Tuesday, January 18, 2011

Dilema: KERJA atau MENGAJAR?


Aku suka kerja.
*Meja saya lagi bersepah daripada yang ini*

Aku suka kerja sebab dapat belajar benda baru. Aku suka belajar benda yang aku minat. Terutama tentang design. Hari-hari sebelum mula design aku mesti usha satu majalah, atau search daripada Internet gambar-gambar terbaru atau design yang ada dalam dunia. Everyday is a new day. Hari ni orang buat kereta jalan atas darat. Suatu hari nanti orang buat kereta jalan atas air, siapa tahu? Huhu. (Bila pulak aku design kereta. Viva aku pun dah lama tak basuh!)

Monday, January 17, 2011

KEBAHAGIAAN



P/s: Hari ni sibuk edit blog. Hasilnya lebih kurang sama dengan yang lama. Haha. Teringin nak belajar *tukar font* yang sedia ada dalam blog. Ada sesiapa yang tahu?

Saturday, January 15, 2011

Mari Susun BUKU!


Adakah anda suka membaca? Adakah anda punya beratus-ratus buah buku? Adakah anda seorang yang pembersih yang sentiasa mahu rumah anda kelihatan teratur? Jika ya, silalah pasang sebuah rak buku!

*Muka mamat hensem pura-pura baca buku*

Cet,bunyi macam promote produk pelangsingan je kan? Hoho. Aku sebagai *pereka kabinet* sangat suka kalau orang tempah pasang rak buku daripada company aku. Satu sebab orang tu semestinya cintakan ilmu. (Ye ke?) Orang tu juga mesti nak rumah dia kemas dan tak serabut. Satu lagi ialah kerana orang tu nak bagi duit kat akulah kan. Haha.


Sebenarnya memang berlambak rak buku yang korang boleh beli terus daripada kedai perabot pasang siap. Contohnya rak buku IKEA. Majoriti rumah orang KL ni mesti ada satu barang IKEA. Tapi terus-terang aku cakap, kalau kita nak rumah kita nampak *istimewa* atau lain daripada orang lain, apa kata kita tempah atau customize kita punya rekaan rak buku khas buat diri sendiri?


Kos untuk memasang rak buku sebenarnya taklah begitu mahal. Semuanya bergantung kepada saiz dan material yang kita pilih. Rak buku tersebut akan kelihatan istimewa bila kita letakkan idea kita sendiri dalam rekaannya. Lantas kita akan gembira dan puas hati bila rak buku yang kita ada tu satu-satunya ada di dalam dunia! Hebat bukan?

Di sini aku kongsi gambar-gambar rekaan rak buku yang aku *kutip* daripada internet. Setiap rak buku ada keistimewaan masing-masing. Setiap rekaannya juga punya fungsi dan cara letak buku yang berlainan daripada yang lain. 


*Rak pink. Susun buku tak semestinya menegak!*

Thursday, January 13, 2011

Lagu Muhasabah Diri (Kiblatku-Hazami)



Kiblatku - Hazami 

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Chorus
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu…

Lama aku tak post entri *lagu* kat blog ni. Disebabkan kesibukan flirting meeting with *client*, aku post lagu ni. Lagu ni aku selalu dengar kat Hot.fm Refleksi dari pukul 7 hingga 8 malam. Tengah-tengah drive memang *layan* la.

Pendapat aku, bagus Hot.fm Refleksi ni sebab dia siarkan lagu-lagu nasyid dan lagu yang menenangkan berbanding lagu-lagu yang buat *sakit jantung* masa driving. Hoho. Lebih bagus bila diselangi tazkirah daripada Prof. Madya Izzi (Izzudin) Haji Ali. Best gak dengar dia beri peringatan dan berceloteh. Apa yang tak best Hot.fm tak siarkan azan masa tu. Adeh. Maka terpaksalah aku tukar Era.fm untuk dengar azan berkumandang. Huhu.

Berbalik kepada lagu *Kiblatku* ni, aku tak sure ni album Hazami yang ke berapa. Kalau Hot.fm tak pasang, mesti tak pernah dengar. Walaupun ni bukan lagu nasyid, tapi lagu ni juga sebagai salah satu cara kita nak *muhasabah diri*. Liriknya menunjukkan seseorang tu ingin berubah kepada yang lebih baik. Harapan insan yang ingin berubah itu, Allah s.w.t. menunjukkannya ke *kiblat* atau jalan yang benar andai dia alpa dengan kehidupan di dunia ni.

Jadi berbanding lagu Ana Raffali yang menang AJL tu, aku 100 kali lebih suka dengar lagu ni. Haha. Maaf ya peminat Ana, saya tak suka orang nyanyi dalam *sangkar* pastu buat magik tukar baju pula. (Ada kena-mengena dengan lagu ke?) Rasa macam tiru persembahan Faizal Tahir dengan Hafiz pun ada gak. Hoho.

Oh, maaf termelalut! Sila layan lagu di atas. Tata.

Wednesday, January 12, 2011

Deeply Love



P/s: Saja main Brush Photoshop. Speaker rosak. 
Terbantut nak tengok cerita Korea. =(