Tuesday, July 26, 2016

Dapur Designer


Alhamdulillah dah siap renovation untuk rumah mak di Shah Alam. Terutama renovasi dapur baru!
Walaupun buat dapur untuk rumah mak sendiri, kami masih mengekalkan ciri-ciri *designer kitchen* untuk design dapur di Dry Kitchen dan Wet Kitchen. Nak tau apa perbezaan Designer Kitchen dengan *typical kitchen*?


1. Instead of using concrete table top (usually proposed by contractor), we are using QUARTZ Stone table top. Daya ketahanan sama, kos berbeza dan semestinya Quartz stone lagi cantik. Hehe.

2. Walaupun menggunakan material Melamine untuk pintu kabinet, bucu melamine dibalut ABS edging yang kemas berbanding aluminium edging. Selain itu, kami juga tak suka handle jadi kami sorok handle dengan memotong 45 darjah bucu panel melamine.

Bucu Melamine dipotong 45 darjah

3. Designer Kitchen must be equipped with Kitchen Accessories! Alhamdulillah boss sudi sponsor aksesori untuk Tall Unit - Tandem Pull-out Basket, Pull-out basket & Dishrack. Semua aksesori ni anda boleh beli dari GLANZ . Barulah dapur nampak *grand*! 






😁
Kadang-kadang orang tak faham kenapa perlunya berhabis duit buat kabinet pasang siap (baik beli IKEA je? LOL). Tapi sebenarnya kabinet dapur pasang siap ni adalah salah satu pelaburan penting bila beli / renovate rumah. Nak masak, nak simpan barang dan jaga kebersihan rumah kenalah ada tempat simpan barang yang bersih kan? Tambahan kabinet dapur pasang siap lagi tahan lama berbanding kabinet biasa.

Jika ada pertanyaan tentang kabinet dapur boleh email ke email: ilusihafiezd@gmail.com. Kita tolong bagi tips apa yang termampu. Tapi nak bagi diskaun harga tu bukan kerja kita ya. Sebab kita designer, bukan tukang buat kabinet. 
😂

Tuesday, July 19, 2016

Instagram for Designers


Dalam banyak-banyak social media yang ada, Instagram adalah salah satu apps yang paling aku suka. Instagram bukan hanya berfungsi untuk selfie, edit gambar jadi cantik dan *stalk* selebriti tapi sebaliknya boleh membantu dalam mengembangkan bisnes dan untuk designer, boleh explore design satu dunia!

Aku ada dua akaun Instagram, satu akaun personal untuk share benda personal dan follow orang tertentu. Satu lagi ialah Instagram untuk company Ilusi Hafiezd Design. Dulu Instagram tak benarkan untuk buka dua akaun dalam satu masa tapi sekarang alhamdulillah boleh tukar-tukar akaun mana nak view dalam satu masa. (Tak perlu login banyak kali)

Ini tips untuk Designer macam mana nak explore Instagram sama ada untuk tengok design atau kembangkan bisnes.

1. Buka satu akaun Instagram khas untuk *Design Portfolio* anda. JANGAN campur adukkan akaun personal dengan portfolio. Aku tengok ada sesetengah designer letak gambar anak, gambar makanan tapi dalam masa yang sama nak promote design sampai kena public kan semua aktiviti personal. Tak bagus tu. Bila ada akaun khas untuk design portfolio, anda boleh gunakan akaun itu untuk follow hanya akaun Instagram designer lain dan Instagram tu akan jadi sangat menarik bila scroll

2. Gunakan *hashtag* yang sesuai dengan topik carian anda. Contoh kalau anda 3d Visualizer, gunakan ‪#‎3d‬ ‪#‎3dvisual‬ ‪#‎sayajual3d‬. Kalau Graphic Designer ‪#‎grafik‬ ‪#‎graphicdesign‬. Kalau Interior Designer ‪#‎interiormalaysia‬‪#‎hiasandalaman‬ ‪#‎rekabentukdalaman‬. Seeloknya gunakan ejaan Bahasa Melayu sebab target Client orang Malaysia. Bukan Australia atau Uganda. Heh.

3. Nak save gambar tanpa print screen? Senang je. Install apps lain bernama *Instasave*. Dulu ada apps yang best ni icon warna coklat, tapi apps tu dah takde. 

 Jadi ada satu lagi apps icon warna biru nama InstaSave juga. Nak save atau download gambar tak perlu copy link, hanya perlu *Likes* gambar di Instagram, pergi ke apps dan download gambar-gambar yang kita dah Likes tu. Senang sangat!
4. Jangan Spam Instagram orang! Macam kita tengok manusia-manusia gedik dalam Facebook yang tak habis-habis spam bahagian komen dengan produk atau barang jualan, samalah macam Instagram. Jangan terkejut kalau tiba-tiba ada orang tag kita kat gambar yang takde kena-mengena. Block je terus akaun-akaun ni!

Apa yang akak tak suka Instagram ni ramai sangat manusia hipokrit yang nak kejar followers sampai sanggup follow-unfollow akaun orang. Jangan pelik kalau hari ni followers kita 1000, esok jadi 999 pulak. Haha.

Kesimpulannya jangan kejar followers tapi kita perlu target tepat kepada sasaran Client yang betul dan akaun Instagram yang betul-betul berminat dengan servis atau bisnes kita. Caranya? Gunakan ‪#‎hashtag‬!

Harap tips-tips ni membantu. Sambil tu silalah follow instagram @ilusihafiezd yang dah ada 1000 lebih followers tu. Haha. Boleh klik: 

Friday, June 3, 2016

7 tahun - Pereka Hiasan Dalaman / Interior Design


Alhamdulillah, 1 Jun 2016, genaplah 7 tahun saya menjadi Pereka Hiasan Dalaman / Interior Designer. Setelah bekerja lebih daripada 5 buah syarikat, saya mampu menyempurnakan beberapa buah projek Hiasan Dalaman daripada mula hingga siap.


Tahun lepas dan tahun ini saja di bawah company Ilusi HafiEzd Design kami berjaya menyiapkan 3 buah projek di TTDI Groove Kajang, D'pines Condo Ampang dan rumah mak tersayang di Seksyen 32, Shah Alam, dan beberapa lagi design 3D untuk beberapa buah rumah yang masih dalam design stages.

*Dapur di TTDI Groove Kajang*

*Ruang Tamu, Ruang makan & Dapur di D'pines, Ampang*


*Rumah Mak di Seksyen 32, Shah Alam*

Selain itu kami juga berjaya menyiapkan dua projek dekorasi bekerjasama dengan Piilo&decor dan insya-Allah akan ada lagi projek dekorasi pada masa akan datang.

*Projek Dekorasi di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras*

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama 7 tahun ini terutama encik suami - Mohd Hafizsham Xyro yang tolong support dari belakang, jaga anak masa tengah kalut nak siapkan design, jaga site dan handle client, teman order barang, etc. Thanks to my sifu or mentor Levin Koh for making my 3D to become reality with superb carpentry works by AVL Interior Industries . Tak lupa buat Dekna yang sama-sama menjayakan kolaborasi projek dekorasi tahun lepas. 

Terima kasih juga buat semua client kami yang percaya dengan design kami, yang selalu faham bila kami bawa anak ke site, yang ok dengan harga kami (tak minta diskaun, heh) dan yang paling penting menerima segala kekurangan kami.

Maka bersempena ulangtahun ke-7 ini, saya kongsikan hasil kerja saya sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Terima kasih kepada semua sahabat di Facebook kerana rajin Like gambar-gambar design dan di alam maya ini, teruskan menyokong Ilusi HafiEzd Design











Wednesday, April 20, 2016

Tips Wallpaper / Kertas Dinding

Assalamualaikum.
Entri ni aku copy daripada Facebook aku sebab aku lagi suka taip dari sana berbanding di sini. Huhu.
Ramai orang takut nak gunakan wallpaper atau kertas dinding. Satu sebab takut design tak cantik dan ada juga yang risau lepas tanggal akan ada kesan kertas terkoyak di dinding.


* Wallpaper yang dipasang di D'pines Condo, Ampang*

Sejujurnya wallpaper yang dijual kepada end user design nya tak banyak. Lepas tu *mata designer* dengan mata orang biasa tak sama dalam memilih design. Jadi jangan terkejut kalau tengok wallpaper di rumah orang penuh dgn corak bunga besar2, berkilat2, etc. Sebaiknya minta designer yang pilihkan wallpapers. Designer lebih arif di bahagian dinding mana patut diletakkan wallpaper. Bukan keliling satu rumah!




* Wallpaper yang dipasang di Sunway Cheras*


Another thing is the type of wallpaper. The best is VINYL type. Wallpaper vinyl with non woven backing lagi tebal, texture embossed dan senang ditanggalkan (hanya guna air). Paling best design yang special ni hanya dijual kepada Designer. So limited edition.


*Paling suka wallpaper geometric pattern ni. Ada 3 warna. Sesuai untuk dinding surau atau masjid. *

Harap tips ini berguna untuk semua. Kalau nak wallpaper dengan bajet rm1500, design tertentu dan 6 roll, pemasangan sekitar Selangor dan KL boleh contact Ilusi Hafiezd Design ya.

Thursday, April 14, 2016

Projek Deko - Nadayu 92


Alhamdulillah. Ini adalah salah satu Projek Deko yang Ilusi Hafiezd Design pernah siapkan pada tahun lepas. Lokasi rumah client adalah di Nadayu 92. Rumah ini adalah rumah sewa namun pasangan muda yang mendiaminya mahukan kelainan dalam dekorasi dalaman rumah mereka.
Selain itu, projek dekorasi ini juga mengambil masa kurang dari sebulan berbanding projek deko sebelum ni. Siap cepat sebab client *orang muda* dan sempoi, ditambah pengalaman untuk cari supplier semua dah ada.
Salah satu cara untuk jadikan satu ruang tu nampak ceria & menarik ialah dengan menetapkan *colour scheme / colour pallete* untuk ruang yang kita nak deko. Untuk rumah ni, warna utama adalah kuning dan biru manakala warna dasar untuk cat dan wallpaper ialah coklat gelap dan lembut.
Jadi sesiapa yang berminat nak buat deko bolehlah contact. Bajet ikut client tapi charge consultation, angkat, susun furniture dan shopping mesti adalah juga ye. 









Nak tengok gambar-gambar lain boleh klik link ini : 
INTERIOR DECORATING PROJECT FOR CLIENT HOUSE AT NADAYU 92
kiki emoticon