Thursday, January 23, 2020

Coretan Lembaran Kisah Alaf Baru Hingga Dekad Kini


2000 - Aku calon PMR Y2K. Tak sangka rupa-rupanya Mohd Hafizsham calon UPSR tahun yang sama. Boleh bayangkan tak pelajar Menengah Rendah bercinta dengan budak Tahap 2 masa tu? 😂

2001 - Tahun transformasi selepas gagal straight A's PMR. Aiming to be an INTERIOR DESIGNER. Never look back since then.

2002 - SPM Candidate. Hanya fokus subjek Teras. Subjek Elektif terutama Kimia hanya 'tawakal.' Haha. Kali pertama & terakhir berpuasa Ramadan di sekolah STJ.

2003 - Result SPM 'cukup makan.' Aim sambung belajar di UITM, dapat interview Architecture di sana. Tapi 'rezeki' sambung belajar di Matrik UIA, PJ. Kenal ramai sahabat dunia akhirat.

2004 - Enjoy belajar di Matrik UIA, course Architecture & Environmental Design. Struggle belajar asas design. Seronok melukis manual guna technical pen & marker Prisma. Bermula menjadi pelajar course design yang kerap stay up & tak tidur malam.

2005 - Sambung Degree untuk course - Applied Arts & Design. Course baru yang ada majoring Interior Design. Alhamdulillah. Really enjoyed my time in UIA main campus, Gombak. Especially in KAED.

2006 - Dapat ambil majoring Interior Design. Enjoy studio life. Participate & incharge big event - APSDA (Asia-Passific Space Designer Association) & berkenalan dengan student ID dari pelbagai negara.

2007 - Sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar universiti. Tak pernah jadi best student. Design selalu kena kutuk. Haha. Kenal dengan 'jodoh' tapi hanya berbual melalui telefon. Lost contact beberapa bulan. Haha.

2008 - 1st date with the love of my life. 7 Februari. Sama-sama jadi 'pemangkin semangat' untuk belajar. This year I started my practical training at 2 ID companies. Learn a lot. Alhamdulillah.

2009 - Alhamdulillah, graduated in Bachelor of Applied Arts and Design - Interior Design Majoring. Officially work as an ID in one big ID Company. Kerja sangat stress, selalu stay up hingga perlu refer hospital. Pertama kali menyesal ambil course ID. 😣 Oh, tahun ni juga saya berjaya beli kereta VIVA saya yang banyak berjasa hingga sekarang. 😂

2010 - Masuk company baru AVL Living Concept - specializes in cabinetry. Improved 3D design skilled. Enjoy kerja sana sebab takde senior. Haha. Hanya jumpa Hafizsham 7 kali tahun ni sebab masing-masing sibuk 'bina kerjaya.' Lost my #bff - Ruzaini Azrin. Hanya tahu beliau meninggal dalam kemalangan selepas sebulan. Innalillah..

2011 - Masih kerja di AVL. Belajar skill - sales, marketing, accounting, etc. Mula buat Freelance ID.

2012 - Berhijrah ke company baru. Gaji naik. Boleh save untuk KAHWIN. Lost my MIL in April. But we still proceed getting married on 16th September. Memulakan hidup sebagai isteri kepada Hafizsham. 😘

2013 - #HayfaNurAlani lahir pada 9 Julai. Selepas 3 bulan anak lahir, berhenti kerja di company ke-3. Hujung tahun mula bekerja di company ke-4. Kali pertama pindah ke rumah sewa bersama keluarga kecil.

2014 - Berhenti kerja dari company ke-4. Mula daftar bisnes Ilusi HafiEzd Design. Sambil tu jadi Part-Time Lecturer di Kolej Geomatika & UIA. 1st time manage ID Project from A-Z. Excited sangat. Oh, #HafiyaNurAdni lahir pada 25 November. Ujian kewangan yang getir.

2015 - Mula dapat projek besar, nilai beratus ribu. Tak mampu handle project dan site seorang diri. Tambahan uruskan anak & masih jadi lecturer di UIA. 'Rayu' Hafizsham berhenti kerja dari Architect Firm.

2016 - Projek & bisnes ID kian rancak. Alhamdulillah. Struggle managed our own business. Rezeki #HayaniNurArdini lahir pada 29 Ogos. Banyak rezeki bagi talk tahun ni. 1st time projek jadi cover Majalah Impiana. Happy sangat. Tahun ni juga pindah ke Semenyih.

2017 - Awal tahun bisnes slow. 1st time ambil intern staff. Alhamdulillah pertengahan hingga hujung tahun bisnes ok semula. Tahun terakhir jadi Part-Time Lecturer di UIA.

2018 - Terlalu sibuk, stress & letih. Lost our 4th child on 8th of March. Masuk hospital dan ICU seminggu. Jadi trauma teruk. Tapi alhamdulillah berjaya mengharungi ujian tersebut. Terus fokus bisnes & hargai anak-anak yang masih hidup.

2019 - Bisnes ID terus berkembang. Alhamdulillah. Nama company dah mula dikenali. Dapat peluang collaborate buka showroom dengan ex-boss AVL. Belajar lebih banyak tentang bisnes ID.

2020 - Hayfa mula masuk Darjah 1. Tak sangka anak-anak ku dah besar. Haha. Showroom akan dibuka tak lama lagi. Insya-Allah.

Terlalu banyak yang terjadi sepanjang 20 tahun ni. Saja dijadikan coretan buat kenangan kisah klasik untuk masa depan.

Semoga tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Kita hanya merancang yang terbaik dalam hidup, tapi di tanganNya sudah tertulis rezeki dan jalan hidup kita bagaimana. Doa yang baik-baik. Moga Allah swt kurniakan rahmat & kebaikan di dunia & akhirat buat kita. Aamiin 😘

Friday, December 27, 2019

Aksesori Almari & Laci - Drawer Accessories




Client Ilusi HafiEzd Design yang buat projek Interior Design Renovation dengan kami lebih RM50K kami bagi hadiah Drawer Accessories atau Aksesori Almari & Laci ni.

Drawer Accessories ni sesuai untuk letak barang kemas tak kira jenama Habib, Poh Kong, atau Zullian (ada lagi ke?). Boleh juga letak brooch kita yang kerap hilang secara misteri tu. Huhu.


Rekaan terbaru drawer accessories oleh GLANZ ni juga sesuai untuk simpan barang orang lelaki. Tengok dah ada siap tempat letak jam (ruang hitam), boleh letak cufflinks, belt & banyak lagi barang. Maka tak perlu panggil isteri cari barang suami lagi. 😅


Aksesori ni hanya muat laci atau saiz rangka kabinet 600mm & 900mm. Sebab tu kami kena sediakan design & drawings dulu, baru boleh masukkan aksesori ni dalam almari atau meja solek.


As an Interior Designer, we will make our wardrobe design different from other wardrobe or cabinet specialist.



Kita akan buat almari atau kabinet dengan rekaan khas, mengikut spesifikasi dan keperluan client, paling best akan penuh dengan aksesori. Haha.


Jadi kalau nak buat Interior design renovation & dapat aksesori best boleh contact kami ya. Kalau nak buat almari saja buat dengan wardrobe specialist ok.

Monday, December 2, 2019

Bilik Kucing / Cat's Room


Rekaan Bilik Kucing atau Cat's Room ini direka khas untuk pelanggan Ilusi Hafiezd Design di Bandar Seri Putra, Bangi. Bilik kucing ini bakal didiami oleh kucing bernama 'Minah' & Alex.



Perabot dalam bilik kucing ini diperbuat dengan material melamine. Saiz kotak besar lebih kurang 900mm & 600mm panjang dan 450mm tinggi, manakala tapak ruang bermain dan memanjat pula lebih kurang 400mm panjang dan 100mm lebar.




Pada asalnya kami telah mengupah sebuah syarikat kecil bernama Artiflag Pet Furniture tapi sedihnya mereka telah menipu kami. Mereka memberi pelbagai alasan sehingga akhirnya langsung tidak menyiapkan perabot bilik kucing yang kami tempah.

Malah syarikat ini turut menipu ramai lagi orang. Kebanyakan yang ditipu adalah penggemar kucing yang mahu membuat perabot atau rumah kucing. Ada yang ditipu beribu-ribu ringgit malah sehingga 300K. Paling kesian ada perabot yang mereka buat menyebabkan kucing tercedera kerana hasil kerja mereka sangat teruk. Jadi jika anda terbaca entri blog ini, sila hati-hati dengan syarikat ini ya.


Alhamdulillah kami berjaya cover balik kerja pembuatan perabot dalam bilik kucing ini. Walaupun kami rugi hanya duit deposit, tapi kami lega kerana pelanggan kami tak menerima nasib yang buruk seperti orang lain.

Jika ada yang bertanya, kos pembuatan bilik kucing ini bergantung kepada saiz ruang, rekabentuk dan material yang digunakan. Kami sebagai Interior Designer atau Pereka Dalaman hanya dapat bagi harga setelah buat design & drawings dengan kami. Jadi anda perlu upah kami untuk design & drawings sebelum kami menyiapkan rekabentuk bilik kucing anda ok.

Design Bilik Kucing dalam bentuk 3D Visual


Lukisan Bilik Kucing dalam bentuk 2D Detail Drawing


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 


Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!





#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#BilikKucing
#RekaanBilikKucing









Saturday, October 5, 2019

Warna, Corak & Material dalam Rekabentuk Dalaman


Elemen warna, corak dan material dalam rekabentuk dalaman atau Interior Design sangat penting dalam menghasilkan ruang yang unik, elegan dan menarik.

Kepakaran Perekabentuk Dalaman atau Interior Designer adalah memilih warna, corak dan material berdasarkan konsep rekaan dalam ruang, warna tema, jenis ruang, kehendak client dan bajet client itu sendiri.



Bukan senang nak aplikasikan gabungan elemen rekabentuk yang berbeza dalam satu ruang. Hanya ID yang betul-betul ambil jurusan Rekabentuk Dalaman tahu macam mana nak blend semua elemen ini dalam satu ruang. Kami memang belajar subjek Material, Psychology of Colours, Furniture Making, etc.

Selain tu, sebagai ID juga kami pakar dalam menggabungkan warna, corak dan material yang berbeza dalam satu ruang. Design kami nampak versatile atau berbeza bila kami tahu jenis material apa yang sesuai. Kami takkan terikat dengan satu jenis material - contohnya wainscoting yang banyak digunakan oleh Interior Decorator di Malaysia sekarang.



Disebabkan kami berada dalam field rekabentuk dalaman, kami juga didedahkan dengan pelbagai supplier material. Ada supplier yang tidak jual direct kepada client, jadi kami adalah orang tengah yang membantu client mengaplikasikan material ID yang berbeza dalam ruang dalaman mereka.

Selalunya, sebagai ID, kami akan tolong guide client pilih warna dan material yang sesuai supaya client tak lari daripada design yang telah dirancang.



Contohnya nak pilih langsir, kena tahu warna latar atau cat rumah sedia ada. Selain itu kena tahu corak bagaimana patut dipilih mengikut konsep rekabentuk dalaman. Kalau klasik boleh pilih corak bunga atau corak berlingkar halus tapi tidak terlalu serabut. Kalau moden semestinya warna polos dengan kain baldu tebal yang berat supaya ruang nampak eksklusif dan kemas.

Nak pilih wallpaper juga kena tahu jenis wallpaper. Ada paper backing atau vinyl backing. Ada orang berani beli wallpaper murah yang diperbuat daripada kertas dan pilih corak yang serabut dan banyak warna. Sebenarnya mereka tak tahu, wallpaper kertas tersebut boleh rosakkan dinding dan sangat susah ditanggalkan berbanding wallpaper jenis vinyl.



Jadi jangan pelik jika anda 'kurang berjaya' mengaplikasikan gabungan material dan warna seperti konsep material dalam gambar. Semestinya pakar rekabentuk dalaman lebih arif dalam memilih gabungan warna, corak dan material dalam ruang.

Kami hari-hari tengok dan hadap design. 'Mata seni' kami memang lain daripada orang biasa. Jadi jika ada duit extra, bolehlah upah Interior Designer untuk ubahsuai ruang dalaman rumah atau bangunan anda ok.



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


Friday, July 12, 2019

Rekabentuk Ruang Tangga / Staircase Area Design


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca blog sekalian.

Jarang orang tahu bagaimana nak memanfaatkan ruang tangga atau bawah tangga sepenuhnya. Tapi client Ilusi HafiEzd Design di Taman Seri Mas, Hulu Langat ni sangat bijak kerana tak nak bazirkan segenap ruang dalaman rumah yang beliau ada.


Beliau request kami untuk buat stor dan letakkan tempat duduk tambahan di tepi tangga. Kebetulan ruang bawah tangga beliau agak tinggi dan lebar, jadi kami tolong naikkan dinding penghadang dan pintu supaya menjadi ruang stor tambahan di bawah tangga.

Ruang asal bawah tangga yang luas dan kosong

5 kontraktor dan supplier diperlukan untuk buat ruang stor dan bench ni: 

1. Partition Contractor 
- Naikkan partition & pintu. Cat undercoat putih dan pastikan dinding gypsum rata dan kuat. Kami arahkan mereka tambah banyak besi terutama di bahagian tempat duduk supaya bila nak sandar dinding tak tercabut. Heh.

Contractor Partition naikkan besi partition

Besi siap dinaikkan mengikut bentuk ruang tangga

Gypsum partition ditampal ke besi

2. Electrician
- Tarik point lampu baru supaya stor ada lampu. Kalau bergelap nak ambil barang macam mana kan.

Raw partition siap pasang ke tangga

3. Carpenter & Installer
- Kami ukur bench muat-muat antara ruang partition yang terkeluar dengan tangga. Bench dibuat daripada material melamine dan perlu kukuh untuk orang duduk. Bench juga kena ikat atau skru ke dinding supaya tak bergerak-gerak bila duduk.

Partitionsiap cat undercoat putih.

Pintu masuk ke ruang stor yang luas.

4. Contractor Wet Work
- Tambahkan cat dengan warna yang sama dengan dinding ruang sekeliling.

Bench perlu tambah papan di hujung untuk support cushion. Dinding partition siap dicat.

Bench siap tanpa cushion

5. Supplier Cushion
- Cushion panjangnya 8' dan perlu ditempah dah ambil masa beberapa minggu baru siap. Nasib muat kereta angkut ke site. Haha.

Bench dengan cushion panjang.

Jadi boleh nampakkan kenapa orang hire Interior Designer untuk buat ruang tangga ni saja? Huhu. Kalau anda mampu handle 5 orang kontraktor dan supplier yang berbeza, aturkan masa siapa mula kerja dulu dan kemudian, sediakan drawings supaya mereka faham saiz dinding, bench, etc, dan monitor kerja mereka di site sampai siap so takde masalah nak buat sendiri.

Kos untuk buat partition dan bench ni lebih kurang RM8000. Harga bergantung kepada saiz, material dan design. So kalau nak harga yang betul-betul tepat memang kena buat design dan drawings dulu. Nak main agak-agak rugilah akak. Akak tak reti kira cincai. Nanti keluar harga VO client marah pulak kan.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Belanja satu lagi pandangan Ruang Tangga & Ruang Tamu