Sunday, March 24, 2013

Beza Bercinta Fasa Pertama dan Kedua




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, inilah entri pertama untuk tahun 2013. Haha. Jangan marah ye orang-orang yang datang blog ni. Tengok muka depan entri yang sama sejak tahun lepas. Teruk betulkan? Nak buat macam mana.. dah namanya orang *busy*...

Mukadimah di atas tu sekadar ayat *gula-gula* pemanis bicara je. Sedar diri ni tak sempurna dan blog ni bukanla hebat mana pun. Kalau tak update lama-lama hanya kawan-kawan dan bloggers yang rapat je tanya - "kenapa lama tak update blog?" Tapi apa-apa pun jangan risau, ruang comment kat bawah tu kalau ada orang tanya tak kesah pasal topik apa pun aku akan jawab. Sebab tak mahu pembaca tertanya-tanya sendiri. Baikkan saya? ^_~

Baiklah.. Mari kita buka topik kehidupan ku. Ewah, macam interesting sangatlah kan... Untuk orang yang hati *berbunga-bunga* cinta memanglah interesting sangat. Hihi. Tapi alhamdulillah, hidup sekarang memang bahagia sangat dengan kehadiran peneman yang selalu di sisi iaitu suami ku, Hafizsham.

Alhamdulillah tanggal 16 September 2012 yang lepas aku dan suami telah diijabkabulkan dengan satu lafaz. (Terer kan suami ku? Huhu) Manakala majlis resepsi kami buat lambat sikit iaitu pada 1 Disember 2012. Jadi sebab itulah blog ni susah nak update sebab tanggungjawab dah bertambah. Dulu hidup sorang-sorang uruskan diri kita je. Sekarang dah berdua kenalah jaga suami pula kan?


*Pic credit to my uncle : Abd Aziz*

Selepas 4 tahun lebih bercinta *fasa pertama* bila bercinta *fasa kedua* ni memang laaaiiin sangat rasanya. Tak boleh nak kata bercinta fasa pertama dulu tak best cuma dulu kami *bercinta jarak jauh*. Hari-hari sms dan call, jumpa pun sebulan sekali dua. Jadi bercinta fasa kedua atau selepas bernikah ni memanglah berganda-ganda best


*Gambar cium tangan suami...huhu*

Apa yang aku kongsi ni bukan untuk menunjuk-nunjuk ke apa. Cuma nak kongsi perbezaan bercinta aku masa fasa pertama dengan fasa kedua. Masa bercinta fasa pertama dulu, dalam tahun 2008 kami masih dua-dua student. Harapkan duit PTPTN aku dengan pinjaman MARA dia jangan haraplah nak kahwin masa belajar. Pastu tahun berikutnya 2009 baru nak mula kerja. Nak bina kerjaya bukan senang. Hafiz, suami ku bermula gaji dalam 6 ratus lebih je, bayangkan nak kahwin macam mana. Namun alhamdulillah bila dah banyak pengalaman kerja, rezeki beliau bertambah dan barulah boleh merancang nak kahwin dengan serius.

*Alhamdulillah dah selamat bernikah + halal!*

Dalam tempoh 4 tahun bercinta fasa pertama tu memang ada banyak sangat ujian yang kami terpaksa face sama-sama. Contohnya macam mama Hafiz meninggal dunia bulan April tahun lepas pastu aku pula kena pindah rumah tiba-tiba dalam bulan berikutnya. Itu belum fikir ujian sebelum nak kahwin. Banyak benor prosedurnya. Tak larat nak cerita panjang-panjang. Tapi apa yang aku nampak, melalui ujian-ujian tersebut menjadikan hubungan kami bertambah kuat dan ikatan perkahwinan ini bertambah utuh. Insya-Allah.

Kadang-kadang orang tak faham situasi orang yang bercinta lama-lama sebelum kahwin ni. Sebenarnya bukan orang macam kami ni tak nak kahwin. Tapi sebabnya belum *sampai waktunya*. Siapa kita nak suka hati cakap kat orang, "cepat-cepat kahwin." Aku paling menyampah orang yang dah kahwin cakap macam ni kat orang belum kahwin. Sorry to say, siapa kita untuk tentukan jodoh orang tu cepat atau lambat, bila tarikh dan di mana tempatnya dan paling penting siapa jodohnya. Contoh dialog yang selalu aku dengar masa majlis perkahwinan selalu macam ni. 

Tetamu / orang yang belum berkahwinTahniah dah berkahwin. Semoga bahagia hingga ke  anak cucu. (Sampai ada anak cucu je? Lepas tu jadi apa? erk...)
Pengantin / orang baru berkahwin: Terima kasih. Kau bila? Tak elok bercinta lama-lama. Cepat-cepat kahwin ye.

Amboi. Sedapnya bahasa. Mari aku ajar cara berbahasa yang lebih *cantik dan manis*.

Tetamu / orang yang belum berkahwin: Tahniah dah berkahwin. Semoga bahagia hingga ke  syurga. (Aamiin!)
Pengantin / orang baru berkahwin: Terima kasih. Semoga Allah s.w.t permudahkan perkahwinan kau juga dan bertemu jodoh yang terbaik bila sampai waktunya nanti. (Aamiin!)

Realitinya memang adatlah orang bertanya-tanya soalan *kurang bijak* macam ni. Masa belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin tanya bila nak ada anak. Lepas dah ada anak tanya bila nak tambah anak... Aduhai... Sabar jelah ye orang yang selalu kena tanya soalan-soalan macam ni. Erm..

Seterusnya kisah tatkala bercinta fasa kedua atau selepas bernikah ni. Alhamdulillah segala-gala yang berkaitan dengan majlis nikah dan kahwin dah lepas. Kami bertunang dalam setengah jam je, lepas tu terus nikah. Aku sangat menggalakkan orang buat majlis tunang dan nikah sekali gus (terutama yang dah bercinta lama tu) sebab semestinya kedua-dua majlis ni boleh menjimatkan wang dan waktu bila dilakukan sekali gus!



*Credit pic to our official photographer time bertunang dan nikah: Izzati*

Cuma majlis resepsi aku tak berapa nak best. Ada benda-benda yang aku tak berapa puas hati terutama dengan orang yang buat pelamin. Ikutkan hati nak aja aku bagitau siapa nama orang yang buat pelamin ni tapi sebab majlis dah berlalu. Redha jela. Cuma nak nasihatkan pereka-pereka pelamin di luar sana, sila belajar tentang *skema warna* dan kalau nak bagi pelamin dengan harga bajet janganlah bagi barang-barang yang paling buruk dan berdebu! Ok. Nak tutup topik. Tak mahu dikenangkan benda yang sudah. Lalala...


*Kek dibuat dek mak dan adik saya... Baju suami pakai kot ayahanda... Baju saya tempah dan design copy sikit dari majalah Perkahwinan.. Hihi*

Bercinta fasa kedua atau selepas bernikah seperti yang aku cakap memanglah best, seronok, bahagia dan macam-macam lagi. Kadang-kadang mesti ada punya pasang surutnya. Tapi kita hidup berdua kenalah belajar menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing kan? Kena banyak sabar dan bertolak-ansur. Ok. Ayat-ayat biasa pakar motivasi..



Ayat-ayat luar biasa pula, aku sangat suka kahwin sebab dapat suami yang ringan tulang. Selalu buat kerja rumah sama-sama macam basuh kain, sidai kain, etc. Pastu aku suka kahwin sebab rasa sentiasa selamat lagi-lagi bila nak keluar sama-sama. Lagi ada teman nak membebel, nak luah perasaan, nak makan, jalan-jalan dan banyak lagilah. Paling penting ada orang nak tolong aku buat freelance dan tambah income sebab sejak akhir-akhir ni aku memang maaalaas sangat.


*Gambar candid oleh official photographer masa majlis resepsi: Abd Aziz *

Alhamdulillah juga ada suami yang kerja dalam satu bidangmemahami dan menerima aku seadanya. Kesabaran suami aku adalah perkara terhebat yang dia ada. Bila kita pandang benda yang hebat tu maka kekurangan yang lain akan tertutup terus selamanya. Insya-Allah.


*Lets moving forward for a better FUTURE... Pray for us!*

Aku doakan pembaca-pembaca blog ni dan orang-orang sekeliling aku yang belum berkahwin akan menemui jodoh yang terbaik untuk mereka. Dalam hidup ni jangan impikan yang sempurna namun berdoalah yang *terbaik* akan datang buat kita. Semoga anda semua berjaya merasai keindahan bercinta *fasa kedua* ini. Aamiin.





Friday, December 14, 2012

Perbezaan antara Interior Designer dan Interior Decorator


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang senyap bertapa selama beberapa purnama ini. Tuan punya blog macam biasa sangat sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Tambahan bila dah ada *orang baru* ni. Hihi.

Entri tentang Perbezaan antara Interior Designer dan Interior Decorator ni memang dah lama aku nak tulis. Disebabkan sekarang ni ramai yang menghubungi aku tak kira melalui email atau panggilan telefon dan SMS untuk bertanyakan tentang servis Interior Design yang aku tawarkan. Ada yang nak tanya pendapat tentang susunan perabot, design bilik kanak-kanak, material dapur dan banyak lagilah. Ada juga yang bila nak gunakan khidmat interior design consultant atau penasihat pereka dalaman mereka, cakap punyalah pung-pang-pung-pang (bunyi kompang bertalu), demand nak buat itu ini. Semua nak glamour. Bila sebut harga terus kata mahal dan ada yang *senyap membisu* terus. Macam-macam kerenah orang ramai ni. Sabar ajela. Maka di dalam blog ni aku terangkan dengan lebih jelas mengenai bidang kerjaya aku - Interior Designer atau Pereka Dalaman dan perbezaannya dengan Interior Decorator atau Penghias Dalaman.


*Perbezaan jelas Interior Designer dan Interior Decorator. Klik untuk imej lebih besar*

Sebenarnya ramai yang guna istilah Interior Designer tapi mereka tersalah faham bahawa kerja Interior Designer ni hanya menghias rumah, susun perabot dan pasu-pasu bunga, pilih cat, gantung lampu, etc. Aku tak salahkan korang sebab salah faham tentang bidang ni. Kadang-kadang puncanya ialah media massa macam rancangan TV - Deco Bersama Eric, Casa Idaman, etc. Bila tengok rancangan tu macam *senang* je kerja Interior Designer ni kan. Sampai aku pergi hospital, aku sakit dan stress sebab kerja, doktor yang rawat aku boleh tanya, "Sibuk sangat ke kerja Interior Designer ni?" Erk???

Inilah masalah masyarakat yang hanya tahu tentang kerjaya sendiri je lantas menyebabkan mereka ni macam tak hormat atau respect kerjaya orang lain. Aku tak kata semua macam tu. Ada sesetengah golongan yang bekerja dalam bidang professional memang rasa kerja merekalah yang paling hebat dan sibuk dalam dunia! (Siapa kata kerja cikgu senang? Aku pernah jadi guru ganti sebulan tau...Erk... Tiba-tiba...)

Secara jelas Rekaan Dalaman atau Interior Design adalah:


"Seni dan sains dalam memahami tingkah laku manusia untuk mewujudkan ruang yang berfungsi dalam bangunan."

*Interior Design Consultation*

Manakala Dekorasi Dalaman atau Interior Decoration adalah:

"Penyediaan perabot dan bahan-bahan atau menghiasi ruang dengan perkara-perkara yang bergaya atau cantik". 

*Interior Decorator Advice*



Baiklah, di bawah ni aku senaraikan perbezaan antara kerja Interior Designer dan Interior Decorator.


Taraf Pendidikan


Interior Designer atau Pereka Dalaman adalah bidang kerjaya yang memerlukan kami mempunyai taraf pendidikan tertentu dan latihan formal sebelum dapat masuk ke dalam bidang ini. Sebelum ini aku pernah tulis artikel tentang Belajar Bidang Seni Reka Dalaman (Interior Design). Jadi kepada sesiapa yang nak belajar bidang ni boleh rujuk di dalam artikel tersebut.

Di Malaysia, Interior Designer memerlukan sekurang-kurangnya Diploma untuk bekerja di ID firm atau Syarikat Pereka Dalaman. Hal ini disebabkan kerana kerjaya ini memerlukan kepakaran dalam space planning (susun atur dalam ruang), drawings (lukisan pelan bangunan, detail perabot, pelan siling dan lampu, etc), pemilihan material seperti fabrik dan wallpaper, rekaan perabot, construction atau pembinaan dan banyak lagi.Taraf pendidikan ini juga penting kerana semasa belajar, Interior Designer telah dilatih supaya melakukan kajian, analisis dan menggabungkannya dengan kreativiti yang mereka ada dan dilatih dengan pelbagai kemahiran sebelum boleh masuk ke dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

*Ada ilmu membaca plan dan drawing!*

Interior Designer perlu mengaplikasikan kreativiti dan penyelesaian teknikal mereka kepada pengubahsuaian struktur supaya berfungsi dengan baik, menarik, selesa dan berguna kepada orang yang mendiaminya. Rekabentuk dan ubahsuai tersebut juga perlu mematuhi undang-undang yang dikenakan terhadap pemilik bangunan atau premis (selalunya untuk projek komersial) dan bersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut.

Selain itu, kerjaya Interior Designer memerlukan kami tahan *lasak* (tahan kena marah, tahan debu, tahan mata tengok site kelam-kabut, dll) dan mempunyai banyak kemahiran untuk bertahan lama dalam bidang ini. Tambahan sekarang ini syarikat-syarikat amat mementingkan kepakaran dalam menggunakan komputer kerana banyak kerja kami mahu kami reti guna software untuk design macam 3Ds Max dan AutoCad. Terus-terang, kalau anda tak banyak skill memang susah sangat nak survive dalam bidang ni ditambah kesungguhan dan kerajinan untuk belajar sesuatu yang baru. (Contohnya - Turun ukur site, present design depan client, kenal material, dll)


Sebaliknya, Interior Decorators atau Penghias Dalaman tidak memerlukan apa-apa kursus atau latihan formal kerana Interior Decorators lebih terarah menjadikan sesebuah ruang itu nampak cantik dan *sedap mata memandang*. Namun, ada juga kursus-kursus pendek yang Penghias Dalaman boleh ambil seperti kursus pembuatan perabot dan jahitan untuk menambahkan skil mereka. 

Interior Decorators juga tidak terbabit dalam renovations atau ubahsuai ruang atau structural planning atau perancangan struktur dalam ruang bangunan. Selalunya Interior Decorators hanya boleh mula *bekerja* setelah semua kerja Interior Designer dah habis dan mereka akan mula melakukan dekorasi demi mencantikkan ruang tersebut.



Kelayakan


Di sesetengah negara, golongan professional perlu lulus dalam peperiksaan dan berdaftar dengan persatuan atau pertubuhan sebelum mereka layak bergelar professional. Begitu juga di Malaysia, golongan professional seperti doktor, jurutera, arkitek dan lain-lain perlu mengambil peperiksaan sebelum mendapat gelaran seperti Dr. , Ir. dan Ar. Setahu aku, Pereka Dalaman atau Interior Designer di Malaysia telah diangkat sebagai bidang professional sejak tahun 2006. 

Walau bagaimanapun, Pereka Dalaman atau Interior Designer yang ingin mendapat taraf professional kalau tak silap aku kena ada pengalaman lebih 10 tahun dan berdaftar dengan pertubuhan rasmi Interior Designer di Malaysia. Dua pertubuhan besar Pereka Dalaman tersebut ialah Malaysian Society of Interior Designers (MSID) yang telah bergabung dengan Institut Perekabentuk Dalaman Malaysia (IPDM) menjadi Malaysian Interior Industry Partners Association (MIID) atau Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia (PPDM).

Lain halnya dengan Interior Decorators yang langsung tidak memerlukan apa-apa kelayakan atau sijil untuk menjalankan bisnes mereka. Sayangnya kebanyakan orang masih menganggap kelayakan Interior Designer adalah sama dengan Interior Decorators tanpa memahami perbezaan ketara kedua-dua bidang ini.

Skop Bidang Kerja


Skop bidang kerja antara Interior Designer dan Interior Decorator mempunyai sedikit persamaan namun skop kerja Interior Designer beribu kali lebih luas berbanding Interior Decorators. Skop kerja Interior Designer merangkumi susun atur pelan lantai yang membantu mereka bentuk dan mengubahsuai ruang dalaman bangunan. Bermula daripada merangka pelan lantai hinggalah meletakkan susun atur bahan-bahan untuk mencantikkan ruang semuanya dilakukan oleh Interior Designer . Di sini boleh dilihat bahawa kerja Interior Designer  bukan hanya mencantikkan sesebuah ruang itu malah mereka juga menjadikan sesebuah ruang itu berfungsi dengan baik.

Monday, November 5, 2012

Sunday, August 26, 2012

Malam. Aku. Dia


Malam yang syahdu. Bila saat itu hampir tiba, kita akan kerap menghitung hari mendatang. Kepala serabut. Hati Kabut. Suara ribut. Semua benda nak kalut. Benda kecil kita besar-besarkan. Benda besar kita cuba abaikan. Teruknya hidup...

Malam yang sayu. Perasaan yang pelbagai. Rasa. Rencah. Perisa. Tekak makan benda yang lain hari-hari. Tapi selera entah apa-apa. Hari ni nak burger. Esok nak nasi. Lusa nak apa? Entahlah. Lain betul rasanya.

Malam yang hening. Kepala masih pening. Mana nak mula, mana nak berhenti? Hati sepi. Tadi gembira datang sapa. Kemudian sedih tiba. Mata nak lelap tapi fikir kerja. Kepala berpindah-randah fikir macam-macam. Teruknya....

Malam ke pagi? Soalan berbeza terjah kepala. Betul ke dia? Tapi memang betullah sebab dia selalu muncul bila hati panggil dia. Dia selalu muncul tanpa disangka. Kelakar pun ada juga. Tapi Tuhan kalau dah tulis orang tu, mana boleh nak persoalkan kan?

Malam gempita berselang gembira. Gaduh selalu tak lama. Dua-dua untung lembut hati senang. Tak marah lama. Senang memaafkan. Banyak cerita. Konon nak tidur pukul 12. Akhirnya tidur juga jam 2. Jodoh oh jodoh. Unik tau dia.

Malam kau tiada. Lepas 22 hari insya-Allah kau ada. Kau selalu ada bila perlu. Bila perlu sangat pun kadang-kadang ada tak ada juga. Tapi lepas ni harap kau ada. Jangan lari tau. Jangan putus asa. Jangan patah balik. Jauh nak patah balik... Hihi.

Malam hati menangis. Menangis ada 2 makna. Satu kerana sedih sangat dan satu lagi kerana gembira dan terharu sangat. Tapi tak tahu kenapa sayu sangat. Aduhai. Cinta buat tak keruan lagi diri ini. Teruk dan parah ni...

Malam atau pagi. Aku sudah tak peduli. Ini luahan hati. Hanya diri ku yang mengerti. Dia kupasti takkan peduli. Tapi dia semakin kenal diri ini. Dia baik sangat tau. Untung dia jadi jodoh. Jadi cinta. Yang kudoa panjangnya jodoh abadi. Hingga ke syurga ku menanti. Jangan bagi dia pergi dulu. Bagi kami bahagia dulu.

Wahai Tuhan, Ya ALLAH... Panjangkan jodoh yang KAU kurnia. Berikan hati ini kekuatan jiwa raga. Agar bisa kami tempuh susah senang bersama. Tuhan yang MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG, kasih MU abadi. Tiada yang kurang dalam memberi. Oleh itu berikan kami perkara yang baik-baik saja. Biar duka, asal bersama. Terus bahagia kekal di syurga. AAMIIN...



Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Syawal. Hari ni dah masuk 4 Syawal. Mood raya memang dah takde. Orang lain pergi beraya sana-sini, aku lebih senang berehat, tak mahu fikir pasal kerja ofis buat sementara waktu. (Tapi tadi baru bos telefon tanya nak letak signage macam mana kat pintu ofis orang.. Fuh..)

So, macam mana raya korang semua? Puas cuti seminggu? Aku cuti ni pun kena tolak gaji. Sehari tolak RM100 x 3 hari cuti = RM300. Sedihkan? T_T. Sebab tu memang masa cuti ni nak rehat puas-puas. Lagi 25 hari, dah takde rehat dah ye. Erm...

Macam biasa, nak minta maaf kepada semua pembaca blog sebab jarang sangat update blog. Blog ni dah bersarang dah kot. Tapi sekali-sekala bila orang komen aku balas juga. Alhamdulillah blog ni masih ada pengunjung walaupun jarang update. Apa-apa pun kalau rindu nak tengok aku update bolehlah berkunjung ke blog kedua aku, Ilusi-HafiEzd dan Facebook fanpages - Airaniez's Life.Blog dan Ilusi-HafiEzd di Facebook ok. 

Bulan Ogos dan September memang bulan paaaaling sibuk untuk aku tahun ni. Untuk pengetahuan semua, insya-Allah bulan depan aku akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka bertuah tu. (Pembaca setia blog ni mesti tahu siapa. Hihi) Kami buat majlis kecil-kecil je dulu. Nanti majlis bulan 12 insya-Allah aku jemput ramai-ramai ye. 

Kalau orang kata kahwin tu senang 100 peratus memang tak berapa betullah sangat. Aku rasa setiap orang diberi ujian yang berbeza demi melangsungkan pernikahan yang suci ini. Kalau korang kahwin senang sangat, maka bersyukurlah. Tapi jika ujian tu datang bertubi-tubi, maka hendaklah kita bersabar


Contoh kesabaran yang perlu kita ada bila nak kahwin ni ialah bila kita nak buat ujian HIV, kerana terlalu ramai orang nak kahwin maka kena buat appointment atau temujanji dulu baru boleh buat ujian tu di Klinik Kesihatan Kerajaan. Keduanya bila kita datang pada hari tersebut, tiba-tiba sekelip mata ujian HIV tu *dibekukan* atas sebab alat yang digunakan tidak berapa nak sahih keputusannya. (Kejadian berlaku pada tanggal 1 Ogos 2012 di Klinik Kesihatan Ampang). Maka dengan tabahnya, terpaksalah kita buat appoinment di klinik lain dan alhamdulillah, setelah menunggu lebih sejam barulah dapat keputusan ujian HIV tu. (Balik klinik terkejar-kejar balik ofis sebab ada meeting. Huhu)

Banyak betul ujian lain yang aku tak dapat nak tuliskan kat sini. Nanti ada orang kata dorang  ok je, aku yang lebih-lebih pula. Sebab tu aku cakap, setiap orang ada ujiannya yang tersendiri. Tapi apa yang aku boleh jamin, rezeki bila kita nak kahwin ni insya-Allah selalu ada dan murah berbanding rezeki pada hari biasa. Jadi kalau boleh elakkan buat pinjaman bank atau guna duit mak ayah, cubalah sehabis baik mencari duit sendiri untuk bernikah. Sejujurnya 30 peratus duit kahwin ni aku guna duit freelance aku. Sibuk sangat dengan freelance, sebab tu lah kot tak update blog... Maaf ye... =D

Sekali lagi, aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua. Semoga Allah s.w.t. merahmati kalian semua. Aamiin..