Friday, November 4, 2011

Emmanuelle Moureaux


Oh, kenapa dan bagaimana nama orang France tiba-tiba boleh muncul menjadi tajuk entri saya pada kali ni? Oh, saya juga terkejut, terkesima dan terpempan tatkala saya menaip entri ini! Mata sejak tadi terpaku di skrin. Teruja lain macam. Huhu.



Bank Sugamo Shinkin, Tokyo, Jepun
(Teruja la tengok bank cantik macam ni. Siang nampak cantik, malam nampak lagi cantik!)

Nawaitu pada malam ini tak mahu tulis entri tentang design. Tadi ada *link hati* dengan si dia yang bertanya, bila saya mahu update blog yang ayu dan kayu ini? Saya kata saya tak punya idea. Dia cadangkan saya tulis tentang proses-proses menulis novel. (Layakkah aku bercakap tentang novel? Gulp!) Ya, saya mengaku kami berdua sekarang sibuk menaip dan mengedit novel yang saya hasilkan lebih 9 tahun lepas. Tapi itu kisah lain. Biarlah jadi rahsia pohon cemara dulu... ^_^


Emmanuelle Moureaux bersama rekaan beliau 'Toge' yang bermaksud 'duri' dalam Bahasa Jepun. Boleh baca sini untuk info lebih lanjut.

Mari bercerita tentang Emmanuelle Moureaux, seorang arkitek kelahiran Paris namun meneruskan kerjayanya di Jepun selepas menamatkan pengajian senibina dari Universiti Bordeaux pada tahun 1995. Pada tahun 2003, beliau telah menerima sijil arkitek tertinggi dari Jepun atau First Class Architect Japanese license yang membuatkan dia membuka syarikat sendiri iaitu Emmanuelle Moureaux Architecture + Design yang berpangkalan di Tokyo. Nak baca anugerah-anugerah yang beliau dah terima, boleh baca di sini.

Siling sangat unik!

Bank Sugamo Shinkin, Tokyo, Jepun

Pintu masuk sebuah Bank. (Perompak pun tak sampai hati nak rompak sebab cantik sangat! Haha.)


Bank Sugamo Shinkin – Cawangan Tokiwadai, Tokyo, Jepun

Apa yang membuatkan mata saya tak berkelip tatkala melihat hasil kerja atau design Emmanuelle ialah keberanian beliau menggunakan *warna* dalam setiap hasil rekaan beliau. Kebanyakan projek dan design yang beliau hasilkan menggunakan warna-warna yang memukau dan sangat menarik walaupun dilampirkan ke permukaan bentuk yang ringkas atau simple.



Studio Kecergasan Badan: Bodies fitness studio, Tokyo, Jepun.

Rekaan yang simple dan kemas.

Salon Kecantikan: Arp Hills, Saitama, Jepun


Identiti rekaan beliau juga turut berjaya memaparkan jarak dan elemen-elemen senibina yang jitu dan pada waktu yang sama menepati paras kualiti hasil kerja masyarakat Jepun. Keunikan hasil kerja Emmanuelle juga begitu konsisten dalam rekaan hiasan dalaman, produk dan pameran yang dianjurkan oleh arkitek dari Paris.



Sekolah Memasak Kanak-kanak: ABC Kids, Saitama, Jepun
(Anak-anak belajar masak. Mak ayah boleh belajar *makan* saja.)



Hakikatnya, menjadi pereka atau designer yang mempunyai identiti sendiri adalah sangat susah! Tapi saya kagum dengan Emmanuelle kerana kesungguhan beliau berhijrah ke Jepun begitu membuahkan hasil. Emmanuelle berjaya mencipta nama di Jepun sekali gus berusaha belajar memahami cara kerja masyarakat Jepun yang begitu terkenal dengan disiplin dan ketelitian dalam hasil kerja mereka.

Kedai Makan: Lunch Vacation, Tokyo,Jepun

Ruang Pameran: Sincol/ Exhibition Booth, Tokyo Big Sight, Jepun




Suatu hari nanti insya-Allah saya mahu jadi seperti beliau. Saya mahu cipta identiti rekaan atau design saya sendiri yang membolehkan hasil rekaan saya dihargai dan boleh diterima orang ramai. Doakan saya. ^_^

P/s: Saya sangat sukakan warna-warni. Sebab itu blog ini penuh dengan info tentang *warna*! Haha.

abduzeedo.com

10 comments:

  1. Colourful and vibrant, very creative I must say.

    ReplyDelete
  2. SUKA GAMBAR2 DI ATAS.. SO COLOURFUL...

    ReplyDelete
  3. Salam..

    uniknya rekaan dia. unik, kreatif dan ringkas. InsyaAllah Kak Aira boleh berjaya seperti dia. novel apa tu kak? tak sabar la nak tahu:)

    ReplyDelete
  4. Kak aira, thanks utk entri ni.
    Arkitek perempuan ni bagi inspirasi untuk berjaya. sebab skrg semangat macam sedikit goyah.isk3.. T__T

    ReplyDelete
  5. @anum
    Thanks.Bukan saya yang design.huhu

    ReplyDelete
  6. @Nava.K
    Yes.Really agree with you.Not all designer can play with the Colourful and vibrant colour.

    ReplyDelete
  7. @Ammy
    Amin..Thanks Dear..Novel tu dalam proses.Nanti akak beritahu.Insya-Allah

    ReplyDelete
  8. @Sophie
    Hopefully Sophie pun berjaya macam beliau.jangan give up.Kena berusaha lagi kuat ok.Chaiyok!

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!