Tuesday, June 29, 2010

5 JIWA. 1 RASA. (SATU)

ADELIA

“Bila berlima. Jadi ceria.”

Aku begitu teruja apabila Kak Nani mengajak aku datang makan malam di rumahnya malam ini. Tambahan apabila diberitahu bahawa makan malam yang dirancang bersempena dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bahagian itu turut dihadiri oleh beberapa teman sekerja kami yang lain.

Sebenarnya, apa yang membuatkan aku gembira adalah kerana belum pun sebulan aku bekerja di syarikat pengiklanan Colour Advertising, aku sudah mula diterima oleh mereka. Semestinya peluang untuk merapatkan lagi hubungan aku dengan teman-teman baruku itu, tak mungkin aku sia-siakan. Aku mahu menjadi seseorang yang senang didekati dan mudah bergaul dengan semua orang, memandangkan aku tidak punya ramai kawan sebelum ini.

Hari itu hari Jumaat. Usai pulang dari ofis, aku pulang ke rumah dahulu untuk mandi dan bertukar pakaian. Walaupun cuma makan malam biasa, aku tak betah kalau datang ke rumah orang dalam keadaan berpeluh dan tidak mandi! Aduh, cerewet betul aku ni!

Jamuan makan di rumah Kak Nani akan bermula pada pukul 9 malam. Lantas aku bersolat Maghrib dan Isya’ dahulu sebelum keluar dari rumah. Aku bajet masa perjalanan dalam 20 minit sebelum aku boleh sampai ke rumah Kak Nani yang tinggal tidak berapa jauh dari rumahku ini.

Baru aku hendak keluar rumah, tiba-tiba telefonku berbunyi. Siapa pula ni? Apabila melihat imej dan nama si pemanggil, aku tersenyum sendiri.

“Hai, baru satu malam tak jumpa dah rindu?” Usikku kepadanya.

Azam tergelak kecil. “Bukan rindu. Tapi risaukan awak nak memandu malam-malam macam ni, kan bahaya? Sepatutnya…”

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku lekas memotong, “Azam, saya dah banyak kali kata, saya tak suka awak selalu hantar saya ke mana-mana. Saya reti drive, saya boleh pergi sendiri!”

“Kalau tempat yang awak biasa pergi, it’s okay my dear. Tapi kalau tempat yang awak tak pernah pergi, entah lorong mana awak akan masuk. Selepas tu mulalah call saya, tanya awak kat ‘negara’ mana sekarang.” Tambah Azam bersama kisah lama yang sengaja diungkit untuk terus memerli aku.

Aku mengaku bahawa aku memang selalu tersesat jalan. Lagi-lagi sewaktu melalui kawasan perumahan. Acapkali terlalu banyak lorong yang aku kerap tersalah masuk dan akhirnya aku akan menelefon Azam untuk membuka ‘Google Maps’ untuk mencari jalan keluar. Kasihan Azam, selalu jadi mangsa!

“Okaylah Azam, saya nak keluar dah ni. Doakanlah saya tak sesat ya. Saya dah buka Google Maps dah siang tadi. Siap print lagi.” Aku masih cuba menyakinkan Azam yang kedengaran masih risaukan aku.

“Baiklah, jangan balik lewat sangat sayang. Sampai rumah, message.” Pesan Azam sebelum mengakhiri perbualan.

Aku mula bergerak keluar menuju ke kereta selepas mengunci pintu rumah. Jam sudah pukul 8.45 malam. Alamak, lima minit telah dibazirkan kerana berbual dengan Azam tadi! Benci betul. Rungutku sambil dalam hati berdoa, janganlah aku tersesat jalan malam ni!

Aku memandu dengan cermat menuju ke rumah Kak Nani. Di kepala aku asyik mengingati tanda petunjuk jalan yang aku hafal daripada Google Maps siang tadi. “Okay. Sekolah. Lepas tu jumpa bangunan pejabat. Lepas tu…”

Aku bercakap-cakap seorang diri semasa memandu sehinggalah aku jumpa Kondominium Melewar yang terletak di tepi bukit, tempat tinggal Kak Nani. Yes! Akhirnya aku berjaya juga sampai di situ sebelum pukul 9 malam! Paling aku excited sebab aku berjaya memandu tanpa tersesat jalan.

Sempat aku menghantar SMS kepada Azam.

“Saya dah sampai. Tak sesat. J”

Selang beberapa minit kemudian dia membalas.

“Alhamdulillah. Jangan lupa jalan pulang ke rumah. :P“

Giliran aku pula yang tergelak bila membaca pesanan ringkasnya. Azam memang begitu. Kuat mengusik. Tapi aku tak mudah berasa hati kerana selama berpuluh tahun kami berkawan, aku sudah terlalu kenal akan sikapnya yang satu itu. Sabar sahajalah.

Kak Nani tinggal di tingkat dua, Blok A. Jadi aku hanya menaiki tangga ke rumahnya. Tak salah sekali-sekala naik tangga, boleh exercise kan?

Exercise lah sangat! Sampai depan pintu rumah Kak Nani, nafasku sudah terhencut-hencut. Terpaksa aku tarik nafas panjang sebelum memberi salam. (Nampak sangat dah lama tak bersenam. Baru naik tangga sikit dah semput!)

Kak Nani membuka pintu rumah dengan muka yang diukir senyum gembira. “Wah, sampai juga Adelia ke rumah Kak Nani! Jemput masuk.”

Aku membalas senyum Kak Nani sambil menghulurkan sebuah bungkusan kepadanya. “Minta maaf Kak Nani, saya terlewat sikit.” Ujarku sekadar berbasa-basi. Sebenarnya bukan lewat sangat. Sekarang baru pukul 9.05 malam. 5 minit lewat, apalah sangat.

“Takpe. Farah dan Balqis dah ada di dalam tu. Terima kasih bagi hadiah ni. Susah-susah saja Lia ni.” Kak Nani menyentuh bahuku dan mengiringiku sehingga ke ruang tamu. Kelihatan Farah dan Balqis sedang berbual-bual dan berhenti bercakap sebaik melihat aku datang.

Aku melangkah perlahan menuruti Kak Nani menuju ke ruang tamu rumahnya itu. Walaupun tinggal seorang diri, rumah Kak Nani yang masih bujang itu kelihatan begitu tersusun dengan perabot moden yang kebanyakannya bertona putih gading. Ciri-ciri minimalis jelas kelihatan di ruang tamu namun apabila aku tertoleh sekilas ke ruang dapur, warna cat bertukar ceria menjadi warna kuning raja. Kak Nani juga menyerapkan warna ceria iaitu jingga di salah satu dinding di ruang makan yang setahu aku, boleh menambah selera sewaktu makan. Kukira Kak Nani mesti telah mengkaji efek setiap warna sebelum mengaplikasikannya ke setiap ruang kediamannya. Ruang kondominium yang tidak begitu besar boleh jadi cantik kalau tuan rumah bijak memilih warna.

“Lia, baru sampai!’ Farah bangun dan bersalaman denganku, diikuti Balqis selepas itu. Aku membalas huluran tangan mereka.

“Ingatkan Lia tak datang,” ujar Balqis sambil duduk kembali. Dia yang kini mengandung tujuh bulan memang tak boleh berdiri lama-lama. Cepat letih katanya. “Rugi kalau Lia tak datang. Sebab malam ni, ‘Chef Nani’ kita masak macam-macam makanan yang sedap. Ala Western katanya!”

“Ha, bergosip pasal akulah tu!” Kak Nani muncul dari dapur sambil membawa dulang berisi jag dan air minuman untuk kami.

“Aku tak bergosiplah! Cuma puji masakan kau. Tadi sempat aku cuit sikit kek coklat kau. Sedap!” Balqis mengenyit mata, nakal. Walaupun sedang berbadan dua, sifatnya yang suka berjenaka tak pernah berkurang.

Kak Nani bercekak pinggang, pura-pura marah Balqis kerana merasa kek coklat istimewa yang dibuatnya itu. “Oi, orang lain pun lapar juga! Kau cuit dulu kek aku tu kenapa? Anak kat dalam tu lapar ke, maknya yang lapar?”

“Anak kat dalam ni, pantang nampak coklat.”

“Dalam perut, nampak coklat?” Farah buat muka hairan bila mendengar alasan Balqis itu.

Balqis tarik muka. “Iyalah, maknya yang lapar. Dah setengah jam aku duduk rumah kau ni, dari tadi kau hidang air je?” Dia memandang Kak Nani, merayu simpati sambil tangannya mengusap-usap perut. “Kat rumah tadi, aku sempat kunyah keropok je Nani.”

Mendengar rungutan Balqis itu, Kak Nani lekas menjemput kami ke meja makan. “Sebenarnya aku ingat nak tunggu Mimi dulu. Tapi dia lambat pula. Takpelah, kita makan dulu.”

Aku tak sangka Kak Nani turut mengundang Mimi, seorang lagi teman sepejabat kami ke rumahnya. Mimi yang aku kenal agak dingin dengan teman-teman yang lain. Dia gemar bersendiri dan kurang mesra denganku walaupun kami hanya duduk selang semeja.

“Daripada kau jemput dia datang, baik kau ajak Saiful, office boy kita tu. Beria dia nak join, tapi kau kata, untuk wanita-wanita saja malam ni. Kesian dia!” Omel Balqis sambil mula menuang kuah spagetti yang masih berwap ke dalam pinggan. Dia nampak begitu berselera untuk makan. Mungkin anak di dalam kandungannya sudah ‘nampak’ spagetti yang begitu menyelerakan itu.

“Aku bukan tak nak ajak budak-budak lelaki ofis kita. Tapi aku ni kan masih single. Tak seronok kalau jiran-jiran nampak aku ajak lelaki beramai-ramai ke rumah aku ni.” Kak Nani mengulas sebab-musabab dia tidak menjemput teman sekerja lelaki datang ke rumahnya malam itu.

Aku mengangguk, faham. Sebenarnya aku sendiri pada awalnya hairan, kenapa mereka semua tidak bertudung pada malam itu. Rupa-rupanya jamuan itu hanya untuk kaum perempuan. Walau bagaimanapun tudung di kepalaku masih belum tertanggal. Tak sedap pula hendak buka tudung tiba-tiba begini. Lalu aku terus memperagakan fesyen ‘muslimah’ iaitu bertudung warna monokromatik yang disesuaikan dengan blaus hitam dan skirt kelabu labuh.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Kak Nani lekas meluru ke pintu. Semua sudah maklum siapa tetamu yang baru tiba lantas kami meneruskan sesi menjamu selera yang baru bermula.

Mimi masuk dan tersenyum ke arah kami dengan ucapan minta maaf tak sudah-sudah kepada tuan rumah. Aku rasa itulah kali pertama aku lihat dia tersenyum sepanjang tempoh kami bekerja di pejabat yang sama. Terasa diriku bersalah kerana terlalu mudah berperasangka buruk terhadap orang lain. Ish, tak baik betul aku ni!

“Lia tadi datang dengan siapa? Boyfriend hantar ke?” Tanya Farah tiba-tiba tatkala aku baru meneguk air limau ais dari gelas. Farah memang tahu tentang hubungan aku dengan Azam kerana sudah beberapa kali dia nampak Azam menjemputku pulang dari tempat kerja.

Aku geleng. “Eh, takdelah. Lia datang sendiri tadi. Farah pula datang dengan siapa?”

“Farah datang sendiri juga. Tunang Farah ada hal malam ni.” Balas Farah lalu gilirannya pula meneguk air dari cawan.

“Eh, Farah! Kau cakap pasal tunang kau tu, dia jadi tak ikut kau jumpa Wedding Planner yang aku cadangkan tu?” Balqis menyampuk tiba-tiba.

Farah jungkit bahu. Tangannya menguis-nguis bebola daging di dalam pinggan sebelum menjawab. “Entahlah Qis, dia asyik sibuk je. Aku ajak dia survey barang-barang hantaran pun dia takde masa. Tengoklah, bila tarikh dah nak dekat nanti, barulah cemas!”

Mimi yang sejak tadi diam tiba-tiba bersuara. “Farah nak kahwin bila?”

“Hujung tahun ni, insya-Allah. Kalau memang dia jodohnya…” Farah tunduk apabila mengungkapkan ayat terakhirnya itu.

Kak Nani muncul lalu duduk di sebelah Farah. “Aduhai Cik Farah, kenapa cakap begitu? Dah memang tertulis jodoh kamu dengan Muaz, takkan ke mana punya.” Lekas tangannya memukul peha Farah. “Lagipun, penat tau Kak Nani jadi ‘match maker’ kamu berdua! Kalau tak kahwin, siaplah Muaz tu aku ganyang!”

Kami semua ketawa bila melihat aksi Kak Nani mencantumkan buku lima dengan tapak tangannya yang satu lagi. Garang betul!

“Hai, kau ke ‘match maker’ mereka, Nani? Tak tahu pula aku?” Balqis bersuara tidak puas hati. Dia ingat dia tahu banyak benda, tapi rupa-rupanya masih ada rahsia yang terlepas untuk dihidu.

Kak Nani ketawa bila mendengar kata-kata Balqis itu. “Kalau korang nak tahu cerita sebenar, kenalah tanya tuan punya badan. Aku cuma membantu, mencantumkan dua hati, menjadi satu!”

Farah jadi tersipu-sipu bila diusik begitu. Setelah dipujuk berkali-kali, barulah dia sudi membuka mulut, membuka lembaran kisah cinta antara Farah Afeefa dengan Muaz Hakimi.

Wednesday, June 16, 2010

Hilangnya Seorang Sahabat Sejati...

Aku takkan lupa pada minggu lepas. Aku contact Fauzan, kawan kepada Zaini yang pernah tolong aku repair PC awal tahun hari tu untuk betulkan PC adik aku. Tapi tak jadi. Aku cancel dan message dia. Tapi balasan message dia, sangatlah mengejutkan aku.

"Taukan, Zaini dah meninggal..."

Masa tu hanya Allah s.wt. yang tahu betapa jantungku berdegup kencang, hati jadi tak keruan. Lalu aku terus dail nombor Fauzan. Aku cuba tanya kesahihan berita itu.

"Betul, dah lama dah. Dekat sebulan rasanya. 3hb Mei."

3 haribulan Mei 2010 dan aku hanya tahu sebulan selepas itu, pada tarikh 10 Jun 2010. Apa perasaan korang kalau dapat message:

"Taukan, Zaini accident. Dia kat hospital sekarang."

Ayat ni mungkin boleh diterima walau sebulan baru korang terima berita. Sebab kita tahu dia masih hidup dan kita boleh melawat dia. Tapi apabila dia sudah tiada...Dia pergi buat selama-lamanya?

Aku takkan lupa kali terakhir aku jumpa dia. 20 Februari yang lepas. Masa tu aku baru balik dari jumpa Hafiz dan asalnya aku tolak nak jumpa dia. Mujur aku balik cepat hari tu, jadi dia ambil aku dari LRT Wangsa Maju. Macam biasa naik kereta dia pergi lepak kat kedai mamak NZ dekat area situ gak.

Kami berborak macam-macam hari tu. Terutama tentang pertunangan dia yang baru berlangsung minggu sebelumnya. Dia seronok bercerita dengan aku. Macam biasa, kami kalau berborak semua topik *masuk*. Daripada hal komputer, politik sampailah ke isu semasa, kami akan cerita dan kongsi. Dia belanja aku makan capati kat situ. Sampai Maghrib jugala kami melepak.

Selepas tu dia hantar aku kat LRT Cempaka untuk ambil kereta aku. Seronok aku sebab dia sempat gak tengok kereta aku dan dia terpaksa ikut kereta aku untuk keluar dari area situ sebab dia tak familiar jalan. Erm... Sampai ke depan rumah dia ikut. Dan aku tak sangka... itulah kali terakhir kami bertemu.

Aku tak berapa ingat macam mana kami mula kenal. Apa yang aku ingat, masa aku sekolah menengah, aku selalu chatting dekat laman MIRC. Mungkin masa tu aku kenal dia dan aku selalu telefon dia kat rumah dia bila balik cuti bulanan, sedangkan aku tau dia kat asrama. Entah kenapa, sampai habis sekolah aku masih telefon dia dan email dia. Jadi daripada situlah kami buat *blind date* (berani pula aku masa tu) dan akhirnya kami bertemu.

Bagi aku muka dia boleh tahan. Dia memang lagi tinggi dari aku. Paling aku tak lupa, kali pertama kami keluar, baru habis SPM, jadi sama-sama takde duit sangat. Kami hanya makan muffin yang aku bawa dari rumah. Dia tak mengeluh pun. Sempoi je...

Bila tahu result SPM, dia punya result lagi bagus dari aku. Lepas tu dia dapat masuk UTM Jalan Semarak manakala aku masuk Matrik UIA PJ. Sepanjang aku kat sana, ada juga kami keluar berdua, selalu berhubung dan dia rajin buat kerja part time. Tak silap aku dia kenal tunang dia masa kerja part time kat Burger King dan bila dia dah ada girlfriend, hubungan kami masih rapat cuma ada batas untuk saling berhubung untuk jaga hati Gf dia..erm...

Sepanjang hubungan persahabatan kami, hanya sekali dia pernah buat aku marah. Aku takkan lupa, dia pergi message lirik-lirik lagu yang aku tak faham apa tujuannya. Bila aku tanya dia kenapa tak balas. Dia terus hantar lirik-lirik tu sampai aku risau sangat, aku tanya kawan dia kenapa dia jadi macam tu. Langsung takde jawapan sampailah akhirnya dia kata message tu untuk uji siapa kawan dia yang dapat bersabar dan aku adalah antara kawan yang bersabar dengan dia sedangkan ada yang terus putus kawan dengan dia.

Masa tu aku memang marah. Tapi marah aku tak lama. Kami terus berkawan. Sebab aku menang ikhlas kawan dengan dia. Dia layan aku sangat baik. Dia pernah tolong aku cari kotak untuk buat project group, sanggup angkut satu group aku naik van abang dia. Dia juga sanggup turun dari Kluang, Johor untuk tolong aku betulkan PC. Dia satu-satunya lelaki yang paling banyak kali datang rumah aku. Masa Open House, masa Hari Raya, masa kenduri kahwin kakak aku. Dia juga pernah pos pakai tangan kad raya dan kad birthday untuk aku. Dia naik motor, jadi kad yang dia pos takde setem. haha.. :)

Bila dia dah kat Johor, aku kat KL, kami banyak berhubung melalui Yahoo Messenger. Dia rajin YM nak tunjuk design website yang dia buat untuk sekolah dia. Dia ajar aku macam-macam tentang hal-hal komputer. Dia beritahu aku website yang menarik. Macam-macamla... Aku dengan dia memang sangat *masuk* sampai aku tertanya-tanya, kenapalah Allah tak *satukan hati* kami?

Mungkin ada sebab Allah s.w.t tak beri kami bersama. Aku redha dengan ketentuanNya. Aku ambil masa selama beberapa hari untuk berhenti menangis. Setiap kali teringat kebaikan yang dia pernah buat untuk aku, kenangan yang kami kongsi sama-sama dan apa saja yang berkaitan dengan dia- Kereta Proton Saga (kereta dia), warna kuning (warna motor dia), komputer aku (dia selalu betulkan) dan macam-macam lagi. Kali terakhir kami berhubung tak silap aku, masa tengah YM, aku merayu-rayu minta dia tolong keluar dalam pukul 1 pagi, semata-mata untuk belikan aku top up. aku perlukan top up masa tu sebab nak pujuk Hafiz, tapi dia sanggup keluar malam-malam buta semata-mata untuk aku! Terharu sangat masa tu...

Aku masih tak percaya dia dah pergi dari dunia ni. Bila membayangkan situasi dia kemalangan (mengikut cerita sepupu dia) - Dia baru balik dari KL lepas jumpa tunang dia, kat Batu Pahat, pagi (mungkin pukul 3, menurut Fauzan) masa dia nak U-turn ada kereta lain laju dan langgar dia, kereta dia berpusing dan tengkuk dia patah, dia meninggal dunia di tempat kejadian. Innalillah..

Aku pula sebagai seorang sahabat takde langsung orang beritahu. Memang aku terasa aku ni orang asing. Sebab tak ramai tahu pasal persahabatan kami terutama keluarga dia. Masa ni la aku sedar betapa pentingnya Facebook. Sekurang-kurangnya bila ada sesuatu terjadi kat kita, orang lain boleh tahu tentang kita. Dia pernah cakap dengan aku dia tak nak ada Facebook sebab product Israel. Entahla, tak tau nak cakap apa. Tapi aku masih kesal kerana tahu berita tentang kematiannya lambat. Kecewa sangat.

Perginya dia memang memberi kesan besar kepada aku. Aku menangis berhari-hari sampai makan pun mata aku boleh keluar air mata. Sedih sangat. aku telefon semua kawan-kawan baik aku yang tahu tentang kami. Terima kasih kepada mereka kerana layan panggilan aku masa time kerja. Tapi tak juga berjaya lawan kesedihan yang sarat dalam diri aku.

Jadi aku larikan diri ke Melaka jumpa Hafiz. dalam perjalanan pun aku masih susah nak lupakan dia. Aku nampak tulisan *Johor* pun hati aku terusik. Kesian Hafiz, susah sangat dia layan aku untuk hilangkan sedih aku. Dia bawa aku ke Taman Botanikal, pergi Perkampungan Buku. Dia bawa aku lawat masjid-masjid kat Melaka bagi aku ambil gambar. Terima kasih jugala kepada dia sebab temankan aku hari tu.

Walaupun aku dah ada boyfriend, mereka tetap bukan orang yang sama. Aku hargai sangat persahabatan yang Zaini telah bagi kepadaku. Semua kenangan yang kami ada bersama, takkan aku lupa sampai bila-bila.

Aku doakan dia tergolong di kalangan orang yang beriman. Semoga Allah permudahkan ujiannya di alam sana. Amin~~

Al-Fatihah buat sahabatku Ruzaini Azrin. Terima kasih Ya Allah kerana beri aku seorang sahabat sebaik dia. Aku sayang Zaini sampai bila-bila...♥♥


Monday, May 10, 2010

Dear John...

Dear John...

Terima kasihla buat saya menangis malam-malam buta ni ya...terima kasih kerana buat saya sedih tengok awak baca surat untuk ayah awak sebelum dia mati...ayah awak dahla sakit *Autism* http://en.wikipedia.org/wiki/Autism . Dia sangat genius dengan duit-duit syilingnya yang pelbagai itu.menariknya cerita ini kerana awak menjadi rapat dengan ayah awak hanya kerana duit syiling yang awak jumpa berupa bentuk sangat pelik...saya suka sebab baru-baru ni saya telah mengumpul duit syiling mak saya yang berterabur sehingga ada duit yang tidak laku masih disimpan.rugi betul! (nilai keseluruhan ialah rm30,lepas top up ok..huhu)

Dear John...

Saya juga sangat cemburu bila awak menulis surat kepada kekasih awak savannah...sebab kekasih saya nak menulis sms pun sejak akhir-akhir ni malas,apatah lagi surat yang hendak di pos...saya sudah banyak kali minta kad raya berbunyi..tapi dia msih kedekut mahu bagi..bukan seperti awak yang menulis dari setiap kem tentera yang awak awasi...awak catitkan diari perjalanan awak untuk savannah...wah,untungnya savannah!!

Dear John...

saya hampir menangis bila melihat awak ditembak bertubi-tubi...tambahan pada waktu tersebut awak baru sahaja mendapat khabar berita savannah akan berkahwin dengan orang lain...namun alhamdulillah awak kembali pulih..tapi kenapa awak tak balik ke amerika terus?

Dear John...

saya tahu awak sangat sedih apabila melihat savannah terpaksa berkahwin dengan Tim..tapi awak tahukan dia kahwin kerana tim mahu dia menjaga anak tim yang juga sakit autism seperti ayah awak?savannah mesti berat hati kerana terpaksa memikul tanggungjawab tersebut...

Dear John..

saya harap awak gembira kerana Tim mati...opss!! Silap..saya rasa awak gembira kerana savannah kembali menulis kepada awak dan kembali bersama dengan awak..cuma pengakhiran tak berapa enak bagi saya...huhu..
tidak mengapa..apa-apa pun saya sukakan cerita ini John...

Dear John..

Terima kasih...

^_^

Wednesday, May 5, 2010

antara RINDU kpd DIA dan makhlukNYA...

Sebenarnya sgt mengantuk skrg…tgh tgu render…internet takleh bukak…lagu plak..nak bukak kat hp,bateri kong…mlm ni nak kuar jumpa org..jumpa kak B yang sgt dirindui..huhu…

Knp sgt sng ungkap rindu?sbb kita sayang org tu…kita hargai org tu…adakah ngan org kita tak sayang,kita akan ckp rindu?adakah dgn org yang kita menyampah tgk,kita akan cakap rindu?LOL…tidak sama sekali…

Adakah bila kita rindu seseorg tu,adalah satu kesalahan?adakah kalau org tu tak rindu kat kita…itu juga kesalahan?uiks…sbnrnya bnda paling jelas kat sini…knp org nak marah plak..klu kita rindu kat org..kita ungkapkan kata rindu..salahkah?

Sbnrnya…ada org mrh aku…sbb aku slalu ckp aku rindu kat bf aku…salah ke?klu dia bkn bf aku…tp hny kawan biasa..salah ke rindu?rindu tu bkn bw kita hanyut…tp bawa senyuman kat kita..hati happy..teringat org yg kita rindu…dlm ms yang sama..kita bersyukur kpd Allah kerana kurniakan kita org yg baik..yang hargai kita…yang menceriakan hidup kita…

Mslhnya..org selalu salah tafsir…org slalu negative..bila kita ckp rindu kat org tu…atau rindu kat org lain…knp minda org selalu smpit sgt?knpa msti mempertikaikan rindu sesama manusia dgn rindu kpd Sang Pencipta?

Bg akula…hal kita dgn Tuhan…kita jgn heboh2…betapa kita rindupun kpd Dia…biar kita saja tahu..sbb dikhuatiri riak…seriously…paling tak suka org yang memutarbelitkan ayat kita semata2 nak cr silap kita…there’s a way to judge people…ada cara menghakimi seseorg itu…tp jgn menegur smata2 nak down kan org…kita tak knal org…kita tak tahu hati org…

Klu agama kita baik…kita doakan agama org itu juga baik..bkn dgn cara menegur secara kasar smbil menunjukkan rendah iman seseorang itu…orang2 macam inilah,org yang pandangan pertamanya mencari kesalahan org lain dahulu,baru mencari kesalahan dri sndri…

Sbnrnya kata2 ini tak ditujukan kpd org2 yang dekat dgn aku..Cuma aku judge base on my experience..ok,mungkin ada kawan aku yang macam ni..terlalu mudah menilai org..terlalu mudah berkata2 tanpa berfikir…hati org lain...erk...

Teringat lagu dr Hijjaz-Rindu…

“Rindu itu adalah…Anugerah dari Allah..Insan yang berhati nurani…Punyai rasa RINDU…Rindu pada kedamaian…rindu pada ketenangan…Rindukan kesejahteraan…dan juga kedamaian….”

See?perkataan Rindu itu sendri terlalu subjektif…tapi perasaan rindu itu datangnya dr Allah…anugerah yang tak ternilai drpdNYA…

Ok…apa punca kisah ni?rindu kat kak b..my ex-roomates..mlm ni mau jumpa dia..huhu…

so,klula hidup ni berakhir esok,apa akan jadi?

mungkin ada orang akan rindu aku..mungkin akan ada orang tak rindu aku..mungkin...☺

Sunday, March 14, 2010

BILA tiba...

BILA tiba...

♥Mood nak menulis♥

maka terhasilla blog ini..sbnrnya..thnks to aina...sbb td bg novel 3 buah...tgh berusaha khatamkan satu cite dr publisher Jemari Seni..wah...sgt best..lama tak bc cite yg gaya penulisannya macam zaman buku2 dr Creative Enterprise dlu...seingt sy...sy mbaca novel dr darjah 2 @ 4...pnah tulis novel kat satu pc ni tau kat opis abah..skali pc tu...klu bukak,smua pc akan padam..maklumla..tu zaman bila..bkn zaman alaf baru skrg...smua org msti ada Pc...mcm kat umah ni..amik ko..sorg satu pc...mak pun slalu tny-"bila CC nak tutup"..haha..

eh jap..berbalik kpd..mood nak menulis...sbnrnya minggu lps terkesima,terpempan gak..bila kawan2 serentak bertnya-"ezd,bila ko nak tulis novel lagi?lama tunggu.." haha...idea sbnrnya kat kpala..dah bersarang spiderman...tp nak mengaitkan jd sebuah cerita yang lengkap..amatlah payah...sbb dlu sy rajin tulis by hand..tulisan toksah ckp..mcm2 bntuk ada..hehe...pen plak..klu pen ni tak sedap,tukar pen lain...korek2 drawer satu umah..ada tak pen2 derma...pen merah mak buat utk tanda buku anak muridpun bleh jadi sasaran..haha...

diarypun dah lama tak tulis..dah bli diary...kaler pink lagi ok...heh...tapi tak tulis gak..krn apa?mls?tapi sgt rindu utk menulis...bila nak mula ni?

♥Sayang♥

amboi..bkn main sayang lagi...tiap2 msg nak pgil sayang...tiap2 jam nak ckp 143=?? (phm2 jela...heh..) galak nak bukak hp..bc balik msg2 dia..erm..knpala jiwang sgt terlebih gula pasir ni?huhu...

sbnrnya..sayang ke?klu hr2 gaduh...silap...hari2 sy cari gaduh?hari2 buat dia mrh..tp last2 ayat dia...sabarla...huhu...bkn dia ke yg selalu bersabar dengan kerenah saya?

jadi..bila nak berubah ni?

Budjet

oit..bru tgh bulan kot...mkn roti jerla lunch...jgn berangan nak mkn nasi goreng ayam yg harganya rm5.50...mahal gile...makanla roti yg dibeli utk sarapan & lunch..mkn skit2...jd tak lapar..tambah kn bli nescafe every morning..klu tak ngantuk~~~ maka design tak siap...tgu render 3d leh terlelap...

ok..klu camtu...bila gaji nak naik ni?

oh bilalala...akan kutunggu...bilalala...akan ku......♪♫♪ blablabla...lagu Elite plak den nyanyi...apakah?bilakah semua ni berakhir??

ok,klu hidup ni berakhir esk,apa akan jadi?

aku takkan tahu BILA ms aku dpt publish 1 novel utk org bc hasil nukilan aku...BILA akan buat ♥sayang♥ yg ada skrg mnjadi ♥sayang suami isteri♥ (muka merona merah-malu~~) & BILA gaji akan naik????