Jam sudah pukul 1 pagi. Mata memang sudah mengantuk. Tapi kutahan demi sebuah projek yang bakal memberi aku satu peluang untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman dan pendapatan yang kadangkala agak sempit sekarang. Peluang ini datang bukan selalu. Andai aku lepaskan sebelum berjuang, aku mungkin orang paling rugi dalam dunia.
Aku seringkali berdoa dan berdoa, dipermudahkan rezeki untuk bernikah cepat. Aku rasa, mungkin ini peluang yang ditunggu untuk menambahkan rezeki aku. Tapi kalau tiada rezeki aku, aku perlu redha. Yang penting aku dah cuba kan? Aku dah usaha keras untuk memerah otak, mengaut ilmu, memikirkan pro dan kontra, ion positif atau negatif yang mendatang malah membuat keputusan dengan perbincangan dengan orang bijak pandai.
Diri ini menjadi terlalu berat hati, takut dan gusar bersilih ganti. Perasaan negatif itu timbul dan tenggelam sehingga aku lemas untuk berfikir. Berat hati, berat lagi benak bermonolog sendiri. Tapi aku tahu inilah namanya CABARAN hidup. DIA mahu beri REZEKI, takkanlah mudah REZEKI itu diberi melainkan ada ujian di hadapan menanti.
Apa-apa pun doakan aku. Jalan ini masih panjang. Tak tahu apa kemungkinan, apa akibat yang terpaksa dijamah bila saat tiba. Tapi berharap sinar yang datang terangnya tak silau buatkan aku buta, malapnya tak padam tapi cepat nyala semula. Mesti Boleh!
Berani. Bangkit. Bangun. Bersyukur. Berdoa.
Moga semuanya baik-baik sahaja. ^_^