Friday, June 24, 2011

Sahabat Wanita


Assalammualaikum... Salam Jumaat buat sahabat-sahabat sekalian. Hari ni nak kongsi kisah yang pernah dikongsikan buat aku daripada seorang sahabat masa kecil aku- Faradilla.

~@~


Pada suatu hari.....

Seorang wanita muda yang baru saja menikah mengunjungi ibunya. Mereka duduk di sebuah sofa dan menikmati segelas air teh yang dingin. Ketika mereka sedang berbual-bual soal kehidupan, alam rumah tangga, tanggungjawab hidup serta kewajipan, si ibu dengan perlahan meletakkan seketul ais ke dalam gelasnya sambil menatap wajah anak perempuannya.

“Jangan dilupakan sahabat-sahabat wanitamu.” nasihatnya, sambil mengacau teh di bawah gelasnya. 

“Mereka akan menjadi antara orang yang terpenting bagimu ketika usiamu semakin tua. Tidak kira seberapa dalam kamu mencintai suamimu, seberapa banyak anak yang kamu miliki, kamu masih tetap perlu memiliki sahabat-sahabat wanita. Ingatlah, teruskan berjalan-jalan bersama mereka, lakukan hal-hal yg baik bersama-sama dengan mereka. Dan ingat, mereka bukan hanya sekadar sahabat wanitamu, tetapi mereka juga bisa menjadi saudara, anak dan yang lainnya bagimu. Kamu pasti akan memerlukan mereka. Wanita selalunya begitu.”

“Nasihat yg sungguh aneh,” gumam si wanita muda di dalam hati. 

“Bukankah aku baru saja menikah? Bukankah aku baru saja bergabung dalam dunia pasangan-pasangan muda? Sekarang ini aku adalah seorang isteri, seorang wanita dewasa, bukannya seorang anak perempuan kecil yang memerlukan teman perempuannya utk bermain! Tentu saja keluarga baru yang akan kami bina ini dapat membuat hidupku lebih bererti.”



Tetapi, si wanita muda itu tetap mendengarkan nasihat ibunya; dia terus berhubungan dengan sahabat-sahabat wanitanya, menyemai ukhuwah dan bertemu dengan semakin banyak sahabat setiap tahun. Ketika tahun demi tahun berlalu, ia mula merasakan betapa benar nasihat yang diberikan ibunya. Ketika waktu dan keadaan mengubah keberadaan mereka sebagai wanita dengan segala misterinya, sahabat-sahabat wanitanya tetap berada dekat di sisi kehidupannya.



Setelah hidupnya mencecah usia 50 tahun, wanita itu kembali memikirkan nasihat arwah ibunya. Dan inilah fakta-fakta yang beliau dapati dari memiliki sahabat wanita:


  • Sahabat wanita akan menjaga rahsiamu seumur hidupnya.
  • Sahabat wanita akan memberikan nasihat ketika kamu memerlukannya.
  • Sahabat wanita tidak selalu mengatakan apa yang kamu lakukan itu benar, tetapi mereka berkata benar dan bersikap jujur.
  • Sahabat wanita akan terus mengasihimu, meskipun berlakunya perbezaan pendapat.
  • Sahabat wanita akan tertawa bersama-sama denganmu. Sungguhpun apa yg diperkatakan mu itu jenaka biasa.
  • Sahabat wanita akan menolongmu keluar dari hubungan-hubungan yang buruk.
  • Sahabat wanita akan menolongmu mencarikan tempat tinggal yang baru, membantu kamu mengemas barang lalu berpindah.
  • Sahabat wanita akan sentiasa bersedia membantumu membuat sebarang pesta hatta kenduri sekalipun.
  • Sahabat wanita akan selalu berada disampingmu, dalam suka mahupun duka.


Wednesday, June 22, 2011

Tanda-tanda Orang Bijaksana

Tanda-tanda Orang Bijaksana ialah: 

Hatinya Selalu Berniat Suci

Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah

Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa)

Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi 

Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, 
“Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” 
(H.R Abu Naim)

Wednesday, June 8, 2011

Pada Pukul 5 Petang...

Pada pukul 5 petang saya mahu...

Siapkan 3D.
Tapi macam malas-malas nak buat dapur ni... Padahal kena rushing, kerja lain menanti selepas ini.

Samsung Galaxy Tab
Macam nak sambar satu. Nak tunggu orang tu bagi *hantaran* macam lambat lagi. Haha.

Duit Freelance
Harap malam ni dapat claim duit kerja sambilan tu. Dah berapa minggu buat sampai penat-penat. Walaupun ada perubahan, asalkan dapat duit, alhamdulillah. Boleh simpan untuk kahwin.. *Wink*

Nak makan roti bakar.
Teringin nak pergi Old Town makan roti bakar. Buat sendiri malas. Haha. Bakal isteri siapalah ni?

Nak tidur.
Malam tadi tak boleh tidur nyenyak. Selsema dan kipas bunyi *kiuk-kiuk*.

P/s: Short update. Takde masa nak blogwalking. Kena sambung kerja balik...Tata

Saturday, June 4, 2011

Malam Ini


Malam ini kena buat kerja. 
Oh, sangat malas buat AutoCAD ni! Tapi pagi-pagi tadi Madam dah kejut ingatkan aku design yang aku tertinggal atau lupa. Bukan sengaja lupa. Semalam aku balik pukul 11 malam nak siapkan design rumah kat Villa Manja tu. Kesian aku. Patutnya hari ni aku pergi kenduri kat Seremban. Hari ni je lebih 5 orang jemput pergi kenduri kahwin. Satu pun aku tak pergi. Maafkan aku kawan-kawan...

*Tak tahulah bila rumah ni nak siap design.*

Malam ni nak edit gambar.
Minggu lepas aku pergi kenduri kahwin dua orang kawan baik. Gambar-gambar mereka dah penuh dalam kamera ni. Aku tak sempat-sempat juga edit. Aku tak suka letak gambar tak cantik kat dalam Facebook atau blog aku ni. Orang letak gambar aku tak cantik takpe,(memang aku tak cantik pun) tapi kot ye pun letaklah gambar tengah buat aksi *senonoh* sikit. Tak payahlah terasa kepada yang berkenaan. Gambar kau cantik, tapi tolonglah crop gambar aku yang tak sedia nak masuk dalam kamera kau tu hah. (Ok, tiba-tiba melalut! Maafkan saya.)


*Ini bukan gambar pengantin ya. Pengapit ya. Haha*

Malam ni nak tulis blog.
Sekarang dah tulis. Tapi tiada matlamat yang khusus. Aku nak update secara *matang* tapi terkeluar ayat-ayat bebelan ini. Maafkan saya blog. Entri pertama bulan Jun ni sangat tak menarik. Ok, nanti saya sambung.

Insya-Allah malam ini, malam esok, atau malam seterusnya. Saya sambung.

Selamat Menyambut Bulan Rejab! 

Wednesday, May 25, 2011

Hadiah Terbaik

Hadiah Terbaik

Kepada KAWAN :
Kesetiaan

Kepada MUSUH:
 
Kemaafan

Kepada KETUA:
Khidmat

Kepada yang MUDA
Contoh terbaik

Kepada yang TUA:
Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada PASANGAN:
 
Cinta dan ketaatan

Kepada MANUSIA:
 
Kebebasan

Kepada ALLAH S.W.T.:
Ibadah yang ikhlas keranaNYA.

*Tiada HADIAH yang lebih berharga selain daripada NASIHAT yang baik..*