Bismillahirrahmanirrahim.
Entri pertama pada tahun 2015, 1 haribulan Jun. Genap 6 tahun aku menjadi Pereka Dalaman atau Interior Designer... ^_^
Dan bertahun-tahun nak tulis entri macam ni. Tahun lepas ada terfikir gak, tapi memanjang tiada masa. Dah taip, simpan dalam draft jela jadinya. Huhu. Maafkan saya. Saya memang sangat sibuk. Sibuk dengan kerjaya, bisnes, keluarga dan anak-anak. Jadi marilah aku kongsikan perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang aku berkecimpung dalam bidang Rekaan Dalaman atau Interior Design ini.
Pengalaman Kerja - Pereka Dalaman / Interior Designer
Sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ni sejak tahun 2008 mesti tahu betapa banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku sepanjang menjadi Pereka Dalaman atau Interior Designer (ID). Alhamdulillah, sepanjang 6 tahun ni, aku pernah bekerja dengan 5 company ID (termasuk company sendiri) dan mengajar part-time di dua tempat dalam kos yang berkaitan dengan ID. Itu tak termasuk dua company aku join masa time practical training. Huhu. Jadi bila dah banyak sangat company aku join, memang banyak sangat aku belajar dan pengalaman yang aku ada tu alhamdulillah aku dapat kongsikan untuk pelajar-pelajar aku yang *betul-betul* minat dalam bidang ni.
Kalau nak cerita tentang setiap company ID yang aku kerja, memang panjang sangatlah entri ni jadinya. Jadi aku tulis short-cut la. (Biar korang tak penat nak baca. Huhu)
Selepas aku grad bulan Mei 2009, 1st company aku bekerja adalah di sebuah company Melayu di Desa Pandan. Aku tak nak beritahu nama company tu sebab banyak bad memories than good memories di situ. Aku bekerja mulai 1 Jun 2009 hingga hujung tahun 2009, maknanya hanya lebih kurang 7 bulan aku tahan kerja kat situ. Mana taknya, mostly time aku kerja kat situ boleh dikatakan hari-hari aku kena balik lambat dan adakalanya tak balik rumah. Stress sangat! Walaupun ramai staff dalam company tu, tapi banyak sangat projek aku kena masuk campur. Sampai satu tahap buat pertama kalinya dalam hidup aku bertanya kepada diri sendiri, "Kenapalah aku ambil course ID ni?" Jadi takkanlah sebab company tu, aku nak benci bidang yang aku sayang ni kan? Maka tanpa fikir baik buruk, aku berhenti kerja daripada company tu.
Walau bagaimanapun, aku banyak belajar daripada company tu terutama untuk buat Presentation Design for client, deal with supplier, improve skill AutoCad dan banyak lagi. Bestnya masa kerja di company ni aku berpeluang terlibat dengan projek-projek komersial dan besar macam KLIA 2, Istana Johor dan Kompleks Tabung Haji.
*Kenangan bersama Ayu- ex-staff company S****
2nd company aku ialah company yang paaaaaling best aku kerja dan banyak belajar - AVL Living Concept. Aku rasa sesiapa yang banyak baca entri aku boleh baca banyak entri aku post masa aku kerja di company ni pada tahun 2010 dan 2011. Aku kerja 2 tahun lebih di sini sebab aku close sangat dengan bos company ni. Dia ni umpama *sifu atau mentor* aku dalam bidang ID ni. Alhamdulillah sehingga sekarang kami masih close dan main passing project between each other. Kalau aku tak faham apa-apa, aku akan selalu rujuk dia.
*Contoh 3D design aku masa kerja dengan AVL Living Concept*
*Cara aku beritahu bos aku saiz kabinet untuk kira harga*
Di company ni jugalah aku banyak improve skill 3D aku dan paling penting, belajar selok-belok perniagaan. Walaupun company AVL ni kecil (staff paling ramai 6 orang kot bila campur budak-budak praktikal. Haha) tapi bila kita bekerja di company kecil, kita akan buat macam-macam kerja dan belajar sesuatu daripada setiap tugas tersebut. Disebabkan bekerja di sinilah aku pandai guna Microsoft Excel untuk taip Quotation price for client. Haha. Pastu aku juga belajar dan faham dengan detail bagaimana nak buat kabinet terutama kabinet dapur. Bagusnya bila bekerja di company ni juga buat aku confident untuk bertemu dengan client dan kenal dengan pelbagai ragam manusia yang terbabit dalam bidang aku ni. Huhu.
*Kenangan bersama staff terakhir AVL - Najwa*
Seterusnya, company ketiga aku kerja adalah di Turn Design Interior (TDI). Aku join company ni pada tahun 2012, hujung bulan 5 kalau tak silap. Disebabkan aku berpengalaman jaga Kitchen Showroom AVL (sekarang di Bandar Permaisuri dah tutup dan berpindah ke Balakong), maka aku ditugaskan menjaga showroom TDI di Viva Home / Viva Mall Cheras (Tepi Jalan Loke Yew). Masa bekerja di company aku juga banyak belajar selok-belok bidang Interior Design. TDI ni antara company yang design gempak dan charge design fee nya mahal sangat! Hal ini disebabkan salah seorang boss nya memang ada *Designer Taste*. Maka semua staff kena *immune* dengan cara design dia dan aku hanya berjaya serap *20 peratus* cara design dia sampai design aku selalu sangat kena reject! Sedihkan?
*Showroom TDI tempat aku kerja. Cantik tapi sejuk. Haha*
*Contoh 3D design aku masa kerja dengan TDI*
Aku banyak kali jugak down masa kerja di company ni. Sampai aku tanya suami aku, "saya ni boleh design ke tak?" Sebabnya ada je yang tak kena bila aku design. Sebab tu susah kerja ada dua orang bos, seorang bos suka design kau, seorang lagi tak suka. So kau akan jadi blur macam mana nak design. Walaupun staff dalam company ni ramai Chinese dan muda-muda, alhamdulillah mostly semua baik-baik dan tak lokek ilmu. Namun hidup mesti diteruskan bila gaji tak naik-naik, pastu anak pertama aku baru lahir pula lepas tu. Lalu aku mengundurkan diri dan berhenti pada hujung bulan Oktober, 2013 setelah hampir 1 tahun 5 bulan kerja di situ.
*Kenangan bersama staff TDI*
Company keempat yang aku kerja ni aku kerja 3 bulan je. Haha. Sebabnya aku stress kerja bawah orang yang tak faham sangat cara kerja ID sebab bos tu asalnya Product Designer. Masa aku kerja sini aku dah mula susah nak kerja bawah orang dan aku rasa, dah sampai masanya aku cuba fokus bisnes sendiri pula. Hehe.
*Contoh 3D design aku masa kerja dengan company keempat*
Pengalaman Bisnes Sendiri - Ilusi Hafiezd Design
Ilusi Hafiezd Design didaftarkan pada 4 Februari 2014 oleh aku dan suami dan alhamdulillah sekarang dah masuk setahun lebih kami memulakan perniagaan dari rumah. Sebelum tu kami lebih kepada bisnes Freelance sebab masing-masing kerja full-time. Al-kisahnya selepas aku berhenti kerja di company keempat, aku ditawarkan mengajar part-time di Kolej Geomatika, Setiawangsa dan di Universiti kesayangan dan asal-usul aku sendiri- UIA! Jadi masa tu aku ada jugalah duit backup kalau takde job. Kui kui...
Awal-awal berniaga tu memang tak payah cakaplah susah macam mana. Tambahan aku tiba-tiba mengandung anak kedua pula. Itupun nasib baik suami aku masih bekerja full-time, kalau tak memang tak terbayar segala bil-bil yang ada. Apa-apa pun alhamdulillah, rezeki Allah swt nak bagi tu ada je bila saat-saat terdesak. Job memang tak banyak, tapi adalah sikit-sikit client minta kami buatkan design untuk mereka.
Pengalaman paling berharga bila aku buka bisnes sendiri ni adalah bila design 3D yang aku buat jadi realiti. Salah satu contoh design yang berjaya (walaupun bukan guna kontraktor kami) adalah rumah di Nilai Spring Heights. Memang teruja habis bila tengok hasil design kita client suka dan dengan gembira ajak kita datang rumah untuk tengok pengakhiran design tu macam mana. Untuk tengok keseluruhan design untuk rumah tersebut, boleh klik sini.
*Contoh 3D design yang menjadi realiti. Woah!*
Satu lagi pengalaman menguruskan bisnes sendiri ialah satu lagi projek yang aku manage from design stage until construction stage. Projek ni terletak di Sunway Cheras dan mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk proses pengubahsuaian. Bestnya masa uruskan projek ni aku banyak belajar selok-belok menguruskan site, handle client's requirement (cuba sedaya-upaya puaskan hati mereka sampai teman pergi shopping perabot ok!), beli dan order material sendiri dan banyak lagi. Walaupun masa tu aku sarat mengandung, aku gagahkan diri juga berkunjung ke site boleh diakatan setiap minggu untuk tengok setiap progress yang berlaku. Anda semua boleh tengok full construction stage dan klik link ini.
*3D Designs*
*Design yang berjaya ^_^*
Orang yang paling banyak berjasa sepanjang aku memulakan langkah berani untuk tubuhkan bisnes sendiri ni ialah tak lain dan tak bukan ialah suami ku merangkap *business partner* Ilusi Hafiezd Design. Huhu. Walau pun dia *Director* syarikat kami, dia juga kena buat pelbagai kerja terutama siapkan drawings AutoCad yang aku kadang-kadang malas nak buat. Haha. Dialah yang banyak bagi sokongan, bagi ayat-ayat yang menyedapkan untuk didengar terutama bila client marah-marah atau push suruh hantar design, dia yang tolong jawab telefon atau balas whatsapp. Dia juga yang tolong jaga anak-anak bila aku ada kerja nak submit dan jumpa client di hujung minggu. Terima kasih banyak-banyak suami ku. ♥
Pengalaman Mengajar Bidang Rekaan Dalaman
Aku sempat mengajar di Kolej Geomatika untuk Interior Design course selama 2 Semester pada tahun lepas. Student and Lecturers mostly ok, yang tak ok ialah pihak pengurusan atau management kolej tu sendiri. Aku tak nak cerita banyak sangat pasal kolej tu, tapi aku nasihatkan sesiapa yang berminat nak belajar ID, cuba elak daripada belajar di situ ya. Huhu.
*Kenangan bersama student Kolej Geomatika*
Alhamdulillah aku sangat happy dapat mengajar part-time di Universiti dan Kulliyyah tempat aku belajar dulu. Mak aku bangga sangat bila aku dapat mengajar (walaupun part-time) di UIA.. Haha. Walaupun mengajar kali pertama tu student nya seorang je, tapi aku happy sangat sebab datang UIA masa tu. Jadi bila ditawarkan mengajar untuk kali kedua elok selepas aku habis berpantang anak kedua, mestilah aku takkan sia-siakan peluang tu.
Kali kedua mengajar, aku kena ajar subjek Studio 1st Year. Student ramai ok, 47 orang. Lepas tu satu lagi subjek aku kena ajar ialah Advanced Computer Graphic di mana aku ajar subjek 3D untuk kelas yang ada lebih kurang 40 orang student. Walaupun aku hanya mengajar 2 hari setengah dalam seminggu dan bayaran pun *boleh tahan* tapi tanggungjawab dan tugasnya agak mencabar. Kalau hari studio Isnin dan Jumaat, balik rumah memang kau melepet kepenatan. Haha.
*Kenangan bersama student AAD 1st Year*
Bestnya bila mengajar bidang yang kau praktis, kau akan lebih kepada *mood sharing* berbanding *mood teaching*. Walaupun aku ni takde kelulusan *Master atau PHD* tapi bila diberi peluang mengajar, aku share sepenuh hati jiwa raga ku. Ewah... Lagi-lagi bila student yang bersungguh-sungguh nak menuntut ilmu ID dan design. Apa yang kita tahu, kalau kita mampu, kita kongsi. Barulah ilmu yang kita ada tu bercambah dan moga-moga jadi saham untuk akhirat nanti. Insya-Allah, aamiin.. ^_^
Projek Terkini dan Terbaru
Alhamdulillah, beberapa minggu lepas aku baru berjaya siapkan satu Projek Hiasan Dekorasi atau Interior Decoration untuk client di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Terima kasih kepada client ni yang percaya dengan kewibawaan aku sebagai ID untuk deko rumah dia. Huhu. Projek ni aku collaborate dengan ex-studiomate aku, Dekna atau owner kepada *Piilo & Decor* yang bersemangat nak buka company Interior Decorator nya sekarang ni. Tolong support dia ok!
*Projek Hiasan Dekorasi / Interior Decoration Project*
Selain itu, aku juga ada 2 lagi projek rumah yang berada dalam design stage dan akan memulakan proses pengubahsuaian dalam masa terdekat. Aku juga kena buat renovation untuk rumah mak aku di Shah Alam. Kesian mak aku, dah lama sangat menyewa. Huhu. Kesimpulannya, buat masa ni boleh dikatakan job ID aku untuk tahun 2015 ni hampir full!
*Coming Soon Project!*
Penghargaan dan Terima Kasih
Semestinya pengalaman menjadi Pereka Dalaman atau Interior Designer ni memang sangat-sangat berharga untuk aku. Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang support aku sepanjang aku berada dalam bidang ID ni terutama kepada:
1- Suami aku yang selalu sangat ada dan jadi tukang kritik design aku, best business partner dan banyak bersabar dengan aku dan anak-anak. ♥♥
2- Mak aku yang selalu mention aku kerja apa depan orang lain (Haha, malu I) dan selalu doakan aku dapat job bila jumpa client. Haha
3- My mentor atau sifu atau ex-boss *Levin Koh* yang banyak share ilmu bisnes ID dengan aku.
4- Semua kawan yang rajin *LIKE* design aku di Facebook dan Instagram dan yang tolong kritik design sampai jadi best. Haha.
5- Semua pembaca blog airaniez's Life yang berminat untuk tahu tentang Bidang Rekaan Dalaman ni. Thanks a lot readers!
Walaupun ada orang yang memandang rendah bidang Rekaan Dalaman atau Interior Design disebabkan mereka tak faham job scope bidang ni macam mana, aku masih bangga sebab pilih bidang ni sebagai kerjaya aku. Biarlah tak kaya, asalkan jiwa bahagia. Biarlah tak mewah asalkan hidup berkat. Insya-Allah. Alhamdulillah.
LIKE Facebook ILUSI HAFIEZD : https://www.facebook.com/ilusihafiezd
Follow Instagram ILUSI HAFIEZD : https://instagram.com/ilusihafiezd
Terima kasih atas segala sokongan anda. May Allah swt bless all of you. ^_^