Malaysia ni nak jadi negara maju katanya pada tahun 2020. Hari ni dah 2011 bermakna lagi 9 tahun insya-Allah sasaran itu bakal terlaksana. Agak-agak korang rasa boleh capai tak? Aku bukan memandang rendah keupayaan Malaysia untuk maju. Tapi bagi aku benda pertama orang akan lihat dan nilai dalam negara maju ialah *pembangunan* yang berlaku di negara tersebut. Betul tak? Bila sebut tentang pembangunan mestilah berkait dengan *bangunan* yang ada di Malaysia ni. Jadi agak-agak korang nampak ke betapa membangunannya Malaysia sekarang?
Sebut KLCC semua orang tahu. KLCC pernah jadi antara bangunan tertinggi di dunia. Seterusnya Menara Kuala Lumpur yang memang tinggi kerana berada di atas Bukit Nanas itu. Huhu. Lepas tu ada pula cita-cita tinggi nak buat Bangunan PNB 100 tingkat dengan nilai 5 Billion. (Bagi saya sikit duit tu boleh? Erm.) Sejujurnya aku nak tanya, ada bangunan tinggi ni, bangunan lama yang sudah sedia wujud nak buat apa? Dirobohkan? Atau dibiar jadi *rumah hantu*? Hihi.
Beberapa tahun yang lepas, aku dan studiomates aku berpeluang melawat ke Singapurasebagai negara kajian bagi subjek *Heritage Study* kami. Banyak tempat yang kami lawati. Tapi tempat *favourite* aku ialah Clark Quay yang terletak berdekatan dengan River Valley. Aku suka tempat ni bukan sebab tempatnya adalah kawasan untuk bersuka ria malam-malam buta, tapi sebab cara *pemuliharaan* bangunan yang mereka lakukan terhadap bangunan-bangunan lama di situ.
Kawasan Clark Quay yang pada asalnya adalah *pasar jual ikan* mempunyai banyak rumah-rumah kedai lama yang terbina kukuh di tebing sungai Singapura yang mengalir. (Macam area Petaling Street di Kuala Lumpur). Semua rumah kedai tersebut telah dibaik pulih dan dicat dengan warna-warna terang yang menarik untuk tatapan mata yang datang melawat. Kombinasi lama dan baru yang dijadikan *konsep* utama untuk membangunkan kawasan tersebut memperlihatkan kesungguhan kerajaan Singapura untuk memelihara dan memulihara kembali bangunan-bangunan lama di negara tersebut.
Kat sini aku bukan nak puji *sungguh-sungguh* Singapura. Cuma aku lihat Singapura belajar daripada kesilapan mereka yang banyak merobohkan bangunan-bangunan lama sebelum ini termasuk Studio Jalan Ampas yang menyimpan 1000 kenangan semasa era perfileman Melayu. Kesungguhan kerajaan Singapura untuk membaikpulih bangunan-bangunan lama yang sedia ada patut dicontohi oleh kerajaan Malaysia juga.
Sebenarnya ada beberapa buah negeri sudah mula menyedari hakikat betapa pentingnya memulihara bangunan-bangunan lama di Malaysia. Contohnya di Georgetown dan Melaka, dua kawasan yang menjadi Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada Julai 2008. Kedua-dua tempat ini terkenal dengan budaya dan adat resam keturunan Baba Nyonya, Chetti, Portugis, Chingay dan lain-lain.
Aku cukup suka dengan bangunan-bangunan rumah kedai lama yang diberi nafas baru di Melaka. Kebetulan Degree Project aku berkenaan Baba Nyonya Heritage Centre jadi aku banyak kali pergi melawat Melaka untuk melihat ciri-ciri bangunan-bangunan lama di situ. Kebanyakan rumah-rumah kedai yang panjangnya melebihi 100 kaki itu dibina sejak zaman penjajah lagi. Kini bangunan-bangunan rumah kedai tersebut kebanyakannya dijadikan hotel dan dikomersialkan untuk menjadi tarikan utama pelancong.
Pada pendapat akulah kan, daripada sibuk bina bangunan tinggi-tinggi, baik pelihara bangunan yang sedia ada. Tak kiralah bangunan tu dibina zaman bila, tapi sekurang-kurangnya, apa kata tolong cat bangunan tu kepada warna yang lebih *meriah* sikit. Bangunan pertama yang patut dibaik pulih ialah bangunan milik kerajaan sendiri. Tak *segan* ke bila dengar berita siling bangunan, lantai dan bumbung sekolah runtuh? Malah, tidakkah hati rasa kasihan melihat hospital dan klinik kerajaan yang sudah uzur keadaan bangunannya?
Walau bagaimanapun, ada juga kawasan-kawasan di Kuala Lumpur ni yang ada inisiatif untuk memperbaiki keadaan bangunan yang sudah kusam. Contohnya flat-flat lama yang boleh dilihat di sekitar jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Ada yang dah dicat dengan warna baru. Tahniah diucapkan. (Ikhlas ok) Sayangnya flat-flat yang dibina ni tiada tempat ampaian yang sesuai. Jadi ada pula *warna-warna tambahan* daripada pakaian-pakaian yang disidai di luar tingkap. Ouch!
Pesanan aku untuk semua yang nak mengubahsuai rumah atau bangunan, tak kira dalam atau luar, cuba jangan guna warna selamat iaitu putih lagi. Warna krim pun kalau boleh elak. Sebabnya, kalau nak tunjukkan bangunan atau rumah anda ada *gaya*, beranikan diri menggunakan warna yang lebih moden dan menarik seperti coklat koko atau coklat pucat. Kalau anda mahu cadangan lain, cuba gunakan kroma kelabu sebagai warna facade supaya rumah atau bangunan nampak lebih neutral dan tidak serabut.
Aku harap, mesej yang aku sampaikan ni berguna untuk kepentingan semua. Ini adalah pendapat peribadi aku. Kalau tak sokong takpe. Heh. Apa-apa pun, enjoy video Nippon Paint aku tujukan untuk semua rakyat Malaysia. Salam Tahun Baru!
suke artikel ko nie.. baru terbaca.. yezz stuju ngn pendapat ko jgn gune white utk bangunan lagi..huhu n satu lagi flat2 lama di KL harus bersih seperti di singapore!! sekian..:D
suke artikel ko nie..
ReplyDeletebaru terbaca..
yezz stuju ngn pendapat ko jgn gune white utk bangunan lagi..huhu
n satu lagi flat2 lama di KL harus bersih seperti di singapore!! sekian..:D
Baru terbaca?hoho.masa edit gmbr Clark Quay ni aku teringt ko gak.kita sama2 buat presentation utk area tu kan..huhu...rindu kenangan kat Singapore!
ReplyDeletehoho...entri lama neh..dan 2 bulan..
ReplyDeletekih3..
btw nice kn singapura..
lu interior designer kan? msti nak je lu cat2 malaysia mcm singapura..
hahahhaa
Bact!
ReplyDeleteLama tak bukak blog hang...nanti kubaca...aah..nak sgt cat smua bangunan..hihi