Showing posts with label Bilik tidur. Show all posts
Showing posts with label Bilik tidur. Show all posts

Wednesday, August 27, 2025

Boleh ke bilik sempit letak banyak perabot?


Boleh ke bilik sempit letak banyak perabot?

Dulu kami ada satu projek Interior Design di Kajang. Client nak makeover salah satu bilik tidur di tingkat bawah untuk dijadikan Master Bedroom. Rumah asalnya adalah jenis Semi-D. 

Tapi disebabkan masa renovate tak buat proper furniture layout plan, kebanyakan bilik dalam rumah adalah sempit & kecil. 



Masa buat 3D visual & layout plan, suami client tak percaya & tanya:

"Betul ke hujung katil ada ruang jalan sebesar tu? Lebih 2 kaki?"



Kami beritahu yang kami dah ukur bilik & buat Furniture Plan. Selalunya bila kita tengok ruang dalam bilik kita akan rasa ruang tu sempit. Tapi bila kita buat susun atur ruang guna proper layout plan, insya-Allah banyak perabot & barang lain akan muat diletakkan ke dalam bilik.




Alhamdulillah. Hasilnya bilik ini dilengkapi dengan: 
- Wardrobe 
- Bedhead with fluted panel & mirror 
- Queen size bed 
- Working table with book cabinet 
- Open cabinet & drawer 
- Towel & sejadah cabinet







Kami design bilik ini dengan konsep Japandi & compact living. Setiap kabinet yang ada mempunyai banyak fungsi. 

Contohnya side table di kepala katil ada plug point untuk client charge mesin kesihatan miliknya & ada lampu untuk membaca.


Selain tu, kabinet towel & sejadah ada pintu yang berlubang supaya udara dapat keluar masuk kabinet.


Bila Interior Designer design bilik tidur, kami akan susun atur bilik & design ikut keperluan client kami. Design setiap client berbeza dan takkan sama dengan client yang lain.

Alhamdulillah client kami sangat berpuas hati dengan design master bedroom ni. Kalau berminat nak buat Interior Design Bilik Tidur boleh contact Ilusi Hafiezd Design ok.😉


Nak buat Interior Design Rumah?
Whatsapp/ Click link: wa.me/60122496649

Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#InteriorDesign
#TipsRekabentukDalaman
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerCyberjaya
#InteriorDesignerShahAlam
#InteriorDesignerPutrajaya
#InteriorDesignerBangsar
#InteriorDesignerPuncakAlam
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerSeriKembangan
#InteriorDesignerPuchong
#BilikTidur
#BedroomDesign
#BilikTidurJapandi
#JapandiDesign
#MakeoverBilikTidur


Monday, September 2, 2024

Interior Design Bilik Tidur oleh Ilusi Hafiezd Design


Gambar-gambar Interior Design Bilik Tidur oleh Ilusi Hafiezd Design.

Bila compiled semua hasil kerja, barulah nampak berapa banyak bedroom kami dah design sepanjang 10 tahun buat bisnes Interior Design ni. Alhamdulillah.

Saja nak share, antara barang atau kabinet yang boleh ada dalam Bilik Tidur/ Bedroom ialah:

1. Katil dengan Kepala Katil/ Bed head


2. Almari Baju/ Wardrobe


3. Meja Solek


4. Meja Kerja/Meja Belajar


5. Meja Sisi/ Side Table


6. Kabinet TV



7. Kabinet beg/ Handbag Display


6. Kabinet Buku


8. Bangku/ Bay Seater/ Bench


9. Kabinet Towel/ Towel Cabinet


10. Kabinet Sejadah & Telekung


11. Almari Tudung & Aksesori


Semua barang-barang ni boleh diletakkan dalam Bilik Tidur bergantung kepada saiz ruang, bajet & keperluan kita. Tapi bagi saya wardrobe, side table, meja kerja & Towel Cabinet adalah antara benda yang saya perlukan dalam Bilik Tidur.

Side table penting untuk letak handphone, cermin mata atau lampu tidur. Lagi best kalau dekat dengan plug point supaya senang nak charge telephone sebelum tidur.

Towel Cabinet/ Kabinet Sejadah pula best ada untuk letak towel/ sejadah at proper place. Kami selalunya akan design build-in towel cabinet for our clients with decorative door. Pintu kabinet juga kami design khas & ada lubang untuk pengudaraan dalam kabinet.

Jadi kalau nak design Bilik Tidur, pastikan anda buat Space Planning & rancang apa nak letak dalam tu awal-awal.

Pilih saiz katil & perabot yang sesuai dalam Bilik Tidur. Selepas itu bolehlah tetapkan lokasi di mana nak letakkan barang-barang tadi ok.

#IlusiHafiezdDesign
#perekadalaman
#interiordesigner
#bedroomdesign
#biliktidur
#bedroomdecor
#decor
#interiordesign
#TipsRekaBentukDalaman


Wednesday, December 13, 2023

Bilik Menggosok Pakaian/ Ironing Room


Bilik Menggosok Pakaian atau Ironing Room ni boleh digabungkan dengan Laundry Room tapi ramai juga yang lebih suka asingkan daripada ruang yang sama terletaknya washing machine & dryer.


Ironing Room sangat penting untuk mereka yang ada ahli keluarga yang ramai. Di situlah salah satu ruang yang kita akan berdiri lama sebab kena gosok baju, daripada baju sendiri hinggalah baju suami & anak-anak kita.


Antara perkara yang perlu take note untuk Bilik Menggosok Pakaian:

1. Tempat meletak ironing board.

Kena tahu saiz ironing board dan cara menyimpannya. Ada orang suka lipat, gantung & ada yang suka biarkannya terbuka. Nak menggosok, terus boleh guna.

Ada juga yang suka jenis built-in atau bersambung dengan kabinet. Jenis ni selalunya saiz agak kecil & tak berapa sesuai untuk gosok pakaian yang besar.

2. Tempat menggantung pakaian.

Boleh beli rak yang mudah alih untuk menggantung pakaian setelah digosok. Tapi yang terbaik ialah buat almari pakaian khas untuk gantung pakaian-pakaian tersebut.


Kebanyakan client kami suka almari tertutup tapi ada juga yang suka penyidai yang terbuka supaya senang nak capai baju yang dah digosok.

3. Tempat menyimpan seterika

Ada banyak jenis seterika di pasaran. Tapi sekarang yang paling famous yang jenis steam iron besar tu. Memang best guna sebab tak perlu risau pakaian 'terbakar' macam seterika zaman dulu.


Terpulang kepada anda untuk sediakan kabinet khas untuk simpan seterika tersebut atau boleh biarkan ia berada di atas iron board. Sentiasa pastikan suis ditutup, elakkan wayar berselerak & elakkan anak-anak berada di sekitarnya sebagai langkah berjaga-jaga.

4. Plug Point

Kedudukan Plug Point sangat penting di ruang menggosok pakaian. Adakalanya lokasi plug point buatkan kita susah nak adjust arah kedudukan iron board.

Jadi kalau kedudukan plug point tu susah nak access, boleh je adjust or relocate the plug point to suit with your space. Selalunya client kami akan request adjust plug point berada di atas lebih 4 kaki dari lantai supaya tak perlu membongkok untuk menghidupkan suis.

5. Ruang penstoran tambahan

Selain almari pakaian, boleh juga tambahkan kabinet lain untuk simpan pakaian lain. Alang-alang dah ada bilik atau ruang khas, boleh tambah laci untuk simpan stoking, tali leher atau anak tudung supaya senang nak cari.


Boleh rujuk idea-idea dalam gambar ni untuk buat Bilik Menggosok Pakaian atau Ironing Room. Semoga tips-tips ni membantu & kalau takde idea nak design ironing room boleh hire Ilusi HafiEzd Design as your Interior Designer ya.





p/s: Teringat zaman tinggal di asrama ada bilik iron baju. Tak ingat berapa banyak pakaian yang telah 'dibakar' oleh 'seterika antik' yang dikongsi dalam bilik tu.


Friday, November 24, 2023

3D vs Reality


Bagaimana kami mampu hasilkan interior design rumah 70% sama dengan 3D visual?

1. Kami buat sendiri 3D & tak pernah upah freelance.


3D vs Reality: Bilik Tidur/ Master Bedroom, Desa Pinggiran Putra.

2. Kami buat 3D mengikut material, perabot, lampu dan barang-barang yang betul-betul ada di pasaran.


3D vs Reality: Ruang Dapur/ Kitchen, Aman Putri, Sungai Buloh.

3. Kami hasilkan sendiri ID detail drawings atau lukisan kabinet mengikut saiz yang kami ukur sendiri di site.


3D vs Reality: Ruang Tamu/ Living Area, Taman Tasik Semenyih.

4. Kami jadi Project Manager di site, pastikan construction & design yang kami buat ikut 3D & drawings kami.


3D vs Reality: Bilik Tidur/ Bedroom, 1080 Residence Kajang.

5. Paling penting ialah ILMU & PENGALAMAN lebih 15 tahun yang kami ada dalam bidang Interior Design & Architecture. Pengalaman-pengalaman ni yang bantu kami buat design yang terbaik buat semua clients kami. Insya-Allah.


3D vs Reality: Ruang Dobi, Basuh & Jemur Pakaian/ Laundry Area, Bandar Baru Bangi.

Alhamdulillah kebanyakan client happy tengok design hampir sama dengan 3D. Barulah rasa berbaloi bayar ID design fee. Betul tak? 😉


3D vs Reality: Ruang Tangga/ Staircase Area, Elmina Green Shah Alam.

Berminat untuk membuat Interior Design & renovasi rumah dengan kami?

Whatsapp: wa.me/60122496649

Copyright by Ilusi Hafiezd Design 2023

#IlusiHafiezdDesign #InteriorDesigner #PerekaDalaman #InteriorDesign #3DvsReality #3DDesign