P/s: Hari ni sibuk edit blog. Hasilnya lebih kurang sama dengan yang lama. Haha. Teringin nak belajar *tukar font* yang sedia ada dalam blog. Ada sesiapa yang tahu?
Monday, January 17, 2011
Saturday, January 15, 2011
Mari Susun BUKU!
Adakah anda suka membaca? Adakah anda punya beratus-ratus buah buku? Adakah anda seorang yang pembersih yang sentiasa mahu rumah anda kelihatan teratur? Jika ya, silalah pasang sebuah rak buku!
*Muka mamat hensem pura-pura baca buku*
Cet,bunyi macam promote produk pelangsingan je kan? Hoho. Aku sebagai *pereka kabinet* sangat suka kalau orang tempah pasang rak buku daripada company aku. Satu sebab orang tu semestinya cintakan ilmu. (Ye ke?) Orang tu juga mesti nak rumah dia kemas dan tak serabut. Satu lagi ialah kerana orang tu nak bagi duit kat akulah kan. Haha.
Sebenarnya memang berlambak rak buku yang korang boleh beli terus daripada kedai perabot pasang siap. Contohnya rak buku IKEA. Majoriti rumah orang KL ni mesti ada satu barang IKEA. Tapi terus-terang aku cakap, kalau kita nak rumah kita nampak *istimewa* atau lain daripada orang lain, apa kata kita tempah atau customize kita punya rekaan rak buku khas buat diri sendiri?
Kos untuk memasang rak buku sebenarnya taklah begitu mahal. Semuanya bergantung kepada saiz dan material yang kita pilih. Rak buku tersebut akan kelihatan istimewa bila kita letakkan idea kita sendiri dalam rekaannya. Lantas kita akan gembira dan puas hati bila rak buku yang kita ada tu satu-satunya ada di dalam dunia! Hebat bukan?
Di sini aku kongsi gambar-gambar rekaan rak buku yang aku *kutip* daripada internet. Setiap rak buku ada keistimewaan masing-masing. Setiap rekaannya juga punya fungsi dan cara letak buku yang berlainan daripada yang lain.
*Rak pink. Susun buku tak semestinya menegak!*
Subscribe to:
Posts (Atom)