Saturday, October 23, 2010

Antara DUIT & REZEKI

Pukul 8.30 malam. Hari Sabtu. Saya masih di Office saya. Di Cheras. Bawah ada kedai mamak. Tadi dah pesan roti kosong dan teh ais. Sebab dia hantar atas, aku belanja dia duit baki. (70 sen je pun. Haha)

Apa aku buat kat opis ni? Macam biasa, padah orang yang suka buat kerja *last minute*. Takpelah, lagipun esok cuti kan. Heh. Esok target aku, nak buat sesuatu yang aku tak tahu mampu ke tak. Sebab target aku minggu ni nak buat apa yang tertangguh, kebanyakannya tak berjaya *settle* dengan *smooth*. Aku cuma berserah, semoga Allah bantu aku Isnin ni. Amin~

Sesungguhnya, hidup ni bukan semudah yang kita rancang. Aku rasa semua orang rasa benda ni. Ujian tu takkan pernah tamat. Walau di kehidupan yang *satu lagi* tu pun, kita masih akan diberi ujian terutama bila kita kena hukum masuk neraka, betul tak? Apa-apa pun, mari sama-sama berdoa, semoga Allah melindungi kita daripada api nerakaNYA dan meletakkan kita di kalangan orang-orang yang beriman, yang mengaku bahawa DIA satu-satunya Tuhan kita dan Rasulullah s.a.w. itu pesuruhNYA.

Aku sedar aku tak baik. Serius, memang sangat banyak dosa aku. Hanya Allah yang Maha Mengetahui semuanya. Tapi DIA sangat baik bila DIA bagi aku peluang untuk hidup, masih ada family, masih ada kawan-kawan, masih ada kerja dan yang paling penting, masih diberikan rezeki olehNYA.

Sebab tu aku selalu berpegang kepada prinsip, "Kalau fikir DUIT kita akan SERABUT, tapi kalau kita fikir REZEKI, Insya-Allah kita akan BERSYUKUR. Perkataan *duit* tu aku memang sedaya-upaya elak daripada sebut selalu. Sebab kalau fikir duit, mesti aku sedih dan kecewa. Aku sangat perlukan duit untuk kahwin, perlu duit untuk bayar hutang dan perlu duit untuk capai semua impian aku.



Kalaulah duit itu boleh *turun dari langit* macam hujan yang turun menghentam lantai bumi, memang aku tadah setiap butir syiling yang jatuh. Tapi apakan daya, duit itu akan ada kalau kita ada *usaha* untuk dapatkannya, sama ada dengan cara yang baik atau tak baik, betul tak? Duit tu kalau ada, berjuta-juta pun tak tentu cukup. Aku tengok bos aku yang bisnes hari-hari jalan pun, pening kepala bila akhir bulan kena bayar gaji kami. Haha. (Saja jahat gelakkan bos.)

Lagi satu, apa guna gaji kau banyak tapi hutang masih banyak? Apa guna juga duit yang banyak kalau duit itu tak digunakan untuk kebaikan? Apa guna duit yang banyak kalau kita langsung susah nak bersedekah walau kepada ibu bapa atau keluarga kita sendiri? Part ni kita kena *alert* la. Bulan-bulan leh je *shopping* beli barang mahal-mahal. Makan kat Subway, Starbucks, Secret Recipe, etc, tapi RM50 pun susah nak hulur kat keluarga. Adeh.

Aku mengaku, aku memang cemburu dengan orang kaya. Siapa tak cemburu tengok orang nak buat *majlis* senang je. Mak ayah boleh tanggung setengah daripada budjet. Pastu dah kahwin boleh hidup bahagia dengan suami, mak ayah tak *claim* balik hutang kahwin tu. Oh, bahagia sungguh siapa yang diberi rezeki begitu! Jadi semua ini REZEKI ya Cik Ezdiani. (Ketuk kepala sendiri supaya sedar diri!)



REZEKI itu datang daripada Allah s.w.t.. Bukan daripada manusia yang kaya-raya. Bukan juga daripada pemimpin negara yang sibuk nak bina bangunan tinggi sampai 5 Billion! Bukan juga daripada bos yang suka nak *pow* belanja fast food! (Haha. Ye ke?)

Allah s.w.t. beri kita rezeki supaya kita BERSYUKUR dengan apa yang DIA bagi. Setiap orang Allah dah tulis berapa banyak rezeki yang DIA akan bagi. Kalau kita usaha dan doa betul-betul, Insya-Allah DIA akan bantu kita dapat rezeki yang baik. 

Aku ada beberapa amalan yang aku rasa nak kongsi juga dengan korang macam mana nak dimurahkan Rezeki. Apa yang kita lakukan ni pun usaha gak. Jadi tak salah kalau kita buat dengan niat yang baik, insya-Allah.

Antara amalan-amalan yang aku selalu buat ialah membaca Surah Al-Waqiah pada waktu malam. 

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Satu lagi aku selalu amalkan baca Ayat 1000 Dinar. Aku rasa ramai orang tahu ni. Tapi tak salah kalau kita baca sebagai usaha kita untuk memperoleh rezeki daripada DIA kan?


Maksudnya: “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

Bila dibaca setiap doa itu, kita patut YAKIN dengan apa yang kita baca itu. Kena yakin, yang akan makbulkan permintaan kita itu ialah Allah s.w.t., bukan orang lain. Kalau DIA lambat beri kita rezeki tu, kita kena sabar. Mungkin DIA masih nak uji kita tapi bila tiba saat rezeki itu dia kabulkan, masa tu barulah kita nampak betapa besarnya kuasa Allah s.w.t itu. Percayalah cakap aku k.

Jadi janganlah kusut, merungut, serabut, bersedih atau bermuram durja jika kita tiada duit. (Pesanan untuk diri sendiri juga!) Sedarlah Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hambaNYA, iaitu aku, kau dan anda semua. Semoga Allah s.w.t. murahkan rezeki semua orang yang membaca blog aku selama ini. Amin~

Konvokesyen si dia...

Esok Hafiz akan konvo. Dan aku tak pergi. Mestilah tak pergi, satu sebab aku kerja esok. Kedua sebab jauh, kat UTM Skudai, Johor sana. Ketiga, kerana aku langsung tak dijemput. Sob sob..(Bunyi nangis.)

Kat sini bukan nak cerita pasal Konvo Hafiz sangat. Tapi nak cerita pasal hal-hal yang berlaku sebelum dia Konvo. Bukan hal dia punya perancangan sebelum menghadiri Konvo. Bukan juga hal dia ambil jubah. Tapi ialah hal semasa dia menjadi *student* yang menyebabkan dia *layak* menghadiri Konvokesyennya pada esok hari. ^_^



Aku kenal Hafiz semasa kami sama-sama bergelar pelajar atau student. (Aku gunakan perkataan student ok, sebab lebih *mesra pelanggan* kan? Haha.) Masa tu dia belajar di Kolej Negeri di Negeri Sembilan dalam jurusan Diploma Teknologi Senibina manakala aku Ijazah Senireka dan Seni Gunaan. Haha, awat *aneh* benar bunyi course aku ni? Okayla, Degree of Applied Arts & Design tapi majoring aku Interior Design. Course kami sebenarnya lebih kurang cuma bezanya dia punya course lebih ke arah teknikal dan architecture manakala aku lebih kepada design dan Interior Design atau dalam Bahasa Melayunya, Hiasan Dalaman.

Nak dijadikan cerita, ada satu sem tu, projek dia kena design *butik*. Di situlah Allah s.w.t telah mengatur pertemuan dia dengan dua orang lagi sahabat satu studio dengan aku, Lyn dan Izzati. Lyn dan Izzati majoring Conservation Design tapi aku dengan diorang memang sangat rapat dari dulu sampai sekarang. Kebetulan diorang dan budak-budak Conservation lain ada trip pergi Melaka. Tiba-tiba terserempak dengan *dia* yang baru lepas pergi site dia dekat-dekat situ. Mereka berbual sikit dan aku tak pasti apa perbualan detail mereka. Cuma yang aku tahu, dia nak tahu sikit-sikit info tentang design butik sebab kebetulan Lyn cakap kat dia yang aku pernah design butik sebelum ni. Lantas, nombor telefon bertukar tangan dan bila Lyn balik, Lyn minta kebenaran aku untuk beri nombor aku kepadanya. ^_^

*Antara Kerja-kerja Hafiz*

Berminggu juga aku tunggu Hafiz nak contact aku. Entah kenapa, hati ni macam *senang* je rasa nak tolong dia. Serius part ni aku tak tipu. Aku rasa macam tertanya-tanya bilalah mamat ni nak contact aku. Jadi pada satu masa di bulan Oktober 2007 dan ketika itu juga bulan Ramadhan, dia message aku. Tanya pasal design butik. Dia juga cerita kat aku pasal idea *lantern* dia nak buat sebab butik yang dia nak buat butik *Baba dan Nyonya*. Jadi kami message dan message dan kemudian bercerita pasal design dan aku ada gak selit hal-hal peribadi. Tapi aku perasan Hafiz masa tu memang tak suka sangat cerita pasal hal-hal family dia, jadi aku hormatlah dia. Banyak benda yang kami cerita pun pasal hal study dia dan hal dia aktif masa tu sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP.

Kami jarang contact lepas tu. Ada sekali aku call dia dan kami borak asyik gelak je dan dia pun siap kata, aku ni *suka gelak.* Haha. Gelak lagi. Tak tahulah kenapa aku asyik *happy* bila berbual dengan dia. Erm… Tapi ada sekali tu aku contact dia masa dia tengah sibuk buat *final project* dia. Dia tak nak layan. Sibuk. Jadi lepas tu aku stop langsung contact dia. Kecuali ada sekali dia contact aku tanya pasal apa maksud *concept*. Aku yang tak kedekut ilmu dan pemurah sangat kononnya ni pun beritahulah apa itu concept. Iaitu kombinasi antara tema, metaphor dan satu lagi.. Aku pun dan lupa apa. Huhu. (Kalau lecturer aku Bro. Fakhul baca mesti dia tolong ingatkan aku. Huhu.)

Malas aku nak explain panjang-panjang pasal concept tu. Nanti korang gak pening. Jadi lepas tu aku dengan dia tak contact sangat dah. Hinggalah awal tahun 2008 bila ada nombor asing contact aku. Kata tuan punya nombor namanya *Sham* budak Kolej Negeri. Aku mati-mati ingat Hafiz dah pass nombor aku kat orang lain. Tapi pada hari itulah aku baru tahu nama penuh dia Mohd Hafizsham. Haha. Paling kelakar, Lyn tahu je nama dia Hafizsham. Tapi aku je yang tak tahu. Haha. (Gelak lagi.)

Kebetulan masa tu dia tak mula sem lagi. Aku dah mula sem. Project sem tu aku kena buat Muzium dan Hotel. Aku cerita kat dia pasal project aku tu. Terharu aku bila sepanjang malam dia tolong aku carikan *concept* untuk project aku tu. Tapi ada satu time tu dia tiba-tiba tak berminat nak cakap dengan aku. Rupa-rupanya sebab dia accident dan malam tu, terbongkarlah satu *rahsia* antara kami.

Aku tak nak cerita apa rahsia tu. Orang yang rapat tahulah kot. Tapi nak dipendekkan cerita, lepas rahsia tu terbongkar, beberapa minggu kemudian kami officially bersama. Bila kami jumpa mesti kami berbincang tentang design. Lagi satu kalau kami jumpa, syaratnya mesti ada sebab. Salah satunya masa dia kena design universiti, dia datang UIA dan buat *case study* kat universiti aku tu. Terutama kat Kulliyyah Architecture atau KAED (which I miss so much!)

Terus-terang, perhubungan kami pada dasarnya lebih kepada menuntut ilmu. Banyak benda kami kongsi sebab bidang kami sangat hampir sama. Masa dia kena design universiti tu, masa kami *date* dia bawa sketches dia dan tunjuk kepada aku. Even sampai sekarang, walau kami sudah bekerja, kalau ada drawing yang nak kami share, kami tunjuk masa kami jumpa dan bincang. Aku suka tanya dia part teknikal atau detail sebab dia memang pakar dalam bab tu. Tapi part material atau design software dia kena tanya kat akula…

Selain tu, time kami student, kami selalu kena stay up. Is either, aku atau dia tidur, kami akan kejutkan diri masing-masing. Part ni paling best bila kami sama-sama stay up, dia buat drawing manakala aku buat design 3D atau drawing, kami main message 10 minit. 10 minit aku message, 10 minit berikutnya baru dia balas dan begitulah seterusnya sampai waktu Subuh. (Kalau message tak berbalas, tahulah salah seorang dah *terlena* tewas di atas katil! Huhu.) Apa yang bestnya, walaupun dia jauh akan rasa dia temankan kita masa buat kerja. ^_^

Aku juga sebenarnya telah ubah gaya study dia daripada fokus kepada design saja kepada fokus kepada semua subjek yang dia ambil. Sem terakhir sebelum dia praktikal, dia ada banyak gak subject kena *repeat*. Tapi aku kerah dia *kaw kaw* supaya maintain semua subjek. Ada satu subject *history* tak silap aku, aku kena tolong translate kan *fakta-fakta sejarah* daripada English kepada Bahasa Melayu. Memang gilela. (Ok. Baru nangis sekejap tadi bila dia tiba-tiba telefon, terharu bila dia pun masih ingat *kenangan* ini.) Lepas tu ada subjek Pengajian Islam tak silap aku yang aku tolong pinjam buku kat library banyak-banyak untuk tolong dia buat assignment sampai dia dengan group dia dah tak payah buat apa-apa dah lepas tu. Huhu.

Okay. Bukan aku je banyak tolong dia. Dia banyak bagi aku sokongan moral. Terutama masa aku down semua. Dia yang bagi aku semangat untuk buat design. Even final project aku, dia tolong edit drawing Elevation and Plan. Oh, site Final Project aku pun sebenarnya ialah site dia cuma project yang aku buat lagi besar skopnya daripada dia buat butik tu. Heh. Apa yang paling bermakna, sem 3 aku atau semester ketika kami bersama, aku first time dapat *Dean’s List* dengan pointer 3.767. Memang rekod gaklah masa tu. Huhu.


*Kenangan semasa pergi site sama-sama. ^_^*

Banyak perkara *sweet* yang berlaku semasa kami sama-sama bergelar student terutama masa kami teman sesama kami stay up. Kami main teka-teki, soalan trivia, teka lagu dan karaoke lagu ni. Duet. Haha.


*Langkah Seiringan- Exist*

Apa-apa pun aku bersyukur sangat akhirnya dia berjaya konvo dan dapat Diploma esok dengan pointer yang mencapai nombor 3 berkat hasil usahanya selama ini. Aku harap dan berdoa sangat, dia dapat sambung Degree in Architecture dan bergelar Architect suatu hari nanti. Menjadi Architect ialah impiannya suatu ketika dahulu dan Insya-Allah aku akan ada dengan dia untuk capai impiannya itu.

Tahniah Hafizsham kerana berjaya KONVO!
\^_^/



*Muka sebelum ke konvo. 8-) *

Thursday, October 21, 2010

KAU NI KAWAN YANG BAIK KE?

Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa masa susah kau cari aku, masa senang kau *berpesta muda-mudi *dengan kawan-kawan lain? Kenapa masa kau nak menangis, mengadu masalah, baru cari aku? Ingat aku ni kaunselor free ke? Atau kau ingat aku ni *biro pengaduan awam? Kalau aku bagi kau pinjam telinga aku ni, kau akan ingat tak kata-kata aku selepas ni? Kau akan hargai tak aku kalau aku tolong menjadi pendengar setia dan beri kau pandangan yang terbaik untuk masalah kau tu? Tapi yang paling penting, kau akan terus jadi kawan baik aku lagi tak lepas ni, bila aku perlukan pertolongan kau pula?



Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa kau suka cakap pasal aku kat *belakang*? Aku bukan minta kau *puji* aku pun tapi kalau tak puas hati dengan aku, cakaplah depan-depan. Tegur secara berhemah. (Tapi kalau aku *melenting* masa tu jangan marah pula. Haha) Bukankah *sahabat yang baik ialah sahabat yang berkata benar denganmu, bukan yang membenarkan kata-katamu?* Jadi cakap *direct* dahlah kat aku ni. Lagipun, tak perlulah *gosip* aku kat belakang, tambah pahala aku lagi adalah. Betul tak?

Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa duit aku jadi duit kau, kenapa gak, barang aku yang kau pinjam 5 tahun lepas dah jadi harta kau ni? Lepas tu baru-baru ni kita lepak kat mamak kau pesan teh ais limau suam dengan roti tisu tinggi 10cm kenapa aku pula yang tolong bayarkan ni? Sejak bila aku kena bagi kau *nafkah zahir*? Takpelah. Nanti kalau kita keluar lagi, aku ajak kau pergi makan kat Old Town, kau pula yang bayar ye?



Kau ni kawan yang baik ke?

Kau ni suka mungkir janji tau. Eh, minggu lepas kita dah janji nak keluar kan? Kenapa cancel pula ni? Oh, BF kau ajak pergi tengok wayang ye? Erm… BF kau bukan jumpa kau hari-hari ke? Aku yang dah berkurun ni kau tak nak jumpa ke? Kau ingat lagi ke *tinggi* aku ni berapa, maklumlah, kan kita dah lama tak jumpa? Takpe, nanti kau kahwin, aku tak nak datang ye. =P

Kau ni kawan yang baik ke?

Tadi kau telefon ke aku yang telefon kau tadi? Oh, aku yang call. Aku sendiri lupa. Sebab apa ya aku call? Oh, aku lupa lagi, sebenarnya nak cerita kat kau masalah aku, tiba-tiba kau cerita pula masalah kau, BF kau ada perempuan lain. Erm… BF kau tahu tak kau ada lelaki lain ni? Eh, apa masalah aku ni? Takkanlah aku nak bocorkan rahsia kau macam kau kantoikan aku kat Ex-BF aku yang dulu tu. Tapi aku memang ada masalah ni, sebab tu aku call kau.. Takpelah, aku call BF kaulah…Erk…



Kau ni kawan yang baik ke?

Janganlah ajak aku buat jahat! Kau ajak aku pergi tempat tu buat apa, bawalah aku kat tempat yang elok sikit. Sakit mata aku tengok perempuan seksi-seksi ni. Oi, aku bukan *tunjuk baiklah!* Ok, aku tak bawa kau pergi Ceramah Agama. Sebab aku pun jarang pergi. Jadi aku *SHARE* kat Facebook kau *Tazkirah* ni k. *wink*

Kau ni kawan yang baik ke?

Kau janganlah cakap bahasa kasar dengan aku! Hei, kenapa kau tuduh aku yang bukan-bukan ni? Bila masa aku buat fitnah pasal kau. Cuba siasat dulu lain kali sebelum kau percaya cakap *pengadu domba* tu. Kau tak percaya cakap aku ke? Aku kan dah lima tahun duduk satu bilik dengan kau, tidur sebilik tapi lain bantal, takkanlah aku nak tipu kau pula?

AKU NI KAWAN YANG BAIK KE?

Tepuk dada, tanya iman.
Tanya hati, cari ikhlas.
Tenung diri, muhasabah peribadi.
Ampunkan khilafku, sahabat-sahabatku yang sejati. ^_^