Friday, December 14, 2018

Proses Rekaan Kabinet Kasut & Perhiasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai dah tengok Rekaan Kabinet Kasut dan Perhiasan yang kami berjaya hasilkan di rumah client kami di Serene Heights, Bangi. Tapi mesti ada yang tak tahu, bagaimana proses rekaan kabinet ini dibuat sehingga berjaya dihasilkan di site.

Sebenarnya idea asal konsep rekaan kabinet ini datangnya daripada idea client sendiri. Client akan bagi gambar dan kami akan olah semula design tersebut mengikut ruang dalam rumah, saiz, material dan bajet client.

*Idea asal gambar yang diberi oleh client*

Berdasarkan idea gambar yang client beri, kami sediakan pula 3D visual mengikut ruang dalam rumah client tersebut di Serene Heights. Ketika itu, client masih belum dapat kunci. Jadi ukuran kabinet yang kami design adalah mengikut saiz layout plan yang diberi oleh client atau diambil daripada website company developer.

*1st 3D Visual*

Design 3D yang kami hasilkan kemudiannya diubah mengikut kehendak client. Contohnya ruang kabinet yang terbuka dibesarkan untuk memuatkan helmet milik client. Kami perlu reka kabinet mengikut ukuran saiz helmet supaya helmet boleh diletakkan cantik ke dalam kabinet.

*Client menunjukkan design yang ingin diubah berdasarkan 3D yang diberi*

Semua saiz rangka kabinet dilukis dalam lukisan kabinet dan perlu sama dengan design kabinet sebagai rujukan carpenter dan installer cabinet. Saiz kabinet perlu diukur tepat dan kod material perlu diletakkan di dalam lukisan kabinet tadi sebelum diserahkan kepada carpenter.

*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian pintu kabinet kasut & kedudukan lampu*


*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian rangka atau bahagian dalaman kabinet kasut*

Selain itu, material kabinet juga ditukar sesuai dengan warna tema rumah. Pada asalnya tema rumah ialah warna biru gelap, namun di saat akhir, warna dinding berhadapan ditukar kepada warna turqoise gelap.

*Warna kabinet kasut yang telah ditukar dalam 3D*

Demi menonjolkan barang perhiasan dalam kabinet, kami tambahkan lampu halogen yang dipancarkan terus di dalam kabinet. Disebabkan itu, satu sumber lampu atau lighting point perlu ditarik dari atas siling untuk menghubungkan suis dan lampu ke dalam kabinet.

*Lighting point yang ditarik dari atas siling*

Kabinet kasut dan perhiasan ini tambah menarik bila kami tambahkan aksesori rak kasut berwarna rose gold. Aksesori rak kasut ini sangat praktikal dan fleksibel kerana dapat memuatkan banyak kasut di atasnya.


Kerana proses rekaan yang rumit inilah kami sukar untuk bagi 3D Visualizer luar buatkan design kabinet untuk kami. Kami perlu pastikan material yang dipilih dari supplier mana, kedudukan point lampu, saiz kabinet sesuai dengan aksesori, dan macam-macam lagi. Selain itu, bila client minta tukar design, kami boleh tukar bila-bila masa. Tak perlu tunggu orang lain buatkan dan kena extra charge untuk tukar design.

*Hasil rekaan kabinet kasut & perhiasan*

*Ruang penstoran yang sangat banyak dalam kabinet kasut dan perhiasan, best kan?*

Kami juga tak dapat buat kabinet yang direka oleh designer lain kerana kami perlu follow setiap proses design ini supaya apa yang direka menjadi realiti di site. Jadi diharap designer lain faham kenapa kami terpaksa tolak untuk buatkan kabinet you all sebab kami hanya dapat buat design kabinet kami mengikut aturan design yang kami dah buat bertahun-tahun.

Semoga apa yang dikongsi ini berguna. Kalau menarik boleh share. Doakan Ilusi HafiEzd Design dapat menghasilkan rekaan kabinet yang lebih menarik di masa akan datang!



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Friday, September 28, 2018

Projek Reka Bentuk Dalaman & Dekorasi - Bandar Tun Hussein Onn, Cheras


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca blog AiraniEz's Life.

Kali ini kami nak kongsi satu lagi projek reka bentuk dalaman dan dekorasi yang kami berjaya siapkan untuk rumah pelanggan kami di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Projek hiasan dalaman untuk rumah ini sangat menarik kerana selain membuat kabinet, kami juga turut deko 3 ruang dalam rumah tersebut iaitu Ruang Tamu, Ruang Belajar dan Ruang Solat serta Bilik Tidur Utama.

Pada asalnya, pelanggan hanya mahu buat kombinasi kabinet buku bersama meja belajar dan kabinet TV di dalam bilik. Beliau juga berminat nak pasang wallpaper dan vinyl flooring di tingkat dua rumah.

*Pemasangan Vinyl Flooring di Bilik Tidur Utama*

*Pemasangan Kabinet Buku & Meja Belajar*

Namun seterusnya beliau meminta kami membuat kabinet dapur atau tall unit cabinet di ruang dapur. Kabinet ini juga dilengkapi beberapa aksesori dapur dengan design terkini dan praktikal.

*Kabinet Dapur dengan Pull-out Basket*

*Kabinet Dapur dengan Aksesori Tandem*

Berpuas hati dengan khidmat reka bentuk dalaman kami, client menambah khidmat dekorasi kami pula. Beliau mahu ruang bilik tidur utama diubah menjadi lebih ceria dan praktikal.

*Kabinet TV bersama almari gantung di Bilik Tidur Utama*

*Kabinet 2 fungsi yang cantik dan praktikal*

Kami telah mengubahsuai bilik tidur utama menjadi ruang yang eksklusif dan elegan. Susun atur bilik diubah lantas bilik yang luas ini terbahagi kepada beberapa ruang iaitu - Ruang almari baju, ruang kerja, ruang tidur dan ruang santai untuk keluarga menonton TV dan berlatih basikal.




Kami juga telah mengubahsuai ruang tamu dan ruang makan dengan menambah lantai vinyl dan wallpaper. Ruang yang dahulunya kusam menjadi terang bila diserikan dengan kertas dinding berwarna putih. Lebih cerita, kami tukar carpet yang lama kepada karpet yang lebih berwarna-warni dan ceria.



Ruang belajar dan ruang solat juga telah diberi nafas baru dengan kerusi meja yang baru bersama canvas frame quotes untuk memberi semangat belajar kepada anak-anak tuan rumah. Ruang yang memanjang terbahagi kepada dua. Wallpaper Islamic Geometric Pattern menjadi titik tumpu untuk ruang solat bersama rak kecil untuk meletakkan kitab di atasnya.

*Ruang Solat & Ruang Belajar*

*Islamic Geometric Pattern Wallpaper*


*Canvas Frame Quotes

Semestinya sebagai Perekabentuk Dalaman apa yang kami perlu pastikan reka bentuk dalaman yang kami hasilkan membantu client kami dalam menyelesaikan masalah dalam ruang dalaman mereka. Kami mengambil berat sistem penyimpanan atau storage perlu ada banyak, kualiti pencahayaan dalam ruang contohnya dengan menambah lampu hiasan di dalam bilik tidur, tema warna dan konsep dalam setiap ruang, dan memastikan reka bentuk dan ubahsuai yang kami lakukan menjadikan kediaman selesa untuk didiami.


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#Ubahsuai
#Dekorasi