Selepas aku menulis dengan elemen-elemen *emosi* dalam entri aku bertajuk *Wanita & Eksploitasi* aku dapati ramai juga gadis atau wanita sependapat dengan pendapat aku. Terima kasih kepada komen-komen mereka. Aku rasa tak salah nak tegur orang melalui blog ni. Tapi mungkin dengan cara yang lembut tapi tegas. Huhu. Seronok blogwalking, aku tengok entri blog BUDU DAN BELACAN juga sentuh tentang isu hijab atau tudung ni. Woah! Ini sudah bagus!
Copy from her Blog. (Thanks for sharing sis Anna)
Dengan sukacitanya saya support "WIR CAMPAIGN: Covering the chest is the best!" daripada blog Sue Anna Joe. Jarang aku nak tolong berkempen untuk blogger lain ni. Tapi sebab usaha *murni* beliau menggalakkan para gadis dan wanita di luar sana melabuhkan tudung dan menutup dada demi melengkapkan syarat dan etika bertudung. Alhamdulillah. Semoga usaha beliau dirahmati. Amin~
Elok sangat beliau menggalakkan orang melabuhkan tudung. Tapi sorry aku nak tambah sikit pendapat aku pasal bertudung mengikut syariat ni. (Sikit ke banyak, kalau sanggup baca, sila baca. Tak sanggup, tutup. No harm. Huhu.)