Friday, October 1, 2010

Masih. Tak Puas Hati


Pukul 1.35 petang.

Aku masih tak puas hati tengok design blog aku ni. Macam haram kot...Malam tadi aku tidur hampir pukul 2 nak set up kan layout jadi background yang sempurna. Tapi hampa! Macam hampeh ada gak...Ish...

Kenapa aku masih tak berjaya set up background yang bagus? Aku nak ada identiti sendiri dalam blog. Tadi aku tunjuk kat *Shu Ni* (amoi satu ofis dengan aku) dia kata blog aku ada *identiti sendiri* dah. Tapi bagi aku, masih serabut!

Sakit hati nak belajar benda HTML-CSS ni. Dulu masa belajar *Flash* aku ada gak buat *coding* ni. Tapi memang haram lepas tu aku tak ingat. (Alamak, tiba-tiba teringat lecturer Flash yang membencikan itu! Sebab dia ajar tak best, aku punya final ada B- dan terus tak dapat Dean's List! Ish!)

Ok, malam ni tidur lewat lagi. Nak bagi puas hati betul-betul baru berani nak *promote* officially kat orang. Sebab kalau boleh, aku nak *hamparkan* semua karya-karya aku yang dah agak *berhabuk* kat bawah katil aku tu. Uiks... Apalah nak jadi dengan Ezdiani ni.

Sebenarnya agak happy, esok tak perlu jumpa client. Sebabnya, quotations tak siap lagi, layout plan baru masuk furniture sikit-sikit dan 3D kitchen pun tak siap lagi. Nasib client Melayu. Musim raya tak habis lagi, penuh dengan *open house*, etc. Aku rasa raya ni masih macam tahun lepas. Tak berminat nak pergi *open house*. Sebabnya 6 hari seminggu bekerja full day, bila masanya aku nak rehat? (Malam boleh rehat, tapi aku main FB dan set up blog nila! haiya!)

Lagipun aku baru mula puasa ganti- yang mengharapkan ada sikit *pahala 6* di bulan Syawal ini. Huhu..Hari ni aku tak puasa. Aku puasa lagi dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa, insya-Allah. Semoga Allah panjangkan umur aku nak ganti puasa. Huhu.

Cakap pasal blog ni, masih serabut. Tapi at least aku dah tau nak masukkan *background* aku sendiri. Heh.

So, apa akan jadi kalau hidup ni berakhir esok?

Blog ni background akan masih berserabut, memeningkan, membuatkan kepala terus berkecamuk & mahu mengamuk! Cet!

Desktop yang menunjukkan bukti buat kerja! =P

Tuesday, September 28, 2010

M.A.A.F


Kata Zag Zigler:

"Kita dapat memaafkan seseorang selagi kita masih mencintainya.."

Aku tak kenal pun siapa Zag Zigler tu. Tapi kata-kata dia ni memang mempengaruhi aku, dari aku Form 4 sampailah sekarang. Huhu. tak silap aku, dulu dalam blog aku kat Friendster pun ada tulis pasal *quotes* ni gak. Tapi tak ingat pasal isu apa...Heh...

Kerana kata-kata mengenai perihal *maaf* ni juga, aku punya prinsip atau kata-kata hikmah dari aku pula:

"Manusia takkan tenang selagi belum MEMINTA MAAF, MEMAAFKAN & DIMAAFKAN*.

Maaf. Perkataan ni ada 4 huruf saja. Tapi untuk ucapkannya, bukan sesenang yang disangka. Lagi-lagi bila perkara sama berulangkali berlaku, oleh orang yang sama dan lama-lama kita dah malas nak fikir atau susah nak maafkan lagi. Pernahkah benda ni berlaku kat korang?

Semalam buat aku terfikir, aku yang selalu cakap ayat tersebut, siap kata itu favourite quotation aku kat Facebook lagi, rupa-rupanya agak *keras hati* untuk maafkan seorang *umat* tu.

Kisahnya panjang. Susah nak cerita kat sini. Tapi nak dipendekkan cerita,(sorry terpaksa *gosip* kat sini. Tapi aku takkan mention nama ok. Sebab nama tu dah *diharamkan* disebut oleh aku dan Hafiz semalam).

Tapi nak dipendekkan cerita- *perempuan tu* (ya, dia seorang perempuan) telah masuk ke dalam hidup aku dengan cara yang salah dan pelik. Aku sebenarnya tak kesah langsung ya bf aku nak berkawan dengan orang, serius tak kesah, sebab aku sendiri ramai sangat kawan baik lelaki. Tak caya, baca post ni.

Masalahnya, cara dia berkawan adalah salah! apakah kesalahan-kesalahan tersebut? Mari aku list down, sebagai *pengajaran* untuk perempuan-perempuan lain di masa akan datang:

1:: Dia add aku kat *Facebook* dulu walhal dia *kawan* bf aku. Masa aku approved Friend's Request dia, aku tak tau pun dia siapa. Sebab kalau kawan Hafiz, aku tahulah siapa dia. Ini, tiba-tiba add aku, aku approve jelah. (Langsung tak terfikir, ada perempuan nak jadi *stalker* aku. Huhu.)

2:: Elok pula dah jadi kawan, tiba-tiba boleh pula kat gambar Hafiz, dekat wall photo aku, tiba-tiba dia menyelit sebut nama bf aku. *Syam* (Ejaan salah, kata kawan, tapi nama kawan sendiri tak pernah alert. Samalah macam sesetengah kawan aku, penat aku letak Ezd kat Facebook, diorang eja *Edz* gak. Hodoh betul. Ish! Tiba-tiba emo...)

3:: Beberapa hari kemudian, tiba-tiba *delete* aku. Lepas tu barulah nak add Bf aku. Helo, minta maaflah, terus aku *block* dia dari Facebook kami. Kalau dah delete aku, jangan harap dapat masuk Facebook aku & Hafiz! Heh, emo lagi... ;)

4:: Jujur, aku selalu buka email bf aku. Sebab aku tolong dia *bersihkan* email entah apa-apa. Sambil tu aku check kalau ada kerja kosong sebab iklan Jobstreet link kat email dia tu. Heh. Masa tulah, kantoi *minah tu* email lagu cinta *Dilema Cinta* nyanyian kumpulan *Ungu* kat bf aku. Siap bagi lirik lagu lagi. Apa kes? aku pun cakaplah baik-baik, kalau nak berkawan, mana boleh ada *heart feeling*. Lagi-lagi dia dah ada Bf. tapi sampai sekarang, dila langsung tak balas email aku tu. Pelik tak? Kalau tak salah, mesti dia balas elok-elok. kan?

5:: Kerana orang mengganggu Bf aku, mestilah aku pertahankan hak aku kan? Jadi ada satu time aku sound dia. Dia balas 3 message menghina aku & Hafiz. Takyahla cakap. Tapi memang panjang gakla message penghinaan dia tu. Aku yang malas nak gaduh panjang masa tu hanya balas. 'Ok, Tq.' Sebab aku tahu aku salah, sound dia hari tu. tapi aku pesan gak Hafiz, jangan kawan dengan dia lagi dah. Cukup-cukuplah tu. Sebab aku tak suka, dia *wujud* dalam hubungan kami. Sebab semestinya, Bf aku pun salah gak. Sebab mungkin dia sendiri tak sedar, dia ter*ayat* perempuan tu. Tapi perempuan tu, kalau dia seorang yang baik, setia kepada Bf dia, patut jagalah diri sendiri. Kenapa mesti dia suruh Hafiz call dia tengah-tengah malam buta selepas pukul 12 pagi? Curious tak? Ada ke persahabatan antara opposite sex, contact hari-hari? Pelik tak?

6:: Dan baru-baru ni,selepas sebulan mereka tidak berhubung, dia masih gak tak putus asa contact Bf aku. Hafiz cakap, sebab nak *minta MAAF*. Minta *MAAF* kat message je takleh ke? Kenapa mesti call & message sebulan walau Bf aku dah tak nak balas? Tapi Bf aku yang *jujur lagi lurus & lembut hati* ni angkat gakla panggilan dia. Untuk saling bermaafan di hari raya.

7:: Hello, minta maaf kat Bf aku je ke? Kat aku ni takde pula berani? Tu yang aku tak puas hati tu. Sampai la ni... Dia langsung tak minta maaf, selepas message penghinaan kat aku. Lepas tu aku *sound* lagi. Aku kata, cukup-cukuplah contact Bf aku. Dia dah ada Bf, layan Bf sendiri dahla. Elok aku bagi message, dia call. Tapi bukan dia, Bf dia punya suara yang keluar. Bf dia pula yang *emo*. Aku balas kuasa *emo* yang aku ada. Masa tu aku benci diri aku, sebab bahasa aku yang agak kurang ajar. Tapi berbanding aku, laki minah tu lagilah kurang ajar. Bila dia mencarut bahasa Melayu yang menjelikkan. Serius aku rasa, mencarut dalam bahasa Melayu lagi memalukan berbanding Inggeris. Tak payahlah tahu apa perkataan yang dia sebut. Halal jela. Huhu.

8:: Tapi kesudahannya, beranikah dia berhadapan dengan aku? Dia tak call. Tapi hanya berani bagi *voicemail* dan berkata-"Woi perempuan, aku nak jumpa kau. aku nak jumpa kau." Tiada tarikh atau masa atau tempat dinyatakan. Jadi, macam mana aku nak jumpa dia? Tapi memang agak *cetek* la pemikiran budak ni. (Nama baru, *budak*. Bukan *badak* ok. Ops,terlebih sudah!) Bodohnya aku, nak jumpa dia semata-mata nak bergaduh. Aku ni dahlah kerja 6 hari seminggu. Ni nak minta cuti Sabtu dan kerja Ahad pun bos masih pertimbangkan. Boleh pula nak jumpa dia yang *cantek* tu. (Ya, aku *cuba* puji dengan ikhlas. ^_^)

Jadi, agak panjang kronologi kisah di atas. Sebenarnya nak cakap pasal *maaf* je. Benda yang aku susah nak buat ialah maafkan *budak tu* dan Hafiz sendiri. Tapi siapa aku nak bohong diri sendiri? Kalau kita dah cinta atau sayang orang tu, apa mungkin kita tak nak maafkan dia? Tiada manusia yang sempurna di dunia ni.


“Daripada Anas r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah S.W.T. telah berfirman (dalam hadis qudsi): “Hai anak Adam! Selama engkau masih berdoa dan berharap kepadaKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu dan aku tidak peduli (walaupun dosa itu banyak sekali). Hai anak Adam! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yang ada di langit, kemudian kamu datang mengharapkan keampunan daripadaKu nescaya Aku berikan keampunan kepadamu. Hai anak Adam! Sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaku membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi pula keampuanan.” (Hadith Riwayat Tirmidhi).

Subhanallah. Lihatlah Allah yang Maha Pengampun & Pengasih. Kerana kasihnya Dia kepada kita, cintanya Dia kepada hambaNYA, Dia masih ampunkan kita. Jadi aku sebagai manusia yang hanya dijadikan dari tanah, mati masuk tanah balik, sedangkan Allah itu akan kekal Pencipta Alam ini, mahu maafkan hamba-hamba kerdil seperti kita ni.

Malu aku dengan Allah. Malu aku dengan manusia yang tidak aku maafkan. Tak kesahlah, walaupun *hati* aku ni sangat sakit, dilayan macam tu, tapi aku maafkan kedua-duanya. Hati aku ni lembut jugalah. Aku pun tak suka berdendam dengan sesiapa. Biar pun aku dihina, dicaci mereka, tapi aku maafkan dosa mereka. Termasuk Bf minah tu. Takpelah, mungkin ada salah aku. Mungkin juga mereka tak sedar mereka lakukan kesilapan.

So, susah ke nak *MAAFKAN* orang sekarang? Kalau dah maafkan, mesti tenang, kan? Kalau dah minta maaf, mesti tenang kan? Tapi adakah aku sudah dimaafkan? Wallahualam.

Dalam sebuah lagi Hadis Qudsi:

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).

So, kalaulah hidup ni berakhir esok, apa akan jadi?

Sudahkah aku dimaafkan oleh orang sekeliling. Dengan hati yang ikhlas lagi *humble*, aku minta MAAF kat semua orang yang aku pernah sakiti tanpa sengaja atau tak sengaja. Minta maaf banyak-banyak k. Aku juga akan maafkan semua salah orang kat aku. Sebab sedangkan Nabi s.a.w pun maafkan umatnya, apatah aku, manusia biasa ini...Wallahualam.




Sunday, September 26, 2010

Buat baik..Dibalas....

Penat tau buat baik kat orang.. Tapi kemudian dibalas? Sangat teruk ok!

Sakitnya hati!!

Kalau buat jahat kat orang balik nanti jadi apa? Masuk neraka... Ha, amik!

Nak ke?

Tuesday, September 21, 2010

Kecamuk...& Mahu Mengamuk...

Kecamuk...

Jiwa kacau...

Jadi nak mengamuk...

Boleh?

tapi hafiz kata...

Kecamuk..lantas mengamuk...jadi gemuk...

hafiz jahat!!


Friday, September 17, 2010

Ucapan Raya Yang Dibuat Pada Bulan Syawal

Salam Aidilfitri!

Lambat dah kot nak wish raya. Tapi rasanya sampai hujung-hujung bulan Syawal nanti masih akan ada orang datang menjemput ke Rumah Terbuka. Haha. Mentang-mentang puasa cukup sebulan! =P

Rumah aku macam biasalah, siapa nak datang kena beritahu awal-awal. Kalau aku rajin nak layan, layanlah. Sebab sekarang ni duduk rumah sewa. Nak suruh orang datang pun segan sebab rumah penuh dengan barang-barang. Tunggu kalau ada rumah sendiri baru best nak design lebih-lebih. Ni sarung bantal pun baru beberapa hari lepas beli kat JJ. Sofa dah berapa tahun tak beli sebab pakai yang abah aku beli zaman dia masih *wujud* kat rumah ni. Haha.

Sebenarnya tahun ni tak berapa semangat sangat nak raya. Tak tahulah kenapa. Sampai 2 hari sebelum raya *paksa* diri untuk pasang lagu raya ♪♫♪ kat opis. Maka terpaksalah *amoi* kat opis tadah telinga dengar lagu raya Siti Nurhaliza berkumandang kat PC aku. Haha. (gelak lagi)

Walau bagaimanapun, dah kata *designer* kan, mesti nak design *kad raya* sendiri. Kebetulan recently aku berminat nak *explore* satu teknik design yang mungkin tak *glamer* kat Malaysia ni. Tapi kat oversea/orang puteh dah lama guna teknik ni. Dia macam *art stuff/art deco/art craft* la. Cuma dia dalam bentuk digital. Teknik ni dinamakan *Digital Scrapbooking*. Aku teringat zaman aku sekolah rajin buat kad untuk kawan-kawan aku. Terutama zaman sekolah asrama, dengan adik angkat pun nak jiwang-jiwang bagi kad pakai pembalut coklat yang *bling2* tu. (Atau namanya *chocobi*)

Chochobi yang enak!

Ok.Kembali kepada teknik *Digital Scrapbooking* yang berjaya di *explore*. Kat sini aku boleh bagi contoh-contoh website yang explain more about the thing.

www.shabbyprincess.com kat website ni serius sangat banyak benda boleh di *download* untuk buat sendiri scrapbook yang menarik. Actually benda-benda scrapbooking ni macam satu *persatuan* atau *kelab* yang agak *strict* dia punya rules. Sebab kalau dah download, takleh jual kat orang, hanya untuk kegunaan sendiri. Lepas tu kalau kita nak banyak paper, fonts, embellishments or templates yang free kita kena usaha keras untuk dapat sebab kebanyakannya kena beli.Huhu.

Jadi kerana usaha aku yang sungguh keras ini berjayalah menghasilkan beberapa kad raya khas untuk beberapa *jenis* kawan/jaringan persahabatan/hubungan tahun ni menggunakan teknik *digital scrapbooking*.

*Kad raya untuk IIUM's friends & Roommates*

*Kad raya untuk ex-Stj's students & teachers.

*Kad raya untuk AAD's studiomates, coursemates & lecturer

*Kad raya untuk Girlfriends

*Kad raya untuk Boyfriends

*Kad raya untuk En. Hafizsham ♥

Amacam, menarik tak? Kalau ada apa-apa pertanyaan pasal Scrapbooking ni, korang boleh tanya aku lagi. Aku ada banyak lagi link website yang bagi free. Tapi kadang-kadang aku cuak gak nak bagi. Buatnya dorang marah aku hebah-hebahkan benda free. Dah kata *strict* siap ada *Agreement* sebelum download. Uiks.

Jadi sementara masih sempat, nak minta ampun dan maaf kepada sesiapa yang belum memaafkan aku. Kot2 nama korg tak di*tag* kat kad2 raya aku kat Facebook. Jangan kecik hati. Sebab penat tau nak tag semua orang. Sampai tertinggal-tinggal nama orang. Huhu.

Dikesempatan ini aku gak nak ucapkan takziah to my ex-CBN's classmates & friend, Erni di atas pemergian bondanya, Arwah Sosilawati Lawiya yang meninggal dunia akibat dibunuh kejam baru-baru ini. Semoga rohnya berada di kalangan orang-orang beriman termasuk 3 yang lain. Kepada Erni, aku doakan dia kuat demi adik-adiknya yang lain. She's a very nice friend and aku rasa mak dia pun orangnya begitu. Pembunuh2 tu memang sangat2 kejam. Kerana duit sanggup bunuh orang! Teruk betul! apa-apa pun, biarlah hukuman yang diterima mereka itu setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Kalau tak kat dunia, akhirat nanti Allah s.w.t confirm akan balas benda yang *paling setimpal* ke atas mereka. Wallhualam.

So, kalaulah hidup ni berakhir esok, apa akan jadi?

Tak dapatlah berpeluang nak beraya bersama *suami* & anak2 tersayang. Tak tahu, bila impian untuk pakaian hari raya bertema *ungu* dapat tercapai.^_^

*Adakah dapat beraya dengan
*suami* sekacak ini?♥


Wednesday, August 25, 2010

Puasa.Ramadhan.Hidup

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Ok.Baguskan bagi salam penuh daripada aku cakap *Salam 1 Malaysia*? *Takleh blah* aku punya anti ucapan tu. Tapi aku jujur,tak hipokrit kan? Dah kata negara demokrasi. Apa salahnya kita ada pandangan sendiri, betul tak?

Haha. Awat aku emo tiba2 ni? Uiks. Maaf ya.. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini patut ayat2 aku *manis2 umpama gula je*. Tapi kerana harga gula yang naik dan aku lupa kali terakhir aku minum air mineral sebab aku kaya hari-hari minum air manis, jadi ayat aku manis je. Iyalah tu!

Cerita pasal bulan Ramadhan. Tahun ni confirmla, puasa aku tak penuh! Hehe. Tapi tahun lepas berjaya puasa penuh ok. Awal2 tu risau gak. Tapi dah raya ke berapa tu datangla juga *teman baik* tu..huhu. Semestinya Ramadhan tahun ni kurang sikit *stress* berbanding tahun lepas. tak silap aku ada gakla dua kali aku sahur kat opis. Siapkan project yang katanya dah habis tu kan? erm...

Tak naklah *mengumpat* opis lama. Tak baik. Tapi tahun lepas banyak kali dapat berbuka kat luar, *supplier* belanja makan berbuka. Lepas tu banyak dapat duit raya, dapat bonus gak. Tahun ni macam takde je? Dah namanya kerja dengan cina. Erm... Redha jela.. (Tapi mungkin akan cuba *bodek* bos bagi gaji awal. Nak shopping! haha.)

Sebenarnya Ramadhan ni paling best sebab dapat kumpul pahala yang banyak. Baca Quran je, setiap huruf berganda2 rahmat pahalanya... Insya-Allah. Kalau solat pun dapat pahala. Macam hadis ni kata:

'Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 759.

Lepas tu bila nak kejar malam lailatul qadar tu kenalah *maintain* terawih sampai ke hujungnya. Untungnya orang yang berusaha sampai hujung Ramadhan & malam lailatulqadar.

Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." - Surah al-Qadr: 1-5.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim, no: 1174.

Terus bercerita tentang Ramadhan ni. Benda aku paling rindu ialah ketika berpuasa dan melalui Ramadhan masa jadi student kat UIA dulu. Alhamdulillah bila belajar di universiti yang berlandaskan Islam, environment Islam tu banyak diterapkan kat mana-mana. Terutama semasa Ramadhan. Macam pelik kalau orang tak puasa. Pelik juga kalau tak pergi terawih. Sebab sangat senang nak berterawih. Dekat Mahallah @ kolej ada jemaah, kat kuliyyah ada, kat masjid UIA apatah lagi. Memang seronok sebab dapat tunaikan ibadah dengan tenang. Alhamdulillah.

Lagi yang best ialah dapat berbuka puasa dengan kawan-kawan. Roommates. Makan sama-sama. Selalu aku dengan Izat & Lyn beli kat bazar tepi KAED je. Pernah gak waktu awal-awal masa 2nd year kami sahur kat studio. Studiomates, Ider kot kejut kami sahur. Dia masak daging bakar ke, apatah. Lepas tu kami sahur sama-sama. Siap buat program *tiada rahsia* supaya masing-masing luah cerita nak cerita. Termasuk cerita hantu! Haha. Apakah?

Memang sangat rindu UIA bila tiba Ramadhan tiba. Aku memang tak rindu sekolah aku sangat sebab rasanya sepanjang 5 tahun aku masuk asrama hanya masa aku form 5 dapat merasa puasa masa SPM. Tapi kenangan pahit yang aku takleh lupa ialah bila nak makan waktu berbuka, lauk dah takde, habis! Sedih gile.

Apa-apa pun tak sabar nak buat reunion berbuka bersama kawan-kawan tahun ni. Insya-Allah. Aku doakan puasa & ibadah semua orang pada tahun ni diberkati, dilimpahi rahmat Ilahi & diterima Allah s.w.t dengan jayanya. Amin.

So, kalaulah hidup ni berakhir esok, apa akan jadi?

Mungkin dapat meninggal dunia pada bulan yang mulia ni baik juga. Tapi aku rasa ibadah aku masih kurang & tak cukup mantap lagi. Harap-harap ini bukan Ramadhan terakhir buat aku. amin~

Friday, August 6, 2010

Nak *tulis*.. Tapi *tulisan* tak cantik...

Haha. tajuk kat atas tu takde makna okay. Tak tau kenapa bagi tajuk tu. Saja. Blog kali ni, langkah *novel* lagi. Adui..Lamanya penyakit *writer's block* ni datang! Tak suka, tak suka, dan (tak suka lagi). Tapi apa boleh buat... Sekarang kepala lagi serabut buat design..erm...

Sedar-sedar dah 7 bulan jadi kerja kat AVL. Bos pun 10x tanya, "You dah 7 bulan meh?" (slang *cina* kedengaran gak. Selalu dia perasan, dia *american-born-chenese* =P) Aku pun tak caya. 7 bulan dah? Dulu kat company lama, 7 bulan aku blah. Company sekarang? Erm..Tak taula..

Sebabnya... Aku asyik fikir, kalau aku pergi company lain, dapat lagi ke bos macam sekarang ni? Aku takdelah kata, bos ni sangat baik.. Tapi boleh dikategorikan, inilah bos paling baik so far aku pernah dapat. Baru-baru ni kami pergi site berdua. *Dating* okay. (Hafizsham jangan jeles k)

Dalam kereta ntah macam-macam benda kami borak. Tanya pasal client, family, kereta, project, etc... Kira kami memang rapatla. Pastu kalau buat kerja, dia mesti nak duduk sebelah aku, tengok aku *main* autoCad + gelabah bila orang tengok aku main CAD. Seriouly, aku punya kelemahan, tak boleh org tengok aku buat kerja. Mesti aku *conscious* sebab aku tak suka orang tengok cara aku buat kerja + komen + perasan salah aku. Huhu.

Jadi itulah yang terjadi bila pagi bos jadi *driver* aku, Maghrib masa nak balik, aku pula yang jadi *driver* bos. Uiks. Sebab bos nak ambil kereta di Salak Selatan (tak jauh, belakang area ofis aku je) Bos duduk kat dalam keretaku yang *comel* itu, sambil *mengomen2* pasal cara aku buat keretala, tanya harga keretala, tanya aku pernah naik kereta dengan BF ke tak? Uiks... Soalan terakhir tu telah menjurus ke isu *18SX* ok.. Hampeh... =P

Tapi pagi tadi aku borak dengan *Michelle* @ budak praktikal yang akan habis 20hb ni, bos ni suka ckp *18SX* takdelah sampai melampau. Nampak sangat dia mengusik. Jadi masih boleh diterima pakai. Berbanding company dulu..Aduhai...Tak nak ingat company dulu!!

Aku memang bersyukur aku pindah ke company sekarang. Aku dah belajar banyak. Especially *dealing with client, supplier*, material wise, 3d design, price quotation dan yang paling penting, 7 bulan aku dah pergi site lebih dari 5x!! (Sebab kat company lama, sekali je pernah pergi.. =P)

Bos pun dah *percaya* gakla dengan aku. Both dia dan wife dia tak kedekut ilmu. Beritahu banyak info kat aku pasal selok-belok bisnes. Walaupun mereka Chinese, mereka hormat kami bila nak solat. Alhamdulillah. Plus, wife bos pernah cakap, bos *percaya* kami (aku dan Heri) sebab kami *solat*. Erm... Mungkin sebab mereka nampak, Melayu ramai yang tak solat. Wallahualam.

Jadi itulah bos aku. Yang gila. Yang suka ketawa. (Serious dia suka ketawa-gelak dia agak comella..huhu) Yang suka mengusik. Yang suka bercerita. Yang suka layan Youtube. macam-macamla.

Aku doakan hidup dia & family dia diberkati oleh Tuhan kerana membantu orang Islam macam aku. Amin~~

Saturday, July 24, 2010

kisah yg ingin *dikisahkan*...


Aku sebenarnya tak nak ganggu blog ni...Sebab blog post yang aku banyak post sekarang ialah novel aku yang aku terpaksa *pause* kejap..penyakit *writer's block* dah seminggu singgah. Jadi takde mood nak tulis...Malam tadi cuba tulis sikit. Tapi ayat sangatlah tak *masyuk*!!

Kebetulan tatkala ayat tak sedap ditulis di atas beberapa kertas kajang, seseorang dengan cerianya menelefon aku pada pukul 12.30 pagi. Yup, itulah waktu lazim dia akan telefon. Hidup kami sekarang dah makin pelik sejak dia *terpaksa* kerja sampai lewat malam. Minggu ni boleh dikatakan kami *miss* 2 hari bercakap telefon disebabkan aku tidur *awal* atau dia balik terlalu lewat sebenarnya...

Tapi semua tu bukan masalah besar sebenarnya kot. Aku je yang selalu *besarkan* benda yang kecil. Sejak dia dah pandai main *Facebook* ni aku boleh plak kecik hati kalau dia tak *komen* kat status aku... Haha... Gile mengada-ngada aku ni... Sabar jela ye...

Sebenarnya kalau ikutkan dia dah terlalu banyak masa dihabiskan untuk aku. Sampai sekarang tak paham macam mana dalam tempoh 2 tahun lebih usia hubungan kami, kami boleh berhubung hari-hari. Kalau dalam sebulan (ikut bil telefon bulan lepas) dia telefon aku je *16 jam* dan aku telefon dia *8 jam*. Aku sms dia *1000 lebih* dan dia sms aku *800 lebih*. Nasib baik call kami free 15 jam masing-masing dan sms 1500 free! kalau tak, tak taulah berapa juta bil telefon kami sepanjang hidup bertahun-tahun nanti!

Hidup bertahun-tahun? Insya-Allah. Siapa tak nak hidup bersama hingga ke akhir hayat? Itu cita-cita kami. Kami nak berborak-borak sambil baring sebantal..(ops, dah termasuk bab SX plak!...haha...) Takla..maksudnya nak berborak-borak macam-macam benda bukan terhalang melalui corong telefon... Dia kat Melaka, aku pula kat KL...

Dua tahun perhubungan kami ni pun,macam tak faham macam mana kami boleh berborak dalam telefon lama sangat, tak tau borak apa. Cerita macam tak pernah habis! Macam malam tadi kami belajar *pronunciation* English's words correctly sebab dia kata English aku sebut perkataan satu-satu... Jadi untuk memperbaiki pronunciation aku, dia ajar aku sebut *alif ba ta* dengan *qalqalah* yang betul. (Sebab dia kata dia khatam *Iqra* 4 kali. Ntah pape)

Makanya pada detik jam beralih ke jarum 1 pagi, kami sambil tergelak-gelak menyebut huruf-huruf alif ba ta sampai ya dengan sebutan yang dia sebut, aku ulang. Haha. Kelakar gile. Tapi itulah yang menariknya tentang dia. Dia pandai ambil hati, pandai buat lawak, pandai buat aku marah...erm..

Jadi tolong doakan kami dapat hidup sampai tua... Sampai ada cucu...Sampai dapat pergi menunaikan *fardhu haji* bersama-sama. Sampai akhir hayat kami. Thank You...

So, kalaulah hidup ni berakhir esok, apa akan jadi?

Mungkin aku takkan dapat hidup dengan dia... My love. My Heart & My soul.♥♥