas Panasonic kalau nak beli check sama ada nak pasang kena ada hook atau kena tembak slab. Sebab ada pengalaman client kami beli, tak pasal-pasal kena korek balik plaster ceiling. Adeh.


*Kipas Brand DEKA. Ada banyak size bilah. Dari bilah kecil hingga besar. Tapi speed kipas limited sikit untuk sesetengah design.*


 
*Kipas jenama Arvio. Salah satu Designer Fan yang cantik dan premium.*

Cooker Hood & Hob
1. Fujioh
2. Electrolux
3. Pacifica
4. Fotile


- Bila nak beli cooker hood atau hob, pastikan sesuai dengan masakan Asia atau Asian Cooking.
- Dari dulu Fujioh / Fujihome adalah brand Jepun yang paling bagus tapi harganya agak mahal berbanding brand lain.
- Belilah hood yang menyedut asap, bukan serap minyak. Bila dah sedut asap, jangan lupa tebuk dinding buat lubang ducting nak lalu. (Selalu kalau buat dapur IKEA sendiri mesti exposed bahagian ni. Haha)


*Hood jenama Electrolux. Nampak solid dan exclusive.*



Oven / Microwave:
1. Khind
2. Hanabishi Electric Oven
3. Electrolux


- Dapat list best cooker oven daripada website ni: http://bakingclassmalaysia.com/mini-oven/
- Sorry lama tak baking, rasanya siapa yang biasa baking boleh suggest brand yang lebih ok. Tapi client kami memang selalu beli Electrolux oven.



Peti Sejuk / Fridge
1. LG
2. Panasonic


- Pengalaman beli dua brand peti sejuk Toshiba & Hitachi tak sampai 2 tahun dah rosak. Haha.
- Mak aku guna LG bertahun-tahun tahan. So, rasanya LG bagus berbanding brand lain.
- Jangan lupa daftar warranty online / di kedai anda beli. Nanti susah nak betulkan, lagi-lagi peti sejuk yang ada inverter, etc



Pemanas Air / Water Heater
1. Joven
2. Alpha
3. Deka


- Joven memang brand no 1 Malaysia. Bising sikit tapi tahan lama.
- Alpha harga murah sikit tapi ada orang kata cepat panas. Wallahualam
-Check sama ada perlukan water pump atau tak masa nak beli water heater sebab sesetengah rumah, tekanan airnya rendah.


*Pemanas air Joven. Masa awal-awal beli ni terpaksa beli di Shah Alam / Ibu Pejabat Joven. Haha. Sebab design ni tak ramai orang guna. Ada rain shower mahal sikit.*

Jika apa yang kami kongsikan ini bermanfaat bolehlah SHARE. Sekali lagi, kami tak dapat komisen pun untuk review ni. Haha. Cuma nak membantu anda semua membuat pilihan yang tepat semasa hendak membeli barangan elektrik.


Selamat membeli!


#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#TipsBeliBarangElektrik
#SharingIsCaring


Thursday, December 21, 2017

Pejabat Wanita Pink & Gold


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku ingin kongsikan rekaan eksklusif pejabat Dayang Beauty Secret bertemakan warna merah jambu atau pink dan emas atau gold. Pejabat ini kami reka khas buat pemiliknya yang sukakan warna yang feminin namun masih kelihatan ekslusif.


Pejabat Dayang Beauty Secret terletak di Alam Damai, Cheras. Ruang dalaman pejabat ini terdiri daripada Reception Area (Ruang Menunggu), Pejabat Pemilik, Training Room (Bilik Latihan) dan Pantry Area. Setiap ruang dihiasi sesuai dengan warna tema barangan dekorasi yang sweet & sleek.


Dinding Ruang Menunggu kami sediakan satu signage besar Dayang Beauty Secret yang diperbuat dengan special decorative panel & acrylic signage. Agak mencabar memasang signage ini kerana panel acrylic yang agak fragile atau mudah patah. Kami juga menyediakan ruang pameran atau product display untuk produk-produk keluaran Dayang Beauty Secret. Produk-produk ini diletakkan di rak berwarna emas berlatar belakang kertas dinding atau wallpaper bercorak halus berwarna pink.






Untuk bilik pemilik, tema pink & gold masih dikekalkan namun warna putih turut ditambah ke atas warna perabot demi menampakkan ciri-ciri korporat pemilik. Selain kertas dinding, kami juga menyediakan divider panel khas untuk pemilik membuat live video dan memasarkan produk beliau. Kami turut menyediakan sendiri barang-barang dekorasi untuk ruang tersebut bagi menambahkan seri bilik pemilik.









Ruang bilik latihan atau Training Room ini disediakan untuk pemilik mengadakan kelas motivasi. Demi mencantikkan ruang ini, kami tambahkan kertas dinding berwarna emas dan kata-kata hikmah bagi menjadikan bilik ini nampak lebih eksklusif.




Akhir sekali ialah ruang pantri dimana pemilik dan staff boleh makan dengan santai. Istimewanya ruang ini kami tambah jubin berwarna pink yang cantik dan unik selain meletakkan Designer Chair - Eames Chair, menjadikan ruang ini nampak santai dan relaks.






Bagi kami pengalaman menguruskan projek ini agak menarik kerana kami berjaya menampilkan identiti pemilik syarikat Dayang Beauty Secret sendiri. Warna tema pink dan gold sangat sesuai dengan beliau dan produk yang beliau keluarkan juga sinonim untuk kegunaan wanita di luar sana.




Jika anda berminat untuk mempunyai pejabat dengan ciri-ciri dan identiti tersendiri:


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:


ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


Tuesday, November 7, 2017

Kursus Rekabentuk Perabot Dalaman



Assalamualaikum. Lama tak update blog. Hari ni nak kongsi aktiviti bulan lepas. Alhamdulillah, pada 2 hingga 4 Oktober 2017, kami berkesempatan memberi talk tentang Rekabentuk Perabot Dalaman untuk pelajar tingkatan 5, Kolej Vokasional Taiping di Wood Industry Skills Development Centre (WISDEC)

Walaupun ini kali ketiga WISDEC panggil bagi talk, tapi ini satu pengalaman baru untuk aku, bagi talk untuk pelajar sekolah. (Sebelum ni untuk lecturer dan cikgu).


Kagum dengan pelajar-pelajar ni, kelas mereka dari tingkatan 1 patutnya ada 30 orang, akhirnya tinggal 5 orang je yang ambil kos Perabot ni. Bila ditanya kenapa mereka masih bertahan, mereka jawab sebab MINAT.

Bila melihat usia mereka yang masih muda ditambah kesungguhan cikgu mereka yang hantar mereka berkursus selama 3 minggu (belajar tentang perabot dalaman, pengenalan kayu, Autocad, etc), kami cuba sedaya upaya bagi mereka semangat, kata-kata positif dan kongsi ilmu supaya mereka tahu kemahiran yang mereka ada sekarang sangat berharga untuk masa depan mereka.




Terima kasih kepada pihak WISDEC yang bagi kami peluang berkongsi ilmu dan pengalaman tentang Interior Design. Di WISDEC ada banyak kursus-kursus menarik untuk golongan belia dan penggiat industri contohnya kursus pembuatan perabot dan kabinet, software Autocad dan 3DS Max, kemasan lantai, etc.

Aku kongsi juga gambar bangunan baru WISDEC. Tak lama lagi bangunan ini akan dijadikan pusat latihan untuk golongan belia belajar buat perabot dan kabinet, software, etc. Tunggu mesin-mesin masuk kat bawah, penuhlah bangunan besar tu. Heh.






Wednesday, June 21, 2017

Kabinet Dapur Alam Impian, Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang rajin singgah di blog saya. Kali ini saya akan kongsikan rekaan kabinet dapur di rumah pelanggan Ilusi Hafiezd Design di Alam Impian, Shah Alam.

Untuk pengetahuan semua, pada awalnya pelanggan kami hanya mahu menggunakan khidmat dekorasi kami sahaja. Untuk kabinet dapur, beliau mahu menggunakan khidmat daripada sebuah syarikat kabinet dapur terkenal. Namun kami menawarkan diri untuk membantu beliau membuat perbandingan harga dengan membawa beliau ke pameran hiasan dalaman supaya minda beliau lebih terbuka dengan harga dan material yang jauh lebih murah dan berkualiti sehingga beliau langsung berminat dengan khidmat rekaan dalaman kami.


*Ruang dapur asal sebelum diubahsuai*

Selain membuat rekaan yang lebih kompak dan menarik, harga kabinet dapur yang kami tawarkan jauh lebih murah berbanding syarikat tersebut. Material yang kami gunakan untuk kabinet dapur ini ialah melamine dan acrylic untuk bahagian pintu, quartz stone untuk counter top dan decorative tiles untuk dinding dapur. Walaupun ruang dapur ini kecil namun rekaannya masih nampak elegan dan menarik disebabkan pembuatan kabinetnya kemas dan teliti, betul tak?


 *Material Pintu- Melamine & Acrylic, Counter Top- Quartz Stone & Backsplash - Decorative Tiles*

 *Tall Oven, Fridge Cabinet & Breakfast Table*

*Ruang memasak yang kompak & praktikal*

Kami juga membantu beliau menguruskan proses pembuatan kabinet, penambahan power point, ubah kedudukan paip (perlu diubah kerana sink yang baru dibeli lebih dalam berbanding yang sedia ada), pemasangan wall tiles, pemasangan lampu dan banyak lagi.


*Aksesori Dapur - Tandem*

*Aksesori Dapur - Pull-out Tray*

*Aksesori Dapur - Dishrack*

*Eubiq System*

Pelanggan kami tidak perlu pening kepala untuk menguruskan keseluruhan proses renovasi seorang diri apabila menggunakan khidmat Pereka Dalaman seperti kami. Beliau tak perlu bergegas ke site untuk membuka pintu, memantau setiap kerja kontraktor yang berbeza-beza di site dan tak perlu merancang sendiri susun atur dapur kerana kami telah membantu beliau menyediakan lukisan 2D dan 3D untuk dapur beliau sendiri.




*Lukisan 2D*

Untuk pengetahuan semua, lukisan 2D dan 3D ini adalah sangat penting dalam proses pembuatan kabinet dapur. Lukisan 2D yang pereka dalaman hasilkan dapat memberitahu ukuran penuh sebuah dapur, material yang digunakan, saiz barangan elektrik seperti peti sejuk, oven dan microwave, aksesori dapur, kedudukan power point dan banyak lagi. Lukisan 3D pula memudahkan pelanggan melihat idea rekaan sesebuah ruang dengan lebih jelas sebelum proses renovasi sesebuah ruang dilakukan. Pelanggan dapat melihat warna material yang digunakan, pencahayaan dalam ruang selain susun atur kabinet dalam ruang itu sendiri.



*Lukisan 3D / 3D Visuals*

Hasilnya, dengan kos konsultansi dan lukisan satu ruang yang kurang daripada RM1000, pelanggan kami sangat berpuas hati dengan rekaan dapur beliau ini. Kami bersyukur kerana dipertemukan dengan pelanggan yang percaya dengan design dan kepakaran kami. Beliau mengakui yang kami banyak membantu beliau menguruskan proses renovasi keseluruhan rumah kerana beliau seorang yang agak sibuk dan terpaksa menguruskan segalanya sendiri.



Berminat untuk ada Kabinet Dapur di dalam rumah anda?


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:
ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 
Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!