Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

DOA AKHIR TAHUN
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.

DOA AWAL TAHUN


Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAHrahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

Saturday, December 4, 2010

Janji Temu

*Maaf! Gambar entry awal-awal dah 'jiwang'. Erk*

Oh, skemanya tajuk di atas! Sebab nak tulis perkataan *dating* macam *obvious* sangatlah keterujaan, kegembiraan, ketidak-sabaran dan keloncatan untuk bertemu seseorang pada esok hari. (Sila jangan guna bahasa *ke-an* ini untuk karangan Bahasa Melayu anda. Fail nanti, bukan aku dapat tolong ok.)

Tapi kat sini bukan nak cerita pasal *janji temu* yang akan berlangsung esok ok. Cuma nak kongsi, info yang aku dapat bila *godak-godak* Internet ni masa cari idea nak buat apa untuk date esok. Serius buntu nak pergi mana. Dah dua bulan lebih tak jumpa ni. Last kami pergi melawat *Masjid Besi* atau Masjid Sultan Mizan kat Putrajaya. Jangan salah faham, kami melawat Masjid bukan sekadar melawat Rumah Allah itu untuk beribadat, tapi kami sebagai ahli dalam bidang *pembinaan* atau construction ni ambil peluang untuk bertemu sambil belajar tentang design masjid itu sendiri. Nak tunjuk bukti? 

*Masterpiece Encik Hafizsham ku*

Ok. Sekarang dah percaya (kot) kami pergi ada sebab tersendiri. Huhu. Mak pun dah pesan esok nak keluar, pergi tempat ramai-ramai orang. Jangan balik malam-malam. Kami pun kena sama-sama *sedar diri* esoknya Isnin kena kerja. Jadi Ahad kalau nak jumpa mungkin sampai petang saja. Huhu.

Masih buntu dengan idea nak janji temu di mana? Cadangan-cadangan yang di beri oleh Jeffrey Strain ni agak menarik untuk diikut. Aku tak ambil semuala kot. Panjang sangat. Kalau nak pergi klik sini ok. Inexpensive Dating Ideas. Tapi bagi aku idea dia agak menarik sebab dia *highlight* bahawa janji temu tak semestinya perlu menelan belanja yang mahal. Kadang-kadang janji temu yang lari konsep sedikit daripada janji temu biasa (Tengok wayang, jalan-jalan di taman, makan di restoran eksklusif, dll.) boleh menjadikan janji temu itu yang menyeronokkan, menarik dan sukar untuk dilupakan.

*Alamak, jiwang lagi! Tapi sukala imej 'gif' yang kelip-kelip ni*

Cadangan 1: Melihat Keindahan Alam
Ada orang suka bersiar-siar di taman, berjalan-jalan di pantai dan pergi ke sungai atau mandi-manda di air terjun. Tapi kalau nak pergi ke kawasan macam ni, janganlah cari *port* yang sunyi ok. Bagi aku idea ni ok, tapi jangan pergi ke tempat yang orang biasa pergi. Satu tempat yang aku cadangkan ialah di Taman Botanikal Melaka. Aku pernah pergi sini, jalan-jalan masuk dalam hutan (tengok-tengok nama pokok) dan tiba-tiba ada *perpustakaan* atau Perkampungan Buku pula kat dalam tu. Aku mengaku aku ni *ulat buku*. Tapi memang seronok bila dapat membaca sambil merehatkan mata, memandang alam sekeliling yang hijau dengan rimbunan pohon-pohon...Ewah~ Paling best, perpustakaan ni ada aircond lagi. (Haha. Takleh blah. Kantoi tak tahan panas!)

*Taman Botanikal Melaka dan Perkampungan Buku*