Friday, November 4, 2011

Emmanuelle Moureaux


Oh, kenapa dan bagaimana nama orang France tiba-tiba boleh muncul menjadi tajuk entri saya pada kali ni? Oh, saya juga terkejut, terkesima dan terpempan tatkala saya menaip entri ini! Mata sejak tadi terpaku di skrin. Teruja lain macam. Huhu.



Bank Sugamo Shinkin, Tokyo, Jepun
(Teruja la tengok bank cantik macam ni. Siang nampak cantik, malam nampak lagi cantik!)

Nawaitu pada malam ini tak mahu tulis entri tentang design. Tadi ada *link hati* dengan si dia yang bertanya, bila saya mahu update blog yang ayu dan kayu ini? Saya kata saya tak punya idea. Dia cadangkan saya tulis tentang proses-proses menulis novel. (Layakkah aku bercakap tentang novel? Gulp!) Ya, saya mengaku kami berdua sekarang sibuk menaip dan mengedit novel yang saya hasilkan lebih 9 tahun lepas. Tapi itu kisah lain. Biarlah jadi rahsia pohon cemara dulu... ^_^


Emmanuelle Moureaux bersama rekaan beliau 'Toge' yang bermaksud 'duri' dalam Bahasa Jepun. Boleh baca sini untuk info lebih lanjut.

Mari bercerita tentang Emmanuelle Moureaux, seorang arkitek kelahiran Paris namun meneruskan kerjayanya di Jepun selepas menamatkan pengajian senibina dari Universiti Bordeaux pada tahun 1995. Pada tahun 2003, beliau telah menerima sijil arkitek tertinggi dari Jepun atau First Class Architect Japanese license yang membuatkan dia membuka syarikat sendiri iaitu Emmanuelle Moureaux Architecture + Design yang berpangkalan di Tokyo. Nak baca anugerah-anugerah yang beliau dah terima, boleh baca di sini.

Siling sangat unik!

Bank Sugamo Shinkin, Tokyo, Jepun

Pintu masuk sebuah Bank. (Perompak pun tak sampai hati nak rompak sebab cantik sangat! Haha.)


Bank Sugamo Shinkin – Cawangan Tokiwadai, Tokyo, Jepun

Tuesday, October 25, 2011

Stail Retro


Baru-baru ni ada seorang client suruh aku design butik di tingkat atas rumahnya ala-ala  Retro Style atau Stail Retro. Seperti biasa, sebelum aku design, aku mesti buat research dulu. Dalam sibuk-sibuk buat research tu aku sempat belajar ciri-ciri Stail Retro ni macam mana. 


Agak-agak korang tau tak Stail Retro tu macam mana? Ops, bukan stail rambut orang yang mengerbang dan *gulung-gulung* tu ya! Haha. Sebenarnya Stail Retro ini adalah gabungan kepelbagaian antara gaya baru dan lama atau rekaan baru yang menggunakan elemen dan material baru dan lama. Rekaan stail retro ini juga diadaptasi dari gaya pada tahun 1950-an, 1960-an, 1970-an dan sedikit pengaruh rekaan pada tahun 1980-an.


Berminat nak jadikan kediaman atau tempat korang bekerja mempunyai stail retro? Mari baca ciri-ciri Stail Retro ini:

Corak dan Warna


Warna hijau avocado adalah salah satu warna yang boleh menjadi warna asas kepada gaya retro. Jika mahu lebih berani, gunakan warna kuning terang, jingga, coklat atau biru laut. Cuba hadkan gabungan warna korang dengan tidak menggunakan lebih tiga warna. Takut banyak sangat warna bilik akan nampak tidak menarik dan serabut.




Untuk corak pula, jika korang sukakan corak bersaiz besar, korang boleh beli wallpaper atau kertas dinding yang mempunyai corak-corak sebegini. Selain itu, kalau korang rajin, boleh juga berkarya di dinding sendiri, melukis corak-corak geometri berskala besar menggunakan cat atau mural mengikut kreativiti anda sendiri.




Jika anda mahu Stail Retro anda nampak teratur dan kemas, gunakan corak saiz kecil dan bentuk geometri yang berulang-ulang. Cuba aplikasikan warna-warna pastel pula untuk corak ini atau adakan tona warna daripada warna gelap ke warna terang. Gunakan corak-corak ini dalam skala yang kecil selain menggunakan warna-warna neutral di bahagian lantai dan dinding. Hakikatnya gabungan corak-corak ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan Stail Retro yang korang mahukan.




Perabot


Anda juga boleh juga aplikasikan Stail Retro di perabot anda. Bagaimana? Pilih perabot yang mempunyai fabrik berwarna terang dan gabungkan perabot-perabot tersebut dengan permaidani atau langsir yang sesuai dengan perabot tersebut.