Wednesday, October 27, 2010

N. Kenapa kau selalu ADA? M. Maafkan saya...

N.
Dia muncul buat aku keliru.
Dia watak yang sudah lama wujud dalam kamus hidup tapi hati ini tiba-tiba rasa lain bila dia muncul.
Dia bukan istimewa. Mungkin.
Dia ada *sesuatu* yang misteri.
Bila tengok gambar dia tiba-tiba senyum.
Aku ni gila.
Bila tengok message dia tiba-tiba seronok.
Aku tak sedar diri!


M.
Maafkan saya ya.
Hati saya masih milik awak.
Jujur. M orangnya.
Jodoh.
M yang terbaik.
Sabar.
M sabar sangat!


TUHAN.
Tolong usir perasaan *aneh* yang terbit antara aku dan N.
TUHAN.
Tolong terus rapatkan hati-hati aku dan M.
TOLONG.



Tip-tip Mendengar MASALAH orang



Aku tulis tips ni bukan sebab nak kata aku ni *hebat* dalam mendengar masalah orang. Tapi aku tulis sebab aku kasihan kepada sesetengah orang yang diberi *mandat* mendengar masalah orang lain. Walau bagaimanapun, apa yang aku bagi ni berdasarkan pengalaman aku. Aku mengaku aku selalu mendengar masalah orang dan berusaha menjadi pendengar dan penasihat yang terbaik untuk orang itu. Insya-Allah.


1. Jadilah Pendengar Yang Terbaik!

Menjadi pendengar yang terbaik sebenarnya bukan mudah. Sebab kadang-kadang bila kita tengah dengar masalah tu, fikiran kita boleh terawang-awang memikirkan benda lain atau kita sedang sibuk buat benda lain pada waktu itu. Jadi kita janganlah biarkan diri kita ni *obvious* sangat tak mendengar. Sekurang-kurangnya ambil sikit point daripada perbualan itu. Macam tak baik kalau orang tu sibuk bercerita, kita pula termenung fikir benda lain. Tak baik tau!

2. Letakkan Akal Di Hadapan Perasaan.
Maksudnya semasa mendengar masalah orang lain, jangan letakkan *emosi* dalam mendengar. Kalau orang yang mengadu tu tengah marah, kenapa kita kena marah juga? Kalau orang tu tengah sedih, takkan kita nak menangis juga? Itulah sebabnya kadang-kadang kita kena mendengar secara rasional dan positif. Kalau kita dengar *masalah* tentang pergaduhan, kita sebenarnya hanya dengar daripada sebelah pihak saja. Cuba kita kaji masalah itu daripada kedua-dua pihak. Baru kita dapat bantu menyelesaikan masalah pengadu.


3.Jangan Dengar Masalah Orang Lain Ketika Ada Masalah Sendiri.
Oh, ini sangat penting! Kalau masa tu kita sendiri tengah runsing tentang masalah kita, jangan ditambah keserabutan benak dengan mendengar masalah orang lain pula. Masalah orang tu takkan selesai kalau kita sendiri bermasalah, malah makin bertambah adalah. Macam mana nak menolak? Kalau orang yang mengadu ialah sahabat kita, cakap elok-elok. Katakan kita juga ada masalah dan cuba cari masa lain untuk mendengar masalah orang itu. (Contoh yang aku pernah buat. Status aku kat Facebook yang bertulis: "Tiada MASA untuk MASALAH orang lain." Sumpah takde orang nak mengadu masalah kat aku! Haha)

4. Contoh Penyelesaian
Apa yang dimaksudkan dengan *contoh penyelesaian* di sini ialah, bila orang tu mengadu masalah, kita mesti nak bagi contoh penyelesaian berdasarkan *masalah orang lain*. Jangan selalu sangat beri masalah berdasarkan *masalah* yang kita pernah lalui. Tak elok sebab akhirnya kita yang sibuk ceritakan masalah kita kat orang tu. Seeloknya berilah contoh masalah yang berjaya diselesaikan atau kisah-kisah teladan yang baik untuk dijadikan panduan. (Contoh: Kisah-kisah Nabi S.a.w atau sahabat-sahabat Baginda yang lebih besar ujiannya suatu masa dahulu.)

5. Ikhlas Mendengar Masalah.
Janganlah berpura-pura semasa mendengar masalah. Kalau tak nak dengar atau tak suka, cakap. Buat apa bebankan diri sendiri dan tipu orang yang mengadu masalah tu? Paling jahat kalau lepas orang tu mengadu, kita kutuk dia di belakang pula. Sebaiknya elakkan mendengar masalah daripada orang yang kita tak suka supaya kita ikhlas mengeluarkan pandangan atau penyelesaian untuk masalah orang itu.



6. Pandai Menyimpan Rahsia.
Kadang-kadang part ni aku kantoi juga. Haha. Tapi kalau aku nak bercerita kat orang lain, aku takkan beritahu *identiti* sebenar pengadu masalah. Sebabnya kita juga perlukan pandangan orang lain tentang masalah orang tersebut tanpa mengaibkan orang yang mengadu, betul tak? Jadi berhati-hatilah mendengar masalah orang itu kerana rahsia itu juga adalah *amanah* untuk kita daripada menyebarkannya kepada orang lain. Wallahualam.

7. Masalah Orang Lain, Tak Semestinya Masalah Kita Juga.
Kita kena didik diri kita, daripada terlalu hanyut dengan masalah orang lain. Hal ini berkait rapat dengan perempuan yang terlalu mudah emosi dalam mendengar masalah. Bila dengar kisah rumah tangga orang lain contohnya, kita pun jadi takut kahwinlah, takut bertunanglah. Tak patut macam tu. Kita kena positifkan diri kita supaya bila dengar masalah orang lain, kita belajar daripada kesilapan orang itu, supaya tak terjadi kepada kita pula. Jadi berhati-hati ya kawan-kawan. ^_~


8. Jangan Dengar Masalah Orang Yang Tak Nak Dengar Masalah Kita
Point ni lebih kurang point nombor 5. Aku bukan nak suruh jadi selfish tapi tak nak biarkan diri sendiri jadi *kaunselor free*. Dahlah kita asyik dengar masalah orang tu, lepas tu bila kita ada masalah, dia buat *derk* aje. Langsung takde *give & take!* Orang macam ni jangan dilayan sebab masa susah cari kita, masa senang lupa kita. (Eh, macam ada pengalaman pula aku ni! Haha.)

Aku harap, tips-tips yang aku bagi ni bergunalah kepada korang semua. Kita bukanlah manusia sempurna, tapi kalau kita dapat kurangkan beban orang lain, bukankah itu menambahkan pahala kita juga? apa-apa pun, ikhlaslah dalam membantu.



Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. 
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. 
Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. 
Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. 
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. 
Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. 
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya."
(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim)

Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Amin~ ^_^