Tuesday, April 16, 2024

Client's Interior Renovation Documents




Selain sediakan 3D Visual & ID Drawings, sebagai Interior Designer kami juga sediakan beberapa dokumen tambahan atau Client's Interior Renovation Documents sebagai info tambahan sebelum memulakan renovasi rumah.

Ramai client yang suka dengan Client's Interior Renovation Documents ni sebab mereka akan dapat info tambahan dan alert dengan warna cat rumah, material dan barang-barang yang perlu ada dalam rumah. Dokumen-dokumen ni kami beri khas untuk clients yang buat renovasi dengan kami je ok. Antara dokumen-dokumennya:

1. Paint Colour Chart


Dalam Paint Colour Chart ni kami beritahu colour code brand cat rumah yang akan digunakan dalam setiap ruang atau bilik dalam rumah berdasarkan 3D yang kami buat. Bila adanya paint chart ni nanti senang kalau client nak touch up cat rumah in the future.

2. Material Schedule

Selalunya ID akan bagi material board dan share real materials with clients at site. Tapi kami tukar cara, bagi softcopy gambar-gambar material bersama 3D Visuals atau 2D drawings untuk client pilih warna dan jenis material yang akan digunakan untuk cabinet & bahagian ID lain.

3. Lighting & Fan Schedule


Adakalanya client suruh kami belikan lampu, kami teman mereka beli lampu atau client beli sendiri lampu. Lighting & Fan Schedule ni sangat membantu client tahu jenis, design dan berapa kuantiti lampu & kipas yang mereka perlu beli untuk rumah mereka.

4. Furniture & Accessories


Kami juga ada menyediakan list of Furniture & Accessories tambahan untuk rujukan client sebelum nak renovate rumah. Dalam list ni kami akan suggest gambar-gambar loose furniture yang client boleh beli berdasarkan saiz yang muat dalam ruang. List accessories ni juga akan buat client alert barang-barang lain mereka perlu beli contohnya electrical appliances, bedding accessories & bathroom fittings.

Semua dokumen-dokumen ni anda akan dapat bila buat Interior Design Renovation dengan Ilusi Hafiezd Design, best tak?


Bila anda hire Interior Designer untuk jadi consultant & project manager, mestilah anda mahu kami mudahkan renovasi rumah with proper planning & information. Jadi dengan adanya Client's Interior Renovation Documents ni semua insya-Allah proses renovasi rumah akan lebih teratur, ada info yang lebih jelas & renovasi dapat berjalan lancar.



Kami sangat happy dapat bantu clients kami memudahkan proses renovasi rumah mereka. Kalau you all pun nak kami bantu renovate rumah boleh whatsapp 0122496649. Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#Perekadalaman
#interiordesigner
#IDrenovation
#WarnaCatRumah
#PerabotRumah
#InteriorDesignMaterials

Wednesday, December 13, 2023

Bilik Menggosok Pakaian/ Ironing Room


Bilik Menggosok Pakaian atau Ironing Room ni boleh digabungkan dengan Laundry Room tapi ramai juga yang lebih suka asingkan daripada ruang yang sama terletaknya washing machine & dryer.


Ironing Room sangat penting untuk mereka yang ada ahli keluarga yang ramai. Di situlah salah satu ruang yang kita akan berdiri lama sebab kena gosok baju, daripada baju sendiri hinggalah baju suami & anak-anak kita.


Antara perkara yang perlu take note untuk Bilik Menggosok Pakaian:

1. Tempat meletak ironing board.

Kena tahu saiz ironing board dan cara menyimpannya. Ada orang suka lipat, gantung & ada yang suka biarkannya terbuka. Nak menggosok, terus boleh guna.

Ada juga yang suka jenis built-in atau bersambung dengan kabinet. Jenis ni selalunya saiz agak kecil & tak berapa sesuai untuk gosok pakaian yang besar.

2. Tempat menggantung pakaian.

Boleh beli rak yang mudah alih untuk menggantung pakaian setelah digosok. Tapi yang terbaik ialah buat almari pakaian khas untuk gantung pakaian-pakaian tersebut.


Kebanyakan client kami suka almari tertutup tapi ada juga yang suka penyidai yang terbuka supaya senang nak capai baju yang dah digosok.

3. Tempat menyimpan seterika

Ada banyak jenis seterika di pasaran. Tapi sekarang yang paling famous yang jenis steam iron besar tu. Memang best guna sebab tak perlu risau pakaian 'terbakar' macam seterika zaman dulu.


Terpulang kepada anda untuk sediakan kabinet khas untuk simpan seterika tersebut atau boleh biarkan ia berada di atas iron board. Sentiasa pastikan suis ditutup, elakkan wayar berselerak & elakkan anak-anak berada di sekitarnya sebagai langkah berjaga-jaga.

4. Plug Point

Kedudukan Plug Point sangat penting di ruang menggosok pakaian. Adakalanya lokasi plug point buatkan kita susah nak adjust arah kedudukan iron board.

Jadi kalau kedudukan plug point tu susah nak access, boleh je adjust or relocate the plug point to suit with your space. Selalunya client kami akan request adjust plug point berada di atas lebih 4 kaki dari lantai supaya tak perlu membongkok untuk menghidupkan suis.

5. Ruang penstoran tambahan

Selain almari pakaian, boleh juga tambahkan kabinet lain untuk simpan pakaian lain. Alang-alang dah ada bilik atau ruang khas, boleh tambah laci untuk simpan stoking, tali leher atau anak tudung supaya senang nak cari.


Boleh rujuk idea-idea dalam gambar ni untuk buat Bilik Menggosok Pakaian atau Ironing Room. Semoga tips-tips ni membantu & kalau takde idea nak design ironing room boleh hire Ilusi HafiEzd Design as your Interior Designer ya.





p/s: Teringat zaman tinggal di asrama ada bilik iron baju. Tak ingat berapa banyak pakaian yang telah 'dibakar' oleh 'seterika antik' yang dikongsi dalam bilik tu.