Sabda Rasulullah s.a.w.
"Barangsiapa menghafal 7 kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah s.w.t. dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut."
Bismillahirrahmanirrahim : Pada setiap hendak melakukan sesuatu
Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali
sebelum tidur maka:
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alhamdulillah : Pada setiap menyelesaikan sesuatu
Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah”. (H.R Tarmizi dan katanya: Hadith ini bertaraf ‘hasan, gharib’, bab doa orang Muslim mustajab, bil. 3383)
Astagfirullah: Jika tersilap mengucapkan perkataan yang tak patut sama ada sedar atau tidak sengaja
“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(Surah an-Nisaa:106)
Insya-Allah: Jika merencanakan berbuat sesuatu pada esok hari
[23] Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”
[24] Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini“

(Surah Al-Kahfi ayat 23 dan 24)
Laa hawla wala quwwata illah billah: Jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai & tidak diingini
“Kami bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bila kami menaiki dataran tinggi, maka kami mengucapkan takbir. Maka beliau mengatakan: ‘Wahai manusia kasihilah diri kalian, kerana kalian tidaklah menyeru Dzat yang tuli atau jauh, akan tetapi Ia Maha Mendengar dan Maha Melihat.
’Lalu beliau mendatangiku, sementara aku sedang mengucapkan dalam diriku: ‘La haula wala quwwata illa billah.’ Lalu beliau mengatakan: ‘Wahai Abdullah bin Qais (nama Abu Musa), ucapkan La haula wala quwwata illa billah. Sesungguhnya itu adalah salah satu kekayaan yang tersimpan di syurga.’ Atau beliau mengatakan: ‘Tidakkah kamu mahu aku tunjuki salah satu harta kekayaan di syurga? La haula wala quwwata illa billah’.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 5905, 7386)

Innalillahi wainna ilaihi raji’uun: Jika menghadapi & menerima musibah
Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan
kepadaNYAlah kami kembali.”
(Surah Al baqarah: 156)
La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah: Sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah daripada lidahnya daripada tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil-sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa.
Ketika nabi Musa meminta kepada Allah SWT agar dianugerahkan satu kalimah yang Agung, Allah menjawab “LAA ILAAHA ILLALLAH” Nabi Musa kehairanan lantas berkata, "Hanya itu?"
Jawab Allah SWT, kalimah ini jika ditimbang disatu sisi timbangan dan disisi lain 7 lapis dunia dunia dan 7 lapis langit beserta isinya maka tidak akan mampu menandingi beratnya pahala bagi orang yang berzikir kalimah ini.

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari (nikmat)Ku."
(Surah Al-Baqarah 152)
"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang."
(Surah Al-Ahzab 41-42)
Sources: