Tuesday, September 5, 2023

Tips Bina Banglo daripada Interior Designer


Ramai orang impikan untuk bina rumah banglo di atas tanah sendiri. Tapi ramai juga yang tak tahu bagaimana nak merancang susun atur ruang dalam rumah tersebut.

Kami banyak kali dapat plan rumah banglo yang layout nya tak best sebab tak buat planning betul-betul. Jadi meh saya as Interior Designer share idea ruang apa yang anda boleh letak dalam banglo anda nanti.



1. Foyer/ Entrance/ Ruang Pintu Masuk
Ruang ni nampak macam tak penting tapi sebenarnya banyak kegunaannya. Foyer ni penting untuk elak orang terus nampak keseluruhan ruang rumah & bagi tetamu 'break' kejap daripada terus masuk ke rumah.

Selalunya di ruang foyer kami akan letak kabinet kasut untuk kasut khas atau 'mahal' , meja konsol untuk letak kunci atau barang-barang untuk grab sebelum keluar rumah, bench untuk pakai kasut & cermin untuk tengok diri sendiri sebelum keluar rumah.

2. Living Area/ Ruang Tamu
Living Area ni memang ruang wajib ada di setiap rumah, ada yang separate one for public & another one for family only.

Masa nak rancang keluasan ruang tamu, pastikan muat untuk sekurang-kurangnya 3 seater sofa & 2 seater or 2 armchairs. Bila ruang ni hanya muat 3 seater sofa nanti susah untuk tetamu datang nak duduk.

Satu lagi pastikan ada satu dinding kosong untuk letak kabinet TV atau kabinet lain supaya ruang tak nampak terlalu 'loose' atau kosong.

3. Dining Area/ Ruang Makan
Selalunya bila kami buat space planning area ni soalan pertama kami untuk client ialah dining area nak meja untuk berapa orang?

Kalau anda jenis yang suka jemput orang datang makan of course kena pakai at least 8 seater dining table. Kalau family yang kecil at least 6 seaters, bukan 4 seaters ya sebab inikan rumah banglo. Huhu.

Satu lagi kena decide siap-siap nak guna dining table square, rectangular, oval or round. The best is rectangular for easy arrangement. Meja bulat mungkin jimatkan ruang tapi juga susah untuk ambil lauk. Jadi ikutlah nak meja jenis apa asalkan mesti muat dalam ruang makan tadi ya.



4. Kitchen/ Ruang Dapur
Ruang Dapur ni antara ruang yang paling crucial untuk design & buat space planning. Sebabnya lain orang lain cara guna, keperluan & kehendak masing-masing berbeza.

Some people needs two kitchens - Dry Kitchen & Wet Kitchen. Ada orang satu dapur dah cukup. Ada orang suka dapurnya terbuka & bersambung dengan ruang makan. Ada yang nak tertutup supaya bau ketika memasak tak hinggap ke ruang lain.

Apa-apa pun, perkara pertama perlu setting dalam layout dapur ialah lokasi sink & tempat masak (hood & hob). Sink selalunya diletakkan di tepi tingkap supaya senang setting water inlet & outlet. Tempat masak pula perlu diletakkan di tempat yang 'senang bergerak' & kena consider hood ducting nak keluar ikut celah mana.

Lepas tu susun kitchen appliances yang besar seperti fridge, microwave, oven, freezer, dishwasher, etc. Jangan lupa pastikan ada kitchen top atau ruang untuk letak perkakas lain seperti periuk nasi, blender, toaster, air fryer, thermomix, etc. 

Kena senaraikan list appliances ni siap-siap supaya kita tahu berapa banyak plug point yang kita perlu & di mana lokasi paling sesuai plug point diletakkan.

Dapur anda, anda rancang ikut keperluan sendiri. Kalau anda jenis yang suka baking, pastikan ada banyak kitchen top untuk letak tray, storage untuk baking utensils & bahan-bahan baking. Kalau anda jenis suka kumpul tupperware, pastikan ada banyak kabinet & mungkin letak tall cabinet untuk simpan 'khazanah' lain. Hihi.

4. Laundry Area
Recently memang ramai owner rumah perlukan area ni. Laundry area bukan hanya tempat untuk letak washing machine & basuh baju. Tapi fungsi lain ialah untuk keringkan baju, gosok baju, gantung baju & simpan barang-barang rumah lain.

Ruang ni consider 'private area' sebab di sini kebanyakan ibu-ibu akan ada 'me-time' settlekan pakaian suami & anak-anak. Kalau saya, saya perlukan sink di laundry area supaya boleh basuh baju yang ada kotoran degil dengan tangan. Baru puas hati. Huhu.


5. Bilik Tidur/ Bedroom
Sebuah rumah perlukan sekurang-kurangnya 3 bilik tidur untuk ahli keluarga masing-masing. Rancang betul-betul bilik tidur setiap ahli keluarga supaya tak berlaku pembaziran ruang tanah rumah banglo yang ingin dibina.

Decide siap-siap saiz katil untuk setiap bilik tidur. Jangan dah siap bina rumah, baru sedar rupa-rupanya satu bilik muat single bed je. Rancang susun atur bilik supaya muat katil, almari pakaian & sekurang-kurangnya satu meja kecil.

Satu lagi kena tahu arah kiblat & consider ruang untuk solat dalam setiap bilik. Bila susun atur bilik dirancang betul-betul jadi dapatlah tahu berapa bilik tidur boleh muat dalam rumah banglo anda.


6. Bilik Mandi/ Bathroom
Basic needs in each bathroom - sink, WC & shower. Istimewanya kalau bina banglo boleh set saiz bilik mandi ikut saiz yang kita suka.

Boleh adjust bilik mandi untuk ada ruang tempat letak sabun, shampoo & barangan mandian lain. Selain tu kena consider tempat gantung tuala & paip untuk ambil wuduk dalam bilik mandi supaya memudahkan kehidupan kita. Insya-Allah.

7. Store Room/ Ruang Stor
Takde istilah hidup 'minimalis' kalau kita mesti ada barang penting yang tak boleh dibuang sesuka hati. Haha.

Pastikan ada stor sekurang-kurangnya untuk simpan barang-barang pembersihan, kotak barang penting & alatan lain. Seeloknya tambah rak dalam stor supaya boleh manfaatkan ruang stor hingga ke siling.


Ada banyak ruang lain boleh ditambah dalam banglo seperti Family Area, Study/Working Area, Praying Room, etc. Ada yang suka bercucuk tanam mesti nak ada garden or courtyard. Kalau yang suka nak menikmati pemandangan mesti nak ada balkoni. Kalau ada banyak budget & ada tanah lebih boleh tambah swimming pool atau kolam ikan. Oh, jangan lupa juga car porch untuk letak kereta-kereta mahal tu.

Terpulang kepada keperluan & kehendak masing-masing, ruang apa yang anda nak ada dalam rumah banglo anda. Pastikan rumah yang dibina ada proper plan & buat submission to authority. Sebab selalunya plan begini lebih 'selamat', diperakui oleh Arkitek & structural engineer.

Usahlah termakan ayat manis 'kontraktor kampung' yang tiada kelulusan bina bangunan untuk bina banglo. Biar habis duit untuk buat proper drawings & submission to authority daripada habis duit kena tipu dek kontraktor yang buat rumah tapi tak reti baca drawings ya.

Semoga apa yang saya kongsikan bermanfaat untuk semua. Boleh contact Ilusi HafiEzd Design untuk rancang susun atur rumah banglo anda nanti. Insya-Allah kami bantu buat layout ikut saiz tanah & keperluan anda.


Whatsapp: wa.me/60122496649
Email: ilusihafiezd@gmail.com
Showroom : Setia Ecohill, Semenyih.

Tuesday, August 29, 2023

Poligami - Perspektif Anak


Rasanya dah kena menulis balik di blogspot ni. Maksud saya, tulis dan share pendapat peribadi.

Hari tu tertengok sekejap filem Buya Hamka di Netflix. Kebetulan keluar babak seorang bapa yang mahu anaknya bernama Ola menjadi 'isteri kedua' kepada Buya Hamka.


Buya Hamka menolak tawaran itu secara baik, walaupun Ola 'petik' ayat surah An-Nisa ayat 3 ni.


Bijaknya Hamka membalas sambil menyambung penghabisan ayat tersebut. Beliau juga terangkan kepada Ola poligami ada syaratnya iaitu perlu berlaku 'adil' & beliau tak mampu melakukannya bila berkahwin lebih daripada satu.


Saya sangat respek dengan Buya Hamka apabila beliau menolak tawaran berpoligami kerana tahu kemampuan diri sendiri. Sebab bukan semua lelaki 'sedar' tentang perkara ni.


Poligami mungkin isu yang 'remeh' untuk lelaki yang seronok ada ramai isteri yang boleh 'melayan' & perempuan yang kononnya 'suka berkongsi kasih'.


Tapi poligami sebenarnya menyakitkan untuk:

-Isteri yang setia hanya kepada seorang lelaki tetapi diduakan tanpa dia sangka.
-Isteri yang rela hidup susah senang dengan suami tapi suami berubah hati bila dah senang & jumpa perempuan yang kononnya lebih baik.
-Anak-anak yang ditinggalkan ayah lepas ayah berkahwin baru.
-Anak-anak yang terpaksa berpisah dengan salah seorang ibu bapa apabila mereka bercerai.
-Anak-anak yang terpaksa berkongsi kasih sayang dengan mak tiri/ isteri baru ayah mereka.


Poligami nampak 'indah' bagi sesetengah lelaki. Tak dinafikan, memang ada lelaki yang mampu berlaku adil. Tapi realiti di Malaysia, boleh check berapa ramai lelaki yang menganiaya isteri & anak-anak lepas berpoligami.


Efek poligami sebenarnya bukan hanya kepada isteri, tapi juga kepada anak-anak (kalau ada). Sesiapa yang pernah jadi anak & bapa mereka tinggalkan lepas kahwin baru, akan faham apa yang saya tulis ni.


Kalau si ayah kahwin dengan isteri yang baik, alhamdulillah. Tapi kalau dapat yang tamak, selfish & kejam, hanya Allah swt yang tahu betapa terseksanya anak-anak tersebut.


Maka suami yang teruja nak berpoligami & perempuan yang nak jadi isteri kedua, fikirlah sedalam-dalamnya sebelum nak masuk ke dalam perkahwinan poligami ni ya.


Kalau suami mampu - nafkah zahir & batin, alhamdulillah. Tapi kalau sampai menganiaya isteri & anak-anak, hidup anda memang takkan tenang selama-lamanya.


Semoga Allah swt memberikan kita keluarga yang penuh rahmah & berkah. Aamiin.