Wednesday, November 23, 2011

Warna Itu


Merah itu...
Warna cintanya hati...
Warna bata dirinya bangunan...
Warna harumnya mawar...
Warna panasnya api..
Warna meronanya pipi...


Kuning itu...
Warna enaknya langsat...
Warna manisnya madu...
Warna masamnya lemon...
Warna silaunya emas...
Warna kembangnya cempaka...


Biru itu...
Warna langit cerah azur... 
Warna laut sian...
Warna kilat porselin...
Warna baju firus..
Warna sakit lebam...


Hijau itu...
Warna indahnya alam...
Warna segarnya rumput...
Warna batu lumut...
Warna gagahnya tentera...


Ungu itu...
Warna masaknya terung...
Warna hujung senja...
Warna cahaya lembayung...
Warna ranumnya manggis...
Warna aura romantis...


Putih itu...
Warna sejuknya salju...
Warna enaknya susu...
Warna cantiknya mutiara...
Warna tajamnya gading...
Warna wajah pucat lesi...


Kelabu itu...
Warna kebalnya arang...
Warna kepulan asap..
Warna sembunyinya tikus...


Hitam itu...
Warna terangnya dakwat...
Warna terbangnya gagak...
Warna hinggapnya kumbang...
Warna legamnya kulit...


"Warna itu...
Pancarnya indah...
Saratnya madah...
Cerianya menyerlah...
Hilangnya tak betah..."


Wednesday, November 16, 2011

Villa Manja Semi-D's House Design


Akhirnya....

Oh, akhirnya habis juga aku edit gambar-gambar design terbaru salah sebuah rumah client company aku - AVL Living Concept. Rumah client ini terletak di area Villa Manja, Sunway SPK Damansara, Bandar Manjalara, Kuala Lumpur.

Setelah berhempas-pulas design berbulan-bulan, stay di ofis buat kerja lebih masa, akhirnya siap juga rumah client yang baik hati ni. Tak perlulah aku bagitau nama dia. Cuma aku dengan bos dua-dua setuju yang client ni antara client yang terbaik kami pernah dapat - kurang cerewet dan sangat senang melangsaikan bayaran atau easy to complete payment. (Sebab selalu sangat dapat client orang kaya, tapi payment susah nak bayar. Sengal betul!)

*Gallery Area - Design yang tak approve.*


Untuk rumah client ni, aku design hampir 60% daripada keseluruhan ruang dalaman rumah ini. 3 ruang yang aku design awal-awal kena reject jadi ex-officemate aku, Shu Ni yang ambil alih design tu. Uhuk...

*Gallery Area - Siling aku je yang approve. Huhu.*

Inilah realiti designer, takkan semua yang kita design orang suka waima kita suka. Aku paling suka buat rumah ni satu sebab client baik dan yang keduanya bos construct design exactly macam 3D yang aku design. Woaah!

Tak percaya, cuba tengok design di bawah ni ya... ^___^ (Gambar atas 3D, gambar yang bawah yang dah siap atau gambar yang kiri 3D, yang kanan yang dah siap.)

*Dry Kitchen in Acrylic Door & Solid Surface Top*

*Wet Kitchen in Acrylic Door & Solid Surface Top*

*Family Area- TV Cabinet in Melamine Doors*

*Brother's Room - Sliding Door Wardrobe in Sticker Glass & Melamine Door.
Study Table also in Melamine*

*Master Bedroom - Bedhead & Side Table in Laminate & Spray Paint finish*

Tuesday, November 8, 2011

Dia Yang Jauh



Demam rindu orangnya tiada..
Hari kelahiranmu ucapnya dari kejauhan ini..
Mengenangmu titis air sukar ditambat mata...
Tenanglah kamu di sana...
Moga DIA menjagamu..
Dari DIA kamu datang..Kepada DIA juga kamu kembali..
Salam & Al-Fatihah....


P/s: 8.11.2011. Usia 26 tahun tak sempat kau sambut. 
Kau tahu aku rindu. Namun kau pergi dulu... 

Memori:

Orang Jauh~

Friday, November 4, 2011

Emmanuelle Moureaux


Oh, kenapa dan bagaimana nama orang France tiba-tiba boleh muncul menjadi tajuk entri saya pada kali ni? Oh, saya juga terkejut, terkesima dan terpempan tatkala saya menaip entri ini! Mata sejak tadi terpaku di skrin. Teruja lain macam. Huhu.



Bank Sugamo Shinkin, Tokyo, Jepun
(Teruja la tengok bank cantik macam ni. Siang nampak cantik, malam nampak lagi cantik!)

Nawaitu pada malam ini tak mahu tulis entri tentang design. Tadi ada *link hati* dengan si dia yang bertanya, bila saya mahu update blog yang ayu dan kayu ini? Saya kata saya tak punya idea. Dia cadangkan saya tulis tentang proses-proses menulis novel. (Layakkah aku bercakap tentang novel? Gulp!) Ya, saya mengaku kami berdua sekarang sibuk menaip dan mengedit novel yang saya hasilkan lebih 9 tahun lepas. Tapi itu kisah lain. Biarlah jadi rahsia pohon cemara dulu... ^_^


Emmanuelle Moureaux bersama rekaan beliau 'Toge' yang bermaksud 'duri' dalam Bahasa Jepun. Boleh baca sini untuk info lebih lanjut.

Mari bercerita tentang Emmanuelle Moureaux, seorang arkitek kelahiran Paris namun meneruskan kerjayanya di Jepun selepas menamatkan pengajian senibina dari Universiti Bordeaux pada tahun 1995. Pada tahun 2003, beliau telah menerima sijil arkitek tertinggi dari Jepun atau First Class Architect Japanese license yang membuatkan dia membuka syarikat sendiri iaitu Emmanuelle Moureaux Architecture + Design yang berpangkalan di Tokyo. Nak baca anugerah-anugerah yang beliau dah terima, boleh baca di sini.

Siling sangat unik!

Bank Sugamo Shinkin, Tokyo, Jepun

Pintu masuk sebuah Bank. (Perompak pun tak sampai hati nak rompak sebab cantik sangat! Haha.)


Bank Sugamo Shinkin – Cawangan Tokiwadai, Tokyo, Jepun

Tuesday, October 25, 2011

Stail Retro


Baru-baru ni ada seorang client suruh aku design butik di tingkat atas rumahnya ala-ala  Retro Style atau Stail Retro. Seperti biasa, sebelum aku design, aku mesti buat research dulu. Dalam sibuk-sibuk buat research tu aku sempat belajar ciri-ciri Stail Retro ni macam mana. 


Agak-agak korang tau tak Stail Retro tu macam mana? Ops, bukan stail rambut orang yang mengerbang dan *gulung-gulung* tu ya! Haha. Sebenarnya Stail Retro ini adalah gabungan kepelbagaian antara gaya baru dan lama atau rekaan baru yang menggunakan elemen dan material baru dan lama. Rekaan stail retro ini juga diadaptasi dari gaya pada tahun 1950-an, 1960-an, 1970-an dan sedikit pengaruh rekaan pada tahun 1980-an.


Berminat nak jadikan kediaman atau tempat korang bekerja mempunyai stail retro? Mari baca ciri-ciri Stail Retro ini:

Corak dan Warna


Warna hijau avocado adalah salah satu warna yang boleh menjadi warna asas kepada gaya retro. Jika mahu lebih berani, gunakan warna kuning terang, jingga, coklat atau biru laut. Cuba hadkan gabungan warna korang dengan tidak menggunakan lebih tiga warna. Takut banyak sangat warna bilik akan nampak tidak menarik dan serabut.




Untuk corak pula, jika korang sukakan corak bersaiz besar, korang boleh beli wallpaper atau kertas dinding yang mempunyai corak-corak sebegini. Selain itu, kalau korang rajin, boleh juga berkarya di dinding sendiri, melukis corak-corak geometri berskala besar menggunakan cat atau mural mengikut kreativiti anda sendiri.




Jika anda mahu Stail Retro anda nampak teratur dan kemas, gunakan corak saiz kecil dan bentuk geometri yang berulang-ulang. Cuba aplikasikan warna-warna pastel pula untuk corak ini atau adakan tona warna daripada warna gelap ke warna terang. Gunakan corak-corak ini dalam skala yang kecil selain menggunakan warna-warna neutral di bahagian lantai dan dinding. Hakikatnya gabungan corak-corak ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan Stail Retro yang korang mahukan.




Perabot


Anda juga boleh juga aplikasikan Stail Retro di perabot anda. Bagaimana? Pilih perabot yang mempunyai fabrik berwarna terang dan gabungkan perabot-perabot tersebut dengan permaidani atau langsir yang sesuai dengan perabot tersebut.