Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Syawal. Hari ni dah masuk 4 Syawal. Mood raya memang dah takde. Orang lain pergi beraya sana-sini, aku lebih senang berehat, tak mahu fikir pasal kerja ofis buat sementara waktu. (Tapi tadi baru bos telefon tanya nak letak signage macam mana kat pintu ofis orang.. Fuh..)
So, macam mana raya korang semua? Puas cuti seminggu? Aku cuti ni pun kena tolak gaji. Sehari tolak RM100 x 3 hari cuti = RM300. Sedihkan? T_T. Sebab tu memang masa cuti ni nak rehat puas-puas. Lagi 25 hari, dah takde rehat dah ye. Erm...
Macam biasa, nak minta maaf kepada semua pembaca blog sebab jarang sangat update blog. Blog ni dah bersarang dah kot. Tapi sekali-sekala bila orang komen aku balas juga. Alhamdulillah blog ni masih ada pengunjung walaupun jarang update. Apa-apa pun kalau rindu nak tengok aku update bolehlah berkunjung ke blog kedua aku, Ilusi-HafiEzd dan Facebook fanpages - Airaniez's Life.Blog dan Ilusi-HafiEzd di Facebook ok.
Bulan Ogos dan September memang bulan paaaaling sibuk untuk aku tahun ni. Untuk pengetahuan semua, insya-Allah bulan depan aku akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka bertuah tu. (Pembaca setia blog ni mesti tahu siapa. Hihi) Kami buat majlis kecil-kecil je dulu. Nanti majlis bulan 12 insya-Allah aku jemput ramai-ramai ye.
Kalau orang kata kahwin tu senang 100 peratus memang tak berapa betullah sangat. Aku rasa setiap orang diberi ujian yang berbeza demi melangsungkan pernikahan yang suci ini. Kalau korang kahwin senang sangat, maka bersyukurlah. Tapi jika ujian tu datang bertubi-tubi, maka hendaklah kita bersabar.
Contoh kesabaran yang perlu kita ada bila nak kahwin ni ialah bila kita nak buat ujian HIV, kerana terlalu ramai orang nak kahwin maka kena buat appointment atau temujanji dulu baru boleh buat ujian tu di Klinik Kesihatan Kerajaan. Keduanya bila kita datang pada hari tersebut, tiba-tiba sekelip mata ujian HIV tu *dibekukan* atas sebab alat yang digunakan tidak berapa nak sahih keputusannya. (Kejadian berlaku pada tanggal 1 Ogos 2012 di Klinik Kesihatan Ampang). Maka dengan tabahnya, terpaksalah kita buat appoinment di klinik lain dan alhamdulillah, setelah menunggu lebih sejam barulah dapat keputusan ujian HIV tu. (Balik klinik terkejar-kejar balik ofis sebab ada meeting. Huhu)
Banyak betul ujian lain yang aku tak dapat nak tuliskan kat sini. Nanti ada orang kata dorang ok je, aku yang lebih-lebih pula. Sebab tu aku cakap, setiap orang ada ujiannya yang tersendiri. Tapi apa yang aku boleh jamin, rezeki bila kita nak kahwin ni insya-Allah selalu ada dan murah berbanding rezeki pada hari biasa. Jadi kalau boleh elakkan buat pinjaman bank atau guna duit mak ayah, cubalah sehabis baik mencari duit sendiri untuk bernikah. Sejujurnya 30 peratus duit kahwin ni aku guna duit freelance aku. Sibuk sangat dengan freelance, sebab tu lah kot tak update blog... Maaf ye... =D
Sekali lagi, aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua. Semoga Allah s.w.t. merahmati kalian semua. Aamiin..