Thursday, May 3, 2018

Ilmu Pemilihan Cat


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Baru-baru ni kami bertemu dengan client Ilusi HafiEzd Design di Bandar Tasik Selatan. Client ni hanya upah kami design dan pasang wallpaper sebab beliau perlu makeover ruang tamu dan dapur. Masalah utama beliau ialah nak pilih warna cat dan tema warna dalam setiap ruang kerana warna tema ruang sedia ada terlalu *fancy*. Heh.

*Paint Color Proposal - Jotun Paint*

Jadi kami sediakan 3D Visual dan colour paint template beserta code paint Jotun colour. Bila kami datang, beliau dah siap cat rumah dan perabot, cuma tinggal pasang wallpaper. Apa yang best, warna yang kami proposed cantik sangat! Haha.

*3D Vs Reality*

Terus-terang, aku ni tak pandai pun mengecat. Maklumlah, tangan ni banyak digunakan untuk mendidik anak-anak, bukan buat kerja kasar. Haha. Tapi aku nak kongsi beberapa ilmu pemilihan cat yang aku dapat sepanjang hampir 9 tahun jadi Interior Designer ni.

1. Cat yang paling aku suka guna ialah jenama Jotun. Kenapa? Sebab bila kita pilih cat ikut colour chart / book, warnanya hampir sama. Aku pernah ada pengalaman pakai ICI Dulux dan Nippon Paint. Dalam colour book lain, tiba-tiba bila cat di dinding lain. Aduhai...

*Paint Color Proposal - Jotun Paint*


*Hasil cat dinding menggunakan cat Jotun*

2. Aku pernah tanya kontraktor, cat apa yang paling bagus? Dia kata, semua cat bagus. Apa yang penting, orang tu pandai cat. Haha. Ya, sebab tu kami lebih suka panggil specialist painter berbanding buruh kasar yang datang mengecat. Selain mereka expert, mereka juga ada various selection paint colours. Kau minta jela warna apa, pink belacan, merah bata, biru azur, semua ada. (Dah terkeluar bahasa sastera akak. Heh)


*Salah satu projek ofis Dayang Beauty Secret menggunakan gabungan cat jenama Jotun dan Maxilite*

3. Cat luar rumah yang bagus katanya ICI Dulux dan Jotun. Tapi nak tau, dalam colour book, ada cat yang bertanda contohnya dalam Jotun book, tanda penguin, maksudnya warna tu harganya mahal sikit. Ada sesetengah warna cat untuk Interior tak boleh apply for exterior dan begitulah sebaliknya.

4. Kalau nak cat seeloknya 4 layers. 2 kali undercoated (putih) dan 2 kali warna utama. Pastikan cat dibancuh dengan betul. Kata tukang cat, jangan tambahkan air atau thinner ke dalam cat, nanti cat kurang kualiti.

*Projek mengecat paling besar kami pernah buat di MARA Japanese Library, Beranang*

5. Warna utama yang aku suka guna untuk dinding ialah natural or earth tone colour. You can chose either brown tone or grey tone. Aku suka warna cat-cat macam ni supaya ruang jadi sejuk dan cosy. Elakkan warna oren dan kuning! Sangat ketinggalan zaman ok. Kalau nak warna cerah, pilihlah off-white atau putih gading.

*Grey Tone or Brown Tone - Jotun Paint*

6. Kalau nak gunakan warna terang macam merah, hijau, biru atau apa warna sekalipun sebagai feature wall, seeloknya cat hanya satu dinding dalam satu ruang atau dua dinding yang bertentangan dengan dinding tersebut. Dinding selebihnya gunakanlah warna earth tone tadi. Bukan apa, kalau kita belajar visual or colour psychology, satu ruang yang dipenuhi satu jenis warna boleh efek mental dan mood kita, tau tak?

*Gabungan warna terang dan earth tone, cantikkan?*

7. Nak tahu cara terbaik pilih tema warna dalam satu ruang? Google atau cari saja colour palette dalam Pinterest contohnya. 
Search: Blue + Yellow + Brown Colour palette / scheme. 
Ikut betul-betul warna dalam gambar. Insya-Allah takkan berlakulah kesalahan memilih warna untuk ruang tu.

*Contoh Colour Scheme. Jadikan warna emas atau gold sebagai warna wallpaper atau aksesori. Jangan warna satu rumah gold pula!*

Semoga ilmu yang dikongsikan ini membantu. Boleh SHARE untuk orang lain tahu. Jangan tanya harga dan kualiti jenama lain cat yang tak disebutkan di atas ya, sebab aku jarang beli cat. Haha.


*Hubungi ILUSI HAFIEZD DESIGN untuk mendapatkan hasil dekorasi dengan warna latar terbaik!*

4 comments:

  1. Hye saya dari batu pahat , saya nak minta pendapat , saya ada rancang nak cat bilik , macam saya ni seorang yang gemar bermain video game jadi apakah gabungan warna yang sesuai untuk bilik saya ????

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!