Monday, October 4, 2010

MENGELUH~~


Hidup ni kalau tak mengeluh dalam sehari tak boleh ke?

Benda pertama aku mengeluh hari ni. Aku selsema. Kerja tak siap lagi. Malam tadi bangun-tidur-bangun-tidur check 3D aku tengah render kat PC. Satu 3D view dekat2 jam gakla render. Adeh. Lepas tu pagi-pagi masa nak buat kerja- Layout Plan aku selsema lagi. Tapi untuk menjadi positif, Selsema tu kan *ujian Allah s.w.t.* untuk kita? Dia nak ampunkan dosa, kenalah terima dengan Redha. Jadi kenapa mengeluh?

Kedua, aku mengeluh sebab nak kena jumpa client. Cuak gak bila ada client orang kaya ni. Lepas tu nak kena bawa laptop bos yang harga RM5000 tu. (Bos yang beritahu. Risau sebab baru-baru ni wife dia punya laptop hilang, orang *kopak bonet*) Nak isi minyak pun cuak, kot-kot ada orang tiba-tiba *terkam* buka kereta, ambil laptop. Naya je. Dahla aku sorang-sorang. Dalam kereta masa drive, selsema tak hilang lagi. Doa banyak-banyak, janganlah bersin atau ada air keluar dari hidung ke apa...Haha. Tak suka pula aku cakap kotor ni...Sampai area rumah client, sempat bergaduh dengan *guard* lagi sebab aku lupa nombor rumah. Tapi aku ingat rumah yang mana. Maka guard yang *bangsanya* tidak kuketahui itu mengiringi kereta aku sampai ke hadapan rumah client yang kosong. (aku ni mcm VIP la, ada pengiring masuk area rumah orang. =P) Tunggu client dalam 15 minit camtu, mereka datang. Bincang sikit-sikit, balik. Ok je kan? Tapi aku mengeluh camtu, buat apa? Ish!

Area rumah *clients* aku (Sebab ada dua orang client aku pegang di situ)

Sampai ofis sekarang, berada di tahap mengantuk petala ke-5. Tengah tahan mengantuk inilah, aku taip blog ni. Aku mengeluh lagi. Sebab aku mengantuk. Mata. Tolonglah mata...

Ok.. Nak pergi solat Asar. Dan kalau terlelap tu, maafkanlah aku yang tidur selepas asar ini. Huhu~~

Sunday, October 3, 2010

Kerja Saya Pada Hari Ini

Dry Kitchen 1

Dry Kitchen 2

Penat gile hari ni buat dry kitchen untuk client aku ni. Esok nak jumpa. Tapi Layout Plan dia aku tak siap lagi. Haha. Ok, esok pagi aku nak sahur, aku buat ok. Doakan semuanya berjalan lancar. Memang banyak sangat barang aku kena bawa esok. Tapi aku sangat letih sekarang. Tak dapat berfikir secara normal dah.

Ok. Doakan Ezdiani ya. ^_^

Konvokesyen di UIA 2010



Macam semangat gile aku pergi UIA semata-mata nak celebrate orang lain punya konvo. Siap ambil cuti dan terpaksa ganti pada hari Ahad (hari ni) dan memberi alasan paling baik untuk bos. "I pergi demi sahabat". Ya, mungkin itulah alasan kenapa aku pergi ke UIA semalam. (Sebab hari ni dah masuk hari Ahad. Ok. Pagi ni kena pergi kerja.)

Aku beria janji dengan Huda, pukul 11 nak jumpa. Tapi kerana aku yang memang *zahir* ini tidak *punctual*, aku sempat makan Nasi Pelangi mak aku lagi sebelum pergi, lepas tu bayar bil telefon dan bayar duit kereta di Ambank. Tiba-tiba teringat tak beli apa-apa lagi hadiah, aku singgah Tesco Ampang. Padahal beli Coklat dan kad je. Ambik kau, panjang berjela orang kat kaunter nak bayar, padahal baru pukul 12 tengah hari!

Maka aku sampai UIA dalam pukul 1 petang. (Bukan pukul 11 ye.) Masya-Allah, jalan dah bersimpang-siur sebab area Kaed tak boleh masuk jadi aku parking kereta jauh sangat kat area bangunan Kulliyyah Economics. *Bercinta* gak la berjalan menuju ke Masjid UIA untuk bertemu *Gf* pertama, cik Farah.

Cik Farah my Gf ♥

Mungkin ada kebaikannya aku terus datang jumpa dia yang seorang diri dah lupa macam mana nak pakai *robe* yang memang susah kot nak pakai sendiri. So, aku tak pasal-pasal jadi P.A dia tolong pakaikan jubah berwarna biru itu. Erm... Lepas tu sempatlah jumpa *tunang* cik Farah. Kesian tunang dia duduk seorang diri dalam dewan tu. Aku minta tiket masuk dewan kat Farah, dia *jeles* pula. Dah rugi satu tiket kot. Haha. Takpelah Farah, aku tak pergi masuk dewan tu, aku boleh pergi tempat lain.

Sementara tunggu Konvo kat dalam dewan tu habis, aku pergi melepak kat bilik junior aku- Anita. Sempatlah makan lunch dengan dia. Lepas tu, ajar dia cad & 3D sikit-sikit. Teringat memori silam ketika menjadi *student* dulu bila berjalan seorang diri ke Mahallah Asma. 4 tahun duduk kolej tu, memang meninggalkan banyak kenangan...(Ok. Ada sedikit sayu.)

Selepas melepak dengan Anita yang macam tak nak bagi aku balik, (sebab nak ajar dia 3D lagi. Lain kali ok adikku. Kena buat kelas dengan Nita ni..huhu) aku kemudiannya pergi bertemu seorang lagi *sahabat* iaitu Wawa. Kebetulan abang Wawa yang buat servis Fotografi untuk konvo tu jadi aku pergilah jumpa dia sekejap. Pada asalnya, aku ingat dia datang sebab adik dia yang konvo, rupa-rupanya sebab abang dia ada kat situ. Heh. So, sempatlah *chit chat* dengan dia kejap sebelum budak-budak kat dalam dewan habis konvo.

Bila dah habis, aku tunggulah Dik Huda pula. Memang asalnya nak jumpa Huda waktu pagi, tapi sebab tak sempat, aku tunggulah dia sampai habis Konvo dalam dewan dan dia jamu minum dan makanan VIP. (Sabar jelah minah ni. Tiap-tiap tahun menu VIP lepas konvo dia dapat rasa. Haha.)

Dik Huda yang banyak bunga

Jadi puas hatilah juga dapat menyambut konvo Huda ni. Siap tolong angkut bunga-bunga yang dia dapat. Sebab tahun lepas beria janji dengan huda nak datang konvo dia tahun ni. Walau lagi dua orang manusia lain-Lyn & Izat berjanji, tapi mereka tak dapat datang, jadi akulah yang mewakili mereka. =P

Bila tengok orang lain konvo, antara persoalan yang terbit ialah, adakah selepas mereka konvo ni, mereka berjaya mendapat pekerjaan yang tetap? Aku teringat masa aku datang konvo tahun lepas, berapa kerat je kawan-kawan aku yang dah kerja. Aku sendiri masa tu dah berapa bulan kerja. Tengok air muka mak dan ayah, keluarga yang support mereka, aku harap, bila dah berjaya, janganlah mereka lupa wajah-wajah yang sanggup bersesak-sesak datang pada hari konvokesyen itu.

Persoalan lain yang timbul, ramai juga aku tengok yang konvo, datang dengan isteri atau suami, bersama *stroller baby* atau mengusung anak-anak masing-masing. Dalam hati terdetik, mereka ni baru konvo, dah ada anak. Aku yang dah setahun konvo ni, *suami* pun takde lagi. Isk isk... (Sebabnya, *bakal suami* baru nak konvo 23hb Oktober ni kat UTM. Takde harapan aku nak pergi. Kot.)

Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada semua yang konvo pada tahun ini. Tak kira di universiti atau kolej mana. Semoga berjaya menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat. Amin. Insya-Allah.

So, kalaulah hidup ni berakhir esok, apa akan jadi?

Tak dapatlah aku pergi ke konvokesyen anak-anak aku pula. Teringin nak ambil gambar family. Sebab masa konvo aku hari tu, hanya mak dan adik aku datang. Ambil pakai kamera sendiri saja. Huhu.



Saturday, October 2, 2010

PURPLE...Love it!



PURPLE

Adalah sangat cantik warna ini. Dan blog aku akhirnya berjaya digabungkan dengan warna kedua kegemaran aku sekarang iaitu Turqoise atau Biru Firus. Serius kahwin nanti nak warna tema macam ni! Huhu.

So far, alhamdulillah agak puas hati dengan design blog ni. Kalau orang tak suka, ikutlah. Sebab sekarang, aku je yang baca blog ni. Hoho. Apa-apa pun aku nak ucapkan thanks kepada adik aku Athirah, yang dah lama ada blog sebab dia ada gak tolong bagi pendapat pasal warna dan beritahu saiz untuk background blog yang sangat susah nak adjust ni!

Banyak kali gile aku tukar size, design, susuan atur dan inilah hasilnya!

Manakala untuk header atau banner, aku ubah juga. Itupun sebab aku rasa header asal agak serabut sebelum ni. Jadi aku dah simplify dia jadi tak banyak benda-benda menyibuk (pensel-pensel sebelum ni aku dah buang. Sebab itu sebenarnya aku copy template orang lain punya!)

Banner atau header yang baru. ^_^

Elemen-elemen *Scrapbooking* sengaja aku serapkan untuk *template* blog ni supaya orang tahu aku ni adalah orang *seni*. Ceh... Betul tau. Daripada aku kecik aku suka main tampal-tampal kertas ni. Dulu aku rajin kumpul kertas warna. Aku suka buat-buat kad semua. Sekarang dah jumpa barang-barang scrapbooking ni secara online, aku downloadla. Sesiapa yang nak tahu pasal scrapbooking dan websites menarik nak download, boleh tanya aku ok. ^_^

Aku tak pasti sama ada orang lain akan suka atau serabut ke tak baca blog aku ni lepas ni. Apa-apa pun aku sangat puas hati kerana berjaya hasilkan blog dengan identiti sendiri.

Tahniah Cik Ezdiani.

(Haha. Puji diri sendiri pagi-pagi buta ni.)



Friday, October 1, 2010

Masih. Tak Puas Hati


Pukul 1.35 petang.

Aku masih tak puas hati tengok design blog aku ni. Macam haram kot...Malam tadi aku tidur hampir pukul 2 nak set up kan layout jadi background yang sempurna. Tapi hampa! Macam hampeh ada gak...Ish...

Kenapa aku masih tak berjaya set up background yang bagus? Aku nak ada identiti sendiri dalam blog. Tadi aku tunjuk kat *Shu Ni* (amoi satu ofis dengan aku) dia kata blog aku ada *identiti sendiri* dah. Tapi bagi aku, masih serabut!

Sakit hati nak belajar benda HTML-CSS ni. Dulu masa belajar *Flash* aku ada gak buat *coding* ni. Tapi memang haram lepas tu aku tak ingat. (Alamak, tiba-tiba teringat lecturer Flash yang membencikan itu! Sebab dia ajar tak best, aku punya final ada B- dan terus tak dapat Dean's List! Ish!)

Ok, malam ni tidur lewat lagi. Nak bagi puas hati betul-betul baru berani nak *promote* officially kat orang. Sebab kalau boleh, aku nak *hamparkan* semua karya-karya aku yang dah agak *berhabuk* kat bawah katil aku tu. Uiks... Apalah nak jadi dengan Ezdiani ni.

Sebenarnya agak happy, esok tak perlu jumpa client. Sebabnya, quotations tak siap lagi, layout plan baru masuk furniture sikit-sikit dan 3D kitchen pun tak siap lagi. Nasib client Melayu. Musim raya tak habis lagi, penuh dengan *open house*, etc. Aku rasa raya ni masih macam tahun lepas. Tak berminat nak pergi *open house*. Sebabnya 6 hari seminggu bekerja full day, bila masanya aku nak rehat? (Malam boleh rehat, tapi aku main FB dan set up blog nila! haiya!)

Lagipun aku baru mula puasa ganti- yang mengharapkan ada sikit *pahala 6* di bulan Syawal ini. Huhu..Hari ni aku tak puasa. Aku puasa lagi dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa, insya-Allah. Semoga Allah panjangkan umur aku nak ganti puasa. Huhu.

Cakap pasal blog ni, masih serabut. Tapi at least aku dah tau nak masukkan *background* aku sendiri. Heh.

So, apa akan jadi kalau hidup ni berakhir esok?

Blog ni background akan masih berserabut, memeningkan, membuatkan kepala terus berkecamuk & mahu mengamuk! Cet!

Desktop yang menunjukkan bukti buat kerja! =P