Sunday, October 2, 2016

Photoshoot Majalah Impiana


Salam Tahun Baru Hijrah 1438!

Alhamdulillah. Hari Khamis yang lepas telah berlangsungnya photoshoot untuk Majalah Impiana kali kedua di rumah client kami di Kondominium D'pines, Ampang. Kenapa kali kedua? Sebabnya photoshoot kali kedua ni adalah photoshoot khas untuk muka depan majalah Impiana edisi November 2016.

Masa wartawan Impiana contact aku untuk beritahu tentang berita rumah tu nak jadi muka depan majalah sumpah aku excited sangat! Semestinya berita ni mengurangkan kesedihan akibat tak dapat join masa photoshoot kali pertama tu sebab masa tu aku baru melahirkan anak ketiga kami. Huhu.

Photoshoot kali pertama untuk Majalah Impiana

Client kami, Puan Mawarni ditemuramah wartawan Impiana, Faka.

Siapa sangka design kami dapat masuk majalah dan lepas tu dapat jadi design di cover depan? Kami memang bersyukur sangat sebab bila design company kami dah dapat masuk majalah dan jadi cover ni, insya-Allah kami dapat *market* nama company kami dengan lebih luas. Kami juga berharap, bila dah masuk majalah Impiana ni company kami yang kecil ni akan mencipta nama sebagai salah satu company pereka dalaman atau interior design di Malaysia.

Design bilik kanak-kanak. Sweet tak?


Design bilik tidur utama

Tolong doakan company kami berjaya dan dapat banyak lagi peluang design rumah orang selepas ini. Sesiapa yang berminat untuk design atau deko rumah boleh hubungi kami di ilusihafiezd@gmail.com.

Team Majalah Impiana *berkampung* di rumah client. Nak ambil gambar muka depan tapi ambil masa beberapa jam. Hebat betul kerja mereka!

Terima kasih kerana terus menyokong. Jangan lupa dapatkan Majalah Impiana isu November 2016 ya! 


No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!