Thursday, December 30, 2010

Permainan Hebat! Pemain Mantap! Tahniah Skuad Harimau Malaya!


Tahniah MALAYSIA! Tahniah Skuad Harimau Malaya yang main sangat best masa perlawanan pertama Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil hari tu. Masa lawan di Stadium Gelora Bung Karno  ni pun main bagus juga. Bukan senang tuh, nak menang di tempat lawan. Kena kuat kedua-dua mental (penyokong Indonesia tersangat ramai. Siap suruh pelakon sinetron yang cun-cun jadi penyokong. Luna Maya ada? Erk?) dan Fizikal- Keadaan padang yang licin buat pemain banyak kali nak tergelincir dan penyerang-penyerang Indonesia seorang demi seorang nak score gol. Tapi Malaysia bolos dulu! Huhu.


Aku paling suka perlawanan pertama hari tu sebab Malaysia berpeluang untuk menyerang dan gol-gol daripada Safee Sali dan Ashari memang *world class* punya gol. Norshahrul Idlan Talaha dengan inai merah masih di jari (baru kahwin ok) punya taktik kawal bola dari hujung padang memang superb la. Dia ni macam perancang gol ala-ala Ryan Giggs yang selalu tolong orang score gol daripada diri sendiri dapat nama.

Wednesday, December 29, 2010

Dua Hati Jadi Satu: Perkahwinan Huda & Adlan

*Pic kredit to Izzati*

Dua hati jadi satu. Dua hati diikat dengan satu lafaz. Dua hati akan duduk dalam satu rumah. Auwww.. Ayat *satu rumah* tu sangat seronok ye. Haha. (Jangan marah Huda & Alan!)

Beberapa hari yang lepas aku agak sibuk dengan projek rumah *orang kaya* yang aku baru kutuk kaw2 kat Facebook hari ni. Ambik kau, 8 orang *likes* dan 15 komen. Haha. Gile emosi aku ni. Tapi itulah, selama beberapa hari dalam minggu yang lepas aku jadi separa hati nak buat design dia. Alih-alih hari ni... Erm..

Sorry lari tajuk. Padahal nak cerita *kesibukan* kedua aku sepanjang minggu lepas. Mula-mula hari Sabtu, aku pergi ke rumah pengantin perempuan bernama Huda tolong-tolong sediakan doorgift untuk wedding hari Ahad di UIA. Aku sampai pun dah nak dekat pukul 4 sebab pergi cari hadiah dulu kat Mid Valley yang *senang* cari parking tu kan.

*Aku tolong bungkus gula2 dan potong riben kat kotak tu je ok. Haha*

Tuesday, December 28, 2010

Anti Orang KAYA kerana...

Aku bukan *anti-orang kaya*. 
Cuma aku *anti-orang-kaya-Melayu-yg sombong lagi bongkak-lagi angkuh-lagi pandang rendah kerja orang lain*. 
Paling aku anti, *orang-kaya-lupa rezeki-datang-daripada
----------------------------------> ALLAH S.W.T.*

Friday, December 24, 2010

Lagu Sampai Ke Hati! (Devotees- Tika Dinihari)


Tika Dinihari

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan 
Usah bebankan kami 
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan 
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Ini antara lagu nasyid *favourite* aku terutama masa drive waktu Maghrib balik kerja. Apa yang aku suka pasal lagu ni, setiap liriknya adalah *DOA* kepada ALLAH S.W.T. Kita sebagai hambaNYA kena selalu berdoa kepadaNYA dalam setiap perkara yang kita mahu lakukan. Doa balik simple, Bismillahirrahmannirrahim. (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) Dengan berzikir juga, kita berdoa dan dalam masa yang sama, kita ingat kepada DIA, yang terlalu banyak tolong kita.

Aku kalau dengar lagu ni memang tangkap *syahdu* gak. Lagi-lagi kat bait-bait lirik ni:

"Tuhan.Jangan Pikulkan Kami yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan.Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami."

Sebabnya kadang-kadang kita tak ingat salah dan silap yang kita lakukan. Kita sering alpa dengan rahmatNYA ke atas kita. Asyik kerja sepanjang hari, berapa jam kita beri untuk jumpa DIA? Berapa jam kita habiskan masa untuk berbual denganNYA? Sekurang-kurangnya masa dengar lagu-lagu nasyid ni, kita muhasabah diri, ingat balik salah silap yang kita lakukan. 

Sebab tu aku suka dengar lagu nasyid yang sentuh sampai ke hati macam lagu ni. Aku harap korang suka gak dengar. Huhu. Selamat Hari Jumaat!

Thursday, December 23, 2010

Beza Orang Kaya & Orang Kurang Berkemampuan

Entry hari ni tak nak panjang-panjang. Cukuplah aku nak beritahu. Aku baru balik site di *Sunway South Quay*. Rumahnya besar-besar. AV Room  dia je saiz bilik aku kat UIA yang boleh muat 4 orang. Huhu.

Rumah yang ada swimming pool, lift (takleh blah part ni) dan 5 bilik tidur tu memang sangat cantik. Penat aku *measure* site tu satu hari ni. Belum kira ambil gambar satu rumah lagi. (Tengok gambar lain klik sini.)



Apa yang aku tak faham, walaupun rumah ni dah *besar tahap gaban lawan satria baja hitam*, tuan rumah ni masih nak *extend* atau tambah beberapa bahagian rumah. Hello, rumah ni dah harga 9 juta ok. Banyaknya duit dia! (Mungkin Allah murahkan rezeki dia. Maafkan aku kalau ada nada *dengki* di sini. Huhu).

Namun, sekembalinya aku ke ofis. Officemate aku, Shu Ni kata tadi ada client yang tinggal di apartment depan ofis ni datang. Dia nak buat kitchen. Bila diberitahu harga dapur dia RM2 ribu lebih, terus dia tekan-tekan kalkulator. Kira bajet. Mungkin.

Jadi nampak tak apa bezanya dua orang ni? Kalau nampak alhamdulillah. Tak nampak, sila nilai sendiri.

P/S: Kenyataan yang aku nak beritahu, ada sesetengah orang kaya sangat susah nak keluar duit bila sampai masa untuk minta payment. Tapi orang yang serba kekurangan, akan datang bayar secara ansuran semata-mata nak ada sebuah dapur di rumah. Jadi, mana lebih bagus?