Thursday, November 17, 2016

Ilusi Hafiezd Design Dalam Majalah Impiana


Majalah Impiana Isu November 2016

Alhamdulillah. Design kami berjaya menjadi cover depan Majalah Impiana terbitan Karangkraf. Salah satu daripada impian sebagai Pereka Dalaman atau Interior Designer sudah tercapai. Happy sangat!

*Rumah client di D'pines Condominium, Ampang*

*Gambar kami suami isteri. ♥♥*

Terima kasih kepada semua yang banyak support kami selama ini. Tak kiralah sama ada yang pernah jadi pelanggan dari tahun 2011 atau pun semua yang rajin like design kami di Facebook atau Instagram. Thank you!



Dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil sekarang, memang kami mengharapkan ada projek-projek terbaru yang akan masuk. Doakan bisnes kami terus maju dan dapat tolong orang lain. InsyaAllah. Aamiin.


Dapatkan majalah Impiana di pasaran sekarang sebelum isu baru muncul untuk baca full story ya! Terima kasih!

Sunday, October 9, 2016

Pakej Dekorasi oleh Ilusi Hafiezd Design


Realisasikan impian anda untuk memperbaharui imej ruang kegemaran anda dengan Pakej Dekorasi oleh ILUSI HAFIEZD DESIGN.



Dengan RM4969 anda akan dapat

bukan 1,
bukan 2
tetapi 6 barang-barang dekorasi!

>Designer Chair
>Designer Rug
>Designer Pillows
>Decoration Items
>Painting / Canvas Photo





Semua barang-barang Dekorasi Ilham daripada pereka ini anda akan dapat dengan harga RM4969!

Bukan itu saja, kami juga akan membantu anda menyusun dan menghias semua barang dekorasi ini di rumah anda. Jadi anda tidak perlu pening kepala menghias ruang idaman anda lagi.


>Whatsapp 0122496649
>Whatsapp 0122496649
>Whatsapp 0122496649 


Segeralah menempah Pakej Dekorasi Ilusi HafiEzd Design ini kerana stok adalah terhad! 
P/s: Lokasi Pakej hanya untuk di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja 


Sunday, October 2, 2016

Photoshoot Majalah Impiana


Salam Tahun Baru Hijrah 1438!

Alhamdulillah. Hari Khamis yang lepas telah berlangsungnya photoshoot untuk Majalah Impiana kali kedua di rumah client kami di Kondominium D'pines, Ampang. Kenapa kali kedua? Sebabnya photoshoot kali kedua ni adalah photoshoot khas untuk muka depan majalah Impiana edisi November 2016.

Masa wartawan Impiana contact aku untuk beritahu tentang berita rumah tu nak jadi muka depan majalah sumpah aku excited sangat! Semestinya berita ni mengurangkan kesedihan akibat tak dapat join masa photoshoot kali pertama tu sebab masa tu aku baru melahirkan anak ketiga kami. Huhu.

Photoshoot kali pertama untuk Majalah Impiana

Client kami, Puan Mawarni ditemuramah wartawan Impiana, Faka.

Siapa sangka design kami dapat masuk majalah dan lepas tu dapat jadi design di cover depan? Kami memang bersyukur sangat sebab bila design company kami dah dapat masuk majalah dan jadi cover ni, insya-Allah kami dapat *market* nama company kami dengan lebih luas. Kami juga berharap, bila dah masuk majalah Impiana ni company kami yang kecil ni akan mencipta nama sebagai salah satu company pereka dalaman atau interior design di Malaysia.

Design bilik kanak-kanak. Sweet tak?


Design bilik tidur utama

Tolong doakan company kami berjaya dan dapat banyak lagi peluang design rumah orang selepas ini. Sesiapa yang berminat untuk design atau deko rumah boleh hubungi kami di ilusihafiezd@gmail.com.

Team Majalah Impiana *berkampung* di rumah client. Nak ambil gambar muka depan tapi ambil masa beberapa jam. Hebat betul kerja mereka!

Terima kasih kerana terus menyokong. Jangan lupa dapatkan Majalah Impiana isu November 2016 ya! 


Monday, August 15, 2016

Hiasan Dekorasi Kondominium (Pre-deco)


Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi proses Hiasan Dekorasi untuk Kondominium D'pines, Ampang. Insya-Allah hari Khamis ni team Majalah Impiana nak datang photoshoot. Sebab tu excited sangat nak share!

Sebenarnya kami dah buat pre-deco sebelum hari raya yang lalu. Tapi client kami nak buat house warming minggu ni, jadi alang-alang kita photoshoot sekali. Doakan berjaya ya.

Cik Abang tolong susun bunga. Melentik jari! Haha

Susunan Bingkai gambar (belum lengkap!)

Jadi mari kami kongsikan gambar-gambar menarik untuk tatapan semua. Nanti hari photoshoot kita share lagi!

Bingkai lukisan yang dibeli dari Paris!

Susunan Bingkai gambar.

Hiasan Meja Konsol

Sebenarnya dalam proses dekorasi ni, kita tak boleh deko suka-suka. Perlu dititik beratkan juga jenis-jenis barang dekorasi, skema warna, susunan perabot dan jarak susunan barang-barang dekorasi. Kami juga memilih item-item *designer* atau pilihan pereka untuk mendapatkan sentuhan ruang yang eksklusif dan bergaya. Jadi apa yang membezakan antara pereka hiasan dekorasi dengan mak-mak yang buat deko ialah *professionalisme*!

Cantik tak dapur ni?

Breakfast Table design seperti dalam  3D visual!

Ruang tamu dengan Designer Rug dan designer chair mengikut skema warna!

Jika anda memerlukan sentuhan dekorasi rumah yang nampak lebih professional boleh hubungi kami di email ilusihafiezd@gmail.com . Insya-Allah kami akan cuba merealisasikan impian rumah idaman anda dengan bajet anda. Terima kasih!



Tuesday, July 26, 2016

Dapur Designer


Alhamdulillah dah siap renovation untuk rumah mak di Shah Alam. Terutama renovasi dapur baru!
Walaupun buat dapur untuk rumah mak sendiri, kami masih mengekalkan ciri-ciri *designer kitchen* untuk design dapur di Dry Kitchen dan Wet Kitchen. Nak tau apa perbezaan Designer Kitchen dengan *typical kitchen*?


1. Instead of using concrete table top (usually proposed by contractor), we are using QUARTZ Stone table top. Daya ketahanan sama, kos berbeza dan semestinya Quartz stone lagi cantik. Hehe.

2. Walaupun menggunakan material Melamine untuk pintu kabinet, bucu melamine dibalut ABS edging yang kemas berbanding aluminium edging. Selain itu, kami juga tak suka handle jadi kami sorok handle dengan memotong 45 darjah bucu panel melamine.

Bucu Melamine dipotong 45 darjah

3. Designer Kitchen must be equipped with Kitchen Accessories! Alhamdulillah boss sudi sponsor aksesori untuk Tall Unit - Tandem Pull-out Basket, Pull-out basket & Dishrack. Semua aksesori ni anda boleh beli dari GLANZ . Barulah dapur nampak *grand*! 






😁
Kadang-kadang orang tak faham kenapa perlunya berhabis duit buat kabinet pasang siap (baik beli IKEA je? LOL). Tapi sebenarnya kabinet dapur pasang siap ni adalah salah satu pelaburan penting bila beli / renovate rumah. Nak masak, nak simpan barang dan jaga kebersihan rumah kenalah ada tempat simpan barang yang bersih kan? Tambahan kabinet dapur pasang siap lagi tahan lama berbanding kabinet biasa.

Jika ada pertanyaan tentang kabinet dapur boleh email ke email: ilusihafiezd@gmail.com. Kita tolong bagi tips apa yang termampu. Tapi nak bagi diskaun harga tu bukan kerja kita ya. Sebab kita designer, bukan tukang buat kabinet. 
😂