Friday, July 12, 2019

Rekabentuk Ruang Tangga / Staircase Area Design


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca blog sekalian.

Jarang orang tahu bagaimana nak memanfaatkan ruang tangga atau bawah tangga sepenuhnya. Tapi client Ilusi HafiEzd Design di Taman Seri Mas, Hulu Langat ni sangat bijak kerana tak nak bazirkan segenap ruang dalaman rumah yang beliau ada.


Beliau request kami untuk buat stor dan letakkan tempat duduk tambahan di tepi tangga. Kebetulan ruang bawah tangga beliau agak tinggi dan lebar, jadi kami tolong naikkan dinding penghadang dan pintu supaya menjadi ruang stor tambahan di bawah tangga.

Ruang asal bawah tangga yang luas dan kosong

5 kontraktor dan supplier diperlukan untuk buat ruang stor dan bench ni: 

1. Partition Contractor 
- Naikkan partition & pintu. Cat undercoat putih dan pastikan dinding gypsum rata dan kuat. Kami arahkan mereka tambah banyak besi terutama di bahagian tempat duduk supaya bila nak sandar dinding tak tercabut. Heh.

Contractor Partition naikkan besi partition

Besi siap dinaikkan mengikut bentuk ruang tangga

Gypsum partition ditampal ke besi

2. Electrician
- Tarik point lampu baru supaya stor ada lampu. Kalau bergelap nak ambil barang macam mana kan.

Raw partition siap pasang ke tangga

3. Carpenter & Installer
- Kami ukur bench muat-muat antara ruang partition yang terkeluar dengan tangga. Bench dibuat daripada material melamine dan perlu kukuh untuk orang duduk. Bench juga kena ikat atau skru ke dinding supaya tak bergerak-gerak bila duduk.

Partitionsiap cat undercoat putih.

Pintu masuk ke ruang stor yang luas.

4. Contractor Wet Work
- Tambahkan cat dengan warna yang sama dengan dinding ruang sekeliling.

Bench perlu tambah papan di hujung untuk support cushion. Dinding partition siap dicat.

Bench siap tanpa cushion

5. Supplier Cushion
- Cushion panjangnya 8' dan perlu ditempah dah ambil masa beberapa minggu baru siap. Nasib muat kereta angkut ke site. Haha.

Bench dengan cushion panjang.

Jadi boleh nampakkan kenapa orang hire Interior Designer untuk buat ruang tangga ni saja? Huhu. Kalau anda mampu handle 5 orang kontraktor dan supplier yang berbeza, aturkan masa siapa mula kerja dulu dan kemudian, sediakan drawings supaya mereka faham saiz dinding, bench, etc, dan monitor kerja mereka di site sampai siap so takde masalah nak buat sendiri.

Kos untuk buat partition dan bench ni lebih kurang RM8000. Harga bergantung kepada saiz, material dan design. So kalau nak harga yang betul-betul tepat memang kena buat design dan drawings dulu. Nak main agak-agak rugilah akak. Akak tak reti kira cincai. Nanti keluar harga VO client marah pulak kan.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Belanja satu lagi pandangan Ruang Tangga & Ruang Tamu

Friday, July 5, 2019

Toleransi Masa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terpaksa luahkan pendapat ini di blog pula (sebelum ni taip di Facebook). Tadi baru dapat Whatsapp daripada seseorang bernama *Puan Wan*. Katanya nak minta *FREE* Interior Design Consultation. Seriously, ada lagi orang macam ni. Semua benda nak FREE macam kita ni senang hati nak bagi dia free idea & ilmu, lantas dia anggap masa kita tu tiada nilai baginya.



Whatsapp juga dihantar ketika aku tengah solat Isya. Sampai tak kusyuk aku solat dengar message masuk bertalu-talu! Langsung tak hormat waktu rehat orang!


Sejak kenal ramai client yang jenis tak reti hormat masa orang lain, whatsapp waktu Maghrib, malam-malam buta, hari cuti & hari minggu tanpa sebab urgent, kami putuskan untuk tidak lagi menerima client sebegini sebagai client kami.

Bunyi macam jahat. Tapi client macam ni yang akan selalu banyak demand, banyak complain, etc. Bukan tak boleh contact, tapi berpada-padalah ikut masa orang bekerja. Contact lah waktu bekerja orang normal - 9 am hingga 6pm, Isnin hingga Jumaat.

Kadang-kadang hidup kita jadi tak tenang nak berehat atau fokus kepada keluarga. Lebih-lebih lagi yang suka Whatsapp hujung minggu dan waktu malam sebelum tidur. Diorang ni ingat pukul 10 malam tu contact, pukul 11 malam kerja boleh settle ke? Aduhai..

Rasanya sejak kewujudan aplikasi Whatsapp ni orang ramai dah mula tak menghormati masa orang lain. Last time professionally people will contact you through emails or calls. Tapi mentang-mentang Whatsapp tu FREE, dia suka hati hantar pesanan dengan alasan - pukul 3 pagi terjaga teringat hal tu, terus rasa nak whatsapp.

Post ni adalah peringatan untuk client atau customer yang nak ambil servis atau beli barang daripada sesiapa pun. Belajarlah menghormati masa orang lain, control jari tu hantar Whatsapp hanya bila betul-betul mustahak dan jangan ganggu privasi orang lain. Paling tak boleh blah isteri atau suami orang yang berani contact orang lain jantina lepas waktu tengah malam. Nauzubillah.

Tapi kalau kawan baik atau #bff akak, akak tak kesah pun nak contact bila-bila. Lagi-lagi kalau ada kisah gembira nak digosipkan. Haha 




#ToleransiMasa
#MenghormatiMasaOrangLain
#IHateWhatsappAtNight

Sunday, April 7, 2019

Teknik Cat Dinding Ombre / Ombre Wall Paint


Tengah buat research untuk warna cat dinding client, terjumpa satu teknik mengecat yang menarik yang dinamakan Ombre Paint.



Ombre ni diambil daripada perkataan French bermaksud 'shaded' atau tona. Sebab tu cara mengecat Ombre ni bermula dengan warna gelap dan seterusnya bertona makin terang.



Menariknya teknik ni kita akan dapat main beberapa campuran warna ke atas satu dinding. Bermula daripada satu tona warna, beralih ke tona seterusnya. Warna pun nampak senada bila diaplikasikan berlapis-lapis dengan tona yang berbeza.



Teknik mengecat dinding Ombre ni macam menggunakan warna air atau water colour di atas kanvas. Jika nakkan warna lembut, gabungkan warna pastel macam biru langit dengan ungu violet. Kalau warna gelap semestinya warna merah bata dan jingga.




Tona warna yang dihasilkan dengan teknik ombre menjadikan ruang tenang dan unik. Pastikan anda bijak menggabungkan warna pastel yang lembut untuk ruang bilik tidur atau warna garang seperti merah dan jingga di ruang makan sebagai penarik selera makan.




Berminat untuk mendapatkan khidmat Rekabentuk Dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?

Hubungi kami melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman di ilusihafiezd@gmail.com

LIKES Ilusi Hafiezd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Tuesday, February 19, 2019

Quartz Stone Top & Undermount Sink Installation



Dalam rekabentuk dapur, ada banyak jenis sink yang boleh digunakan supaya menjadikan ruang dapur lebih praktikal dan kemas. Kebanyakan orang gemar menggunakan top mount sink kerana mudah dipasang dan senang didapati selain harganya yang murah. Tapi sebagai Interior Designer, kami sentiasa mahukan dapur pelanggan kami nampak cantik dan kemas. Jadi kami akan proposed undermount sink kepada client kami dan alhamdulillah, semua sukakannya!


*Rekaan Dapur Kering / Dry Kitchen untuk client di Serene Heights, Bangi*

*Rekaan Dapur Basah / Wet Kitchen untuk client di Serene Heights, Bangi*

Ramai orang tak tahu perbezaan top mount sink dan undermount sink. Kedua-duanya ada pros and cons. Kali ni kami juga akan kongsi tentang cara pemasangan Undermount Sink di bawah Quartz Stone top.

Untuk Dry Kitchen, kami pilih Quartz Stone berwarna hitam atau Black Flash, manakala Wet Kitchen warna off white with small brownish effect stone. Kedua-dua quartz stone ini dipilih sesuai dengan warna tema pintu kabinet dapur jadi bila pasang tu serasi je warnanya. Heh.



Ok, nak cerita pasal Undermount sink ni. Mungkin ramai tak tahu, ada banyak jenis sink dan kebanyakan orang gunakan top mount sink dimana sink tersebut diletakkan di atas kitchen top. Top mount sink harganya lebih murah, senang install namun boleh membuatkan air bertakung di sekeliling bahagian luar sink.

*Single Bowl Undermount Sink yang dipasang di Dry Kitchen*


Undermount sink pula dipasang di bawah permukaan kitchen top lantas menjadikan rekaan dapur lebih cantik dan kemas. Penggunaan undermount sink menjadikan air mudah dialirkan masuk ke dalam sink berbanding top mount sink. Permukaan dapur juga nampak lebih luas kerana undermount sink berada di bawah permukaan ruang kerja dapur.

*Double Bowl Undermount Sink yang dipasang di Wet Kitchen*

Walau bagaimanapun, undermount sink ini tidak sesuai diaplikasikan untuk kitchen top tile atau concrete top, laminate atau permukaan dapur yang tak tahan air. Sebab tu kami suka gunakan quartz stone top yang lebih tahan lasak berbanding permukaan dapur yang lain.

*Double bowl undermount sink yang sudah siap dipasang bersama white off white quartz stone top yang cantik*

Selain harganya yang sedikit mahal, undermount sink juga agak susah dipasang. Sebab tu kena pastikan kitchen specialist atau golongan pakar yang pasangkan sink. Nak jimat macam mana pun, jangan pandai-pandai pasang sendiri ok.

Boleh tengok gambar dan baca caption untuk tengok step bagaimana undermount sink dipasang bersama quartz stone top. Boleh nampak dapur rekaan Ilusi HafiEzd Design nampak elegan bila dipasang undermount sink dan quartz stone.


*Lukisan rujukan undermount sink mengikut ukuran sink*


*Permukaan kayu dipotong mengikut ukuran tadi.*

*Siap potong!*


*Masukkan sink dan gam bahagian rim undermount sink*



*Quartz Stone top diletakkan secara berhati-hati selepas bahagian top kayu tadi digam*

Siap sudah pemasanagn Quartz Stone & Undermount Sink. Paip boleh dipasang selepas permukaan quartz ditebuk lubang.



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!




Friday, December 14, 2018

Proses Rekaan Kabinet Kasut & Perhiasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai dah tengok Rekaan Kabinet Kasut dan Perhiasan yang kami berjaya hasilkan di rumah client kami di Serene Heights, Bangi. Tapi mesti ada yang tak tahu, bagaimana proses rekaan kabinet ini dibuat sehingga berjaya dihasilkan di site.

Sebenarnya idea asal konsep rekaan kabinet ini datangnya daripada idea client sendiri. Client akan bagi gambar dan kami akan olah semula design tersebut mengikut ruang dalam rumah, saiz, material dan bajet client.

*Idea asal gambar yang diberi oleh client*

Berdasarkan idea gambar yang client beri, kami sediakan pula 3D visual mengikut ruang dalam rumah client tersebut di Serene Heights. Ketika itu, client masih belum dapat kunci. Jadi ukuran kabinet yang kami design adalah mengikut saiz layout plan yang diberi oleh client atau diambil daripada website company developer.

*1st 3D Visual*

Design 3D yang kami hasilkan kemudiannya diubah mengikut kehendak client. Contohnya ruang kabinet yang terbuka dibesarkan untuk memuatkan helmet milik client. Kami perlu reka kabinet mengikut ukuran saiz helmet supaya helmet boleh diletakkan cantik ke dalam kabinet.

*Client menunjukkan design yang ingin diubah berdasarkan 3D yang diberi*

Semua saiz rangka kabinet dilukis dalam lukisan kabinet dan perlu sama dengan design kabinet sebagai rujukan carpenter dan installer cabinet. Saiz kabinet perlu diukur tepat dan kod material perlu diletakkan di dalam lukisan kabinet tadi sebelum diserahkan kepada carpenter.

*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian pintu kabinet kasut & kedudukan lampu*


*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian rangka atau bahagian dalaman kabinet kasut*

Selain itu, material kabinet juga ditukar sesuai dengan warna tema rumah. Pada asalnya tema rumah ialah warna biru gelap, namun di saat akhir, warna dinding berhadapan ditukar kepada warna turqoise gelap.

*Warna kabinet kasut yang telah ditukar dalam 3D*

Demi menonjolkan barang perhiasan dalam kabinet, kami tambahkan lampu halogen yang dipancarkan terus di dalam kabinet. Disebabkan itu, satu sumber lampu atau lighting point perlu ditarik dari atas siling untuk menghubungkan suis dan lampu ke dalam kabinet.

*Lighting point yang ditarik dari atas siling*

Kabinet kasut dan perhiasan ini tambah menarik bila kami tambahkan aksesori rak kasut berwarna rose gold. Aksesori rak kasut ini sangat praktikal dan fleksibel kerana dapat memuatkan banyak kasut di atasnya.


Kerana proses rekaan yang rumit inilah kami sukar untuk bagi 3D Visualizer luar buatkan design kabinet untuk kami. Kami perlu pastikan material yang dipilih dari supplier mana, kedudukan point lampu, saiz kabinet sesuai dengan aksesori, dan macam-macam lagi. Selain itu, bila client minta tukar design, kami boleh tukar bila-bila masa. Tak perlu tunggu orang lain buatkan dan kena extra charge untuk tukar design.

*Hasil rekaan kabinet kasut & perhiasan*

*Ruang penstoran yang sangat banyak dalam kabinet kasut dan perhiasan, best kan?*

Kami juga tak dapat buat kabinet yang direka oleh designer lain kerana kami perlu follow setiap proses design ini supaya apa yang direka menjadi realiti di site. Jadi diharap designer lain faham kenapa kami terpaksa tolak untuk buatkan kabinet you all sebab kami hanya dapat buat design kabinet kami mengikut aturan design yang kami dah buat bertahun-tahun.

Semoga apa yang dikongsi ini berguna. Kalau menarik boleh share. Doakan Ilusi HafiEzd Design dapat menghasilkan rekaan kabinet yang lebih menarik di masa akan datang!



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!