Tuesday, July 26, 2011

Kisah Hitam Putih - Cosmos Blackout


Pada 13 Julai 1977, pemain pertahanan Brazil, Carlos Alberto Torres telah datang ke New York untuk menyertai pasukan Bola Sepak New York Cosmos. Kebetulan pada hari yang sama beliau datang, seluruh bandar New York telah terputus bekalan elektrik atau blackout. Kejadian blackout itu telah menyebabkan bandar yang tidak pernah tidur itu menjadi kucar-kacir.




Video hitam putih ini diinspirasikan berdasarkan kejadian yang berlaku kepada Carlos Alberto Torres pada waktu terjadinya blackout tersebut. Walaupun dia tiba pada waktu yang salah namun kehadirannya telah membantu mengubah takdir pasukan New York Cosmos yang dahulunya berada di tangga yang corot sehingga menjadi pasukan yang berjaya merangkul johan dalam arena bola sepak Amerika.


P/S: Diharapkan pasukan Harimau Malaya dapat menewaskan pasukan Singapura untuk Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 minggu ini. Malaysia Boleh!

Sumber:

Tuesday, July 19, 2011

KAGUM III



"KAGUM dengan *ciptaan Tuhan (manusia)*. Tapi lagi KAGUM kalau mereka *Tak ambil gambar sendiri banyak-banyak dengan gaya yang....* "

(Please stop being *Narcissism*!)