Tuesday, April 4, 2017

Rekaan Dalaman dan Dekorasi Perpustakaan Jepun




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni saja nak kongsi salah satu projek dekorasi Perpustakaan yang Ilusi Hafiezd Design dah buat pada tahun lepas. Projek ni boleh dikatakan antara projek dekorasi komersial pertama yang kami berjaya siapkan. Paling tak sangka, hanya kami suami isteri uruskan projek ni berdua dalam tempoh waktu sebelum bersalin dan selepas bersalin. Huhu.



Perpustakaan Shizuoka atau Shizuoka Library terletak di MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE, Beranang, Semenyih. Perpustakaan ini merupakan bangunan 2 tingkat yang terdiri daripada ruang masuk, lobi, kawasan tangga, makmal komputer, bilik perbincangan, ruang kelas, pejabat pustakawan dan ruang perpustakaan di tingkat dua. Selain itu kami juga diminta untuk upgrade Bilik Mesyuarat berdekatan perpustakaan tersebut.

Sebelum memulakan proses dekorasi, kami telah membuat beberapa research terutama tentang konsep rekaan Jepun atau Japanese Concept. Rekaan asal perpustakaan tidak banyak ciri-ciri Jepun, jadi kami bantu menjadikan ruang nampak ada identiti Jepun dan mengaplikasikan warna-warna yang lebih menarik untuk membuatkan perpustakaan nampak lebih ceria!






Hasil daripada research tersebut juga, kami telah berjaya mengubah setiap ruang di dalam perpustakaan tersebut dengan imej dan identiti Jepun yang lebih menarik. Boleh tengok gambar-gambar transformasi perubahan perpustakaan di bawah ini.

*Ruang Tangga Masuk - Sebelum*

*Ruang Tangga Masuk - Selepas*

Di ruang tangga masuk kami telah diminta untuk menyediakan landskap kecil berkonsepkan Zen. Lanskap ini dilengkapi pokok buluh renek dan lampu pagoda selain rumput artificial.


*Ruang Lobi - Sebelum*




 *Ruang Lobi - Selepas*

Ruang lobi juga telah diubah apabila di ruang masuk kami telah menambah tirai pintu masuk atau Noren Curtain. Di atas Noren curtain kami lukiskan sendiri perkataan Yosoko yang bermaksud "Selamat Datang" dalam Bahasa Jepun. Kami juga mengubah dekorasi lobi dengan menukar bidai kepada warna biru lembut, menambah karpet, meja kopi, kerusi dan sedikit barang-barang tembikar Jepun bagi menjadikan ruang nampak lebih moden dan eksklusif.


 *Ruang Tangga - Sebelum*


  *Ruang Tangga - Selepas*

Ruang di bawah tangga menjadi tempat lepak favorite student. Kami ubah ruang yang asalnya berwarna merah menjadi warna pink. Sweet kan? Haha. Lantai yang flat kami tambahkan tatami mat dan kerusi Jepun - Zaisu Chair. Kami juga menghias dinding ruang tersebut dengan poster klasik Jepun selain menukar rak buku yang lama kepada yang lebih moden.


*Ruang Perpustakaan - Sebelum*




 *Ruang Perpustakaan - Selepas*

Ruang perpustakaan yang asalnya berwarna suram telah diceriakan dengan perubahan warna dinding iaitu biru, merah jampu dan kelabu. Lebih istimewa setiap tiang kami telah balut dengan wallpaper yang betul-betul diimport dari Jepun! Ruangan tangga ke tingkat atas juga kami tambahkan gambar pemandangan Jepun dan payung ala-ala Jepun supaya bila student menaiki tangga mereka dapat fefeeling Jepun gitu!

 *Ruang Kelas - Sebelum*

 *Ruang Kelas - Selepas*

  *Makmal Komputer - Sebelum*

 *Makmal Komputer - Selepas*

  *Bilik Perbincangan - Sebelum*

  *Bilik Perbincangan - Selepas*

   *Bilik Mesyuarat - Sebelum*


   *Bilik Mesyuarat - Selepas*

Kami turut mengubahsuai ruang Bilik Mesyuarat dengan menukar skirting baru untuk meja mesyuarat. Bilik yang pada asalnya tidak mempunyai banyak source power point kami tambahkan dengan sistem power point mudah alih - Eubiq system.

Alhamdulillah kami berjaya mengubahsuai keseluruhan Perpustakaan Shizuoka dengan imej yang lebih moden dan menarik apabila menggunakan skema warna yang tepat dan bersesuaian dengan perpustakaan tersebut. Untuk melihat hasil keseluruhan perpustakaan anda boleh klik link ini.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Shizuoka, MJII terutama kepada Pustakawan bernama Puan Hidayah kerana memilih kami untuk melaksanakan dekorasi perpustakaan tersebut. Jika anda juga berminat untuk mengubahsuai pejabat atau perpustakaan, boleh email kami di ilusihafiezd@gmail.com. Terima kasih.

Wednesday, March 8, 2017

Kedai Perabot Designer Furniture



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saja nak share salah satu kedai perabot yang menjual Designer Furniture dengan harga yang berpatutan. Untuk pengetahuan semua, designer furniture ni boleh jadi perabot-perabot yang direka oleh designer furniture mengikut zaman dan boleh juga dikatakan jenis-jenis perabot yang ada konsep dan rekaannya yang tersendiri. Ok, boleh tengok contoh-contoh Designer Furnitures yang famous dalam dunia ni dalam gambar di bawah.


Mesti ramai yang mempertikaikan, kenapa Designer Furniture ni mahal sangat ya? Semestinya harga Designer Furniture sangat mahal disebabkan rekaan perabot adalah sangat eksklusif, ada konsep tersendiri, ada ciri-ciri ergonomik dan yang paling *mahal* kerana pereka yang menghasilkannya ialah orang yang ternama atau famous designer pada zaman tersebut. Contoh Designer yang terkenal pada zaman sekarang ialah Philippe Starck dan Karim Rashid. (Klik untuk view profile beliau)


Setelah bertahun-tahun menyediakan khidmat dekorasi dan banyak kali berjalan-jalan mencari kedai menjual perabot atau Designer furniture yang cantik tapi mampu milik, kami akhirnya terjumpa sebuah kedai di Cheras bernama Lancco .




Kedai ni ada menjual pelbagai Designer Chair yang menarik dan moden. Sorry, kedai ni tak sesuai untuk mereka yang menggemari English Style kerana rekaan di dalamnya lebih kepada stail Skandinavian atau Modern Contemporary. 




Harga furniture juga lebih affortable berbanding kedai-kedai yang kami pernah pergi sebelum ini. Boleh tengok sendiri kat facebook lancco ni diorang bagi offer certain furniture. Disebabkan harga yang berpatutan banyak stok dah habis.

Jadi sesiapa yang berminat nak beli furnitures kat sana boleh sebut nama company kami Ilusi HafiEzd Design dan InsyaAllah anda akan dapat discount daripada owner kedai yang bernama Jeff.

Wednesday, February 22, 2017

Melawat Kilang Pembuatan Kabinet Melamine


Demi menghasilkan kabinet dengan kualiti yang baik dan bermutu tinggi, sebagai ID, kami perlu pilih carpenter yang berpengalaman dalam pembuatan perabot. Jadi untuk kabinet dengan kayu melamin atau melamine board, kami memang stick dengan carpenter yang merangkap ex-boss ku Levin Koh di mana kilangnya terletak di Balakong. (area Jade Hills)



Masa mula-mula jadi Interior designer, tak pernah terfikir pun akan datang tempat macam ni. Tak pernah terfikir nak tengok pintu kabinet buat macam mana, ada handle ke takde, edging pintu macam mana, siapa carpenter dan siapa installer, etc.
Tapi bila dah ada dalam industri ni dan ada bisnes ID sendiri, kena *paksa* diri supaya ambil tahu semua detail ni. Kalau asyik fikir design dan drawing, tak ada inisiatif untuk bergerak dan tak berani tanggung risiko, sudah tentu sekarang masih kerja hadap PC duduk di bawah aircond office. Huhu.




Tak salah bekerja dengan orang dan berkuli untuk menuntut ilmu. Tak salah juga perlahan-lahan kayuh bina nama dalam industri. Tak perlu tamak ambil projek banyak-banyak dan nak buat semua kerja (padahal boleh pass kerja kepada orang lain yang lebih arif). Bisnes yang baik ialah bisnes yang menolong orang lain kaya bersama-sama. Haha. 😂😂
Congratulations to my sifu Levin Koh for opening his own factory in Balakong. May 2017 bring more project & productions to us. 👏🎉🎊
P/s: *I help you, you help me.*Haha.


#ilusihafiezddesign
#kilangkabinet

Saturday, February 11, 2017

3D dan Realiti - Rekabentuk Dalaman


Salah satu cara Perekabentuk Dalaman atau Interior Designer membentangkan design kepada pelanggan adalah dengan menggunakan imej 3D Visual. Kalau dahulu, Perekabentuk Dalaman menunjukkan design melalui hand sketch atau lakaran. Tapi sekarang, kebanyakan designer perlu tahu menggunakan perisian 3D atau 3D software supaya hasil perbentangan lebih jelas dan menarik.
3D visual dapat menunjukkan efek warna, material, pencahayaan dalam ruang dan yang paling penting, susun atur dalam ruang dalaman tersebut. Antara software 3D yang selalu digunakan oleh pereka dalaman atau Interior Designer ialah 3D Studio Max, SketchUp dan InteriCad.

Alhamdulillah kebanyakan 3D visual yang Ilusi Hafiezd Design hasilkan berjaya menjadi realiti. Client pun puas hati sebab apa yang mereka nampak daripada 3D visual boleh jadi 75% sama di site.
Tips menghasilkan 3D visual yang boleh menjadi realiti:

1. Perlu faham construction dan carpentry works. Kena tahu sama ada apa yang kita design itu LOGIK atau boleh tak dihasilkan oleh contractor atau carpenter. Dalam situasi ini, kita perlukan pengalaman di site semasa proses construction dan cabinet installation dijalankan.

2. Pilih material dan perabot yang betul-betul ada di pasaran dan apply ke dalam 3D. Ada banyak jenis material di Malaysia dan kita boleh dapatkan imej material (dalam JPEG), download daripada website atau minta daripada supplier material dan kemudian apply ke dalam 3D.
Untuk perabot pula, pilih model designer furniture sebagai perabot dalam 3D. Kebanyakan 3D model perabot boleh download daripada website 3D model secara percuma. Jika client mahu menggunakan perabot mereka yang sedia ada, hormat pilihan mereka dan cuba sebaik mungkin modelling semula perabot itu ke dalam 3D.


3. Perlu faham penggunaan jenis lampu dan pencahayaan dalam 3D visual. Basic lightings yang kami gunakan ialah downlight, concealed lighting dan sun light. Kalau boleh, dapatkan arah matahari sebenar di site sebelum mengaplikasikan sun light.
Untuk downlight dan concealed lighting pula, pilih ambience sama ada white, warm white atau yellow. 3 jenis ambiences ini akan menentukan effect ruang dalaman sebenar nanti.

4. Pilih contractor atau carpenter yang faham cara kerja kita dan dapat bekerjasama dengan kita. Komunikasi dengan contractor dan carpenter adalah sangat penting supaya mereka faham apa yang kita mahukan. Selain itu, dua orang penting ini juga perlu faham 3D visual dan drawings kita supaya apa yang kita visualisasikan dapat menjadi realiti.


Pengalaman dalam industri Rekabentuk Dalaman ini mengajar kami bahawa 3D Visual dan drawings sangat penting demi memastikan proses renovasi berjalan lancar. Kami sentiasa perlu meyakinkan client supaya invest sedikit untuk 3D Visual dan drawings demi mendapatkan design yang berkualiti dan boleh menepati citarasa mereka.