Friday, November 5, 2010

Rezeki & Cabaran

Jam sudah pukul 1 pagi. Mata memang sudah mengantuk. Tapi kutahan demi sebuah projek yang bakal memberi aku satu peluang untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman dan pendapatan yang kadangkala agak sempit sekarang. Peluang ini datang bukan selalu. Andai aku lepaskan sebelum berjuang, aku mungkin orang paling rugi dalam dunia.

Aku seringkali berdoa dan berdoa, dipermudahkan rezeki untuk bernikah cepat. Aku rasa, mungkin ini peluang yang ditunggu untuk menambahkan rezeki aku. Tapi kalau tiada rezeki aku, aku perlu redha. Yang penting aku dah cuba kan? Aku dah usaha keras untuk memerah otak, mengaut ilmu, memikirkan pro dan kontra, ion positif atau negatif yang mendatang malah membuat keputusan dengan perbincangan dengan orang bijak pandai.

Diri ini menjadi terlalu berat hati, takut dan gusar bersilih ganti. Perasaan negatif itu timbul dan tenggelam sehingga aku lemas untuk berfikir. Berat hati, berat lagi benak bermonolog sendiri. Tapi aku tahu inilah namanya CABARAN hidup. DIA mahu beri REZEKI, takkanlah mudah REZEKI itu diberi melainkan ada ujian di hadapan menanti.

Apa-apa pun doakan aku. Jalan ini masih panjang. Tak tahu apa kemungkinan, apa akibat yang terpaksa dijamah bila saat tiba. Tapi berharap sinar yang datang terangnya tak silau buatkan aku buta, malapnya tak padam tapi cepat nyala semula. Mesti Boleh!

Berani. Bangkit. Bangun. Bersyukur. Berdoa. 
Moga semuanya baik-baik sahaja. ^_^




Wednesday, November 3, 2010

*Lagu Tema* & *Skandal*


Wah! Baru berapa hari tak tulis blog dah rindu. Sebenarnya semalam aku demam. MC dan terbaring di atas katil lantas tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling. Ada juga buka-buka blog ni tengok apa aku patut tulis lepas ni. Bulan lepas hampir hari-hari aku tulis dan so far ada *kemajuan* dalam diri aku untuk terus tulis blog. Cuma sayangnya, mood nak menulis novel masih belum *datang* lagi. Aiyak! (Maafkan saya kawan-kawan!)

Tadi tengah drive seorang diri aku tiba-tiba terfikir nak dengar lagu daripada CD aku. Selalu aku buka CD lagu *nasyid* atau dengar radio je sebab takut time aku dengar tu azan berkumandang, tak sedap weh nak dengar lagu-lagu merapek time tu! Tapi tadi dah pukul 7 lebih macam tu, dalam perjalanan balik apa kata layan lagu dalam CD pula?

Buka-buka keluar lagu Siti Nurhaliza lagu *Biarlah Rahsia* dan lepas tu lagu *Cuba Untuk Mengerti* pula. Masa tu mulalah terasa, *Gile Jiwang aku ni!* Lagu semua tahap *syahdu-syahdan* punya stok! Macam orang hilang suami pun ada gak... (Tak hilang suami, tapi *bakal suami* hilang malam ni entah pergi mana. Huhu)

Jadi masa tu terfikirlah juga kan, kenangan-kenangan masa banyak *skandal* dulu. Ada je lagu tema untuk setiap skandal. Haha. Terus-terang dan malas nak sorok-sorok, aku ni dulu memang jarang atau tak suka *couple* dengan orang. *Skandal* atau main-main tu ramai tapi takdelah sampai ajak jumpa mak bawa balik rumah. Maklumlah, zaman tak *matang* dulu. Huhu. Tapi betullah, bila ada *crush* atau minat-minat kat orang tu kadang-kadang mesti ada lagu tema tak pasal-pasal. Hai, jangan tipulah korang pun takde lagu tema ye. Mesti dengar lagu ni (klik) ^_^, teringat pakwe korang masa darjah satu dulukan? Kan kan?

Aku teringat *skandal* yang agak meninggalkan kenangan untuk aku masa aku sekolah menengah. Lagunya ialah lagu ni.


Sebab apa lagu ni ditujukan untuk skandal tersebut? Sebab penyanyi utama kumpulan ni muka dia lebih kurang muka *skandal* aku tula. Haha. Serius sampai sekarang aku dengar lagu ni aku teringat mamat yang aku panggil *Tom Cruise* tu. (Tapi aku sedar sekarang, muka Tom Cruise beribu-ribu lagi kacak daripada dia ok. Hoho.)

Skandal yang kedua. Jeng jeng jeng. 

O-Town (All or nothing)


Sebenarnya bukan skandal kedua. Tapi kira skandal yang berkaitan dengan yang di ataslah. Selepas *frust terduduk* (bukan menonggeng ya) dengan *Tom Cruise* celup, adalah skandal dengan seorang lagi mamat yang baik hati memujuk hati. Bila dengar lagu ni, teringatlah kat dia yang sudi mendengar tatkala frust tu. Huhu. Tapi silapnya aku ialah, aku tak hargai dia sangat sebagai kawan, lebih kepada menggunakan dia untuk melupakan yang 1st tu. Aduh, syahdu!

Avril Lavigne menyanyikan My Happy Ending ni tepat pada masa aku break dengan 1st couple dulu. Haha. Nak gelak jap. Ok. Lagu ni mengingatkan aku pasal dia yang banyak cakap-cakap belakang pasal aku kat kawan-kawan dia. Memang sakit hati bila dikenangkan. Tapi aku dengan dia sekarang dah takde hal. Kira dah berdamaila. Dia pun nak kahwin dah tak lama lagi. (Oh, siapa dia? Adala... Hihi)

Oh, mesti tertanya-tanya, takkan lagu *mat salleh* je yang aku layan kan? Taklah. Lagu ni *Renungan Terakhir* nyanyian Nora (yang sudah bertudung sekarang, alhamdulillah) mengingatkan aku kepada seorang *skandal* yang meninggalkan aku bersama *renungan terakhir* yang payah untuk diertikan. (Ewah, belajar sastera pula lepas dengar lagu ni ya!) Tapi memang sedihlah lagu ni. Lagi-lagi bila mengenangkan skandal tersebut langsung tak hargai friendship yang aku bagi kat dia. Berapa tahun baru aku dengan dia dapat berbaik. Tapi, lupakanlah benda yang pahit itu. Yang pergi usah dikenang..Huhu...

Lagu terakhir pada malam ini ialah lagu *Puisi Cinta* nyanyian kumpulan *Ilusi*. Sebenarnya aku suka sangat lagu ni sebab lirik dia ada maksud nama aku iaitu *hiasan* (Ya, maksud Ezdiani ialah Hiasan ok). Jadi setiap kali bila lagu ni berkumandang di mana-mana, Cik Haslinda @ Lyn merangkap ex-studiomate dan roommate akan kata, "Ezd, lagu kau!" Jadi aku pun akan menyanyi sikit-sikit lagu ni pada detik itu. Malangnya lirik dia agak *confusing* sikit sebab berulang-ulang ritma yang sama.


Lalu pada ketika aku dan Hafiz mula bersama, aku suarakan kepada dia aku suka lagu ni. Mamat *kaki karok* (karaoke) ni bila tahu setiap kali *karok* mesti nyanyi lagu ni sebagai tanda mengingati akulah (konon!). Last-last Hafiz je yang hafal lirik lagu ni. Jadi lagu ini juga ialah *lagu tema* buat aku dan Hafiz! Yeah! 

P/S: Jadi, apa *Lagu Tema* korang?

Sunday, October 31, 2010

Kereta Idaman ^_^


Apakah kereta idaman aku? Sebenarnya selepas kereta yang aku ada sekarang, Viva, aku nak beli Vios dan yang terakhir ialah Volkswagen Beetle! Pagi tadi aku drive belakang kereta ni aku terfikir seorang diri, bilalah aku mampu dapat sebiji Volkswagen ni. (Paling best kalau dapat yang warna *purple*. Pergh!)

                                     
Aku kenal kereta Volkswagen ni sejak aku kecil. Tapi dulu orang panggil kereta ni, *kereta kodok* sebab orang nampak dia macam *katak* daripada beetle atau *kumbang*. Masa aku kecil, abah aku ada sebiji kereta Volkswagen lama yang aku selalu main *gelongsor* kat bahagian depan dia. Untuk pengetahuan orang yang tak tahu, Volkswagen lama bahagian depannya ialah bonet manakala belakang ialah enjin. Paling best kereta tu atas dia ada tingkap kecil. Bila buka boleh keluar kepala dan lambai-lambai kat atas. Heh. Tapi aku dah hilanglah gambar kereta tu. Kalau aku jumpa aku tunjuk ya.


   *Lebih kurang design kereta Volkswagen Beetle Lama abah aku*

Nak dijadikan cerita, masa awal-awal Project Semester Degree aku untuk ID, aku pernah kena design Automotive Showroom. Memang agak mencabar project ni sebab masa tu awal-awal lagi jadi budak ID, terus kena buat *commercial design spaces.* Semasa proses design, aku kena buat research pasal Volkswagen punya brand dan semua jenis kereta yang mereka ada. Masa tu jugalah aku tahu, Volkswagen bukan hanya keluarkan Volkswagen Beetle, tapi juga kereta jenis *Sedan* atau Passat, Golf, MPV atau namanya Touareg dan yang tengah promote sekarang iaitu *Polo*. Link sini.

*Presentation Board yang aku buat secara 'manual'.*

*Model yang aku buat. (Jgn comment part workmanship! Hancus!)*


*Ciri-ciri 'pintu utama' Showroom Volkswagen di serata dunia. Tema kuning-putih-kelabu bersama logo di atas*

*Weames VW- Showroom Volkswagen di Jalan Ampang (Dulu asalnya showroom Volvo)*

Kenapa aku suka Volkswagen? Sebab utama mestilah design dia. Aku juga suka *identiti* kereta ni yang lain daripada konsep kereta lain. Kalau baca *history* atau *timeline* ni boleh tengok setiap kemajuan yang dilakukan ke atas kereta-kereta mereka dan ternyata semua kereta sentiasa di*upgrade*. Punyalah upgrade brand Volkswagen ni sampai dulu masa aku buat projek semester *tagline* mereka  “Aus Liebe zum Automobil,”(2003) atau maksudnya  “For the love of the automobile.” Tiba-tiba baru-baru ni aku tengok tagline dia dah dipendekkan jadi “Das Auto,” atau maksudnya dalam Bahasa German “The Car.” 


*Logo Paling Baru VW sesuai dengan Tagline 'Das Auto'*


Apa-apa pun, tolonglah doakan aku dapat sebiji Volkswagen Beetle ni ok. Harga dia last update aku check *murah* je:

VOLKSWAGEN NEW BEETLE 1.6 – 139,888.00


*Tapi Berbaloi kan untuk yang ni?*


Untuk maklumat lebih lanjut tentang Dealer atau Volkswagen Malaysia boleh pergi ke website ini: http://www.volkswagen.com.my/ ^_^

Oh, sebagai hiburan, tengoklah *video* ni. Serius kelakar!


Sources

Saturday, October 30, 2010

AutoCAD Short Cut List

(Klik untuk imej lebih besar)

Aku yang pemurah lagi suka tolong orang ni (konon) dengan suka hati bagi * AutoCad Short-cut* ni untuk semua designer atau orang-orang yang guna software ni untuk buat kerja.

Kalau ada sesiapa nak aku ajar *autoCAD* secara tuisyen atau *3Ds Max* leh contact saya ye...Cikgu Ezdiani boleh bagi library dan tutorial  yang senang untuk dipraktikkan. Selamat mencuba!

*Credit to my ex-supervisor during Practical Training K.Syima for training me to use the Short-Cut!

Untung & Malang...

Beruntungnya...


Kau Cantik, kau dapat Suami Kacak.
Kau Bijak, kau dapat belajar di Luar Negara.
Kau Kaya, kau dapat beli rumah dan kereta besar.
Kau Terkenal, kau punya ramai Kawan.


Malangnya.


Kau Cantik, tapi dalam hati kau Hodoh...
Kau Bijak, tapi kau bijak menipu...
Kau Kaya, tapi tak mahu bersedekah kepada yang miskin...
Kau Terkenal, tapi ramai orang dengki dan benci...


Lebih BERUNTUNG


Kau sedar itu semua REZEKI kurniaan Allah s.w.t. dan kau BERSYUKUR.


Lebih MALANG


Kau alpa dengan kurniaanNYA dan kau terus SESAT dan SESAT....