Wednesday, March 23, 2011

Cemerlang.Gemilang.Terbilang?



Ok. Hari ni super duper *malas* nak buat kerja sebab pagi-pagi tadi dah kena pergi rumah bos ada meeting. Biasala, orang kerja design rumah, maka meeting company pun kat *rumah* la. Hoho. 

So apa cerita hari ni? Result SPM dah keluar? Macam mana result *adik-adik* semua. (Panggil adik-adik ya. Sedar diri dah *tua*. Ouch!) Harapan akak adik-adik dapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang la ye. Hihi.




Keputusan SPM yang cemerlang tak semestinya apabila dapat berbelas-belas A wahai adik-adik sekalian. Kalau adik-adik dapat *A yang lurus* (Straight A's) tapi masa periksa adik tiru kawan-kawan kat sebelah atau dapat soalan bocor sebab cikgu sekolah adik-adik antara orang yang buat kertas peperiksaan pun tak guna gak. (Heh, cakap macam ada pengalaman pula. Uiks.)

Cemerlang maksudnya di sini ialah adik-adik berhempas pulas belajar dan stay up waktu malam. Adik rajin buat latihan, nota dan buat kerja sekolah yang cikgu berikan. Bangun malam buat solat hajat, tahajjud dan taubat minta tolong DIA. Baca Yassin. Lalu bila adik dapat keputusan, tengok-tengok subjek yang adik selalu gagal (contohnya Add Math atau Matematik Tambahan) tiba-tiba adik LULUS!



Keputusan yang cemerlang juga maksudnya adik-adik hormat ibu bapa, guru-guru dan orang-orang yang bantu adik semasa belajar dulu. Sebab kadang-kadang dalam kelas ilmu susah nak masuk, jadi bila tanya kawan-kawan barulah adik faham apa yang diajar di dalam kelas sebelumnya. Lantas kecemerlangan yang adik peroleh hakikatnya adalah kecemerlangan adik dan orang-orang yang ada bersama dengan adik sewaktu adik belajar dahulu.

Heh. Akak ni pun pandai *cakap* je kan. Terus-teranglah adik-adik sekalian, keputusan SPM akak pun dulu tak setinggi mana. Akak cuma dapat A untuk subjek-subjek *Teras* macam Bahasa Melayu (kau tak dapat BM A, jangan duduk Malaysia la Dik.. Gulp!), BI, Matematik Moden dan Agama. Huhu. Kalau tanya keputusan yang lain menangis adik-adik tengok. Haha.

Akak dulu tak berapa bijak dalam subjek Sains. Terutama Kimia atau Chemistry. Masa kelas Kimia akak selalu tidur kat makmal Kimia. Bila cikgu tanya unsur-unsur Kimia kat Jadual Berkala tu sumpah akak tak ingat. Kecuali o2, Oksigen. (Itupun akak tanya ofismate ni ha. Ada ke aku ingat H2o tu Oksigen. Padahal itu air! Adui. Tiba-tiba dilanda amnesia pula.)


*Heh, ni bukan 'Jadual Berkala Kimia' ye adik-adik. Ini Jadual Code Internet!*

Tuesday, March 22, 2011

Jepun: Gempa Bumi & Tsunami.


Walaupun peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun ni dah berlalu iaitu pada 11 Mac lalu, tapi aku nak tulis juga entri tentang malapetaka ni. Ternyata apa yang berlaku ni ujian daripada Allah dan petunjuk buat kita yang kadangkala sibuk mengejar hal dunia ni je. Tak percaya? Bacalah ayat ni:


Apabila berlaku hari kiamat itu, 
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). 
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. 
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, 
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran..
(Surah Al-Waqiah Ayat 1-6)

Dalam Al-Quran, memang banyak petunjuk Allah s.w.t. nak bagi supaya kita beringat kepada apa yang mungkin akan berlaku. Tapi nasi sudah jadi bubur. Setinggi mana pun ilmu seseorang itu, takkan dapat lawan ilmu DIA. Jepun yang memang mempunyai kepakaran tinggi dalam teknologi masa depan dan bergelar negara maju juga akhirnya tewas dengan kuasa Allah s.w.t.

Apa-apa pun aku tetap respek dengan negara Jepun yang mempunyai teknologi dan persediaan yang boleh tahan hebatnya dalam menghadapi malapetaka seperti gempa bumi dan tsunami. Bukan negara je, malah rakyat mereka juga dah diajar tentang latihan keselamatan bila berlaku kecemasan. Lebih hebat bila berlakunya gempa bumi berskala 9 masih ada bangunan yang tetap berdiri kukuh dan tak rebah serta-merta! Respek dan tabik aku dengan mereka, lagi-lagi bila tengok video ni: 


Sepanjang aku belajar dalam bidang membabitkan bangunan, aku memang banyak kali didedahkan tentang skema pembinaan bangunan yang terbaik oleh negara Jepun. Ada cerucuk dikorek dalam tanah yang membantu bangunan tetap berdiri utuh walaupun gegaran berlaku di situ. Struktur bawah tanah itu juga disokong oleh satu tapak sokongan atau base isolation pads yang membantu bangunan daripada tumbang serta merta ke tanah.