Semalam ialah Hari Lahir saya yang ke 27. Cinta telah datang dan bagi saya bunga ni. (Tak tahulah berapa harganya. Tak berani nak tanya. Haha.) Apa-apa pun inilah bunga pertama daripada Cinta selepas 4 tahun. Harap ada lagi bunga untuk tahun-tahun berikutnya. ^_^
Tuesday, February 7, 2012
Friday, January 13, 2012
Dhuha
Tajuk: Dhuha
Penyanyi: Sahrul Gunawan
Ku berdoa, dalam dhuha
Dua tangan menadah, ku meminta
Limpahan rahmat, limpahan rizki
Rizki halal dan baik, yang Kau ridhoi
Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan…
Ku tertunduk dan bersila
Dua mata terpejam, khusuk berdoa
Sajadah panjang, basah terbentang
Airmata menetes, mohon dikabulkan
Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan…
Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan…
Bila masih haram, Engkau sucikan
Bila masih kotor, Engkau bersihkan
Tuhan…
Semoga ALLAH s.w.t. murahkan rezeki kita semua.. Amin~
**Sorry lama tak update blog. Melalui awal Januari yang pasrah lagi berserah..huhu.. T_T
Wednesday, December 28, 2011
Bulan Perkahwinan
Bulan November dan Disember ni memang boleh digelar sebagai *Bulan Perkahwinan*. Boleh dikatakan setiap minggu aku terpaksa ambil cuti pada hari Sabtu sebab nak datang kenduri dan ada juga yang terpaksa ditolak jemputannya sebab terlalu banyak majlis dalam satu hari.
Bermula akhir November, dua orang budak sekolah menengah aku kebetulan kahwin pada hari yang sama. Kebetulan juga dua-dua kahwin di Negeri Sembilan jadi aku terpaksa menggunakan *driver import* dari Melaka untuk teman aku ke sana. Memang banyak ujian masa nak pergi tu dan salah satu ujiannya ialah tayar aku pecah masa kat Jalan Kuala Pilah. Sabar jela. Alhamdulillah masa nak balik tu perjalanan ok dan dapat satu pengajaran yang tak diduga... (Pengajaran apa? Adala... Hihi. ^_______^)
*Nurul Nadiah dan Saiful Hisham*
(26 November 2011)
Majlis Perkahwinan pertama ni ialah majlis kahwin sahabat baik aku masa sekolah menengah - Nadiah. Dulu kami berkawan baik 4 orang tapi sekarang tinggal 3 orang je sebab seorang lagi dah MIA. Haha. Walaupun terpaksa menempuh ujian sepanjang perjalanan, (kebetulan masa sampai hujan lebat pula, habis baju basah!) Tapi alhamdulillah dapat juga datang kenduri dia sebab Nadiah ni memang sahabat yang setia dengan aku. Walaupun jarang jumpa, tapi tak pernah lost contact dan kalau contact tu memang banyak cerita boleh dikongsi. Apa-apa pun tahniah Nadiah. Memang eloklah jodohnya orang Kuala Pilah, lepas tu bertugas di Hospital Kuala Pilah bersama-sama pula. Orang kata apa, 'jodoh orang dekat'? Heh.
*Geng kembar- Laila dan Laily bersama pengantin - Mashitah*
(26 November 2011)
Mashitah atau Machit ni kawan satu kelas dan satu dorm dengan aku di sekolah menengah aku dulu. Memang ramai budak sekolah aku kahwin pada hari yang sama hari tu tapi aku baik dengan dua orang ni je. Takde kerja aku nak tawaf satu Negeri Sembilan nak pergi majlis semua orang. Haha. Machit ni rajin pergi kenduri kahwin semua orang dan boleh dikatakan dia ada connection dengan kebanyakan budak sekolah kami. Mungkin sebab itulah majlis dia paling ramai orang datang. Kot. ^_~
*Sempat bergambar dengan Aina dan bakal ibu- Farhana / Paan*
*Pasangan Erni Dekritawati Yuliana dan Khamarul*
(4 Disember 2011)
Perkahwinan pada bulan Disember pertama yang aku hadir ialah Majlis Perkahwinan Rita atau Erni (masa sekolah kami panggil dia Erni) dan Khamarul. Rasanya sesetengah orang tahu siapa Erni ni. Aku tak mahu ulas panjang pasal background family dia sebab aku kenal dia masa sekolah rendah di Convent Bukit Nanas 1 dulu sebagai kawan sekelas. Nak kata rapat tu bolehlah juga sebab walau aku dah pindah sekolah menengah lain pun Friendster dan Facebook dia aku ada. Dia ni memang langsung tak sombong dan happy-go-lucky masa aku kenal dia dulu. Alhamdulillah dia dah jumpa jodoh yang terbaik dan harap dapat jaga dia lepas ni. Amin~
Tuesday, December 27, 2011
Patah Seribu
Lagu ni buat aku menangis sekali masa drive. Aduhai... Tak tahu kenapa bila dengar teringat *orang jauh*... T_T
Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…
Nak tengok versi yang kedua klik sini ok.
Thursday, December 8, 2011
Belajar Bidang Seni Reka Dalaman (Interior Design)
"Sis..susahkah belajar course interior design? Boleh bagi tips tak?"
Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, aku dah lebih dua tahun habis belajar Interior Design atau Seni Reka Dalaman. Dulu aku belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM dan ada Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka (Seni Reka Dalaman) atau dalam Bahasa Inggerisnya Bachelor of Applied Arts and Design (Interior Design) atau AAD (ID).
*Bukti ada Degree. Haha*
Sebelum dapat ambil kos ni, aku masuk Matrik UIA (sekarang dah panggil Pusat Asasi) ambil jurusan Senibina atau Architecture. Masa di matrik kami belajar perkara-perkara asas untuk design seperti sketches, drawing manually (melukis secara manual), modelling (buat model pakai *gam panas* yang akhirnya melekatkan jari - bukannya melekatkan model!) dan banyak lagi.
Selepas matrik barulah aku sambung degree ambil AAD. Dalam AAD ada lagi 3 kursus atau majoring yang ditawarkan iaitu Industrial Design, Conservation Design dan kos yang paling best yang aku tak pernah menyesal ambil - Interior Design.
*Studiomates AAD yang BEST!*
Kenapa aku kata Interior Design atau ID best? ID ni best sebab bidang ni warna-warni. Haha. (Gelak jap. Betul ke statement ni?) Hakikatnya, di sebalik bidang yang berwarna-warni ini memang banyak sangat perkara yang perlu ditempuh dan dilalui semasa aku ambil kos ni. Jadi di sini aku kongsi serba sedikit pengalaman dan tips untuk belajar jurusan Seni Reka Dalaman ni.
1. Perlu banyak Idea dan Kreatif
Untuk pengetahuan semua, kos ID ni tak memerlukan seseorang itu perlu sangat pandai melukis. Sebenarnya tak guna juga kalau korang pandai melukis, tapi idea takde atau idea yang diberi tak logik! Idea tu mesti datang dengan research atau kajian terlebih dahulu sebelum nak diaplikasikan ke dalam design. Kalau idea korang hebat macam mana pun, contohnya nak buat rumah penuh dengan glass atau kaca tapi korang tak tahu macam mana nak construct atau boleh tak benda tu construct, tak guna juga kan? Sebab itulah pentingnya ada kesungguhan untuk membuat kajian sebelum design.
Seorang pereka juga perlu belajar *meniru* sebelum mereka atau mencipta sesuatu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya idea yang kita fikirkan itu mungkin pernah direka dan dicipta oleh orang lain sebelum kita. Tapi kita tak patut tiru bulat-bulat idea mereka sebaliknya kita perlu meniru dan menjadikan ciptaan itu lebih baik dari yang sebelumnya. That's why, design means - solving problems!
Lagi satu, macam mana nak jadi kreatif? Jawapannya sama macam di atas. Perlu ada kesungguhan dan kerajinan dalam mencari idea iaitu melalui majalah, internet dan buku-buku design yang ada kat muka bumi ni. Masa zaman aku belajar dulu, hari pertama studio, dapat je 1st project, petang tu aku dan kawan-kawan dah pergi serbu library UIA untuk pinjam buku sebelum orang lain dapat dulu. (Maafkan saya ex-studiomates!) Tapi sekarang dah kerja setiap kali sebelum mula design, aku akan ambil masa satu hingga dua jam tengok gambar-gambar kat internet sambil sketch *bodoh-bodoh* kat atas kertas sebelum aku mulakan design di 3D.
*Contoh Image Board zaman aku belajar dulu.*
Subscribe to:
Posts (Atom)