Bila sebut pasal warna untuk rumah, kebanyakan orang kadang-kadang tak tahu nak pilih warna yang sesuai untuk diaplikasikan kat umah masing-masing. Lagi susah bila nak mix atau adunkan warna yang sesuai untuk ruang-ruang kegemaran supaya menjadi tarikan bila tetamu datang. Sebenarnya benda pertama kena fikir, bukan pandangan tetamu, tapi pandangan tuan rumah dulu. Apa yang penting, mata kita ni *sejuk* dan *tenang* sebaik kita melangkah masuk ke dalam rumah. Lagi satu, setiap warna yang kita pilih tu juga boleh kita jadikan *terapi* untuk kita rehatkan mata dan minda yang berserabut sewaktu kita berada di luar rumah.
Di sini, aku bagi impak pilihan warna yang dipilih supaya sesuai untuk setiap ruang rumah korang. Korang juga boleh aplikasikan warna kegemaran korang berdasarkan warna dan konsep-konsep ni untuk ruang-ruang yang bersesuaian dalam rumah tu.
Untuk menunjukkan contoh-contoh gambar yang banyak, aku bahagikan bab ini kepada beberapa bahagian warna. Bahagian Pertama untuk warna MERAH, HIJAU dan BIRU.
MERAH
Kebaikan
-Dapat memberikan impak yang positif dan meningkatkan pertambahan energi dalam diri.
-Juga membantu menambahkan keberanian, keyakinan dan percaya kepada diri sendiri.
-Selain itu, boleh juga meningkatkan rasa cinta antara pasangan di samping membuatkan masing-masing mempunyai daya penarik yang amat kuat antara satu sama lain.
Ruang Pilihan
Ruang Keluarga: Mampu memberikan kehangatan, dapat hilangkan rasa letih dan membantu mengembalikan energi yang hilang selepas seharian beraktiviti dan bekerja.
Lorong atau Dinding yang membosankan: Mampu menaikkan seri serta berfungsi untuk menampakkan ruang yang besar nampak agak kecil dan sederhana.
Tips
-Tak sesuai diterapkan di Bahagian Dapur kerana akan menimbulkan energi yang terlalu agresif di ruang tersebut.
-Kombinasi dengan warna hijau dan biru mampu mengimbangkan warna merah yang yang diterapkan lalu menampilkan keserasian yang luar biasa.
HIJAU
Kebaikan
-Beri pengaruh kuat terhadap hati dan perjalanan darah.
-Dapat menyingkap perasaan kita terhadap diri kita sendiri di samping menampakkan keserasian kita dengan alam yang melambangkan kedamaian dan kesegaran.
Ruang Pilihan
Ruang Keluarga: Menggambarkan erti kasih sayang, kemesraan dan kebahagiaan antara ahli keluarga.
Kamar Mandi: Menimbulkan perasaan nyaman dan cintakan alam. Selain itu, warna tersebut juga dapat membantu mengembalikan tenaga yang hilang selain menghilangkan tekanan.
Ruang Meditasi: Memberi kesan yang tenang dan nyaman.
Kamar Beradu: Sesuai dijadikan sebagai warna dasar (main colour) kerana menolong menyingkap keseimbangan yang harmoni di samping menyejukkan perasaan dan menghilangkan sakit kepala.
Tips
-Jika terlalu banyak diterapkan akan menimbulkan perasaan cemburu. (Ohps!)
-Warna kuning merupakan kombinasi terbaik dengan warna hijau. Bila diadukkan bersama, ruang tersebut jelas menjadi tarikan utama.
-Kuning mengingatkan kepada matahari manakala hijau melambangkan alam semulajadi. Kombinasi dua warna ini menghasilkan kecantikan semulajadi untuk rumah.
-Elakkan guna terlalu banyak dalam rumah. Jadikan warna ringkas dan tidak terlalu terang supaya tidak terlalu menyakitkan mata yang memandang.
BIRU
Kebaikan
-Warna biru seringkali dikaitkan dengan aspek spiritual jadi warna ini dapat mencipta kesan yang menenangkan terutama selepas melakukan aktiviti yang memenatkan.
-Biru juga menolong rasa rileks lantas menjadikan diri seolah-olah sedang merehatkan minda sambil merenung langit biru dan lautan yang luas.
Ruang Pilihan
Kamar Beradu: Dapat meningkatkan eksprerisi, keyakinan, kesetiaan, tanggungjawab dan kebebasan berkomunikasi. Mampu meredakan perasaan marah terhadap teman atau pasangan. Juga membantu mengatasi penyakit 'insomia' (susah tidur).
Kamar Mandi: Meredakan tekanan yang luar biasa, melegakan demam dan membuatkan kita mampu bernafas lega.
Tips
-Terlalu banyak biru akan membuatkan diri menjadi malas lantas menurunkan motivasi diri yang ada.
-Warna biru firus atau 'turqoise' sesuai diaplikasikan bagi tujuan terapi.
-Kombinasi biru, kuning dan merah di Bilik Permainan Kanak-kanak dapat membangkitkan semangat belajar dan menjadikan aktiviti tambah menarik!
Sources: