Showing posts with label Rekabentuk Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Rekabentuk Dalaman. Show all posts

Friday, July 13, 2018

Rekaan Lampu Terkini / New Lighting Design


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Di hari Jumaat yang mulia ni marilah akak kongsikan rekaan lampu yang terkini untuk anda semua. Mana tahu perkongsian ni boleh bantu anda beli lampu untuk rumah banglo masing-masing nanti. Aamiin


Kebetulan beberapa bulan lepas kami habiskan hampir RM700 beli lebih 10 lampu untuk rumah client di House of Lighting, Puchong. Kedai ni memang famous dengan harga lampunya yang sangat murah, tapi nak dapat parking agak bercinta juga. Heh.



*Kedai Lampu House Of Lighting, Puchong*


So kalau nak beli lampu ni kenalah rancang bajet anda. Kalau rumah baru, check berapa lighting point yang ada, jenis ceiling, jenis ruang dan warna lampu apa yang kita nak.


*Lihatlah betapa banyak lampu di kedai ini. Rambang mata dibuatnya. Heh*

Contohnya kalau nak pasang downlight, kalau ada plaster ceiling boleh beli downlight yang jenis tanam dalam ceiling. Kalau concrete slab, belilah yang exposed atau terkeluar daripada ceiling.


*Jenis-jenis downlight. Standard size selalunya orang guna 4"*


Boleh pilih nak warna yellow, warm white atau cool white. Atau boleh pilih yang jenis 3 colours ni. Petik sekali warna yellow, tutup, petik balik jadi warm white dan begitulah seterusnya. Kiranya kita akan dapat 3 ambience dalam satu ruang. Best kan? Harga lampu 3 colour ni minimum RM21 dan kalau beli downlight seeloknya beli harga RM20 ke atas. (Yang lagi murah cepat rosak, so kena beli satu set baru.)


*Modern Pendant Light - Suitable for Living & Dining*


Ok, masuk hal pendant light pula, kena pandai pilih yang moden dan praktikal. Zaman sekarang orang dah tak pakai lampu ceiling mounted (Boleh tengok gambar yang akak share.) Sebabnya yang ceiling mounted tu susah nak bersihkan dan serangga senang masuk. Pilihlah lampu yang mentolnya murah, senang dibeli dan ditukar.


*Jenis Ceiling Mounted - Lampu yang agak sukar ditukar*

*Design Pendant Lamp yang terkini. Sesuai untuk Dining atau Breakfast Table area*




Lampu Chandelier pula jangan beli kalau rumah kita silingnya rendah dan bukan konsep English atau glam. Lagipun lampu Chandelier ni susah nak bersihkan melainkan anda ada orang gaji tolong gosok hari-hari. Heh.


*Boleh pilih pendant lamp begini untuk menggantikan Chandelier. Lebih mudah dibersihkan dan up to date.*


Lampu dinding atau wall light pula janganlah pilih yang ada casing kaca corak bunga-bunga. Nak moden, pilih yang simple dan mentolnya senang ditukar. Maklumlah lampu di tangga, kena bijak pilih ya. (Boleh tengok gambar-gambar design lampu yang updated & outdated.)


*Design Wall Light yang terkini. Ada ciri-ciri Hipster sedikit*


*Design Wall Light yang juga boleh dijadikan deco di dinding.*


*Design Wall Light yang outdated*

Sekali lagi disyorkan, kalau ada bajet lebih, upahlah Interior Designer untuk buatkan Lighting Plan supaya anda dapat merancang berapa biji lampu yang perlu dibeli dan merangka susunan lampu, kipas dan aircond dalam rumah.

*Contoh Reflected Ceiling Plan atau Lighting Plan yang kami sebagai Interior Designer Buat*

Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat. Doakan bisnes Ilusi HafiEzd Design terus maju dan ekonomi Malaysia ok lepas pilihanraya ni. Aamiin

#ilusihafiezddesign
#InteriorDesigner
#LightingTips
#DesignerLighting

Thursday, December 21, 2017

Pejabat Wanita Pink & Gold


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku ingin kongsikan rekaan eksklusif pejabat Dayang Beauty Secret bertemakan warna merah jambu atau pink dan emas atau gold. Pejabat ini kami reka khas buat pemiliknya yang sukakan warna yang feminin namun masih kelihatan ekslusif.


Pejabat Dayang Beauty Secret terletak di Alam Damai, Cheras. Ruang dalaman pejabat ini terdiri daripada Reception Area (Ruang Menunggu), Pejabat Pemilik, Training Room (Bilik Latihan) dan Pantry Area. Setiap ruang dihiasi sesuai dengan warna tema barangan dekorasi yang sweet & sleek.


Dinding Ruang Menunggu kami sediakan satu signage besar Dayang Beauty Secret yang diperbuat dengan special decorative panel & acrylic signage. Agak mencabar memasang signage ini kerana panel acrylic yang agak fragile atau mudah patah. Kami juga menyediakan ruang pameran atau product display untuk produk-produk keluaran Dayang Beauty Secret. Produk-produk ini diletakkan di rak berwarna emas berlatar belakang kertas dinding atau wallpaper bercorak halus berwarna pink.






Untuk bilik pemilik, tema pink & gold masih dikekalkan namun warna putih turut ditambah ke atas warna perabot demi menampakkan ciri-ciri korporat pemilik. Selain kertas dinding, kami juga menyediakan divider panel khas untuk pemilik membuat live video dan memasarkan produk beliau. Kami turut menyediakan sendiri barang-barang dekorasi untuk ruang tersebut bagi menambahkan seri bilik pemilik.









Ruang bilik latihan atau Training Room ini disediakan untuk pemilik mengadakan kelas motivasi. Demi mencantikkan ruang ini, kami tambahkan kertas dinding berwarna emas dan kata-kata hikmah bagi menjadikan bilik ini nampak lebih eksklusif.




Akhir sekali ialah ruang pantri dimana pemilik dan staff boleh makan dengan santai. Istimewanya ruang ini kami tambah jubin berwarna pink yang cantik dan unik selain meletakkan Designer Chair - Eames Chair, menjadikan ruang ini nampak santai dan relaks.






Bagi kami pengalaman menguruskan projek ini agak menarik kerana kami berjaya menampilkan identiti pemilik syarikat Dayang Beauty Secret sendiri. Warna tema pink dan gold sangat sesuai dengan beliau dan produk yang beliau keluarkan juga sinonim untuk kegunaan wanita di luar sana.




Jika anda berminat untuk mempunyai pejabat dengan ciri-ciri dan identiti tersendiri:


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:


ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


Wednesday, June 21, 2017

Kabinet Dapur Alam Impian, Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang rajin singgah di blog saya. Kali ini saya akan kongsikan rekaan kabinet dapur di rumah pelanggan Ilusi Hafiezd Design di Alam Impian, Shah Alam.

Untuk pengetahuan semua, pada awalnya pelanggan kami hanya mahu menggunakan khidmat dekorasi kami sahaja. Untuk kabinet dapur, beliau mahu menggunakan khidmat daripada sebuah syarikat kabinet dapur terkenal. Namun kami menawarkan diri untuk membantu beliau membuat perbandingan harga dengan membawa beliau ke pameran hiasan dalaman supaya minda beliau lebih terbuka dengan harga dan material yang jauh lebih murah dan berkualiti sehingga beliau langsung berminat dengan khidmat rekaan dalaman kami.


*Ruang dapur asal sebelum diubahsuai*

Selain membuat rekaan yang lebih kompak dan menarik, harga kabinet dapur yang kami tawarkan jauh lebih murah berbanding syarikat tersebut. Material yang kami gunakan untuk kabinet dapur ini ialah melamine dan acrylic untuk bahagian pintu, quartz stone untuk counter top dan decorative tiles untuk dinding dapur. Walaupun ruang dapur ini kecil namun rekaannya masih nampak elegan dan menarik disebabkan pembuatan kabinetnya kemas dan teliti, betul tak?


 *Material Pintu- Melamine & Acrylic, Counter Top- Quartz Stone & Backsplash - Decorative Tiles*

 *Tall Oven, Fridge Cabinet & Breakfast Table*

*Ruang memasak yang kompak & praktikal*

Kami juga membantu beliau menguruskan proses pembuatan kabinet, penambahan power point, ubah kedudukan paip (perlu diubah kerana sink yang baru dibeli lebih dalam berbanding yang sedia ada), pemasangan wall tiles, pemasangan lampu dan banyak lagi.


*Aksesori Dapur - Tandem*

*Aksesori Dapur - Pull-out Tray*

*Aksesori Dapur - Dishrack*

*Eubiq System*

Pelanggan kami tidak perlu pening kepala untuk menguruskan keseluruhan proses renovasi seorang diri apabila menggunakan khidmat Pereka Dalaman seperti kami. Beliau tak perlu bergegas ke site untuk membuka pintu, memantau setiap kerja kontraktor yang berbeza-beza di site dan tak perlu merancang sendiri susun atur dapur kerana kami telah membantu beliau menyediakan lukisan 2D dan 3D untuk dapur beliau sendiri.




*Lukisan 2D*

Untuk pengetahuan semua, lukisan 2D dan 3D ini adalah sangat penting dalam proses pembuatan kabinet dapur. Lukisan 2D yang pereka dalaman hasilkan dapat memberitahu ukuran penuh sebuah dapur, material yang digunakan, saiz barangan elektrik seperti peti sejuk, oven dan microwave, aksesori dapur, kedudukan power point dan banyak lagi. Lukisan 3D pula memudahkan pelanggan melihat idea rekaan sesebuah ruang dengan lebih jelas sebelum proses renovasi sesebuah ruang dilakukan. Pelanggan dapat melihat warna material yang digunakan, pencahayaan dalam ruang selain susun atur kabinet dalam ruang itu sendiri.



*Lukisan 3D / 3D Visuals*

Hasilnya, dengan kos konsultansi dan lukisan satu ruang yang kurang daripada RM1000, pelanggan kami sangat berpuas hati dengan rekaan dapur beliau ini. Kami bersyukur kerana dipertemukan dengan pelanggan yang percaya dengan design dan kepakaran kami. Beliau mengakui yang kami banyak membantu beliau menguruskan proses renovasi keseluruhan rumah kerana beliau seorang yang agak sibuk dan terpaksa menguruskan segalanya sendiri.



Berminat untuk ada Kabinet Dapur di dalam rumah anda?


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:
ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 
Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!